Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, June 3, 2009

Terima kasih si suami

Aku menulis kali ni bukan nak menunjuk-nunjuk mahupun yang seangkatan dengan makna perkataan tersebut. bukan bermaksud macam tu. Hanya ingin memberi kata penghargaan kepada suami aku atas layanan yang diberikan di hari lahir aku.

1 Jun 2009
Isnin

Banyak perkara sebenarnya dilakukan seharian pada hari isnin tersebut. Bukanlah menumpukan sepenuhnya pada hari lahir aku. Sudah aku katakan sebelum ini, sejak berkawin saiful, suami aku tu bukanlah seorang yang romantik sangat macam zaman bercinta. Dulu mungkin ye. Sekarang sudah lain sikit perangainya. Saiful cuma bagi kiss di pipi dan wish kat aku lewat kul 12 tengah malam pastu dia sambung layan DVD sampai ke pagi. Aku pun malas nak layan dia tengok DVD tu then aku terus tidur. Adalah sikit sifat prihatin dan romantik kat sini. (Nak sedapkan hati aku sebenarnya. Hahaha). Tp aku tetap bersyukur di sini.

Seharian kami buat banyak perkara. Renew insurans, roadtax kereta, urusan di bank, medical check up dan banyak lagi. Selepas semua urusan tersebut selesai barulah Saiful mengajak aku ke The Curve cari kek dan makan apa yang aku nak untuk meraikan hari lahir aku tu. Thanks Saiful.

Tapi ada berita kurang best. Semasa aku membuat pemeriksaan bulanan, berat badan yang turun mendadak, kekurangan kandungan gula juga kepekatan darah. Segala-galanya turun. Terkejut juga dibuatnya. Doctor bagitahu kalau keadaan ni masih berlarutan aku terpaksa di beri injection zat besi dan lain-lain. Mungkin salah aku jugak sebab akhir-akhir ni aku makan tak menentu dan ikut mood. Akan aku cuba tukar cara pemakanan aku.

Balik dari The Curve, Saiful bergegas beli kerang dan masak macam-macam untuk aku. Aku hanya duduk tunggu dia habis masak. Katanya khas sempena hari lahir aku. Walaupun dia masak macam cowboy tapi aku hentam je makan. Mungkin rezeki aku apa saja aku minta semua dapat dan diberi layanan seperti puteri. Alahai aku tak sangka saiful begitu perhatin melayan aku begini. Terima kasih Saiful.

P/S : Pada hari tu, aku tak ambil gambar potong kek pun sebab tak mood nak bergambar. Sekarang bukan masanya untuk mood bergambar dengan keadaan badan aku yang makin tembab nie walaupun berat badan dah turun mendadak


Gambar tahun lepas. Saja letak nak sedapkan hati aku

10 comments:

  1. teringin sangat akak tgk muka nurul yg dah tembam~ Hahahaah! Sebab selama nie, ingatan akak pada nurul still kat zaman nurul anak dara lahhh... (*_~) Anyhow, tembam tu akan hilang right after u give birth nanti.. Akak pun tgh tembam giler gak~

    ReplyDelete
  2. beshnya hubby pandai masak..

    ReplyDelete
  3. kak mira : tu laa muka dah tembab sikit. tp tang badan tu yg makin naik tu.

    ReplyDelete
  4. atty's : boleh laa masak cowboy. huhuhu :P

    ReplyDelete
  5. ungu violet : thanks farah :)

    ReplyDelete
  6. for ur info...ejaan tembam adalah TEMBAM bukan TEMBAB. heheheh... :p

    ReplyDelete
  7. angah: betul laa kan eja tembam mcm tu kalu tembab lain bunyi nyer.

    ReplyDelete