Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 30, 2009

Azam bukan sekadar di atas kertas

Aku percaya setiap manusia mempunyai azam. Tiap-tiap tahun ada saja azam baru di buat. Tidak tahu bagaimana orang lain merancang azam mereka. Yang pastinya berbeza-beza.

Untuk aku pula, selalunya aku berfikir dan set di dalam otak. Kemudian aku catatkan di dalam diari mahupun buku. Itu saja. Simple. Tetapi untuk melaksananya bukan semudah merancang azam tersebut.


azam yang ini akan cuba diteruskan. antara idea design aku semasa majlis perkahwinan aku tahun lepas


Azam bukan sekadar di atas kertas. perlu ada usaha melaksanakannya sampai menjadi nyata. Usaha sangat penting. Bukan sekadar di atas kertas dan membiarkannya sampai basi di telan tahun demi tahun. Begitulah seterusnya dalam penghidupan manusia.

Aku?
Aku tidak terkecuali.
Sama seperti manusia yang lain. Aku hanya manusia biasa.
Mempunyai azam, impian dan cita-cita. Jika aku seorang puteri anak kepada raja terkaya di dunia sekalipun, aku tetap akan mempunyai azam.


adik aku : penggerak utama kepada salah satu azam aku itu. kami bergabung untuk azam aku kali ini

Alhamdulilah, azam aku yang paling besar untuk 3 tahun berturut-turut yang lepas telah dapat aku laksanakan. Cuma azam yang kecil-kecil itu saja ada yang tidak dapat dilaksanakan. Salah-satu azam baru aku adalah ini - Business dan mahu kembali membuat freelance editing berkaitan photography, graphic juga printing. Dulu sudah melakukannya tetapi stop seketika sejak aku disahkan pregnant dulu. ahad lepas operasi kami sudah bermula. sudah mula mempunyai customer. harap ianya berterusan. InsyaAllah.


pengantin ahad lepas. customer pertama kami : alif dan hajar


masih gemar bermain warna black and white

cuba bermain warna yang agak terang untuk editing kali ini

Tidak mahu bercakap secara detail tentang apa azam-azam aku yang lain kali ini. kerana kali ini aku mempunyai beberapa azam yang besar sebenarnya. Apa yang penting mahu cuba berusaha melaksanakannya selagi mampu. harapnya aku dapat melaksanakan azam-azam aku ini dengan jayanya. Mudah-mudahan.

19 comments:

  1. wah nurul bagusnye bisnes cmni..ada bakat jgn pendam, tonjolkan..:)

    ReplyDelete
  2. dh ramai yg mint ngn seni pic ni ek..mmg duit masyuk..smga azam nurul terlaksana dan berkembang dgn jayanya

    ReplyDelete
  3. farah pun suka main edit2, tapi utk diri sendiri lah ;)

    ReplyDelete
  4. kita teruskan berazam..yeay!

    anyway, happy new year to u dear :)

    ReplyDelete
  5. wahh, ade geng! hehe. tapi hanie tak reti sgt edit, edit utk mata sendiri pandang bolela :D anyway, all the best utk 2010 k! usaha usaha usaha ;)

    ReplyDelete
  6. bagus2...semoga azam tahun baru kt semua akan tercapai dengan jayanya..insyallah..

    ReplyDelete
  7. mari kita sama2 berazam utk maju jaya ke hadapan...yeeha!!

    ReplyDelete
  8. wah!!!! photography!!! i love photography!!!! i pray 4 u dear... may all ur wish come true.. so nice knowing u & i love reading ur blog & i love raina too!!!! hikhik...hugs 4 raina... :D

    epy new year!!!!!!

    ReplyDelete
  9. insya allah nurul,segala yang dirancang akan menjadi
    ada bisnes sendiri..mmg idaman kalbu smua org..keje ikut masa kita kan

    ReplyDelete
  10. zielalala : insyaalah nurul baru mahu mencuba :)

    aziyana : hrp2 gitu laa aziyana.


    farah :hehehe boleh kembangkan bakat itu

    ReplyDelete
  11. julia : yeah teruskan azam. hepi new year awak


    hanie : baru mahu mencuba :) yeah usaha usaha usaha

    ReplyDelete
  12. koklie's : thanks awak


    nads : hrp2 gitu


    anil : mari .....moga berjaya azam itu yeah

    ReplyDelete
  13. eyriqazz : thanks awak :)


    fiza : hugs juga utk damia. i love graphic editing n photography


    dayu : yeah itulah impian namanya. hrp berjaya :)

    ReplyDelete
  14. eyriqazz : thanks awak :)


    fiza : hugs juga utk damia. i love graphic editing n photography


    dayu : yeah itulah impian namanya. hrp berjaya :)

    ReplyDelete
  15. ::nurul..gambate!!hope azam nurul berjaya k..nasya doakan successss::

    ReplyDelete
  16. nasya : harap2 nasya

    phia : moga2 berjaya :)

    ReplyDelete