Belanja Raina Raifa ais krim

Saturday, June 13, 2009

Sembelit rupanya

dua ari lepas, aku mengalamai sakit perut teramat sgt di bahagian kanan perut. punya laaa sakit sampai nak berjalan pun rasa sakit. rasa sakit nie rasa sampai ke pangkal perut. berdenyut2.

aku cuma risau satu jer, anak aku dlm perut aku nie. mula2 ingat mungkin sakit biasa jer kot. so aku tak hiraukan sgt. tp bila dah masuk hari kedua, rasa sakit berlarutan jadi aku rasa perlulah aku wat pemeriksaan lanjut.

aku teringat kak mira dan abg azmir pernah bgtahu aku berkaitan dgn pusat perubatan dan bersalin UMRA di shah alam. kak suri pun penah citer tentang kelebihan klinik nie. jadi aku decide utk ke UMRA. nasib aku baik sbb saiful tak banyak bertanya. aku paling takut kalu dia banyak bertanya sbb dia sgt cerewet juga orangnya.

melangkah kaki ke klinik nie, sudah membuatkan aku teruja. yeah...dlm hati mungkin betul kata2 kak mira dan suaminya abg azmir juga kak suri tentang kelebihan klinik nie. kak suri bgtahu sapa tak kenal doktor ummul wahiy? cuba tanya kat mana2 klinik kerajaan. mostly kenal doktor nie. aku pun tak sure. itu pendapat dia. aku cuma mendengar.

sampai ke kaunter pendaftaran aku dilayan sgt baik dan mesra. itu paling aku suka yeah. memberikan senyuman kepada kita dan kita sgt berasa senang hati. berbeza sedikit dgn layanan pemeriksaan bulanan aku di klinik kerajaaan di kelana jaya. di kaunter, pembantu klinik tu tanya nak wat appoitment dgn doktor mana? laju jer mulut aku bgtahu nama doktor ummul wahiy tu.

pertemuan pertama aku dgn doktor ummul nie membuatkan aku berasa agak selesa. doktor ummul sama baik dgn doktor rozita di klinik rozita. dua2 sama baik sama mesra. apa yg penting, doktor ummul nie bgtahu dgn panjang lebar tentang masalah kesakitan yg aku hadapi nie. nak tahu? rupa-rupanya aku hanya mengalami sembelit. aku kurang membuang. yeah...dari zaman anak dara aku kurang membuang sebenarnya. seminggu sekali. tp...skrg sudah berbadan dua tabiat tu kena aku ubah. aku mesti kerap membuang supaya perut menjadi lebih selesa.

Alhamdulilah...selepas makan ubat yg diberi, kesakitan tu sudah berkurangan. syukur. ohhh ye...ari tu di UMRA aku juga telah membuat scan utk melihat baby aku nie. baby aku makin membesar dan aktif bergerak. yg membuat aku dan saiful teruja, kami didengarkan dgn bunyi dengupan jantung. wahhh...teruja aku seketika. Alhamdulilah doktor kata baby aku sihat. syukur lagi aku dpt katakan di sini.

mama dan papa berharap baby membesar dgn sihat ye :)

p/s : maaf kalian kerana sejak akhir2 nie aku byk bercerita tentang kisah preggie. nanti kita citer tentang lain ye. maaf membuatkan kalian merasa jemu di sini. tidak dilupakan selamat hari lahir utk adik perempuan aku, angah. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dpt mencapai segala yg dicita2kan.

8 comments:

  1. banyak2 minum air kosong ye nurul.. ~

    ReplyDelete
  2. tu laa nurul skrg minum air kosong dgn buah2 byk

    ReplyDelete
  3. takpe...
    kena belajar dari nurul juga..
    perasaan bakal menjadi ibu...
    bile baca kita juga teruja nak tau.. hee~

    ReplyDelete
  4. atiqah : saya juga baru nak belajar atiqah :)

    ReplyDelete
  5. ooohhh...dengar bunyi degup jantung baby
    bestnya...mesti tak terkata perasaan time tu kan nurul
    oohhh..sy sgt tida sabar mau rasa sendiri pengalaman itu

    ReplyDelete
  6. dayu : harap dayu juga cpt pregnant ye :)

    ReplyDelete