Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, July 30, 2009

Hello air gula

Setiap bulan aku akan membuat medical check up di poliklinik kelana jaya. Dan setiap bulan juga aku akan melakukan scan dan check up di klinik private. Bukan untuk membazirkan duit tetapi kebiasaannya check up di klinik gov hanya lah check up seperti menimbang berat badan, mengambil darah, ujian air kencing, mengambil ubat bulanan dan juga beberapa perkara yg dilakukan. Tiada sebarang scan dilakukan terhadap baby.

Paling aku tidak suka adalah mengambil darah dan ujian air kencing. Sudah beberapa kali aku membuat medical check up di klinik gov tidak pernah sekali doc mahupun nurse di situ melakukan scan terhadap baby. Hanya check perut menggunakan alatan khas yg tidak aku ketahui apa nama alatan tersebut. Tp…dgn alat tersebutlah aku dpt dengar dengupan jantung baby.

Disebabkan inilah aku dan saiful mengambil keputusan membuka buku di klinik private. Sbb utama adalah melakukan scan utk mengetahui tumbesaran baby dan sebagainya. Tak mengapalah mengeluarkan sedikit duit di klinik private ini.

Berbalik kepada cerita td, baru2 ini, aku seperti biasa membuat medical check up di poliklinik kelana jaya ini. Selalunya aku mengambil time off 2 jam kerana jarak dgn tmpt kerja yg dekat. Sesekali saja aku mengambil cuti terutama jika saiful mempunyai kelapangan masa menemankan aku.

Apa yg mengejutkan aku ialah berat badan aku naik 3kg yeah. Kerana seperti sedia maklum aku pernah memberitahu di entri aku yg lepas bahawa berat badan aku tidak menentu. Sekejap turun sekejap naik. Pernah sekali berat aku menurun dgn mendadaknya sehingga aku kena dinasihatkan oleh nurse di situ.

Disebabkan itu, aku cuba makan dgn banyak dalam kuantiti yg sikit tetapi berulang2. kebetulan kepekatan darah aku juga menurun. Jadi aku perlu makan mengikut apa yg disarankan. Tup-tup kali nie check up berat naik dgn mendadak sekali.

Nurse sgt terkejut. Kerana naik agak banyak yeah. Sedangkan kandungan baru 21 mggu. Jadi nurse menyarankan aku untuk minum air gula untuk mengetahui jika ada apa2 effect sepeti penyakit kencing manis. Risau dan terpempan seketika bila diberitahu begitu. Jika mengikut family sebelah aku mmg tiada sejarah penyakit tersebut. Cuma family saiful saja mempunyai sejarah penyakit itu.

Nak tak nak aku terpaksa setuju dgn saranan nurse tersebut. Jadi aku perlu minum air gula itu pada hari jumaat ini. Tak dapat aku bayangkan apa rasanya air gula tersebut. Semua kawan2 mengatakan air gula itu amatlah manis. Harapnya aku mempunyai kekuatan di situ.


Cerita yg lain…


Aku juga dikenakan injection yg sakitnya tidak hilang sehingga kini Bila nurse check perut aku menggunakan alatan khas dan memberitahu bahawa baby aku makin kuat bergerak. Memang tidak dinafikan baby aku makin kuat menendang dan bergerak terutamanya di waktu petang dan malam. Jadi nurse tersebut memberitahu perlunya injection tersebut. Tidaklah aku ketahui apa kaitannya injection tersebut dgn pergerakan baby. Aku pun tidak byk tanya kerana agak terkejut ketika itu.

Apa yg membuatkan aku risau, selepas aku dikenakan injection, secara tidak langsung baby aku kurang menendang dan bergerak. Sedangkan di klinik semasa check up baby aku menendang tidak henti2.

Pagi semalam, seperti biasa dlm perjalanan ke tmpt keja aku membuka CD surah2 al-quran. Selalunya baby akan memberi respon yg baik. Tetapi berlainan dgn pagi semalam baby kurang memberi respon. Rasa mahu nangis. Terus sms saiful. Saiful cuba menenangkan aku. Boleh tak saiful ckp “mungkin baby tido lagi kot sayang.” rasa geram bila membaca sms si suami begitu. Tp dalam masa yang sama saiful menyatakan dia juga sgt risau.

Balik kerja selepas solat terus aku banyakkan bercakap dan mengusap perut sambil berzikir. Tiba2 aku nangis. Sebab baby kurang memberi respon bila aku bercakap dgn baby. Tak tahulah sejak pregnant automatik aku suka berckp dgn baby.

Aku cuba juga berckp sambil berzikir dan menyanyi2 dgn baby. Risau sebenarnya. Tup-tup selepas itu terus baby menendang dgn kuatnya tak henti2. Hingga sewaktu aku solat maghrib pun baby still menendang. Alhamdulilah baby dah kembali aktif menendang dan bergerak.

Harapnya baby sentiasa aktif menendang dan bergerak. Dan berharap baby sihat. Dan aku berharap aku mempunyai kekuatan untuk minum air gula yg disarankan. Hello air gula. Sedap tak? Tak dapat bayangkan.

27 comments:

  1. nurul bayangkan je minum air gula tu macam minum air kelapa. mesti sedap! hahaha.

    air gula yang. dah tentu2 manis. selamat minum ok!
    :)

    ReplyDelete
  2. ohh..zuris yg baca pun risau
    semoga nurul n baby sihat sejahtera
    :)

    ReplyDelete
  3. puterikurekure : hehehehe. tak dapat nurul bygkan air gula tu mcm ner

    ReplyDelete
  4. heee air gula? selamat mencuba, tak penah minum itu saja, kalau letak sirap dan sedikit air tu, penah la.
    Sgt syahdu bile baca pasal baby u tu :)

    ReplyDelete
  5. macam sedap je nurul..mesti maniskan..sayu bc entry yang ini nurul..

    ReplyDelete
  6. mungkin injection tu tu krgkan keaktifan baby...tp sbb sblum tu kaknurul dah biasa dgn keadaan baby aktif, tu yg risau tukan...seriously, time baca entri ni pun sha risau n harap baby tu aktif semula. Nasib die aktif balikkan...ikut muka sapelah tu nnt yek?mama nye ke papa nye...atau maksedaranya...atau bapa sedaranya..hehe

    ReplyDelete
  7. kekadangkan, ada org yg x de kencong manis.. tapi time preggy je dapat kencing manis..hopefully awak ok la yr nurul

    ReplyDelete
  8. cakap ngan baby..
    alahai sweetnya... mesti bestkan dpt rasa movement baby
    bila tiba2 takde respond
    mesti rasa semacam, mmg patut rasa sayu

    ReplyDelete
  9. huhu comel je babby ni tao,
    ske saspenkan ibunye :p

    rilek la nurul, baby sihat tu,
    hehe ..

    err dgr org yg pernah minum air gule tu,
    smpaikan ade yg trmuntah2 sbb kemanisan yg terlampau,
    betulkan?
    ishk..

    ReplyDelete
  10. wardah : semestinya air gula itu sgt manis.

    ReplyDelete
  11. tasya : kalu leh kak nurul nak baby tembam mcm papa dia. muka ada mixed papa dan mama dia :)

    ReplyDelete
  12. mala : thanks mala. harapnya ok keputusannya.

    ReplyDelete
  13. dayu : ye dayu. nurul paling suka bila baby menendang. dan kita berckp dgn baby dia bg respon. sgt sweet rasanya.

    ReplyDelete
  14. nano : tu laaa nano. kwn2 ckp air gula itu sgt manis. tu lah baby wat nurul risau sekejap. alhamdulilah dia dah aktif menendang balik.

    ReplyDelete
  15. ouh..takotnye nurul...semoga bb sentiasa aktif

    air gula???uuuuu...manisnya...x dpt saya bygkan...saya dahlah air kaler2 pon x brp minum...

    ReplyDelete
  16. babe..i kene buat next week,nanti cite ur exp ok..i takut la..huhuhu

    ReplyDelete
  17. tak fahamlah kenapa dia bg injection tu? kalau pergi gomen dia mmg takkan scan awak. maybe dah 6 bulan baru dia scan.

    awak sabar ok. emosi kena jaga :)

    ReplyDelete
  18. anil : sama laa nurul pun tak bape suka air kaler2 nie lebih suka air kosong je

    ReplyDelete
  19. nurulzia : iye ke awk ke minum nurulzia

    ReplyDelete
  20. susudalambotol : tu laa saya scan di private saja.

    ReplyDelete
  21. baby saje buat mak ayah die suspen tu..hehee..

    ReplyDelete
  22. ungu violet : tu lah. hehehe :)

    ReplyDelete
  23. nurul i pun mcm u dua2 klinik i sebat swasta and gov hehehe klinik gov ni detail sket die punye pemeriksaan baru leh jaga kenaikan berat badan ahaks

    ReplyDelete
  24. koklie's : iye ke awak. tu laaa saya buat jer medical check kat gov and private.

    ReplyDelete