Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 31, 2008

Azam baru sehhh :)

Ermm...kejap jer dah nak masuk tahun baru 2009. rasanya cepatnyer masa berlalu. masuk tahun baru mesti lah ada azam baru kan? korang pun mesti ada azam baru kan? aku pun ada azam baru sehhh. hope sgt2 azam baru aku tu akan tercapai.

azam baru aku antaranya aku nak jadi isteri yg solehah dan lebih kan kasih sayang kat suami aku. cewahhhhhhhhhhh :) iya2 jer aku nie. poyo kan? hahahaha. InsyaAllah. akan aku cuba sebaik mungkin menjadi isteri yg terbaik.

aku nak belajar masak. sbb aku tak teror masak. masak yg simple2 leh lah :).

kalu bole aku nak cari kerja lain. nak cari kerja yg gaji lebih besar sikit dan enviroment yg lebih better lg :). boleh ker? akan aku cuba usahakan. kalu boleh nak kerja goverment. tp...nape susah sgt nak dpt kerja goverment nie. dah byk sgt aku apply. alahai.

aku juga ada plan nak tukarkan keta kancil aku tu dgn keta myvi. bukan tak syg keta kancil tu. keta kancil tu byk berjasa dgn aku time aku study kat UITM dulu. ke hulur ke hilir aku dgn kancil aku tu pi kelas, pi anta work final project kat jalan brunei, pi jalan2 dan mcm2 lah. tp...kdg2 kita kena ada pembaharuan tuk kemajuan diri kan?

anyway aku berbanyak2 berterima kasih kat suami aku. dialah yg bg keta kancil tu kat aku untuk kesenangan aku pi praktikal n pi kelas time kat UITM dulu. aku nie tah nape bole lak terminat myvi. cantik sehhh myvi color dark grey. dulu time suami aku bg deposit duit tuk beli keta viva tu tak pulak aku berminat dgn keta myvi nie. tak ke poyo namanya tu? haha. anyway keta viva aku tu tetap keta kesayangan aku. aku aku cuba usaha kan tukar keta kancil tu.

aku nak saving duit byk2. tu lah plan aku dan suami aku. kami kena saving duit lebih sikit tahun nie sbb kami ada planning nak beli rumah. al-maklumlah duit byk abis masa wat majlis kawin ari tu. so kena lebihkan saving every month utk masa hadapan.

dan aku berharap ada anak tahun baru nie. in fact mmg aku tak bersedia lg tp akan aku cuba bersedia utk dpt baby. bestkan ada baby ? :) . dan kalu boleh nak bg family duit tiap2 bulan lebih sikit. sbb family aku lah yg byk berjasa dgn aku.

dan aku plan nak beli motor skuter. haha. tak tahu lah kenape aku suka sgt skuter. dah lama dah aku target nak beli skuter nie. tp...ari tu aku memang target lepas abis belajar sebelum konvo dpt kan kereta dulu. skrg aku akan cuba dptkan skuter pulak. InsyaALLAH akan aku usahakan.

aku juga nak kuruskan badan. aku nak diet. pasal aku rasa aku mcm dah naik jer badan aku nie. so kena kawal makan.

ermmmm...hope akan tercapailah azam baru nie sehhhhhhhhhhh. nie kira azam aku yg besar2 jer. nak ikut kan ada lagi azam yg kecik2. tp...apa2 pun akan aku cuba usahakan utk mencapai azam2 tersebut.

Nurul...u can do it the best :).

No comments:

Post a Comment