Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, November 30, 2009

Detik itu

raina dalam perut itu :)


Salam semua...

Sudah hampir dua minggu aku tidak menjenguk blog aku ini. Kehadiran raina membuatkan kehidupan seharian aku hampir berubah 100%. Yang pasti, kesibukan melayan kerenah raina membuatkan aku tiada masa untuk membuat entri baru hasil tulisan aku. Ada pun hanya meminta bantuan adik aku untuk membuat beberapa entri terbaru.

Ketika entri ini dibuat, raina sedang tidur. Kebetulan ibu aku sudah mula bekerja. hanya tinggal aku dan raina di rumah. Kebosanan ketika proses berpantang sudah mula melanda jiwa aku ketika ini. Benar kata kawan-kawan aku, proses berpantang adalah proses yang paling membosankan.

Kali ini aku ingin menceritakan sedikit detik-detik ketika proses aku bertarung nyawa melahirkan raina. Sebenarnya aku tidak menyangka raina dilahirkan begitu awal dari tarikh yang sepatutnya. Mengikut due date raina sepatutnya dilahirkan pada 04/12/2009. jika mengikut kata hati aku pun ketika itu mungkin raina dilahirkan seawal selepas hari raya haji. Tidak aku duga raina melihat dunia seawal 15 hari dari tarikh due date. Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana selamat semuanya dan Alhamdulilah aku berjaya bersalin secara normal.

Nama baby : Raina Evaqairina Binti Saiful Bahtiar
Tarikh : 19/11/2009
Masa: 9.59 malam
Berat : 2.37kg
Tempat : Hospital Serdang

18/11/2009


aku bekerja seperti biasa. Tiada apa-apa petanda awal proses bersalin. Cuma seingat aku pada hari itu saiful lewat mengambil aku di tempat kerja kerana kesesakan lalu lintas yang agak teruk di kelana jaya. Kebetulan musim hujan, pastinya kesesakan lalu lintas berlaku.

Hampir pukul 8 malam baru saiful sampai di tempat kerja. Ketika itu muncung aku sudah sedepa yeah :P. rasa marah ada, rasa geram ada. Tapi bukannya salah saiful pun. on the way balik ke rumah hati teringin sangat-sangat nak makan KFC. Ooohhh nasib baik dapat makan KFC sebelum bersalin. Iyelah proses berpantang mana boleh makan makanan yang berminyak.

Malam tu selepas mandi, layan tengok tv sekejap, baca novel dan seterusnya biasalah rasa mahu tidur. Selepas 2,3 jam tidur perut sudah rasa tidak selesa. Rasa macam sakit perut biasa. Rasa macam nak membuang air besar pun ada. Tapi boleh relaks lagi layan tidur. Tidak silap aku, area pukul 4 pagi perut aku dah terasa sakit. Pergi toilet tapi perut tetap rasa sakit. Masa nie terfikir dalam hati “adakah aku dah nak bersalin?” tapi aku boleh layan tidur lagi sebab rasa sakit tu taklah sakit seperti rasa contraction.


19/11/2009


6.00 pagi :
Macam biasa aku bangun tidur awal pagi untuk iron baju aku dan saiful. tidak silap aku, sebelum tu aku pergi ke toilet untuk buang air kecil. Dan selepas tu aku mengambil cermin untuk melihat bahagian faraj kerana aku ada meletak sejenis ubat pil di bahagian faraj bagi neutral kan masalah keputihan yang aku alami semasa mengandung. Selepas tu aku lihat ada kuar tanda darah. Tapi tak banyak, sikit saja darah tu keluar. Dalam hati “nie confirm aku dah nak bersalin”. Tapi aku boleh relaks lagi iron baju, mandi dan bersiap-siap untuk pergi kerja.

7.00 pagi :
Selepas aku siap make up segala baru aku kejutkan saiful. Masa nie aku terus bagitahu saiful yang aku dah kuar tanda darah. Saiful tak bagi aku pergi kerja time tu. Kebetulan pada hari tu saiful tidak dapat hantar aku pergi kerja kerana ada urusan kerja luar. Jadi semestinya aku terpaksa drive sendiri ke tempat kerja. Saiful menghalang aku berbuat demikian. Tapi aku dengan degilnya mahu juga pergi office pagi tu. Akhirnya saiful akur dengan kehendak aku dengan syarat aku perlu mengambil half day pada hari tersebut.

8.30 pagi :
perut sudah mula rasa tidak selesa. Sudah rasa contraction 2,3 jam sekali. Sampai office aku mula mengemas drawer, meja dan clear file-file yang sepatutnya di dalam komputer. Masa nie aku sudah dapat rasakan yang aku akan bersalin sebelah petang atau malam pada hari tersebut.

1.00 tengahari :
bersiap-siap balik. Masa nie aku tak terus balik rumah. Aku boleh lagi bergayut telefon dengan ojel dan wawa. Masa nie konon-kononnya nak tanya pengalaman mereka semasa bersalin. Masa nie juga aku leka layan sms dengan saiful, angah dan kawan-kawan lain w/pun masa tu rasa sakit contraction sudah terasa sejam sekali.

2.00 petang :
pergi poliklinik kelana jaya untuk medical check up. Kebetulan pada hari tersebut aku ada appoitment check up di poliklinik tersebut. Konon-konon masa nie terfikir dalam hati untuk pergi check up dan melihat suasana klinik sebelum proses bersalin. Boleh tak aku fikir mcm tu?

3.00 petang :
rasa contraction sudah terasa semakin kerap. Semasa check up berat badan aku turun dengan mendadak. tekanan darah juga menurun.

3.30 petang :
terasa nak makan jagung rebus. Boleh singgah gerai tepi jalan beli jagung rebus sebelum balik rumah. On the way balik rumah, masa nie rasa contraction sudah terasa setengah jam sekali. Tapi aku dengan tekad boleh lagi drive kereta balik rumah dari kelana jaya ke shah alam.

4.30 petang :
sampai rumah terus makan jagung rebus dangan air susu. Masa nie, aku boleh lagi dengan gigihnya mengemas rumah.

5.00 petang :
rasa contraction semakin kerap terasa dalam 15 minit sekali. Masa nie rasa sakit contraction sudah semakin kuat terasa. Sampai aku menjerit menahan rasa sakit tersebut. Masa nie aku mula sms ibu, angah dan saiful.

6.00 petang :
ibu dan adik bani datang rumah. Ibu aku punya risau dengar aku sudah mula rasa contraction. Masa nie aku dengan tekad untuk mandi dan bersiap-siap pergi ke hospital. Masa nie teringat pesan orang tua-tua supaya mandi dan makan secukupnya sebelum pergi ke hospital. Tapi, rasanya aku tak makan secukupnya pun sebab masa tu tak lalu nak makan. Cuma makan jagung rebus sebelum pergi ke hospital.

6.30 petang :
saiful sampai rumah dengan muka cemas dan risau terus bersiap-siap untuk bawa aku ke hospital.

7.00 malam :
dalam kereta, rasa contraction semakin kerap terasa. Masa nie cuba tak mahu menjerit w/pun rasa contraction tu sangatlah sakit. Konon-kononnya nak practise tidak mahu menjerit di labour room nanti.

8.30 malam :
sampai hospital terus buat urine test dan disuruh baring untuk check degupan jantung baby dan bp aku. Masa nie bacaan bp aku lemah. Terus doctor nak check bukaan. Masa nie aku dah redha jer. Dalam otak macam-macam aku fikir. Teringat orang cakap check bukaan sangatlah sakit. Pertama kali check bukaan aku dah tarik nafas (petua dari wawa). Dalam hati “eh apasal tak rasa sakit pun?” terus-terang aku katakan pada pendapat aku check bukaan memang tak terasa sakit. Kecuali jika doctor atau nurse check bukaan semasa rasa contraction mula menyerang. masa tu memang terasa sakit.

9.00 malam :
lebih kurang area 9.00 malam aku sudah di tolak ke labour room. Sebabnya semasa kali kedua check bukaan doktor menyatakan bukaan aku sudah 6cm. Dalam hati “ wow cepatnya bukaan dah 6sm”

9.15 malam :
lebih kurang area 9.15 bukaan aku sudah mencapai 8sm. Dan tidak lama selepas itu, tidak sampai 10 minit bukaan aku sudah mencapai 9cm dan seterusnya 10cm. Masa nie dengan automatiknya aku terasa mahu push. terasa macam ada benda nak keluar. Rasa sakit jangan cakaplah. Memang sakitnya hanya Allah S.W.T dan orang yang pernah mengalaminya saja yang tahu. nurse sudah mula panggil saiful untuk masuk ke labour room.

Tak sangka saiful masuk ke labour room. Sebabnya sebelum nie saiful memberitahu aku yang dia tidak sanggup masuk labour room. Maklumlah saiful takut tengok darah. Yang kelakarnya pada peringkat awal, saiful memang takut nak pandang ke arah aku. Aku dapat melihat dengan jelas yang saiful hanya memandang ke arah dinding dan siling saja.

Sampailah satu tahap, nurse di situ menyuruh saiful melihat sendiri bagaimana keadaan kepala baby yang baru keluar sedikit. Oleh kerana aku tidak pandai push, kepala baby tersebut secara automatik termasuk balik. Sampai satu tahap nurse di situ ckp “puan tak kasihan ke tgk baby puan nie. Dah nampak kepala dah lagi sikit jer lagi. Cuba curi nafas dan push betul-betul. Kasihan hidung baby dah tersepit di situ.”

Serius aku memang tidak pandai push. Mungkin anak pertama. Tiada pengalaman. Puas aku push dan push tetap tidak boleh. Sampai satu tahap aku sudah terangkat punggung. Masa tu memang tak perasan langsung. Tapi nurse dan doctor di situ cakap aku sudah terangkat punggung.

Sampailah aku boleh termarahkan nurse-nurse kat situ. Aku ckp “saya tak boleh. Sakit sangat nie.” Nurse kat situ menjawab “puan boleh jangan cakap tak boleh”. Serius masa tu rasa sakit teramat sangat jadi secara automatik memang rasa nak marah. Sampai nurse di situ menyuruh saiful memberi kata-kata semangat kat aku. “suaminya bagi kata-kata semangat kat isteri awak. Kasihan anak awak nie. Kepala anak awak dah nampak. Cuba tgk rambut anak awak dah nampak dah”.

Nasib baik ada saiful di sisi. Serius aku katakan saiful banyak membantu aku ketika itu. “sayang, lagi sikit je lagi. Demi anak kita sayang boleh. Saiful tahu sayang boleh.” (sambil usap-usap rambut aku). Masa tu aku dah termengah-mengah kepenatan.

Sampailah satu tahap nurse di situ menyuruh saiful meletakkan kain di mulut aku dan aku di suruh gigit kain tersebut. “puan gigit kain tu macam puan marahkan kain tu. Marah kain tu sambil curi nafas dan push”. Masa tu aku dah tekad aku mesti push dengan cara yang betul.

Dengan tenaga yang ada aku tarik nafas panjang-panjang dan aku push sekuat hati w/pun ketika itu aku tidak reti curi nafas tapi aku cuba push semahu-mahunya. Sampailah aku terasa macam ada benda keluar dengan lajunya.

9.59 malam :
raina selamat dilahirkan. Masa tu aku terasa lega dan kepenatan. Paling terharu, saiful cium dahi aku dan berbisik di telinga aku “terima kasih sayang sebab melahirkan anak kita”. Masa tu automatik aku menangis. Rasa terharu dengan tindakan saiful.

Kepada bakal-bakal ibu, mama, mummy dan yang seangkatan dengannya bersiap sedialah dari segi mental dan fizikal. Dengan persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal InsyaAllah segala-galanya akan menjadi lebih mudah.

P/s : petua dari aku ialah apabila terasa betul-betul sakit contraction mula menyerang sehingga tidak tahan dengan kesakitan contraction itu barulah pergi ke hospital. Mungkin ketika itu bukaan sudah buka separuh dan tidak payah menunggu lebih lama di hospital untuk mununggu bukaan.

Dan jangan terlalu percayakan bacaan scan. Ini kerana mengikut bacaan scan berat raina adalah 2.6kg tetapi bila raina selamat dilahirkan berat raina hanyalah 2.37kg. w/pun hakikatnya aku sangat kuat makan terutamanya makanan western food ketika pregnant.

45 comments:

  1. wahh bagus entry kali ni..suke =) banyak info

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha...tahniah..ooo,scan ni xleh caye sgt ke???...ok2 gud info

    ReplyDelete
  3. my god i sudah ternangis baca.. such a beautiful moment.. congratulation on ur newborn.. :)

    ReplyDelete
  4. betul2...
    khalish masa scan 2.6kg, tetiba kuar hanya 2.2kg saja.

    tahniah nurul!!! suka sangat tgk raina. comelll!!!!

    ReplyDelete
  5. waaahh suke la bc pengalaman nurul ni..blh jadik panduan..huhuhu tahniah yer..slmat penjadi ibu yg baik pd raina

    ReplyDelete
  6. Nurul..
    ttibe mngalir lak air mata ita nie...

    erk......tatau nape...

    anyway tahniahhhhhhh....

    cyg nurul...

    ReplyDelete
  7. congrats nurul!so awak bersalin di hospital Serdang...ok x?

    ReplyDelete
  8. congrats nurul!..pengalaman yg bgs utk dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, selamat semuanya
    :) tq kerna berkongsi pengalaman nurul :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah & alhadulillah semua selamat...
    bila baca entry ni terasa di bawa bersama menyelami perasaan itu.. :)

    ReplyDelete
  11. fuhh..panjang entry kali ni..seram sejuk roy bace..tp best..seb baik sempat balun kfc n jagung tu erk nurul..yg kelakarnye suami nurul pandang dinding tu sbb takut tgk darah tp kejap je kan..

    yang terharunye..suami nurul beri kata2 semangat kt nurul..wah romantiknye..ape pon semu dah pon slmt..amin..

    ReplyDelete
  12. syukur...sumernya selamat! tp takut gak ek....

    ReplyDelete
  13. iskk..terharunya bace
    bergenang air mata..
    hepinye rasa..

    harap2 zuris pun dipermudahkan lah nanti.amin...

    ReplyDelete
  14. babe!!
    i terharu giler baca entry u nih...**lap air mata***
    ur hubby sgt touching kata2nya...
    i takde pengalaman mcm ni sbb i ceaser... :(
    nway hepi sgt u & raina selamat...

    tp bab yg pegi keje tu mmg tabik la.. siap drive & kemas umah lagi tuh.. ekekekeke.....

    ReplyDelete
  15. Terharu baca.. uu.. insya Allah, one day it gonna be my turn to feel this precious experience..

    ReplyDelete
  16. eee,,,,...........
    kita nanges....
    macam2 perasaan nih
    haeih..
    highlite lak dgn saiful ckp camtu
    sweet gila dan terharu sgt
    suami yg terbaik

    alhamdulillah............

    yeay!!!!
    entry menyentuh jiwa

    ReplyDelete
  17. btul smue yg ckp tu..sgt mnyentuh jiwa dan rage mmbace entry along kali ni

    Qongrat Long..sgt tabah melalui saat2 yg mncemaskan tu..
    semoga Raina akan setabah ibu nye..xsabar ain nk tnggu dan rse saat mcm tu jgk..

    ReplyDelete
  18. erlyda : hehehe ada indo ke ida? :)

    hisham : mmg tak leh percaya sgt scan nie. tp pendapat saya laa tak tahu org lain

    ReplyDelete
  19. nurul huda : sedih ke entri nie? terharu laa juga kan. saya pun turut sedih terharu bila baca balik apa yg saya tulis

    ReplyDelete
  20. puterikurekure@intan : betoi kan? mmg scan tak boleh dipercayai. thanks :)


    aziyana : thanks aziyana. InsyaALLAH nanti aziyana akan merasanya.

    ReplyDelete
  21. ita ; ramai yg ckp mengalir air mata baca entri nie. nurul tak sangka tulisan kali nie begitu mengharukan


    evyn : ok sgt tau awak dari 5 bintang saya bagi 4 setgh bintang utk hospital serdang :)

    ReplyDelete
  22. zielalala : yeah berkongsi2 pengalaman :)


    hanie : sama2 hanie :)


    ija : iye ke ija. nanti ija kan merasanya ye

    ReplyDelete
  23. roy : alhamdulilah selamat semuanya. tu laa leh balun kfc n jagung tu. huhuhu :)


    chempaka : mmg takut tau tp bila dah sakit rasa redha jer.


    zuris : mudah2han zuris dipermudahkan semsa bersalin nanti


    fiza : hehehe mcm dlm citer drama lak kan? tu kaa tiba2 je saiful jd romantik tu. huhuhu. ooh kena kuatkan hati drive dan kemas umah :)


    noorulaz : yeah kamu akan mengalaminya nanti. caiyok2x


    tembum : dewi, ini benar2 berlaku. tak sangka suami kak nurul begitu menyentuh jiwa ketika itu


    ain ; insyaalaah ain akan mengalaminya nanti ye. mudah2han

    ReplyDelete
  24. alhamdulilah kak...

    pengalaman yg berharga penah asna bace kak. Terima kasih kongsi dlm blog nie ya~

    ReplyDelete
  25. nurul... congrats beby comell... sedey bace entry kali ni..sedey dlm hepi :)

    ReplyDelete
  26. asna : nanti asna akan merasa pengalaman tu


    apple susu : gembira dan terharu :)

    ReplyDelete
  27. nurul, mmg terharu baca entri nurul kali nie, sebab akak terfikir balik pengalaman akak yg turut bersalin di hospital yg sama tak lama sebelum nurul~ hehehe~

    anyway, cayang baby raina, cayang mama nurul... alhamdulillah semua dah selamat...

    ingat, jgn nak angkat benda2 berat, jgn jalan laju2 & JGN NAK KLUAR SHOPPING!!!!

    ReplyDelete
  28. kak mira : thanks kak mira. tp berpantang sgt membosankan

    ReplyDelete
  29. thanks for sharing Nurul =)
    utk panduan kte nnt.insyallah

    ReplyDelete
  30. uh nrul...saya kena rujok entri ni bilatiba gilirn saya ni...

    ReplyDelete
  31. congratulation on ur newborn..detik2 tu memang sgt2 bermakna bagi insan yang bergelar ibu

    ReplyDelete
  32. teringin nak tgk raina.....

    nak ambik pic dengan raina

    kekkekeke ambik berkat...

    =D

    ReplyDelete
  33. ::nurul..sebak baca time awk nak lahirkan anak..nasib ader hubby yg setia tmankan kan..::

    ReplyDelete
  34. nurul takutnyer dgr kalo mai la mmg tak bergerak2 da rasa cam nak menangis je nanti hahahha ... time nie pon mai da rasa takut sgt nak bersalin tak tahu naper perasaan tetibe je dtg ... seram sejuk je rasa da nie ...

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah...tahniah nurul...im hapy for u...
    untung nurul dapat rase sakit nak bersalin sebnar2nyer...

    nad bersalin induce, xdpt merasa sakit2 tu datang sendiri...huhu

    ReplyDelete
  36. thanks coz sudi berkongsi pengalaman yg indah ini...saya pun bakal melaluinya tidak lama lagi...moga saya & baby selamat :)

    ReplyDelete
  37. fathiyah : sama2 fathi :)


    anil ; bila tu anil. jgn tggu lama2tau


    yahie: amik berkat? hehehe bila lah kita boleh ketemu yeah yanie?

    ReplyDelete
  38. nasya : yeah nasib ada suami yg teman


    my's : bila tiba rasa kesakitan tu kita akan rasa redha jer may;s. masa tu fikir asalkan kita dan baby selamat. betul nurul ckp nie. nanti my's akan lalui.

    ReplyDelete
  39. nads ; ooh nads kamu induce ye? tp rasa gak kan contraction bila dah induce.


    mari : hehehe sama2 :)


    busuksayang : awak pregnant? tahniah dr saya ye :)

    ReplyDelete
  40. n3 nie terbaek..

    bile bace mcm touching ade happy ade ngeri ade semua mix together..

    ReplyDelete
  41. aleena : tq aleena. nanti aleena pun merasanya.

    ReplyDelete
  42. Proses melahirkn anak serta kesakitan sms melahirkn anak merupakan nikmat yg xtrhingga yg ALLAH bg pd kaum wanita..

    Rasa sakit itulh yg akn mengeratkn lg kasih sayng antara ibu dn anak..

    kite akan lebih menghargai anak yg kiter lahirkan brbanding dgn mudah ketika melahirkan dn semudah itu mrk mmbuang zuriat sendiri samada rela atau paksaan..

    ReplyDelete
  43. alin : benar tu alin. kesakitan bersalin membuatkan kita menghargai anak kita

    ReplyDelete
  44. taching je bace posting ni dan terbayang-bayang dah ain akan rasa mcm nurul rasa juga.

    harap-harap pengalaman nurul nanti dapat bantu ain bersalin dengan jayanya lah, Insya-Allah.

    *tengah dupdapdupdap menanti nih. =)

    ReplyDelete