Belanja Raina Raifa ais krim

Saturday, November 29, 2008

It's me Nurul

Untuk permulaan entry blog aku ini.
aku rasa biarlah aku perkenalkan diri aku ini.

aku tidak popular seperti Erra Fazira mahupun seperti pelakon pujaan aku sejak kecil Julia Robert. huh. cerita pasal Julia Robert, aku memang fanatik dengan dia. Cantik sunguh bukan? Tapi, aku buat blog ini hanya untuk mengisi masa lapang. biar pun tak terkenal tapi mungkin ada juga orang nak baca blog aku pada hari-hari akan datang. mungkin :).

nama aku nurul aini jamian. dilahirkan dan dibesarkan di Banting Selangor. w/pun asal Banting dan tidak beberapa tahu area banting secara menyeluruh tp aku bangga menjadi org Banting.

yeah selepas aku menghabiskan pelajaran di peringkat STPM, aku melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam. Lama aku mendambakan diri aku di UITM ini, Universiti kebanggaan aku. lebih kurang 5 tahun aku berhempas-pulas belajar untuk mendapatkan segulung diploma dan degree. Ya Allah aku benar-benar bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada aku untuk menjejaki kaki ke alam universiti iaitu impian aku sejak kecil lagi.

Sekarang ini aku dalam planning dan berkira-kira untuk continue peringkat master. tapi tak dapat pastikan bila. InsyaAllah kalu ada rezeki aku sambung belajar nanti adalah dan kalau tak rezeki jawabnya hanya dengan segulung ijazah aku ni sajalah. tp rasanya otak ni pun dah berkarat nak jadi student balik. tapi seperti prinsip aku, i'm try the best. Nurul, u can do it. itu memang prinsip aku dari dulu lagi. dan ada beberapa prinsip yang aku pegang dari dulu lagi. bunyinya macam poyo je kan? haha.

Ok beralih kpd sifat atau sikap aku. aku sebenranyar seorang yang agak pemalu dan mudah sangat sensitif. pemalu ke? haha. mamang aku pemalu orangnya. kalau orang yang aku tak kenal atau org yg entah sesiapa yang nak ajak borak nak dekat-dekat dengan aku, akan aku cuba hindarkan. dan aku lebih suka berseorangan, terperuk kat rumah dari bercampur dengan orang ramai. tapi, bukannya aku jenis yang tak sosial langsung ek. aku still bersosial dengan kawan-kawan, menikmati zaman remaja bersama kawan-kawan cuma atas batas-batasnya.

cerita pasal sensitif pula, aku memang kuat sensitif. pantang di usik sikit, cakap sikit yang membuatkan hati aku rasa sensitif, mulalah aku merajuk pendam perasaan. tapi aku cuba kurangkan untuk kebaikan diri sendiri.

tapi aku akan mula bercakap bila aku dan start kenal seseorang tu dan rasa 'ngam' dengan seseorang tu. aku akan mula bercakap tanpa henti-henti. haha. aku tak sombong orangnya tau. tapi pelik ramai yang cakap aku sombong orangnya. mungkin orang tak kenal aku so ingatkan aku sombong.

ok lah sampai sini dulu kali ni entry aku. nanti kalau aku rajin aku sambung menulis lagi. smile :).