Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, July 28, 2009

Cinta kampus

Final year degree

Pernah kamu mendengar istilah cinta kampus? rasanya sesiapa saja pernah mendengar istilah ini bukan? Tergerak hati aku ingin menulis tentang ini. Kerana dulu aku dikelilingi dgn kawan2 yg obses dgn cinta kampus ini.

Aku tak pernah mengalaminya. ini kerana aku telah mengenali saiful sebelum aku menuntut di UITM. Jadi tiada sebab mengapa perlu aku mencari lain di kampus. Tapi tipu kalau aku katakan tiada dugaan antara aku dengan saiful ketika itu. Tp saiful jualah peneman paling setia dr dulu hingga skrg. alhamdulilah akhirnya kami sah menjadi suami isteri kini.

Berbalik kpd topik tadi, dr zaman diploma hingga ke degree aku dikelilingi dgn kawan2 aku yg obses dgn cinta mereka. sampai satu tahap aku rasa agak geli hati. Ke kelas dgn mengenakan baju sedondon, keluar outing bersama kawan2, menghadiri aktiviti keperluan kampus dan segala macam semua bersama. Menyertai group assigment juga bersama.

Pernah depan mata aku sendiri, di dalam kelas pasangan bercinta ini duduk bersebelahan dan bertukar note kecik mengatakan mereka sayang antara satu sama lain. “ ayang bosanlah kelas nie. Ayang sayang kita tak?” (ayat lebih kurang begitu). Aku yg sedia maklum mereka pasangan yg paling ideal di kelas hanya tersenyum. Rasanya sampai skrg mereka masih bersama. Aku doakan kalian bahagia.

Berlainan pula dgn kes ini. Kes nie terjadi semasa aku menuntut di peringkat diploma. Ketika itu aku masih keanaka-anakkan mungkin. Sebabnya masa diploma aku dan saiful juga sedang kemaruk bercinta. Rasanya setiap jam kami berhubung. Maklumlah kami bukan pasangan cinta kampus yg hari ke hari boleh bertemu. Tp paling bersyukur aku dpt mengekalkan 3 pointer setiap semester.


Konvo time

Ok berbalik cerita tadi, semasa diploma ada seorang kawan aku menemui cintanya semasa part 1 lagi. Aku menjadi saksi segala macam kerenah percintaan mereka. Percintaan mereka bagai nak rak. Bak kata org tidak boleh dipisahkan lagi.

Pernah sekali aku menemankan si perempuan mandi ditengah malam. Punyalah berjam mandi di dalm bilik air kerana sambil mandi sambil bergayut dgn HP nya. Aku di luar bilik air menunggu sperti pengawal bilik air pula. Kelakar bila teringat peristiwa ini.

Tp…apa yg tidak menyenangkan hati aku adalah menyaksikan pergaduhan pasangan ini. Pernah sekali mereka bergaduh di tepi jalan semasa kebanyakan pelajar lalu-lalang di jalan utama, sambil menjerit2 si perempuan mencampakkan HP di tengah jalan. Terkial-kial si lelaki mengutip serpihan HP itu. Cinta sejati bukan? Jadi si lelaki hanya bersabar dan bertahan dgn kerenah si perempuan ketika. Pasangan ini tidak kekal lama. Kerana si perempuan kawan aku itu sudah pun berkawin dgn lelaki lain pilihannya.

Sampai skrg aku tak tahu dimana relevannya cinta kampus ini. Tp…sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri. Jika pandai mengawal dan menjaganya berkekalanlah hubugan itu. Semoga kawan-kawan aku di luar sana yg masih bertahan dgn cinta kampus mereka hingga kini berkekalanlah hubugan mereka. Mudah-mudahan.

19 comments:

  1. sudah lame meninggalkan zaman itu..
    huhu..
    tp rinduuu :p

    ReplyDelete
  2. hehee..
    cinta kampus zuris separuh jln aje
    nasib baik jugak
    ;P

    ReplyDelete
  3. nano : iye nano mmg rindu :)

    ReplyDelete
  4. zuris : ooohhh suriz pun ada pengalaman cinta kampus ye :)

    ReplyDelete
  5. sha pun pernah gak...tapi kampus lain2..huhu...dululah...time diploma...tp jodoh tak ada, so sekarang masing2 bawa hala tuju masing..

    ReplyDelete
  6. bercinta ye... mak soh stdy.. huhuhuuhu

    ReplyDelete
  7. cinta kampus kite tak tahan lama. takat setahun je. huhuhu~

    ReplyDelete
  8. tasya : oooh tasya penah mengalaminya ye? hehehe biasa lah tu kan.

    ReplyDelete
  9. farhanna : hehehe :) nurul tak penah mengalaminya.

    ReplyDelete
  10. puterikurekure : at least kamu ada pengalaman kan? pengalaman pengajar kita tak kira lah cinta kampus atau bukan cinta kampus :)

    ReplyDelete
  11. hee saya tiada pengalaman ini di kampus, tgk2 org lain, slalu la :D Tp tu la, di kampus bile tgk dorang selalu brsama, brkepit sentiasa, alih2 tgk lepas blajar, kawen dgn org lain.erm yg penting pasangan tu sndiri kan, kat mane2 pun kalau nak jd terpisah, pisah jgk :)

    ReplyDelete
  12. cinta kampus???
    itu lah cinta kami..iye..iye
    zaman diploma adalah zaman bercinta bagia nak rak
    sampai satu kelas mcm meluat tgk *mintak ampun*

    zaman degree matured skit konon..
    tu pun sbb dah terpisah branch

    tapi siyes, cinta kampus ni kena pandai bawak diri
    kalau tak merasa lah dismissed 2nd year..buat parah je

    ReplyDelete
  13. hanie : betoi tu hanie terpulang kepada pasangan itu sendiri mcm mana nak uruskan hubugan tersebut.

    ReplyDelete
  14. dayu : ooohhh kamu bertemu suami dgn cinta kampus ke dayu. kalu iye bagus sgt2 sbb dayu akhirnya bertemu jodoh dgn pasangan yg sama.

    ReplyDelete
  15. samer la kita..kenal suami sblm masuk U jadik xmerasa cinta kampus sbb uni lain2..tp bagus jugak kan..kalo x nnt dilabel org mcm magnet, berkepit sane cni..ramai yg mcm tu tp akhirnya berkesudahan dgn org lain..n malang lg stadi ntah ke mana..kalo samer2 berjaya xper jugak

    ReplyDelete
  16. aziyana : betoi tu aziyana. sebenarnya terpulang kat individu itu sendiri.

    ReplyDelete
  17. u..i kenal my hubby since skolah menengah..mase tu form 4..then diploma kami sambung i kat uitm segamat dia kat s.alam..degree baru 1 kampus...kire sempat la merase bercinta satu kampus...walaupun sebenarnye dah lama relation kami..hehehe

    ReplyDelete
  18. nurulzia : wahhh percintaan kamu lama sungguh laa nurulzia :)

    ReplyDelete