Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, October 2, 2009

Jeans biru dan kasut tumit tinggi

gambar lama. masing-masing tgh kurus time nie. rindu dengan bentuk hidung aku ini :)

Sejak pregnant pelbagai simptom yg aku alami. Peringkat awal pregnant rasa risau yg amat dalam diri. Tp, setelah family, rakan-rakan mengatakan simptom-simptom itu adalah perkara normal bg orang yg pregnant jadi kerisauan itu kini berkurangan. Cuma, kadang-kala rasa kerisauan itu tetap ada dalam diri. Tp, aku cuba bertenang dan elak dari terlalu memikirkan tentang itu. Yang penting skrg baby aku membesar dgn sihat dan selamat segala-galanya. Mudah-mudahan.

Antara symptom-simptom yg menjadi kerisauan itu :-

- jerawat tumbuh di sekitar muka dan perut. Simptom ini meninggalkan kesan-kesan hitam

- berat badan naik dgn mendadak setiap bulan

- terlalu emosional, sensitif dan mudah menangis

- bahagian hidung sudah mula mengembang. Sedangkan hidung aku agak berbentuk tidak begitu sebelum ini. Bab hidung ramai dah menegur termasuk suami aku. Saiful dah mula menyatakan kerisauan mengapa bahagian hidung aku jadi mengembang begini.

- jari-jemari turut mengembang sehinggakan segala bentuk cincin tidak boleh dipakai buat masa
ini. Sedangkan jari-jemari aku sebelum ini jenis runcing dan panjang2

- tapak kaki terlalu kerap rasa gatal dan yg peliknya bahagian perut tidaklah rasa gatal seperti
di bahagian tapak kaki

- segala bentuk badan sudah mengembang

- bahagian kaki sudah mula membengkak


aku berharap segala simpton ini akan beransur pulih seperti sebelum ini selepas bersalin nanti. Aku akan cuba tidak terlalu memikirkan tentang kerisauan itu. Mudah-mudahan.

rindu memakai kasut ini. kasut ini telah lama tersempuk di bonet kereta :P

Sejak aku disahkan pregnant, ramai menasihatkan aku supaya elakkan memakai pakaian yg ketat2 seperti seluar jeans dan juga berkasut tumit tinggi. Mereka menasihatkan supaya aku mengenakan pakaian yg longgar dan memakai kasut yg bersesuaian. Masih aku ingat lagi di peringkat awal pregnant, aku masih berdegil mahu berseluar jeans yg agak ketat dan berkasut tumit tinggi. Dan aku pernah di tegur oleh seorang nurse semasa menjalani montly check up kerana aku memakai kasut tumit tinggi.

rindu berseluar jeans :)

kasut tumit tinggi di dalam gambar ini antara salah-satu kasut kesukaan aku

Cuma setelah ramai yg menegur, barulah aku cuba mendengar nasihat mereka. Terima kasih kepada mereka yg sudi menasihatkan aku. Kini sudah berbulan-bulan aku tidak mengenakan seluar jeans dan berkasut tumit tinggi. Rasa rindu. Tetapi untuk keselamatan baby dalam perut ini, aku perlu mengelakkan dari mengenakan sebarang seluar jeans mahupun berkasut tumit tinggi. Semoga baby dalam perut ini membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh-solehah. Mudah-mudahan.

27 comments:

  1. alahai takut jugk dgr simptom2 cmtu..
    yg lain normal n penah dgr tp timbul jerawat kt perut tu 1st time dgr..huuh sabar yer nurul..baper bnyk pun yg nurul alami, tp pahalanya ckup besar..sabar ok..demi baby tercinta, jgn pkai kasut tumit tnggi

    ReplyDelete
  2. semoga sihat sentiasa bakal ibu ittewww..

    ReplyDelete
  3. nurul aziyana : tu lah byk gak simptom nurul alamai. tak pe untuk baby. harap baby membesar dgn sihat.

    ReplyDelete
  4. en me : mudah-mudahan. thanks me

    ReplyDelete
  5. sabar la nurul..
    bg na..
    dlm keadaan skrg ni la lg terase comel berbanding sblm preggy dlu..
    seyes..
    hihi :p

    ReplyDelete
  6. nano : hehehe iye betoi2 tu comel kan time pregnant nie :)

    ReplyDelete
  7. ::sabar erk..sekejap jer..:)::

    ReplyDelete
  8. syanaim : tu lah syanaim kena sabar. sabar separuh dari iman.

    ReplyDelete
  9. sy preggy 3bln pon opismate dh bising2 marah dok pkai heels.xsuka pkai kasut flat coz nampak katik wakakaka

    ReplyDelete
  10. antalya : betoi tu pakai heel kan nmpk cantik dari pakai kasut flat.

    ReplyDelete
  11. macam takot ja bile tgk simptom tue..

    tapi takpe untuk baby kan sumo ok:)
    lepas nie da boley back to normal balik..

    semoga sis n baby sihat ya:)
    take care

    ReplyDelete
  12. aleena : thanks aleena. semoga lepas bersalin nati keadaan akak mcm anak2 dara mcm dulu2 :)

    ReplyDelete
  13. jom join "MANGSA BULI CONTEST" di blog I !! Tarikh tamat on 19th Oct 09

    ReplyDelete
  14. bab gatal di kaki tu...kwn kite pun alaminya. Nasib baik kat kaki dan tgn je, tak kat perut...kalau tak, sure ade kesan2 menggarukan? Sabarlah nurul..ini pembawakan budak :) insyaallah semuanya kembali normal nanti

    ReplyDelete
  15. hanie : mudah-mudahan hanie keadaan menjadi seperti dulu2 selepas bersalin nanti.

    ReplyDelete
  16. hidung jadi kembang tu kire normal lg. i dulu lg la,kat leher dgn ketiak jadi gelap mcm ade daki! dah cuci byk kali pon tak hilang. serius geli dgn diri sendiri time tu. nasib baik skrg dah takde. ;)

    ReplyDelete
  17. annasuejie : iye ke? mcm kwn saya laa dia pun ada simptom mcm awk anna. tp org kata lepas bersalin ok balik kan.

    ReplyDelete
  18. sabar ye nurul.lepas ni boleh pakai semua jeans dgn heels tu :)

    ReplyDelete
  19. ungu violet : ooo yeah tggu lepas bersalin farah baru nurul leh pakai heels dan jeans

    ReplyDelete
  20. byknya simptom awak nie...its true mesti rindu nak berseluar jeans n kasut tumit tinggi..semoga kesihatan nuruk makin pulih..

    ReplyDelete
  21. salam allong,, shida la....
    simptom2 tu imediately ilang pas abis pntgla.. jgn risau!!! shida pregg dua2 ank muke jd teruk abis itam2 kt dahi n muke.. pnuh.. pas abis ari ilang...

    ReplyDelete
  22. hehehhe..salam kenal nurul..

    bab pakai suar jeans tu boleh aje..sbb ade suar jeans utk pregnant mommy..

    n bab tumit tggi tu mmg cannot help laa..demi baby kene laa turtkan juge..

    take care yer

    ReplyDelete
  23. reena : tu laa reena. thanks ye :)

    ReplyDelete
  24. shida : iye ke shida? tu lah hrp2 lepas pantang semuanya ok balik.

    ReplyDelete
  25. cikpid : tu laa cikpid. tp saya bukan jenis yg gemar membeli baju atau seluar maternity. so nak pakai jeans dan kasut tumit tinggi kena tuggu saya lepas bersalin dan abis pantang lah. thanks ye :)

    ReplyDelete
  26. wah.. kaki awak dah bengkak ye? saya belum ada apa2 yg membengkak. cincin masih longgar. semuanya masih boleh pakai. cuma skrg rasa semuanya tak selesa.

    ReplyDelete
  27. hidd : awak kan kecik dari saya orgnyer :) hehehe. saya kecik tapi tak lah sekecik awak hidd. aah kaki dah bengkak sgt dan cincin dah tak boleh pakai.

    ReplyDelete