Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 31, 2008

Azam baru sehhh :)

Ermm...kejap jer dah nak masuk tahun baru 2009. rasanya cepatnyer masa berlalu. masuk tahun baru mesti lah ada azam baru kan? korang pun mesti ada azam baru kan? aku pun ada azam baru sehhh. hope sgt2 azam baru aku tu akan tercapai.

azam baru aku antaranya aku nak jadi isteri yg solehah dan lebih kan kasih sayang kat suami aku. cewahhhhhhhhhhh :) iya2 jer aku nie. poyo kan? hahahaha. InsyaAllah. akan aku cuba sebaik mungkin menjadi isteri yg terbaik.

aku nak belajar masak. sbb aku tak teror masak. masak yg simple2 leh lah :).

kalu bole aku nak cari kerja lain. nak cari kerja yg gaji lebih besar sikit dan enviroment yg lebih better lg :). boleh ker? akan aku cuba usahakan. kalu boleh nak kerja goverment. tp...nape susah sgt nak dpt kerja goverment nie. dah byk sgt aku apply. alahai.

aku juga ada plan nak tukarkan keta kancil aku tu dgn keta myvi. bukan tak syg keta kancil tu. keta kancil tu byk berjasa dgn aku time aku study kat UITM dulu. ke hulur ke hilir aku dgn kancil aku tu pi kelas, pi anta work final project kat jalan brunei, pi jalan2 dan mcm2 lah. tp...kdg2 kita kena ada pembaharuan tuk kemajuan diri kan?

anyway aku berbanyak2 berterima kasih kat suami aku. dialah yg bg keta kancil tu kat aku untuk kesenangan aku pi praktikal n pi kelas time kat UITM dulu. aku nie tah nape bole lak terminat myvi. cantik sehhh myvi color dark grey. dulu time suami aku bg deposit duit tuk beli keta viva tu tak pulak aku berminat dgn keta myvi nie. tak ke poyo namanya tu? haha. anyway keta viva aku tu tetap keta kesayangan aku. aku aku cuba usaha kan tukar keta kancil tu.

aku nak saving duit byk2. tu lah plan aku dan suami aku. kami kena saving duit lebih sikit tahun nie sbb kami ada planning nak beli rumah. al-maklumlah duit byk abis masa wat majlis kawin ari tu. so kena lebihkan saving every month utk masa hadapan.

dan aku berharap ada anak tahun baru nie. in fact mmg aku tak bersedia lg tp akan aku cuba bersedia utk dpt baby. bestkan ada baby ? :) . dan kalu boleh nak bg family duit tiap2 bulan lebih sikit. sbb family aku lah yg byk berjasa dgn aku.

dan aku plan nak beli motor skuter. haha. tak tahu lah kenape aku suka sgt skuter. dah lama dah aku target nak beli skuter nie. tp...ari tu aku memang target lepas abis belajar sebelum konvo dpt kan kereta dulu. skrg aku akan cuba dptkan skuter pulak. InsyaALLAH akan aku usahakan.

aku juga nak kuruskan badan. aku nak diet. pasal aku rasa aku mcm dah naik jer badan aku nie. so kena kawal makan.

ermmmm...hope akan tercapailah azam baru nie sehhhhhhhhhhh. nie kira azam aku yg besar2 jer. nak ikut kan ada lagi azam yg kecik2. tp...apa2 pun akan aku cuba usahakan utk mencapai azam2 tersebut.

Nurul...u can do it the best :).

Thursday, December 18, 2008

Busy bangat

sori lah aku dah lama tak update2 blog aku nie. biasalah baru nak berjinak2 dgn blog nie. so terkial2 lagi nak belajar bab blog nie :). sebenarnya aku busy sikit sejak akhir2 nie. nak edit and design album utk wedding shidi n wawa, pastu busy dgn keja n mcm2 laaa.

cite pasal wawa, sebenarnya wawa nie kwn aku masa aku sekolah rendah lg. dulu sekolah rendah tak lah aku rapat dgn dia. bila abis jer sekolah rendah dan masuk ke alam sekolah menengah aku dah lost contact dgn dia.

al-maklum lah dia sekolah lain dan aku sekolah lain. pastu tup2 tahun nie kiranya awal tahun nie aku leh terjumpa dia dlm friendster. punya lah aku suka. masa tu masing2 dah berubah. tgk gmbr dlm friendster pun tak cam. maklum lah masing2 dah lawa. lawa ke aku? hehehehe. lawa lah gak ek. puji diri-sendiri. eh lawa apa? kalu tak mana mungkin comel aku (suami aku) tu nak kan aku. hehehe.

tp...seriously lah yg wawa mmg dah cantik. dulu rambut dia mcm megi pastu byk jerawat. hehehe. jgn mrh ek wawa. tp...skrg dia dah lawa rambut pun dh lurus dan jerawat pun tak ada. licin jer muka wawa skrg. biasalah masing2 dah besar dan pandai bergaya.

wawa ni dah kawin. dia kawin time aku konvo ari tu bulan 5. so aku mmg tak dpt dtg wedding dia. tp...nak dijadikan cerita wawa nie ada lah sedikit krisis dan salah faham dgn photographer yg dia hired tuk wedding dia tu. kiranya dia tak berpuas ati dgn photographer tersebut.

so ari tu dia bagi lerrr CD album wedding dia suh aku edit kan. tak pe lah kwn punya pasal aku tlg edit kan. aku try wat the best utk ko. wawa pun dah pregnant skrg.

"wawa...semoga ko dpt baby yg comel2 ok?"
friendship never end :)

Saturday, November 29, 2008

It's me Nurul

Untuk permulaan entry blog aku ini.
aku rasa biarlah aku perkenalkan diri aku ini.

aku tidak popular seperti Erra Fazira mahupun seperti pelakon pujaan aku sejak kecil Julia Robert. huh. cerita pasal Julia Robert, aku memang fanatik dengan dia. Cantik sunguh bukan? Tapi, aku buat blog ini hanya untuk mengisi masa lapang. biar pun tak terkenal tapi mungkin ada juga orang nak baca blog aku pada hari-hari akan datang. mungkin :).

nama aku nurul aini jamian. dilahirkan dan dibesarkan di Banting Selangor. w/pun asal Banting dan tidak beberapa tahu area banting secara menyeluruh tp aku bangga menjadi org Banting.

yeah selepas aku menghabiskan pelajaran di peringkat STPM, aku melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam. Lama aku mendambakan diri aku di UITM ini, Universiti kebanggaan aku. lebih kurang 5 tahun aku berhempas-pulas belajar untuk mendapatkan segulung diploma dan degree. Ya Allah aku benar-benar bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada aku untuk menjejaki kaki ke alam universiti iaitu impian aku sejak kecil lagi.

Sekarang ini aku dalam planning dan berkira-kira untuk continue peringkat master. tapi tak dapat pastikan bila. InsyaAllah kalu ada rezeki aku sambung belajar nanti adalah dan kalau tak rezeki jawabnya hanya dengan segulung ijazah aku ni sajalah. tp rasanya otak ni pun dah berkarat nak jadi student balik. tapi seperti prinsip aku, i'm try the best. Nurul, u can do it. itu memang prinsip aku dari dulu lagi. dan ada beberapa prinsip yang aku pegang dari dulu lagi. bunyinya macam poyo je kan? haha.

Ok beralih kpd sifat atau sikap aku. aku sebenranyar seorang yang agak pemalu dan mudah sangat sensitif. pemalu ke? haha. mamang aku pemalu orangnya. kalau orang yang aku tak kenal atau org yg entah sesiapa yang nak ajak borak nak dekat-dekat dengan aku, akan aku cuba hindarkan. dan aku lebih suka berseorangan, terperuk kat rumah dari bercampur dengan orang ramai. tapi, bukannya aku jenis yang tak sosial langsung ek. aku still bersosial dengan kawan-kawan, menikmati zaman remaja bersama kawan-kawan cuma atas batas-batasnya.

cerita pasal sensitif pula, aku memang kuat sensitif. pantang di usik sikit, cakap sikit yang membuatkan hati aku rasa sensitif, mulalah aku merajuk pendam perasaan. tapi aku cuba kurangkan untuk kebaikan diri sendiri.

tapi aku akan mula bercakap bila aku dan start kenal seseorang tu dan rasa 'ngam' dengan seseorang tu. aku akan mula bercakap tanpa henti-henti. haha. aku tak sombong orangnya tau. tapi pelik ramai yang cakap aku sombong orangnya. mungkin orang tak kenal aku so ingatkan aku sombong.

ok lah sampai sini dulu kali ni entry aku. nanti kalau aku rajin aku sambung menulis lagi. smile :).