Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 30, 2009

Kisah-kisah raya

Agak lambat aku membuat entri berkaitan kisah-kisah raya ini. Biasalah sifat pemalas sebagai alasan utama :P. lebih selesa membaca entri-entri teman bloggers yg lain. Hari nie ada sedikit mood untuk menaip.

Bagi aku, raya tahun nie tidaklah semeriah mana. sederhana saja. Untuk pengetahuan, sudah dua tahun aku tak seperti org lain yg agak meriah dlm membuat persediaan untuk raya juga menyambut hari raya ini.

Ini kerana tahun lepas aku, saiful dan family sibuk membuat persiapan perkahwinan aku. Orang lain sibuk membuat persiapan untuk raya, aku, saiful dan family sibuk ke sana sini menguruskan hal perkawinan. Tahun ini pula, aku sarat mengandung jadi aku lebih teruja untuk membuat persiapan untuk baby yg bakal lahir ini dari memikirkan tentang persiapan hari raya. Bayangkan sudah dua tahun aku, saiful dan family tidak memakai baju warna sedondon yg menjadi kebiasaan. Mmg menjadi kebiasaan aku dan saiful sejak kami bercintan-cintun sampai ke zaman bertunang kami mengenakan baju warna sedondon. Begitu juga dgn family aku.

Sepatutnya raya tahun ini iaitu raya tahun pertama kami menjadi pasangan suami isteri di sambut dgn meriah bukan? Tp…aku lebih teruja memikirkan tentang baby dari hari raya :). Nasib aku baik kerana saiful pun tak kisah. Selalunya dia agak cerewet. Itu pun malam raya saiful beriya2 ajak aku mencari baju raya untuk aku. Sudahnya malam raya kami mencari baju raya tapi bukan baju kurung,baju kebaya segala yeah. Aku lebih selesa memilih dress labuh tetapi bukan baju maternity.

Oh yeah sejak aku pregnant,aku tak pernah membeli baju maternity sbb agak tak berkenan dgn design baju yang besar2 segala. Bukan tak mahu berbaju kurung tapi rasanya agak membazir jika aku membeli baju kurung bersaiz besar dan selepas raya jawabnya tersepuk dlm almari. Al-maklum perut aku sudah makin membesar dan membulat.

Oohh yeah, tahun nie saiful bersetuju berhari raya di rumah family aku dulu then raya kedua baru kami balik sekinchan. So…sgt happy di situ. Kebetulan angah dan suami pun beraya di rumah family aku dulu. so happy dapat berkumpul beramai-ramai di hari raya.

Pagi raya seperti biasa, bangun pagi mandi sunat raya. Selepas pihak lelaki balik dari sembahyang raya mestilah menghadap ketupat, rendang segala. Selepas selesai semuanya barulah sesi bermaaf-maafan. Aku sebagai anak sulung menjadi orang pertama meminta maaf kat ayah dan ibu. Secara automatik air mata mengalir. Family adalah segala-galanya mungkin itu salah satu sebab aku manangis. Selepas itu, barulah aku meminta maaf kat saiful. Tp yang kelakarnya kami boleh tergelak2 semasa bersalam :).

Tadaaa...kasut ship yg comel itu :)

Tahun nie tak byk gambar raya di ambil. Disebabkan perut sudah makin membesar dan membulat jadi tiada mood untuk bergambar. Cuma aku nak selitkan sekeping gambar nie. Kebetulan adik bongsu aku, baru beli kamera SLR. So ini adalah hasil gambar dari adik aku menggunakan kamera tersebut. Aku melihat makin menjadi-jadi minat dia ke arah bidang fotografi ini. Sanggup beli kamera SLR nie. Suka tgk kasut nie. comel sgt. Kasut nie adalah pemberian angah untuk baby dlm perut. kitaorang panggil kasut nie kasut ship sbb ada gambar ship :). Comel kan :) ?

P/s : Alhamdulilah tahun nie aku dpt berpuasa penuh. Dan kat sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kat teman2 semua dan ingin memohon maaf sekiranya ada hasil2 tulisan aku di blog ini yg tak menyenangkan kamu semua. selamat hari raya :).

20 comments:

  1. salam..

    hai nurul..rindula..lame x dgr khabar..harap nurul n baby sihat erk..comel la kasut tu..

    pastu kelakar je sbb nurul bole gelak2 mase bermaaf2an ngan en suami..hak3..yela first time kan..

    ReplyDelete
  2. roy : hehehe nurul lama tak update blog. aah comel kan kasut tu :)

    ReplyDelete
  3. nurul,
    selamat hari raya!
    maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  4. samer la kiter nurul, xder mood nk bergmbr..hhahaha sekeping pun xder, n yana pun pose penuh..

    ReplyDelete
  5. lagi best aper bat preparation sambut baby dari sambut raya
    wuaaa!! nak baby
    ehehehehe

    ReplyDelete
  6. mrs syediz : selamat hari raya kat awak dan suami juga :)

    ReplyDelete
  7. aziyana : eh puasa penuh ke aziyana ? pregnant ke ? aah tak ada mood nak bergamabr.

    ReplyDelete
  8. nurmala : sabar ada rezeki mala nanti ye.

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya! semoga selamat semuanya!

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya! semoga selamat semuanya!

    ReplyDelete
  11. syoknya dapat puasa penuh ;)
    selamat hari raya juga..same2lh kite bermaafan yer;)

    ReplyDelete
  12. hidd : selamat ari raya hidd dan adi :)

    ReplyDelete
  13. hanie : selamat hari raya hanie dan suami yeah :)

    ReplyDelete
  14. xpe...yg pnting bby lg utama...thn dpn raya nurul lengkaplah...

    aah..comel lah kasut ship itu...weee...

    ReplyDelete
  15. salam hari raya nurul....

    wah...sangat comey kasut tu....

    ^_^ teringin nak tgk pic nurul tgh pegnen skang hehehehe

    ReplyDelete
  16. anil : aah anil yg penting baby kan. aah comel kasut tu kan :)?

    ReplyDelete
  17. yanie : hehehe pic nurul tgh pregnant tak byk laaa yanie :)

    ReplyDelete