Wednesday, November 25, 2009

puteri hati mama ♥♥♥

mama + raina ♥♥♥

cemekom kwn2 mama

ramai yg sudi memberi komen bagi entri2 raina. owner blog sekali lagi memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua komen2 anda. insyaallah komen2 anda akan dibalas selepas berpantang nanti. segala tugas mengemaskini blog ini diambil alih secara kontrak olh saya tanpa bergaji or berupah oke...huhu. sehingga blog sendiri pon saya dah malas nk sentuh. atas permintaan ramai saya upload lagi pic si kecik ni... raina sekarang mengalami demam kuning. so saya dengan ini mohon jasa baik anda doakan raina cepat sihat kerana sebagai makciknye saya x senang hati bila dgr raina x sihat. saya sgt sedih..:(

pada yg sudi drop komen di FB tentang petua2 untuk demam kuning tu saya ucapkan terima kasih daun keladi..saya amat hargai jasa murni anda. tak lupa juga yang sanggup menelefon saya semata2 bertanyakan kesihatan raina.

disini saya sertakan pic raina bersama mama nya..ade kelapangan nanti saya uploadkan lagi yeh..




p/s: Nurul sampaikan salam rindu buat sume pembaca blognya...

Monday, November 23, 2009

TEASER






Our lil' princess
Raina Evaqairina
Tukang update:-
Ummi ngah a.k.a dhila







Friday, November 20, 2009

syukur alhamdulilah :)

salam sume..
on behalf my sis , sy ingin sampaikan salamnye pd kalian sume dan terima kasih atas doa kalian yg x putus-putus mendoakan kakak sy. alhamdulillah nurul dah selamat melahirkan seorang baby girl malam tadi di hospital serdang. berat baby cume 2.37 saje.walaupon beratnye agak kecil tetapi kami sekeluarga amat bersyukur kerana nurul dan babynya sihat2 saje. Nurul selamat bersalin secara normal pada pukul 9.59 mlm pd 19/11/2009. baby telah diberi nama Raina Evaqairina yg bermaksud puteri sepanjang kebahagiaan.

nurul masih di hospital serdang tika ini dan insyallah jika tiada aral dia akan discharge petang nanti.nurul akan menjalani proses berpantang di rumah ibu di banting. pada sume rakan2 blog, FB dan yg mengenalinye, nurul sampaikan salam rindu wat anda.

insyallah nanti sy akan updatekan blog nurul n upload sekali pic2 baby yeah..
tukang taip:

Thursday, November 19, 2009

9 bulan kandungan

Aktiviti ahad lepas - Kami :)

Kejap saja masa berlalu. rasanya baru semalam aku dan saiful mendapat berita gembira ini termasuk seluruh ahli keluarga aku. cepatnya masa berlalu. kini kandungan aku sudah berusia 9 bulan lebih. sungguh... inilah pengalaman yang paling manis buat aku dan saiful. Syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan rezeki yg diberikan kepada kami.

tengah malam tadi aku sudah merasa sakit2 perut sampai sekarang. paling terkejut sudah keluar darah seperti period. tetapi aku gagahkan juga bersiap-siap ke office. aku berkeras mahu ke office walaupun dilarang oleh saiful. tujuan utama mahu ke office, adalah mahu mengemas meja dan kemas kini segala kerja-kerja aku sebelum aku bercuti panjang nanti.

perut itu :)

kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa nie, doakan keselamatan aku sekeluarga yeah. semoga aku mudah melahirkan baby dalam perut nie. InsyaAllah aku akan update blog aku nie secara berperingkat-peringkat. sebabnya banyak lagi entri tentang info perkahwinan yang belum aku buat lagi di blog aku ini.

kepada mereka yang bertanya tentang info-info tersebut harap bersabar ye. mereka juga boleh direct email kepada aku then aku akan sertakan number telefon. bolehlah nanti direct call atau sms aku. jangan malu-malu kerana aku suka berkawan. dan akan menjawab segala pertanyaan itu. emailkan kat aku di : ainiee_overmars@yahoo.com. oklah doakan aku dan baby selamat dan dipermudahkan segalanya ye. mudah-mudahan.

Tuesday, November 17, 2009

Kisah pelamin dan deco katil

Pelamin : Zaifie Zainal Creation (Cheras)
Deco katil : Zaifie Zainal Creation (Cheras)

Lama aku tak update blog aku nie kan? ramai yang ingat aku dah bersalin. aku belum bersalin lagi tp masih menunggu masa untuk proses bersalin. harap2 baby dalam perut nie keluar selepas raya haji nanti. sebabnya? antara sebabnya aku mahu makan sepuas-puasnya. ibu aku selalu masak sedap2 time raya tidak kiralah raya aidilfitri mahupun raya haji :). so aku mahu makan sedap-sedap sebelum proses berpantang nanti. mudah-mudahan.

kali nie entri tentang pelamin dan deco katil semasa hari perkahwinan aku. janji tetap aku cuba tunaikan sebelum aku bersalin. sebab ramai dah bertanya. jadi malam tadi selepas balik check up di UMRA aku gagahkan juga mencari gambar2 lama ini. sebenarnya sebelum nie aku pernah membuat entri tentang pelamin dan deco katil nie. tetapi secara ringkas jer. jadinya kali nie aku terangkan secara detail.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan servis zaifie zainal creation nie. kak zaifie pun memang baik dan sabar melayan kerenah aku. sebabnya ada citer tersendiri di sebalik pelamin perkahwinan aku ini. sebenarnya aku menggunakan servis kak zaifie ini last-last minit menjelang hari pernikahan aku. ini kerana aku kurang berpuas hati dengan servis di butik d'renjis itu. maaf diminta untuk pihak butik d'renjis. tetapi...itulah hakikatnya. kerana pelamin yang aku harapkan tidak seperti yang diharapkan. jadinya aku terpaksa cancell pelamin di butik d'renjis itu dan menggunakan pelamin di zaifie zainal creation.

Tema warna untuk pelamin dan deco katil memang aku mahu menggunakan color white dan off white. Ini kerana aku mahu gabungkan warna gold brown berserta white dan off white. design pelamin tersebut pun aku memilih dalam keadaan kelang-kabut memandangkan masalah yang berlaku di butik d'renjis itu. rasanya design pelamin begini sudah melambak sekarang right? tetapi aku masih boleh berpuas hati dengan hasil kerja butik zaifie zainal creation ini. Alhamduillah kak zaifie sangat memahami kehendak aku. Anyway thanks kepada kak zaifie dan suami. keep up your work :).

Pelamin






Katil






Wednesday, November 11, 2009

Kisah juru solek

Make up nikah : Kak Za (Banting)
Make up outdoor shoot blue theme : Kak Za (Banting)
Make up malam berinai : Fifi Omar (Kajang)
Make up bersanding : Fifi Omar (Kajang)

Sambungan entri minggu lepas seperti yang aku janjikan. aku akan cuba menunaikan janji-janji itu sebelum aku melahirkan baby dalam perut nie. iyelah skrg nie kandungan sudah memasuki usia 9 bulan bersamaan 36 minggu. debaran makin terasa tp sudah mula mengumpul kekuatan dari segi fizikal dan mental. semoga dipermudahkan segalanya.

make up untuk nikah dan outdoor shoot blue theme itu, aku telah hired kak za dari idaman jelita. in fact, aku amat selesa bekerjasama dgn kak za ini sejak aku cuba menggunakan sentuhan beliau semasa pre wedding shooting. dan sedia maklum aku berasal dari banting, selangor. jadi agak molek juga aku amik salah-satu butik dari daerah aku itu.

make up bagi malam berinai dan bersanding pula aku hired fifi omar dari d'renjis kajang. memang aku mahu menggunakan service seperti fifi omar ini kerana sgt teruja dengan hasil sentuhan beliau. w/pun harga untuk hired fifi omar agak mahal tetapi aku sgt berpuas hati dgn hasil sentuhan beliau. keep up ur work yeah.

Kak Za




Fifi Omar







Wednesday, November 4, 2009

Full entry - our pre wedding

Lokasi : MARDI, Ladang UPM dan Putrajaya
Photographer : Capturing Emotion (Faiz)
Make up : Idaman Jelita (Kak Za)
Tema: bebas

Sepatutnya entri ini di buat pada tahun lepas lagi. Oleh kerana sifat kemalasan aku yang melampau entri ini tertangguh begitu lama. Ramai kawan-kawan rapat aku yang agak bising kerana aku tidak menunaikan janji ini. Pada awalnya aku berjanji mahu menunaikannya di laman friendster. Tetapi disebabkan friendster aku yang kurang aktif kini kerana sudah beralih ke dunia facebook dan blogger jadi aku tunaikan janji aku di laman blog aku ini. Kali ini aku tunaikan w/pun sudah lebih kurang setahun lamanya. Maaf di pinta atas kelewatan ini.

Saat aksi gambar-gambar ini di rakam, suasana adalah sangat panas terik.Keadaan ini hampir-hampir mematahkan semangat aku dan saiful untuk bergambar. tetapi aku seronok berkerjasama dengan faiz semasa sesi bergambar ini dijalankan. thanks kepada faiz atas hasil kerja beliau.

Part 1















Part 2







P/s : hanya sebahagian gambar saja di sini sbb terlampau banyak gambar. tak larat mahu upload. maaf di pinta.

Monday, November 2, 2009

Ulangtahun perkahwinan pertama kami

kami :P

Lambat sehari membuat entri ini. sejak akhir-akhir ini aku selalu tidak sihat. Alhamdulilah sejak 2,3 hari nie sudah ada selera makan semula. semalam 1/11/2009 genap setahun usia perkahwinan aku dan suami. sekejap sungguh masa berlalu. rasanya baru semalam aku bersiap-siap untuk majlis pernikahan kami itu.

sebelum itu, saiful yang ingatkan aku tentang ulangtahun perkahwinan kami ini. bukan aku tidak ingat cuma aku saja mahu menguji adakah saiful ingat atau tidak tarikh penting ini. Alhamdulilah saiful masih ingat tarikh penting ini. kami tidak membuat persiapan beriya-iya untuk hari bersejarah ini. memandangkan emosi aku makin tidak stabil sejak akhir-akhir ini. cuma semalam saiful ajak aku keluar untuk membeli barang-barang baby lagi dan membawa aku pergi makan. ooohhh aku sangat suka itu. w/pun barang baby sudah banyak tp bila sudah di ajak sudah tentu aku tidak akan menolaknya.

aku cuma berharap perkahwinan ini kekal dan semoga zuriat yang aku kandungkan ini membawa lebih sinar bahagia dalam perhubungan kami. aku juga akan cuba memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada sepanjang aku menjadi isteri ini. InsyaAllah mudah-mudahan.

Wednesday, October 28, 2009

Catatan cerita semalam

Masih lesu, lemah badan dan merasa kesakitan. tetapi aku tetap gagahkan diri untuk ke office hari ini. cuba tidak mahu manjakan diri. w/pun perut masih terasa kesakitan yang tak boleh aku gambarkan di sini. maha sakit. beginilah agaknya kesukaran ibu aku mengandungkan aku selama 9 bulan. aku sudah merasakan kesukaran tersebut tetapi demi baby dalam perut ini aku gagahkan juga.

aku sudah mula rasa contraction kecil sejak hari isnin dan berlarutan sehingga hari selasa semalam. pihak klinik tempat di mana aku check up memberitahu aku bahawa sesetengah ibu mengandung akan mula merasa contraction kecil itu tetapi itu bukanlah petanda untuk kita bersalin. tetapi itu adalah petanda baby kita mahu menurun ke bahagian pelvik dan kita perlu bersiap-sedia selepas itu.

aku mengalami muntah2 yg teruk disusuli dengan rasa contraction yg datang selang 10 minit kemudian semakin kerap 5 minit sekali. Ya Allah...tidak dapat aku gambarkan kesakitan itu. segala yang aku makan seperti ditolak mentah2 oleh baby dalam perut ini. tidak sampai satu minit apa yg aku makan terus aku muntahkan. aku cuma boleh makan buah dan biskut saja. itupun pun hanya untuk mengalas perut.

bila aku sudah merasa sendiri kesakitan itu, terfikir di dalam hati bagaimanalah kesakitan yang sebenar semasa proses melahirkan nanti? sedangkan aku baru merasa contraction kecil pun aku sudah tidak larat apatah lagi contraction sebenar nanti. terus-terang aku katakan aku belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk proses melahirkan baby dalam perut ini. masih cuba mencari kekuatan tersebut. Ya Allah...permudahkanlah segalanya.

aku juga ingin memohon maaf kepada teman2 yang menunggu entri tentang info perkahwinan yang aku janjikan sebelum ini. aku akan cuba sedaya yang boleh. jika boleh aku mahu menunaikan janji tersebut sebelum aku bersalin nanti. InsyaAllah aku cuba yang terbaik.

Monday, October 26, 2009

Coming soon :)

Cak :)

Sempena anniversary perkahwinan aku dan saiful yang pertama akan datang, aku akan cuba rajinkan diri membuat entri kisah-kisah lama ini yg lama tertangguh. diam tak diam sudah dekat setahun aku menangguhkan kisah-kisah lama ini.

jika rasa rajin ini menebal aku akan membuat sekali entri berkaitan pre-wedding dan kisah-kisah lain yang sudah lama aku janjikan dulu. maaf kerana kadang-kadang aku berjanji tetapi suka menangguhkan dan tidak menunaikan. rasa bersalah pula. maaf sekali lagi.

sejak akhir-akhir ini aku mendapat banyak pertanyaan melalui email,blog, bertanyakan kisah-kisah ini. jadi di situlah tergeraknya hati mahu cuba menunaikan janji. maaf jika aku lambat membalas email atau menjawab sebarang pertanyaan tersebut. rasanya majlis perkahwinan aku simple sahaja hanya di buat di rumah pun. tiada apa yang menarik tetapi tidak tahulah kenapa ramai yang mahu bertanyakan tentang kisah ini. mungkin sebagai panduan mereka atau untuk mendapatkan info. InsyaAllah aku cuba merajinkan diri ini :P.

Friday, October 23, 2009

Mimpi itu

Semalam aku mengambil cuti lagi atas sebab perlunya minum air gula buat kali kedua. huh!!! benci minum air gula tersebut. tapi terpaksa juga mengikut arahan pihak klinik. berat badan aku naik lagi. hah...rasakan. sejak hari raya hari tu...aku mmg kuat makan. tak tahu kenapa? nafsu makan makin menjadi-jadi hingga kini. itu mungkin salah-satu sebab berat badan aku naik. mungkin.

sebab lain? hari-hari aku dan saiful makan di luar. jadi aku cuma order jer apa yg aku nak makan. apa yg aku teringin mesti saiful carikan. tp yg pasti aku suka sangat makanan jenis western food. tak tahu kenapa. aku jarang masak sejak pregnant. rasanya tak pernah masak kot sejak pregnant bukan jarang masak :P.

jika balik rumah family, semuanya ibu sediakan. aku cuma beli bahan saja. thanks ibu :). tp semalam saiful bagitahu teringin mahu masak sendiri. dia yg akan masak. aku hanya anggukkan saja. boleh ke dia masak? boleh kot. kasihan. tapi percayalah aku mmg sangat tak larat buat bermacam-macam perkara sekarang. jika duduk atau baring kadang-kadang perlu bantuan orang lain untuk aku bangun semula.

berbalik kepada tajuk. semalam selesai segala urusan di klinik terus membeli barang-barang untuk keperluan rumah. ooohhh aku tidak boleh berdiri lama sekarang. baru berjalan sikit kaki sudah rasa tidak selesa. kaki sudah membengkak seperti belon dan rasa sgt sakit dan kebas. sampai di rumah terus rasa mahu merehatkan diri sehingga tertidur.

aku bermimpi. aku bermimpi aku selamat melahirkan baby girl. comel. tapi yg buat aku tersentak dengan mimpi itu ialah aku melahirkan secara c-section bukannya normal. dan aku perlukan bantuan pernafasan semasa proses melahirkan baby aku itu. ooohhh aku mahu melahirkan baby secara normal jika diizinkan Allah S.W.T. terus aku terjaga dari tidur. termenung sekejap. aku berdoa semoga Allah S.W.T mengizinkan aku melahirkan baby aku ini secara normal. aku juga berharap dipermudahkan dan selamat segalanya. mudah-mudahan.


aktiviti minggu lepas. open house @ house warming anil dan suami. besarnya perut aku :). anil, nurul amik gambar nie dari kamu yeah :)

kami :). anil kamu sangat kecik dan cute. suara pun cute :)

P/s : gambar di atas adalah aktiviti minggu lepas di rumah anil di desa villa. gambar ini saja gambar the latest aku time pregnant. sejak pregnant aku kurang suka bergambar. saja letakkan gambar ini untuk tatapan kalian. besar bukan perut aku? hari nie genap 8 bulan 2 minggu kandungan aku. haruslah perut makin membesar yeah :). harap-harap baby dalam perut pun membesar dengan sihat. mudah-mudahan.

Friday, October 16, 2009

Wajib tayang wajib tengok - papadom


Aku dah lama tidak menjejakkan kaki ke pawagam. rasanya masa awal2 aku pregnant dulu adalah aku tgk satu filem. lupa apa tajuk filem tersebut. masa tu tak silap kandungan aku baru mencecah dua bulan. selepas itu, aku langsung tidak menjejakkan kaki ke pawagam. lagipun ibu tidak membenarkan berbuat demikian. banyak kali saiful minta kebenaran nak bawak aku tgk wayang bila aku balik rumah family di banting. tp...ibu tidak membenarkan. biasalah orang tua banyak pantang larang. aku patuh.

sehinggalah malam tadi aku langgar arahan ibu aku itu. ibu...maafkan kaklong yeah :). itu pun sbb aku dah teringin sangat nak tgk wayang. dah berbulan-bulan tak tgk wayang. macam mana tidak datang gian dalam diri mahu menjejakkan kaki ke pawagam itu :). sangat suka dpt lepaskan gian tersebut. itupun saiful senyap2 plan nak bawak aku tgk wayang tanpa memberitahu aku. tup-tup dia menyuruh aku bersiap-siap dan pakai cantik2 malam tadi. katanya kasihan kat aku dan mahu membawa aku tgk wayang. jadi dia beri peluang kat aku untuk memilih cerita dan pawagam mana aku mahu pergi. terima kasih saiful :).

aku memilih jalan cerita yg lebih relax dan komedi saja iaitu filem 'papadom'. itu saja jenis filem yang sesuai untuk aku rasanya berbanding jenis filem seram mahupun action. ikut hati mahu juga tgk filem seram tp disebabkan aku tgh sarat nie maka, tidak sesuai filem jenis itu untuk aku.

pada aku, filem 'papadom' ini bagus dari segi jalan ceritanya dan yang paling penting ada mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini. aku rasa kepada bakal papa dan mama juga golongan remaja yg meningkat dewasa, aku sarankan menonton filem ini. ada mesej di dalam filem ini yang ingin disampaikan. paling suka ada pelakon scha yang terkenal dengan drama 'awan dania' di astro ria tu yeah. suka tgk dia. comel dan cute :). dan paling bersamangat mahu menghabiskan menonton filem ini kerana location pengambaran filem ini mostly adalah di UITM shah alam. terus jadi rindu dengan UITM yeah. UITM tetap di hatiku. cewahhh :). jadi selamat menonton filem wajib tayang wajib tengok - 'papadom'.

Thursday, October 15, 2009

Misi ala-ala casa impian

plan mahu mengecat dinding dengan color soft grey atau brown. ok ke?

Alhamdulilah rezeki anak kami mungkin. syukur, aku dan saiful telah berjumpa satu rumah yg sesuai dengan bajet kami dan location yg mudah untuk aku dan saiful ke tempat kerja. w/pun rumah itu tidak sebesar mana seperti sebelumnya tp aku tidak kisah sebenarnya. yang paling penting rumah kami tidak boleh berdekatan dgn rumah teman sekerja saiful yang mengenakan saiful untuk kepentingan diri-sendiri baru-baru ini. tidak boleh. kami sangat serik.

lagipun mmg plan kami selewat-lewatnya tahun depan kami mesti membeli rumah. jadi aku tidak kisah rumah mcm mana sekalipun asalkan ada tempat tinggal bukan? aku dan saiful mmg membuat plan tahun 2008 kami mahu berkawin, tahun 2009 pula mahu menimang cahaya mata dan seterusnya selepas mempunyai cahaya mata baru mahu berfikir tentang rumah. tak mahu menyewa rumah terus-terusan. menguntungkan pemilik rumah sewa saja bukan? doakan plan kami itu dpt dilaksanakan. sekarang masih proses survey2 harga rumah yg bajet below rm130K. ada ke? rumah skrg mahal bukan?

Baru minggu lepas melihat2 rumah tetapi belum sepenuhnya mengangkut semua barang. baru peringkat mencuci rumah. buat masa nie masih berulang-alik dari tempat kerja di kelana jaya ke sekysen 25 shah alam. cuma kalau saiful keja luar ke site barulah aku sesekali menjenguk rumah di kelana jaya tu. ada kawan di sana boleh teman2 aku berborak2 :).

sangat suka sofa color putih atau cream itu :)

sudah lama mengintai2 wallpaper seperti ini. ada melihat website Lamex bertempat di mid valley tetapi tidak tahu cara pengiraannya harganya. mahal ke?

bermain color merah seperti ini juga nampak nice :)


aku ada misi sebenarnya. misi ala2 casa impian bersama eric. boleh? bajet mcm banyak duit sajakan? huhuhu :P. rasanya tak pe kot memasang impian dulu. mana tahu dengan azam yg ada dalam diri, aku boleh laksanakan. selalu aku mmg begitu. apa yg aku plan mesti aku cuba dapatkan. selalunya 60% mesti aku dpt laksanakan. InsyaAllah. mudah-mudahan.

w/pun rumah itu hanya rumah sewa tp aku mahu rumah itu kelihatan cantik w/pun dalam keadaan sederhana. mmg perangai aku dari dulu tidak suka rumah nampak selekeh. rumah family aku di banting pun aku dan angah yg mengecat dan memasang wallpaper sendiri supaya nampak cantik. mmg itu perangai aku. tapi, mungkin misi ini aku akan lancarkan selepas aku bersalin nanti. sekarang aku mahu tumpukan pada baby dalam perut dulu. InsyaAllah, harap dpt dipermudahkan segalanya.

Wednesday, October 14, 2009

Pelakon terhebat

Muak...


jelek...


berpura-pura...


hiprokrit...


pelakon terhebat...


aku benci. aku benci manusia sebegini. mengapa perlu hiprokrit atau dgn perkataan yg lebih mudah perlu berpura-pura? mengapa perlu menjadi pelakon? depan kita berbakul-bakul menceritakan kisah-kisah yg baik saja tetapi di belakang kita memburuk-burukkan kita? mengapa perlu menjadi pelakon tidak bertauliah? mengapa? adakah duit atau harta yg menjadi habuannya?

sungguh...aku sudah muak dan jelek dgn manusia sebegini. bukan di kalangan teman2 saja malah di kalangan saudara-mara juga ada yg begitu. kalaulah aku ini jenis manusia yg mulutnya tiada insurans mahu saja aku bahasa, caci hina mereka semua. tp aku masih berfikiran positif. yeah...bukan mereka yg memberikan kita beras mencari rezeki memberi kita makan. jadi rasanya aku tak mahu memandang serius hal ini. pedulikan mereka semua. persetankan mereka semua. marah sungguh bukan?

marah aku sekejap. hati masih boleh di pujuk. tp hati ibu ayah dan adik-beradik aku bagaimana? jangan sampai melibatkan family aku. itu syaratnya. pantang aku jika orang mahu mengusik ahli keluarga aku. awas yeah. mulut yg diam ini akan melawan juga jika mereka ini masih berterusan dan melampaui batas. baguskah menjadi pelakon terhebat menjaja-jaja cerita orang sedangkan tepi kain sendiri terkoyak pun tidak perasan? kesimpulannya jangan menjaga tepi kain orang tetapi jagalah tepi kain sendiri yeah.

Saturday, October 10, 2009

Bila diri dikuasai rasa cinta

Apa perasaan kalian bila diri dikuasai rasa cinta? setiap orang tentunya pernah merasainya. mungkin. tak banyak sikit pun mesti ada bukan? aku juga pernah merasainya. setiap manusia dianugerahkan Allah S.W.T utk merasai apa itu rasa kasih sayang juga disayangi. dengan syarat kita perlu pandai mengawalnya terutamanya kepada pasangan-pasangan yg masih belum mempunyai ikatan yg sah.


tapi....


apa perasaan kalian jika diri seseorang itu dikuasai rasa cinta yg terlampau dan seterusnya menyusahkan orang lain? orang lain terbabit sama dlm kisah kuasa cinta yg terlampau itu. haruslah kita akan rasa marah, tension, stress segala bukan? aku benci jika orang begitu menyusahkan orang lain.

bila cinta sudah menguasai diri, kita akan berada di awang-awangan seperti dunia ini kita yang punya. aku tahu itu. berangan-angan kitalah puteri di raja atau petera di raja yg sedang menunggang kuda sambil membawa sejambak bunga untuk diberi kepada pujaan hati. tapi, tolong yeah jgn sekali-kali membabitkan org lain dlm kancah percintaan kamu yg terlampau itu. contohnya jika ada masalah kewangan atau pergaduhan bersama pasangan. jika mahu nasihat mungkin boleh. jika mahukan pertolongan mungkin juga boleh tp bukanlah keseluruhannya kita boleh tolong selesaikan segala.

baru-baru ini aku dan saiful diheret dlm masalah ini. "orang lain" mahu berkahwin tp mengheret kami dalam masalah dia. jika sikit tak mengapa tp banyak. time kita susah semua orang lari tak memandang dan menoleh pun. tapi, time kita senang wahhh bukan main lagi org meminta-minta tolong tanpa rasa segan atau malu. aku benci orang macam tu. dan tolong jangan hipokrit bercakap berbakul-bakul tp hasilnya tiada. aku sudah muak mendengarnya. jika aku dan saiful masih boleh menolong kami akan cuba tolong. tp jika kami tak berkemampuan utk menolong jgn hina kami. siapa suruh kamu membabitkan diri dlm kuasa cinta yg terlampau itu? jawapannya kamu saja yg tahu.