Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, October 16, 2009

Kaki filem (1) : Papadom


Aku dah lama tidak menjejakkan kaki ke pawagam. rasanya masa awal2 aku pregnant dulu adalah aku tgk satu filem. lupa apa tajuk filem tersebut. masa tu tak silap kandungan aku baru mencecah dua bulan. selepas itu, aku langsung tidak menjejakkan kaki ke pawagam. lagipun ibu tidak membenarkan berbuat demikian. banyak kali saiful minta kebenaran nak bawak aku tgk wayang bila aku balik rumah family di banting. tp...ibu tidak membenarkan. biasalah orang tua banyak pantang larang. aku patuh.

sehinggalah malam tadi aku langgar arahan ibu aku itu. ibu...maafkan kaklong yeah :). itu pun sbb aku dah teringin sangat nak tgk wayang. dah berbulan-bulan tak tgk wayang. macam mana tidak datang gian dalam diri mahu menjejakkan kaki ke pawagam itu :). sangat suka dpt lepaskan gian tersebut. itupun saiful senyap2 plan nak bawak aku tgk wayang tanpa memberitahu aku. tup-tup dia menyuruh aku bersiap-siap dan pakai cantik2 malam tadi. katanya kasihan kat aku dan mahu membawa aku tgk wayang. jadi dia beri peluang kat aku untuk memilih cerita dan pawagam mana aku mahu pergi. terima kasih saiful :).

aku memilih jalan cerita yg lebih relax dan komedi saja iaitu filem 'papadom'. itu saja jenis filem yang sesuai untuk aku rasanya berbanding jenis filem seram mahupun action. ikut hati mahu juga tgk filem seram tp disebabkan aku tgh sarat nie maka, tidak sesuai filem jenis itu untuk aku.

pada aku, filem 'papadom' ini bagus dari segi jalan ceritanya dan yang paling penting ada mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini. aku rasa kepada bakal papa dan mama juga golongan remaja yg meningkat dewasa, aku sarankan menonton filem ini. ada mesej di dalam filem ini yang ingin disampaikan. paling suka ada pelakon scha yang terkenal dengan drama 'awan dania' di astro ria tu yeah. suka tgk dia. comel dan cute :). dan paling bersamangat mahu menghabiskan menonton filem ini kerana location pengambaran filem ini mostly adalah di UITM shah alam. terus jadi rindu dengan UITM yeah. UITM tetap di hatiku. cewahhh :). jadi selamat menonton filem wajib tayang wajib tengok - 'papadom'.

29 comments:

  1. time preggie xpe tgk movie.. i haritu dlm pantang baru 32 hari dah pergi terjah panggung wayang tgk harry potter & transformers.. hahaha!!! sila jgn ikut ok? ;P

    ReplyDelete
  2. fiza : hebatnya kamu lum habis pantang tgk wyg. huhuhu :)

    ReplyDelete
  3. hheh wajib tayang nama pena si rahmat.. comel!! hee rase macam nak tengok lagi sekali je kan.. best dapat papa macam papadom..

    ReplyDelete
  4. atiqah : hehehe mmg kelakar. mmg terasa mahu tgk lg jer :)

    ReplyDelete
  5. mestilah best kan. masak boleh menang filem terbaik. kan? :)


    **ade eh, pantang tak leh pg cinema ms pregnant?

    ReplyDelete
  6. mestilah best kan. masakan boleh menang filem terbaik. kan? :)


    **ade eh, pantang tak leh pg cinema ms pregnant?

    ReplyDelete
  7. ye ke takleh tgk wayang?
    zuris main bantai je
    ganas..seram..suma tibai ;P

    nk tgk gak lah citer nie.

    ReplyDelete
  8. phia : filem nie filem terbaik ke? tak tahu pulak nurul. org tua2 kata better jgn tgk wyg time pregnant.

    ReplyDelete
  9. zuris : wow zuriz lagi ganas leh layan citer seram ganas segala. moh tgk citer papadom nie.

    ReplyDelete
  10. saya ada ngorat abang afdhlin shauki...kalau nak tengok..boleh pergi blog saya..
    hee..

    http://cikepal06.blogspot.com/2009/10/yayyy-redmummy-sayang-cik-epal.html

    ReplyDelete
  11. chipsmore : wow...biar benar...

    ReplyDelete
  12. seriusssssssssss bessttt!!!!!!!!
    tum up!
    suka sgt lawak spontan afdlin tu
    btw akk ada kata balik abnting?
    hehe
    banting katne kak?

    ReplyDelete
  13. hi nurul...mntak tlg skit blh..u prnah dimakeup by fifi omar ye?ok x?blh x u bg info skit pasl exprnce u..tq (ades_tasya@yahoo.com)

    ReplyDelete
  14. tembun : mmg kelakar citer nie. dewi banting kat area selangor gak dkt2 area KLIA

    ReplyDelete
  15. anonymous @ tanapa nama : fifi omar ok. sgt cantik pada saya.

    ReplyDelete
  16. akk
    coz im stayed at banting too ;p
    taman sejahtera,Jenjarom,
    hehehehe

    ReplyDelete
  17. semlm layan muvee PANDORUM...bunyi ala2 PAPADOM...hehehhe

    yanie lom layan lagi muvee papadom...tp memang ada keinginan nak pi nengok...

    akak nurul jangan tgk pilem ganaz2 terkejut2 tau

    hehehhe jaga kesihatan

    =]

    ReplyDelete
  18. yanie : tu laa bunyi tajuk filem lebih kurang jer ye.

    ReplyDelete
  19. iye..iye..
    papadom wajib tonton..tak rugi
    dan iye sekali lagi
    bila tgk scene2 dlm uitm
    rasa rindu kat itm
    rasa mahu gi sana, buat photoshoot sama suami *dia kata gedik*

    ReplyDelete
  20. alah lupa lak bgtau rege meja tu
    beli kat ikea tu
    rm 149
    dulu ada kaler itam ngan kaler kayu
    ni tinggal putih je

    ReplyDelete
  21. dayu : seronok bukan citer nie. yeah...rindu dgn uitm :)

    ReplyDelete
  22. huhu..nad dah lamo cuti tgk wayang...
    so, moralnyer mase ngandung nih..pegilah tgk wayang selalu...tp citer yang elok2 jer...yang xelok xmo tgk ok...xelok tau...

    ReplyDelete
  23. nads : tu lah nurul tgk citer yg kelakar dan lebih rilaks jer :)

    ReplyDelete
  24. dah tgk..best sgt!cite melayu paling best.setanding talentime.hehe

    ReplyDelete
  25. diah : nurul tak tgk pun citer talentime. tp citer paapdom nie mmg best kan :)

    ReplyDelete