Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, February 13, 2009

Suatu hari di Mid Valley


aku dgn angah kat nando's (makin tembab lak pipi aku nie) :p

Ari tu (tak ingat laaa ari apa), aku kuar dgn adik2 aku angah dan bani. syok gak sesekali kuar dgn adik2 aku nie. lgpun kami dah lama tak kuar bertiga mcm dulu2 sebelum aku kawin. al-maklum laaa sejak aku kawin mmg aku jrg dah kuar dgn adik2 aku. lg2 sejak angah dok kat ampang pastu dia pindah dok keramat. kalu tak dulu kitaorg mmg selalu jer kuar sama2 tak kira laaa pi jln2 ker...pi shopping ker...pi window shopping ker... atau apa2 laaa kan.

itu pun bani ckp dia nak pi shopping brg dia. al-maklum laaa adik aku si bani nie baru lps SPM. so...skrg dia keja laaa dkt tmpt ibu aku keja tu sementara nak tggu result SPM dia. so...konon2 tu dia baru dpt gaji tu yg dia ajak kakak2 dia kuar tu. kebetulan aku dan angah pun balik banting mggu tu.

ini laaa adik aku si bani. macho tak dia? huhuhu

ajak comel tp...comel tak mau ikut. sbb comel ckp dia nak jumpa kwn2 dia kat putrajaya. sbb comel ckp sejak kawin dia dah lama sgt tak kuar jumpa kwn2 dia. so...aku tak leh laaa nak halang comel jumpa kwn2 dia. takpe laaa sesekali dia jumpa kwn lama dia tu.

comel cuma bg aku duit utk shopping. kebetulan laaa aku ckp kat comel nak update semua pakaian dalaman tut...tut...tut...aku dan nak buang yg lama2 (mmg dah tabiat aku dari dulu setahun sekurang2nya dua kali update pakaian dalaman). so comel bg aku duit utk shopping time tu. ok laaa suami dah bg duit. so...selamat laaa duit aku. huhuhu.

so...aku,angah n bani pun decide pi mid valley. pasal aku rasa mid valley tmpt yg best utk shopping. aku pun mmg selesa kalu shopping kat mid valley selain jaya jusco bukit raja tu (utk pengetahuan semua aku tak suka sgt pi jaya jusco bukit tinggi. tak tahu laaa nape. aku lebih prefer pi jaya jusco bukit raja dan mid valley). huhuhu :p.

sampai mid valley aku ckp kat angah aku dah lapar. al-maklum laaa sejak aku kahwin nie aku kuat mkn. asyik mkn jer keja aku. badan pun dah naik. risau gak tp...nak wat mcm ner tekak tu rasa nak telan makanan jer. wakakaka.

so...angah ckp bosan asyik mkn Mc D, kfc jer. so...angah ckp nak try mkn kat nando's. aku n bani pun belasah jer laaa setuju. tp...bila makanan dah sampai mcm tak sedap laaa lak nando's nie. sbb sos dia tak pedas. adeiiiiii...tp belasah jer laaa mkn. sbb dah bayar harga mahal2 kan. so rugi kalu tak mkn.

ini laaa makanan aku yg tak bape sedap tu tp...belasah jer aku mkn :)

lepas mkn baru laaa operasi utk berhopping bermula. mula2 kena utamakan adik aku si bani nie shopping. dia nie nak cari wallet baru dan shopping baju ala2 mcm ner aku nak ckp ekkk? ala...baju mcm stail skrg penyanyi n pelakon kat malaysia pun selalu pakai baju stail tu. aku pun tak reti nak ckp stail baju mcm ner. huhuhu. biasa laaa budak2 suka ikut trend. so ikut kan ajer laaa.

bani dgn aku mmg 2x5 sama perangai berbanding adik aku si angah tu. pasal aku nie kalu bab shopping round beberapa pusingan dlm mid valley pun aku sanggup selagi brg yg nak beli tak jumpa. bani pun mcm aku. tp...angah nie jalan sikit dia tak larat. dia sama mcm comel aku laaa. tak suka sgt nak round satu shopping complex tu. huhuhu.

aku dgn bani mmg tak kisah round satu mid valley tu. huhuhu

w/p time tu aku sakit tulang belakang tp...aku leh round bape kali satu mid valley tu (aku nie kdg2 sakit tulang belakang. maybe effect aku yg dulu2 suka tido kat lantai. tido kat lantai sejuk). huhuhu. last2 jumpa laaa wallet yg bani nak. aku nie lebih prefer bani beli wallet nike ke adidas ke. tp...tak ada. masuk kedai nike n adidas tak ada jual wallet lak. adeiiii...peliknyer. last2 beli wallet jenama converse. pastu sesi mencari baju idaman adik aku si bani nie. susah gak. ada jumpa baju idaman tu tp tak muat. pasal bani besar benor. tu laaa bani nie sejak lepas SPM perut dia makin membesar. wakakaka. tp...aku n angah tetap gak cari kan baju idaman dia tu. last2 jumpa gak.

lepas dah jumpa brg2 idaman bani tu baru laaa sesi utk aku mencari brg2 yg aku nak pulak. pastu angah n bani pun cari gak laaa brg2 yg diaorg nak. aku senang jer pi masuk jaya jusco kat mid valley tu hah kat situ dah jumpa dah brg yg aku nak. huhuhu.

so...lepas dah shopping dan seharian kat mid valley tu aku dgn adik2 aku pun balik laaa ke banting. sampai banting dah mlm beb. aduiiii...penat sehhh. sampai2 umah comel tak blk lg. ooo...comel kalu dah jumpa kwn2 dia tak ingat nak balik. pastu aku sms dan kol dia baru laaa dia reti nak blk. tp...tak pe laaa sesekali dia nak jumpa kwn2 dia. tp...aku puas hati gak laaa duit yg comel bg utk shopping tu aku gunakan dgn sebaik mungkin dan sgt berpuas hati dgn brg2 yg aku beli tu.

No comments:

Post a Comment