Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, April 10, 2009

Kerenah dan juga emosi itu


Banyak kerenah.
Emosi lebih.

Itu aku sejak kebelakangan ni. Memang tak nafikan sebelum nie aku memang banyak kerenah dan kadang-kadang sedikit emosi. Tapi tak lah sekerap sekarang. Sekarang ni aku lebih dari tu. Adakah sebab keadaan aku sekarang?

Mungkin.

Contohnye hari tu tiba-tiba tekak aku nak sangat makan nugget KFC. Nugget lain aku tak. Aku nak nugget KFC je. Tiga hari berturut2 aku makan nugget KFC okeh. Itu ok lagi. Nak dijadikan, Isnin hari tu aku dengan Saiful pergi Poliklinik kerajaan kat Kelana Jaya untuk bukak buku medical. Selesai segala urusan, Saiful ajak tengok wayang cerita ‘The Fast And Furious 4’. Memang dah lama Saiful ajak aku tengok cerita tu. Kami decided nak tengok kat Sunway je. Sebab dekat dengan Kelana Jaya.

Sampai Sunway, Saiful tanya aku nak makan apa? Laju je aku cakap nak makan nugget KFC. Lepas dah beli tiket wayang kami pun cari apa yang aku nak tu. Tapi pelik, cari-cari tak jumpa KFC dalam Sunway tu. Pada hal sebelum tu kalau pergi Sunway senang je jumpa KFC tu kan.

Baru jalan sikit, aku dah pening kepala. Pastu tiba-tiba aku menangis. Saiful suruh aku duduk dan tuggu kat satu tempat then dia yang pergi cari apa yang aku nak makan tu. Tak lama tu, aku tgk Saiful bawak banyak bungkusan. Aku tgk macam-macam ada selain nugget. Comel suruh makan je dalam panggung. Jadi pandai-pandai lah kitaorg sorok makanan tu bawak masuk panggung.

Bila dah nak start cerita tu, tiba2 aku rasa aku nak makan ayam pulak. Pastu Saiful tanya “tadi kata nak makan nugget je sayang”. Pastu Saiful terus amik ayam tu. Aku menangis lagi. Saiful cakap “sayang nie kenapa sekarang asyik menangis je nie?” aku diam je. Lepas tu Saiful pun suapkan jugak ayam tu. makan pun bersuap. Kemain lagi mengada-ngada aku kan. Hahaha. Dah makan ayam aku boleh pulak bantai makan nugget. Kuat makan pulak aku sekarang ni.

On the way balik umah, Saiful ckp dia lapar. Iyelah dah malam memanglah lapar kan? pastu Saiful suruh aku makan jugak. Dlm hati teringin nak makan benda yang masam-masam macam tomyam. Tapi Saiful nak makan sup utara. Then dia singgah satu tempat kat Shah Alam.memang tmpt tu niaga sup je. Aku boikot tak nak turun kereta.

Terpaksa laaa Saiful mengalah. Tak jadi nak makan kat situ. Lepas tu Saiful bawak aku makan sate. Aku boikot lagi tak nak makan sate tu. Bukan tak nak makan tapi aku tak ada selera tengok sate tu. Comel tanya aku banyak kali nak makan apa? Tapi aku diam je.

Sampai rumah aku menangis. Aku nak makan tomyam sebenarnyar. Tapi salah aku jugak. Kenapa aku diam je tak bagitahu Saiful kan? Dah tengah-tengah malam aku menangis lagi. Akhirnya Saiful terpaksalah carikan jugak tomyam tengah-tengah malam. Tengok dia beli tomyam terus aku layan tomyam tu. Sebenarnyer bukan nak mkn sgt pun tapi cuma nak rasa je sebab tiba-tiba nak mkn tomyam.

Bila fikir-fikir balik kenapa aku nie? Banyak sangat kerenah. Pastu sikit-sikit nak emosi. Tapi lepas nie aku cubalah control diri aku ni dari suka beremosi ni.

Pada suami aku…
Harap Saiful sabar dgn kerenah dan emosi Nurul itu. Bukan di buat-buat tp itulah hakikat.

P/s : Sorry beb kali ni entri aku panjang sangat. Hahaha

28 comments:

  1. oowhh dah ade 'isi' ehhh.
    congrats nurul
    ;)

    ReplyDelete
  2. rsnyer kamu beremosi sgt coz isi dlm prt tu~.uhuks.. pape pun cngrt gurls

    ReplyDelete
  3. thniah nurul..hehe org prgnnt mmg mcm ni..suami sgt2 kna sbr..take care yer

    ReplyDelete
  4. best nyer...
    dah preggie ye..
    Tahniah nurul

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. harus suami nurul ken alebih byk bersabo..
    take care!!

    ReplyDelete
  6. farhanna: mungkin kot say lebih beremosi sbb keadaan saya skrg :)

    ReplyDelete
  7. hak...kreatif method nurul menyampaikan bahwa beliau sudah brbdn dua...

    congrats nurulll!!!!

    ReplyDelete
  8. hai....
    tahniah nurul...
    semoga hari2 mendatang menjanjikan kebahagiaan...

    nie blog baru eja...
    singgah2 ler...

    ReplyDelete
  9. memang macam tu. tapi jgn selalu menangis. boleh effect pada baby.

    ReplyDelete
  10. hihi same lah kite...kat tekak ni mcm2 nk mkn tpdh dpt mesti lyn siket je..pasal perasaan plak mmng sensitif habis...nangis2 pun selalu gak tp mak ngan fariff selalu nasihat derang bgtau takut nnt baby lahir asyik nangis je susah plak nk jg baby yg asyik nangis je

    ReplyDelete
  11. Nurul, sorry ek... lama akak tak masuk ke blog~ blog akak pun dah lama tak update... penyakit "malas" terus melanda & karang nie akak nak ambik gambar dah malas~ Anyway, jgn selalu nangis, nanti baby kluar pun kuat nangis.. jgn tak caya... cuba tanya abg azmir... ader gelagat akak masa pregnant yaya dulu karang nie dah melekat kat yaya dahhh~ aper aper pun, tabahkan hati, kuatkan semangat and enjoy the pregnant process coz it is never the same anymore~ luv u!!

    ReplyDelete
  12. first time datang ni :) cantik pic

    ReplyDelete
  13. huhuh...nasib baik en suami sgt memahami dan gigih melayan
    kena kawal skit nurul
    jgn smpai dia boring..
    parah nanti...
    tp awal2 mmg gitu kan...

    ReplyDelete
  14. iaj1202: thanks ija. tu laa suami kena sabar kan :)

    ReplyDelete
  15. anil : kreatif ke anil? nurul tak mahu ckp direct sbb awal lagi laa anil :)

    ReplyDelete
  16. eja: thanks ija. nice blog baru eja. nanti leh laa nurul singgah2 :)

    ReplyDelete
  17. zura : tu laa zura sensetif jer skrg. tp... skrg kak nurul try control. dan nak hepi dan juga aktif :)

    kak mira: thanks kak mira. nurul cuba control sensetif nurul tu :)

    ReplyDelete
  18. susudalambotol@hidd : tu laa nurul cuba control menangis hidd. nak hepi jer :)

    ReplyDelete
  19. TH : thanks :)

    dayu : alhamdulilah suami nurul sanggup layan kerenah nurul dayu :)

    ReplyDelete
  20. nurul..heran dgn tajuk rupe²nye pregnant ye.. :) tahniah..take care ok..kerenah tu sume biasa la tu..hihi..

    ReplyDelete
  21. oouhhh..tahniah yaaa!!!

    jaga diri. hope husband nurul faham ur condition now :D

    ReplyDelete
  22. haha.
    saspen btol.
    sy pun tgh emo sejak dua menjak ni.
    sume org ingatkan pegnen, skali nak dtg period daaa.

    neway, congratz!
    bestnyeeee :)

    ReplyDelete
  23. metheunderneath : heran ye tgk tajuk tu...tak nak expose sgt tu yg tajuk jd mcm tu...kalu org yg fhm mesti fhm bila dh baca citer tu :)

    ReplyDelete
  24. ungu violet : thanks...hrp nyer suami nurul fhm sepenuhnyer :)

    ReplyDelete
  25. xeea : hehehe suspen ke xeea? tak pe nati ada rezeki utk xeea ye :)

    ReplyDelete