Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 5, 2009

Anniversary juga kemanisan


Hari nie 5/8/2009 genap 7 tahun anniversary perhubungan aku dan suami. Bukan anniversary perkahwinan yeah. usia perkahwinan kami masih baru lagi. Masih mahu berbulan madu org kata w/pun sudah diketahui aku sedang pregnant 5 bulan lebih ketika ini :).

Sebenarnya ada beberapa tarikh penting dlm perhubungan kami. Antaranya last month 6/7/2009 adalah anniversary perkenalan kami di putrajaya. Dan bulan ini adalah anniversary termeterainya perhubungan kami. Aku dilamar ketika di KLCC. Amat kelakar jika diingat semula.

Menurut jiran aku yg aku panggil kak boy yg bekerja dgn family saiful ketika itu, saiful dgn tegasnya mahu meluahkan segala perasaannya ketika itu dgn cara face to face. Kak boy adalah org yg sgt penting kerana dia dgn sedaya-upaya cuba menyatukan aku dgn saiful. Kelakar bukan?

Ketika itu, kebetulan aku mahu ke kedai buku konukuniya di KLCC mencari novel. Untuk pengetahuan, aku sgt obses mengumpul koleksi novel. Ketika itu kononnya mahu menghabiskan masa di kedai buku tersebut.

Saiful yg telah mengetahui aku mahu ke KLCC memberitahu mahu menemankan aku. Tp tak pula aku mengharap dia menemankan aku. Kerana ketika itu aku ke KLCC bersama kawan baik aku yana. Tp…aku amat terkejut kerana dia muncul bersama sepupunya dgn tiba2. Tp aku cuba berlagak biasa. Sebab ketika itu aku langsung tiada hati terhadap dia yeah.

Selepas menghabiskan masa di konukuniya, saiful mengajak aku ke suatu tempat di KLCC tersebut. Aku kurang pasti apa tujuan sebenar dia ketika itu. Tiba2 saja dia suruh aku duduk mengahadap dia dan memandang mata dia. Dalam hati “apa kehalnya mamat depan aku nie ek?”
Dgn bersaksikan kawan aku dan sepupu dia itu, dia meluahkan semuanya kat aku. Dalam hati “adeiii mamat nie time2 mcm nie pulak dia nak ckp mcm nie.” Aku senyum tanpa banyak ckp. Aku cuma bagitahu saiful “nantilah ye awak. Saya fikirkan.” Tp yg kelakar, sepanjang perjalanan balik saiful tak henti2 tanya soalan yg sama kat aku. Naik rimas juga ketika itu. keputusan aku hanya berikan sehari selepas itu iaitu bertarikh 5/8/2002.

Perbualan kami ketika itu tidaklah sematang sekarang. Agak kebudak-budakkan. Aku akui. Maklumlah ketika itu usia aku baru mencecah 20 tahun. Dan saiful pula baru berusia 22 tahun. Muda bukan? Tp aku sgt bersyukur kepada Allah S.W.T kerana hubungan kami boleh bertahan hingga skrg. Sudah 7 tahun. Alhamdulilah.


Beralih ke cerita lain…


Jumaat lepas sebelum aku dan saiful bertolak ke pulau pangkor, aku ke klinik untuk minum air gula seperti yg disarankan. Sebelum itu, aku dikehendaki berpuasa dari jam 10 mlm iaitu dr khamis mlm jumaat hingga ke tghari jumaat keesokannya. Cuba bayangkan betapa laparnya aku. Aku dilarang menjamah segala makanan w/pun air kosong.

Sampai di klinik agak lewat. Melihat org yg kuar masuk di bilik yg dikhaskan untuk minum air gula tersebut membuatkan aku seram sejuk. Mcm2 reaksi muka mereka aku dpt lihat. Dlm hati aku “teruk sgt ke rasa air gula nie?”

Tiba giliran aku, nurse terus mengambil sample darah aku. Selepas itu aku dikehendaki minum air gula tersebut. Aku bertanya nurse tersebut “kena abiskan satu cawan nie ke?” dgr jawapan nurse tersebut yg menyuruh aku habiskan satu cawan besar itu membuatkan aku terkedu seketika. Mula2 aku cuit dgn jari dan rasa dgn hujung lidah. Dlm hati “Boleh kot aku habiskan”. Rasanya mmg manis sampai skrg pun tak dpt aku lupa kemanisan air gula tersebut.

Tp…bila tiba separuh cawan. Aku rasa mcm nak muntah. Tekak rasa panas je. Masa tu aku rasa aku mmg tak boleh abiskan air gula tu. Tp bila terfikirkan baby dalam perut aku cuba juga meneruskan minum air gula tersebut. Bila tiba suku cawan, aku rasa aku sudah tak mampu abiskan. Aku lihat kiri kanan dan melihat nurse2 di situ sedang sibuk dgn urusan masing2, terus aku buang air gula berbaki suku cawan itu ke dalam sinki. Nakal tak aku? :P

Selepas beberapa jam, sample darah aku diambil untuk kali kedua. Perit bukan minum air gula ini? Bukan setakat minum air gula tp kena amik darah juga. Itu yg paling aku tak suka. Keputusan selepas minum air gula dan mengambil darah itu hanya diketahui selepas seminggu. Harapnya semuanya ok. Mudah-mudahan.

23 comments:

  1. mm siannye awak kena minum air gula tu..tp xpela utk kebaikan baby jugak kn..hrp2 xde pape ye :)

    ReplyDelete
  2. zielalala : thanks ye zielalala

    ReplyDelete
  3. wey... cerdik buruk ko nih.... mcmne ko leh wat mcm tu... klu aku berpeluang, mmg aku pun berniat nak wat mcm tu dlu... tp nurse dpn mata telan je la... rsnye mcm ade bahang kemanisan tu kluar kat lubang tlinga n hidung aku... pergh..

    ReplyDelete
  4. oejl : hehehehe nakal tak aku? hehehehe. tak larat laaa aku nak abiskan air gula tu ojel :p

    ReplyDelete
  5. hehehe. yup. memang perit nak abiskan.
    kite dapat abiskan air gula tu dalam 4 kali sedut je. org lain terkulat2 tgk kite minum. hehehe.

    kamu datang pangkor? lalu manjung tak singgah umah kite? nak kena niiii.....
    ;)

    ReplyDelete
  6. puterikurekure : wahhhh hebat laaa awak minum air gula 4 kali sedut jer? awak dok manjung yeah? oooo saya tak tahu ler :)

    ReplyDelete
  7. owhh sweetnye :p

    aaaa seram je bl dgr psl air gule tu..
    ishkk..
    na ni dah la kureng manis2 ni..
    aaaaa..

    ReplyDelete
  8. org prgnant mmg wajib minum air gula ker?hikhik..usia percintaan kita hampir sama la..cewah..harap2 bertahan utk selamanya

    ReplyDelete
  9. Selamat ulangtahun ya nurul!!! weee..sonokk...

    ouh ya!! siannye nurul kena minom air gula...huh...kalau saya lah..x tau nak kata apa..sbb saya mmg x minum air manis...huuu...ngerinya..

    selamat ya nurul...awak mmg tabah!

    semoga keputusan yang membahagiakan..

    ReplyDelete
  10. nano : tu laaa na. nurul pun tak suka air manis2 nie

    ReplyDelete
  11. nurul aziyana : tak tahu laa wajib ke tak minum air gula time pregnant nie. ooo usia percintaan awak dan suami pun sama ke?

    ReplyDelete
  12. anil : thanks yeah anil. nurl harap pun keputusan yg ok dan membahagiakan. mudah2an.

    ReplyDelete
  13. wahhhwahhh...happy anniversary. lama ye kalian bercinta :) alhamdulillah, semoga kebahgiaan ni tetap milik korang ;)

    ReplyDelete
  14. erk..i kene buat esok..huhuhuhu..
    dear..happy anniversary..

    ReplyDelete
  15. nuruzia : kamu pun kena minum air gula ke? thanks wish our anniversary :) take care yeah :)

    ReplyDelete
  16. kebetulan tarikh 5/8 adalah anniversary pertunangan sy dgn hubby ;-)

    ReplyDelete
  17. antalya : iye ke? sama tarikh anniversary pertunangan awak dan tunang awak dgn anniversary perhubungan saya dgn suami

    ReplyDelete
  18. hye wak... i dtg sini... ur picture is so sweet... i loike!!!

    ReplyDelete
  19. nurul,
    happy belated anniversary & congrats on ur pregnancy!

    selamat berpuasa yea!

    ReplyDelete
  20. [url=http://community.bsu.edu/members/buy+online+Viagra.aspx]Viagra without prescriptions[/url]

    [url=http://eterporno.ru/volgogradskie-znakomstva.php]волгоградские знакомства[/url]
    [url=http://eterporno.ru/seks-znakomstva-chernigov.php]секс знакомства чернигов[/url]

    [url=http://pc.eterporno.ru/zadat-feferu-seks.php]задать феферу секс[/url]
    [url=http://pc.eterporno.ru/sereznye-znakomstva-perm.php]серьезные знакомства пермь[/url]

    [url=http://pv.eterporno.ru/intim-novoslobodskaya.php]интим новослободская[/url]
    [url=http://pv.eterporno.ru/blyadi-magnitogorsk.php]бляди магнитогорск[/url]

    [url=http://px.eterporno.ru/www-rambler-ru-znakomstva-mamba.php]www rambler ru знакомства мамба[/url]
    [url=http://px.eterporno.ru/znakomstva-dlya-seksa-v-tashkente.php]знакомства для секса в ташкенте[/url]

    [url=http://pz.eterporno.ru/znakomstva-vzlomat.php]знакомства взломать[/url]
    [url=http://pz.eterporno.ru/tolstye-blyadi-moskvy.php]толстые бляди москвы[/url]

    ReplyDelete
  21. sale xanax , [url=http://goms.disl.org]xanax[/url] 1mg, 2mg 0.5mg. http://goms.disl.org xanax

    ReplyDelete