Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 23, 2009

Di sebalik nama Raina Evaqairina

Raina Evaqairina
Bermaksud puteri kebaikanku

Nama yang di pilih itu ada makna tersendiri. Pada peringkat awal pregnant, aku teringin mahukan baby boy. Sangat teruja mencari nama untuk baby boy ketika itu. Tetapi setelah membuat full detail scan dan aku disahkan doktor bakal mendapat baby girl barulah aku dengan bersungguhnya mencari nama untuk baby girl. Malah aku semakin teruja dan gembira bila mengetahui gender baby aku ketika itu.

Aku mempunyai beberapa syarat semasa pemilihan nama di buat. Nama yang dipilih mestilah unik dan mempunyai maksud yang baik. Gabungan nama itu juga perlulah menarik dan ejaan nama tersebut haruslah mengekalkan ciri kemelayuan walaupun sebutan nama tersebut agak mencirikan sedikit kebaratan.

Pada peringkat awal, nama yang di pilih adalah Raina Rissa Camilla tetapi nama tersebut tidak disukai oleh adik aku. Maka aku menukarnya kepada Raina Evaqairina. Walaupun saiful sangat berminat dengan gabungan nama Raina Qaisara tetapi disebabkan nama Qaisara itu adalah nama kepada anak kawan aku ojel maka aku terpaksa reject nama Qaisara itu.

Saiful tidak kisah dengan pemilihan nama anak, cuma jika boleh nama tersebut mestilah ada berbunyi “na” kerana dia sangat fanatik dengan pelakon bermulut seksi iaitu angelina jolie. Kelakar bukan?

Pendapat aku kepada semua, tidak kisah memilih nama apa pun. apa yang paling penting maksud di sebalik nama tersebut.

25 comments:

  1. evaqairina tue best:)

    boley panggil baby ev..hee
    nie tetiba nak fikir name anak nie..haha:P

    ReplyDelete
  2. hehehehehe....angelina jolie yg x tahan tu...

    nama anak melambangkan keindahan berpanjangan....

    ReplyDelete
  3. betul2!

    nama raina ada ritma. kite suka!

    ReplyDelete
  4. ha... betul3!!!! mesti kene ade maksud... huh! angelina jolie ekkk...sgt tinggi taste saiful itu..hakhak... raina harus menjadi klon angelina jolie..kihkih...
    nama yg 1 lagi tu maksud ape ekk? just wanna know..

    ReplyDelete
  5. btul..yg penting maksudnya..nama tu akan dikendong dunia akhirat..tnaggungjawab parents menamakan anak dgn nama yg baik..kalu tidak, di akhirat nnt terpaksa menjawab

    ReplyDelete
  6. ya sangat bestt.. semoga raina dapat menjadi anak yang solehah untuk ibu ayah yang dah memilih nama yang baik untuk dia kan...

    ReplyDelete
  7. best nama raina evaqairina tuhh..
    kreatif selain maksudnyer yg baik..
    ada rezki alin pregnant baby gorl nurul tolong bg advice nama baby girl k?

    ReplyDelete
  8. sedap juga nak raina 2 nurul insyallah mai pun dalam usaha mencari nama baby yang bermaksud yang baik2 dan sedap didengar yang pasti masih dalam kemelayuan biasa la zaman sekarang nie kan mcm2 ad ayang tak tahu maksud nama 2 masalah betul .. tapi mai suka sgt dengan nama gurl2 dari Boy hehhe tak tahu la naper kan heheh ... tapi hari 2 scan tak nampak tapi dokter cakap selalunyer gurl hehhe ...

    ReplyDelete
  9. seronok x dah jd ibu?mesti happy kan?
    xkshlah nama ape sekalipun...yg penting nama tu ade makna yg baik2...
    kiss baby eva 4 me...;)

    ReplyDelete
  10. wahh evaqairina tu unik!
    mmg bagus ade makna yg indah :D kadang2 sampai tak terpilih sebab byk sgt kan? hehe

    ReplyDelete
  11. unik nama tue nurul..tapi saya msh pening mencari nama...any idea tak dear???

    ReplyDelete
  12. yeap. i totally agreed. tak kiralah nama tu bunyi n ejaan gempak pun tp kalau takde maknan, takde guna jugak.

    glad that u picked such a meaningful name. hopefully, bahagia semuanya.. ;)

    ReplyDelete
  13. raina rissa camilla tu pun best jgklah..

    tp klu aku ciplak idea ko ni.. aku guna rissa camilia, pastu nicknamenye milia..... so cute...

    ReplyDelete
  14. wahhh.. raina lembut je nak panggil. hik

    bagi phia sekali baca, mcm ala2 indo je nama. sweet!!

    ReplyDelete
  15. aleena : angan2 nama anak seronok :)

    anil : yeah betulllllll.


    intan : thanks :)

    ReplyDelete
  16. fizamior : lupa laa fiza apa maksud nama lg satu tu.


    aziyana : betul tu. setuju


    atiqah : mudah2han

    ReplyDelete
  17. alin ; boleh jer. bisa diatur :)


    mai : lum tahu gender lagi ye? nama bb girl ke boy kalu pandai cari best2 gak kan


    nads : betul tu nads

    ReplyDelete
  18. hanie : betul tu tak tahu nak pilih mana satu


    busuksayang : awak punya gender baby apa? leh saya tolong carikan :)


    diah : thanks diah

    ReplyDelete
  19. putri ; mudah2han putri.


    ojel : ko nak ciplak nama tang rissa tu ke? adik aku tak suka tang camilla tu

    phia : ye ke phia? hehehe

    ReplyDelete
  20. wahhh sedapnyaa nama tuuu.. kalau ada makna mmg best laa.. congrat ya nurull...

    ReplyDelete
  21. Nurul update la post lattest pic raina..

    ReplyDelete
  22. riena : thanks :)


    alin : nanti nurul update

    ReplyDelete
  23. bagi saya, setiap nama itu perlu ada maksud yang baik. tapi kalau nak letak nama mat salleh pun apa salahnya asalkan maksudnya bukan anak setan ke, anak babi ke.

    kan.

    ReplyDelete