Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 12, 2009

Berjalan dan berjalan-jalan

Ikut hati malas tapi cuba mahu rajinkan diri. Tak mahu bermalas-malasan selalu. Cuba mahu motivasikan diri untuk kebaikan diri-sendiri juga. Mahu cerita apa kali nie? Tak mahu dibiarkan cerita itu menjadi lebih basi jadi, aku ceritakan tentang kisah berjalan dan berjalan-jalan aku dengan saiful dua minggu lepas.

itu kami :)

Sejak berkahwin aku dan saiful jarang meluangkan masa untuk bercuti. Disebabkan saiful yg sibuk bekerja jadi aku tidaklah mahu menyalahkan dia. Bayangkan cuti kawin kami dahulunya pun tidak lama. Disebabkan masing2 bercuti untuk beberapa hari saja. Tidak terfikir untuk merancang berbulan madu seperti pasangan lain.

Cuma bila sudah memasuki beberapa bulan usia perkahwinan, barulah aku terasa mahu berbulan madu. Tetapi disebabkan saiful yg sibuk dengan agenda kerjanya, jadi kami terpaksa tangguhkan saja hasrat ini. Sehinggalah giliran adik perempuan aku angah berkahwin hasrat kami tidak dpt ditunaikan juga.

Ikutkan plan aku dan angah mahu bercuti ke Surabaya tahun ini. idea datangnya dari angah. Tp…terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Angah…harapnya nanti kita plan betul2 yeah. InsyaAllah jika ada rezeki nanti.

Saiful berkerja tak tentu masa skrg. Selalu ke site dan selalu juga mendapat on call. Rezeki anak mungkin. Alhamdulilah. Di awal perkahwinan, aku tak berapa faham dgn jadual kerja dia. Lama-kelamaan aku sudah terbiasa. Jadi kena terima hakikat mmg jadual kerja dia begitu.

Dua bulan lepas bapa mertua aku ajak bercuti ke johor bahru bersama adik ipar. Kebetulan ada urusan yg mahu di selesaikan di sana. Jadi mahu tidak mahu aku dan saiful terpaksa juga mengambil cuti. Saiful mengambil kesempatan untuk menjadikan percutian ke johor bahru ini sebagai percutian berbulan madu kami. Haiya…dlm hati mana seronok berbulan madu bersama bapa mertua dan adik ipar bukan?. Tp…kami byk juga dpt meluangkan masa berdua. Jadi aku terpaksa terima hakikat. Lagipun saiful bukan senang untuk mendapat cuti panjang. Itupun dia terpaksa off hp yeah takut ada on call untuk ke site. Sgt kelakar.

Balik dari johor bahru, terdetik mahu meluahkan isi hati kepada saiful mahu berjalan-jalan lagi. Sejak pregnant aku memang suka berjalan-jalan. Jadi aku menyatakan hasrat itu. Sampai merajuk juga utk menarik perhatian saiful. Dan nasib aku agak baik kerana saiful juga berhasrat mahu bercuti panjang lagi kerana katanya mahu melepaskan tension.

Saiful berjanji mahu membawa aku berbulan madu lagi. Kiranya second honeymoon. Tp…rasa tidak sedap bunyinya yeah. aku mahu gantikan ianya dgn perkataan percutian berjalan dan berjalan-jalan bersama baby dalam perut. Boleh tak? :)

mari berenang

Abaikan muka aku yg dipenuhi jerawat itu


Saiful memberi kebebasan utk aku memilih destinasi. Tetapi disebabkan aku yg tgh pregnant jadi aku decide untuk memilih destinasi yg dekat saja. Awalnya mahu ke batu buruk terengganu tetapi memikirkan perjalanan yg agak jauh dgn keadaan aku yg tgh pregnant ini jadi aku hanya memilih pulau pangkor sebagai destinasi. Alhamdulilah saiful bersetuju dgn destinasi itu. Thanks comel (panggilan harian aku untuk suami) :)

Kami ke sana hanya mengikut kata hati saja yeah. org kata pergi ke sana tanpa pengalaman ke destinasi yg mahu di tuju, jawabnya kami redah saja. Bukan tak mahu booking hotel atau chalet awal2 tetapi aku mengikut jadual cuti kerja saiful. Jadi aku tidak tahu hari sebenar mahu ke pulau pangkor itu. Itupun saiful memberi green light mendapat cuti pada khamis mlm

Pada hari jumaat, selepas aku minum air gula dan mengambil darah, selesai segala urusan terus kami bertolak ke lumut. Sampai di lumut kami terjumpa dgn seorang kakak dr agensi pelancongan. Pada mulanya kami decide tidak mahu menggunakan perkhidmatan kakak tersebut. Kami fikir mahu berdikari sendiri mencari penginapan setelah sampai ke pulau pangkor nanti.

si suami


di tepian pantai

Tetapi bila berbincang dengan kakak tersebut barulah kami tahu kebanyakan chalet atau hotel yg berkos murah sudah habis di booking. Kakak tersebut sibuk call sana sini untuk mencari penginapan sesuai untuk kami. Jika mengikut kata hati, aku lebih suka penginapan di chalet.lagipun kosnya yg murah. Pada pendapat aku tidak perlulah mahu membazir. Tetapi berlainan pula dgn pendapat saiful kerana dia lebih suka penginapan di resort mahupun hotel. Katanya senang kerana ada pelbagai service. Jadi aku terpaksa mengikut.

Saiful memilih penginapan di coral bay resort and hotel. Harganya tak payahlah aku nyatakan. Mmg agak mahal dan kebetulan kami pergi waktu weekend jadi harga menjadi berganda. Saiful menasihatkan aku supaya jgn mempertikaikan tentang harga tetapi fikir tentang servicenya. Disebabkan saiful yg decide jadi aku hanya mengikut.

nyaman bukan?

Untuk berehat-rehat

Di pulau pangkor, tidak banyak aktiviti dapat aku lakukan. Disebabkan aku pregnant jadi terpaksalah aku hadkan segala aktiviti. Tapi aku tak kisah sgt asalkan dpt berjalan-jalan. Di sana aku banyak merajuk. Bukan mengada-ngada tetapi setiap masa aku asyik mahu berjalan-jalan saja. Aku tidak berapa suka duduk di bilik hotel saja. Disebabkan itulah saiful terpaksa menyewa motor di sana untuk membawa aku berjalan-jalan. Seronok juga sesekali naik motor nie yeah.

mari menulis dan melukis di atas pasir itu

motor yang disewa itu


sebelum balik mari kita bergambar


abaikan reaksi muka aku ketika itu. tgh mendengar celoteh saiful. hohoho :P

Tidak banyak mengambil gambar. abaikan editing gambar. kerana aku menggunakan apple jadi tone color tidak sama dan agak berlainan. Anyway percutian berjalan dan berjalan-jalan ini memang menyeronokkan. Thanks comel :)

26 comments:

  1. tu la...
    datang pangkor tak bagitau.
    kite leh tolong carikan chalet murah awal2. kan senang?
    itula kawan blogger. boleh diharap kata org.
    hehehe.

    takpe yang, lepas awak meletup nanti, kite wat plan nak?
    gathering mak2 buyung kat pangkor.
    cam best jeee....
    :D

    ReplyDelete
  2. puterikurekure : hehehe baru tahu awk dok area sana. hehehe :)

    ReplyDelete
  3. wah....baru balik honeymoon la ni..best

    ReplyDelete
  4. sure rasa tak puas jejalan kat pangkor coz xdpt wat aktiviti sgt kan.snorkeling kat sana sgt best tau

    ReplyDelete
  5. wah..ke pangkor ye, destinasi honeymoon kami. Erm tu la, harga sana bermusim mengikut hari biasa dan ujung minggu :) Tkpela, janji dpt berehat dan yg penting bersama2 dgn org2 tersayang kan? (hubby & baby) ;)

    ReplyDelete
  6. erlyda : iye tak ye jugak kan erlyda :)

    ReplyDelete
  7. nurmala : ye mala sgt seronok dan best :)

    ReplyDelete
  8. antalya : tu lah antalya aktiviti terhad tp seronok juga dapat berjalan bersama suami dan baby dalam perut nie :)

    ReplyDelete
  9. hanie : yeah kamu honeymoon di sana kan? seronok bukan?

    ReplyDelete
  10. nano : hehehe thanks nano :)

    ReplyDelete
  11. yang..tu kirenye babymoon la tu..hehehehe

    ReplyDelete
  12. nurulzia : hehehe iye ke nurulzia ? ok gak tu kan? :)

    ReplyDelete
  13. bestnya pangkorrr!!!!
    baru plan2 nak g sana tahun ni.hehe :)

    ReplyDelete
  14. udah2 la tu muncong nye..weh aku dh dapat set cadar pepel. ko lambat ar..aku nk request hadiah lain..lalalla

    ReplyDelete
  15. ungu violet : kamu pun nak ke pangkor gak ke farah?

    ReplyDelete
  16. angah : ko mak request apa lak? alaa...tgh spent duit utk baby nie.

    ReplyDelete
  17. beb...sonok nyer p bercuti...huhuhu mcm rasa nak p cuti2 pulak...tp ntah bilenyer nak p daaa...

    ReplyDelete
  18. kalau dah ke pulau mmg kena sewa kete/motor..baru puas
    sama lah kita nurul
    dayu pun prefer chalet kalau gi pulau
    kita bukan nak dok sgt dlm bilik tu, byk nak berjalan kan
    amik bilik murah pun takpe

    ReplyDelete
  19. sonoknye pi pangkorr....lawa sgttt

    ReplyDelete
  20. mami aisy@wawa : ko kan baru lik bercuti dr PD wawa oii :)

    ReplyDelete
  21. zielalala : hehehe thanks awak :)

    ReplyDelete
  22. anil : hehehe thanks anil :)

    ReplyDelete