Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, December 15, 2009

Kotak hati

zaman berdua

Kotak hati ini rindu.

Itulah perasaan yang terdetik di hati aku ini ketika mula-mula aku menjalani proses berpantang. Perasaan ini terlalu mendalam sehingga ada satu ketika aku menangis keseorangan.

Aku rindu mengandungkan raina selama 9 bulan lebih itu.
Aku rindu perut aku yang membulat itu.
Aku rindu memegang perut aku yang membulat itu.
Aku rindu berbual-bual dengan raina ketika raina di dalam perut itu.
Aku rindu layanan saiful ketika aku mengandung itu.
Aku rindu masakan saiful ketika aku mengandung itu.
Aku rindu ketika kami meluangkan masa berdua itu.
Aku rindu bergurau senda, berbual-bual dengan saiful ketika itu.
Aku rindu untuk pergi ke klinik membuat medical check up itu.
Aku rindu layanan semua orang ketika aku mengandung itu.

Sehingga kini aku masih mempunyai perasaan itu. Tidak tahu mengapa. Aku pasti saiful juga rindu detik-detik ketika aku mengandung dulu. ini kerana semalam dia memberitahu aku betapa kami sekarang kurang berkomunikasi dan kurang meluangkan masa berdua seperti dulu sejak kehadiran raina.

Kehadiran raina dalam hidup kami membuatkan kami kurang berkomunikasi dan meluangkan masa berdua. Ini kerana dari siang ke malam perhatian kami hanya untuk raina. mungkin raina masih kecil lagi. Dunianya hanya minum susu, tidur dan menangis. Jadi raina perlukan perhatian yang lebih dari kami. Inilah yang aku katakan di entri yang lepas. Kita perlukan kekuatan fizikal dan mental melayan kerenah anak kita.

Semasa proses mengandung, macam-macam dugaan aku tempuhi. Tetapi aku cuba lalui w/pun sukar bagi aku ketika itu. Tetapi hasilnya alhamdulilah aku diberikan perhatian yang lebih oleh saiful, keluarga juga kawan-kawan. Terima kasih semua.

Ketika mengandung, hari-hari aku berbual-bual dengan baby di dalam perut. Aku berzikir, menyanyi dan bercerita. Itulah rutin aku hari-hari. Alhamdulilah selalunya ketika di dalam perut raina memberikan respon yang baik. Hasilnya sekarang raina masih memberikan respon yang baik apabila aku membuat perkara yang sama.

rindu sungguh dengan perut itu

Ketika mengandung juga aku di layan dengan baik oleh saiful lebih-lebih lagi ketika aku sarat mengandung. Aku tidak pernah memasak sejak aku mengandung. Hari-hari aku makan di luar atau saiful yang akan masak untuk aku. Jika saiful ada di rumah dia melarang aku mengemas rumah atau membuat kerja-kerja rumah. Kecualilah aku curi-curi mengemas rumah ketika saiful tiada di rumah.

kebiasaannya tiap-tiap malam apabila aku sudah lena tidur saiful akan bercakap dengan baby di dalam perut. Selalunya saiful agak malu bercakap dengan baby dalam perut apabila aku belum tidur. Tak tahu kenapa. Tiap-tiap malam juga saiful akan urut dan sapukan minyak di kaki aku. Maklumlah ketika aku pregnant dulu kaki aku membengkak dengan teruk.

Aku rindu meluangkan masa berdua dengan saiful. Sudah menjadi kebiasaan kami melayan menonton VCD sehingga lewat pagi dan kami juga akan berbual-bual sebelum tidur. Kadang-kadang aku selalu kena perli dengan saiful sebab aku mesti tertidur bila saiful sedang rancak bercerita.

Aku rindu untuk melakukan semua aktivti itu. Tetapi dengan kehadiran raina ini, semua aktiviti itu terpaksa kami lupakan. Semua aktiviti itu terpaksa kami hadkan. Ini kerana raina perlukan perhatian yang lebih dari kami sekeluarga.

Tidak sabar rasanya mahu menunggu raina besar sedikit dan aku mahu membawa raina pergi bershopping dan membawa ke kedai buku sambil menghabiskan masa di kedai buku tersebut. Itulah aktiviti yang paling aku gemar dari dulu hingga kini. Harapnya raina mewarisi aktiviti kegemaran aku itu yang suka membaca dan mengumpul novel.

Pada pendapat aku, apabila kita melangkah ke alam perkahwinan, kita perlu merancang dengan teliti untuk mendapatkan zuriat. Jika kita benar-benar sudah bersedia dan sudah puas hidup berdua barulah merancang untuk mendapatkan zuriat. Jangan terikut-ikut kawan dan sebagainya. Tanya diri kita sudah bersediakah? Ini kerana cabarannya amat besar ketika kita menjaga anak kita ketika kecil.

Untuk aku dan saiful pula, di awal perkahwinan memang kami merancang untuk hidup berdua dahulu dan selepas beberapa bulan barulah kami merancang untuk mendapatkan zuriat. W/pun ketika itu saiful benar-benar sudah bersedia dan berlainan pula dengan aku yang ketika itu belum bersedia sepenuhnya.

Tetapi aku cuba juga bersedia sepenuhnya apabila aku disahkan mengandung. Alhamdulilah rezeki aku hanya datang pada bulan ke 5 usia perkahwinan kami. Tetapi aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku diberikan zuriat ini. Jadi, kepada teman-teman yang bakal memasuki alam perkahwinan buatlah perancangan dengan teliti.

32 comments:

  1. Menitis air mata membaca entry Nurul yang ini. Ya, saya sendiri kadangkala terlalu menanti apa yang ada di hadapan sehingga terlupa menikmati apa yang sedang dilalui.

    Diharap diri ini dapat menikmati akhir kehamilan ini sepuas-puasnya, juga saat berdua bersama suami sebelum ketibaan si kecil.

    Terima kasih di atas entry ini. Ia sangat bermakna.
    =)

    ReplyDelete
  2. n3 nie sgt berguna..

    at least da boley tahu serba sedikit bout baby and life after kawen+selepas ade baby:)

    ReplyDelete
  3. hehehe dh terlajak, xper la nurul..rania pembawa rezeki utk kalian..dh dpt sorg blh la plan lmbt ckit utk yg ke2..jgn menyesal ok

    ReplyDelete
  4. a'ah kan nurul..bila dah ada baby ni
    tumpuan kita akan beralih kat dia sepenuhnya, mesti dh kurang masa nak bagi kat suami.. nak cuddle2 pun mesti dah takde masa sgt
    asyik ngan baby je

    tapi bila nurul cakap ttg, nikmati masa berdua sebelum hadirnya baby.. tu mmg betul..
    bila mcm cepat sgt.. takut nnti timbul rasa tak puas, pastu lagi naya kalau tiba2 menyesal *ya allah, jauhkan lah*

    biarlah rania puas bermanja sebelum dpt adik

    ReplyDelete
  5. erm thanks for sharing wat do u feel nurul :)
    baru tersedar jgk bab persediaan utk mempunyai anak..hee, tu la, kadang2 tak rase puas lagi berdua, tp dalam naluri kecil dlm diri, teringin sgt mahu cahaya mata. Hmm, harap Allah berikan petunjuk dlm hati2 kita eh nurul ;)

    ReplyDelete
  6. sbnrnye nurul, sy pn dh menjangkakan pkr2 yg mcm nurul tulis tue. so sy mmg dh ckp awal2 dgn hubs bile sembang2 tu ttg keadaan sy & hubs xkn sama bile dh ada bb. xkan same cam time berdua saje. nk manja2, gurau2 msti dh terbatas. hubs mcm fhm tp xtaula nnti mcm mane. hrpnye kami sama2 bersedia :)

    inilah namanya kitaran kehidupan :)

    ReplyDelete
  7. this entry touch me deep down inside. thanx for sharing your feeling 'transparently'. really appreciate it.

    kdg2, org hanya nampak zahir, apa yg kita rasa kat dalam, dorang tak tahu. sy yakin, bukan awk sorang je yg punya rasa mcm tu.

    neway, by hook or by crook, the time will come and we've to face it. it has been written.

    hang in there :)

    ReplyDelete
  8. nurul ni buatkan kite pon teringat zaman perut yang memboyot. best ek zaman2 camtu?
    dimanjakan, dibelai slalu.
    dan suami pon extra caring!
    mana taknya, cakap je nak makan apa, nak buat apa, berdesup dia tolong. ngee~

    masa mula2 baby lahir, memang masa berdua tu hampir tiada. sebab dah tentu2 pagi dia pi keje, balek dia sebok gomol anak, mandi, makan. pastu dah letih, terus tidoq. sebab tu sejak minggu ke-3 kite pantang, kite dah start paksa2 en alang luangkan masa buatkan susu dan tukar lampin baby. sebab kite pon akan terjaga sama. kadang2 bila dah terbangun kul 4am, sampai ke subuh kitorang dok borak. masa tu la baru rasa senang berdua. takde mak@mertua, family yang sebok2. ngee~

    ReplyDelete
  9. nurul masa baca entry nie rasa sebak la masa mengandung kita di layan mcm tuan puteri mmg seronok perasaan 2 mai pun suka sgt perasaan time pregnant nie.. mai mandi pon ejad masakkan air panas nak makan pon kadang2 bersuap tido pon kadang2 beriba heheh.. banyak waktu kita habis kan bersama bila da lahirnyer baby waktu banyak pergi ke baby perhatian lebih pada si kecil ...
    kuat kan hati iman itu yang paling penting ...

    ReplyDelete
  10. bila baca luahan hati nurul ni, betapa saya bersyukur bila Allah uji saya dengan dua kehilangan sebelum ni. ya, saya masih memerlukan masa lebih untuk hidup berdua sebelum bertiga. tapi anak rezeki Tuhan, siapa kita nak tolak kan?!


    semoga nurul happy dengan life baru ;)

    ReplyDelete
  11. comey perut kak nurul...
    hehhehe

    tak sabar nak tunggu turn yanie...

    tp yanie lom kawin lagi nih

    hehehhe

    ReplyDelete
  12. ouh nurul...slalu berfikiran positif ya...tp saya jeles dgn nurul..kekadang saya rasa dah bersedia..tp kdg2 bila saya x dpt bersama suami...saya x mahu moment itu dirampas...

    tp kami berdua selesa dan percaya pd rezeki..yg pnting sama2 bahagia..

    tp saya phm perasaan awak...sa prnh dgr cerita yg sama....

    tp rania huhhh....saya sgt tumppg gembira krn kehidupan nurul dan saiful kini lengkap

    ReplyDelete
  13. rasanya.. prsaan ni mmg akan timbul.. lebih2 lg melahirkn anak pertama... aku pun lalui jgk perasaan nih...

    dulu berdua.. skrg bertiga..
    tiba2 segalanya berubah..

    byk lg benda2 baru yg akan dilalui.. yg pasti semuanya sgt membahagiakan... cuma perlu tabah n sntiasa bekerjasama dgn suami..

    ReplyDelete
  14. Along kne lalui ni semue dgn gembira..jgn ade perasaan sedih time2 mcm ni..yg khwin xdpt2 baby tu lg sedih tau.hehe

    mayb..along leh hdupkn balik suasana berdua tu dalam kehadiran Raina..

    rsenye aktviti ber-3 b'same Raina lebih menarik kan..

    Enjoy ur Life Sis...

    ReplyDelete
  15. hannah : sama2 hannah. nikmati laa sepuasnya zaman berdua sebelum kehadiran si kecil


    aleena : aleena akan lalui nya nanti :)


    aziyana : tak penah menyesal cuma rasa rindu tu kdg2 jelma

    ReplyDelete
  16. dayu : bermanja2 lah dgn suami sepuasnya sebelum kehadiran baby . raina mmg penyeri hidup kami :)

    hanie : mcm ner dah bersedia?


    sharena : hrp awak dan hubby awak bersedia ye

    ReplyDelete
  17. xeea : thanks awak. tp percayalah kehadiran si kecil sgt membahagiakan.

    puterikurekure : betoi tu intan. rindu perut memboyot dulu


    my's : kena bersedia ye. suami kita sayangkan kita cuma dah tak mcm zaman berdua. tp percayalah kehadiran baby akan membahagiakan kita.

    ungu violet : mmg ada hikmah nyer awak. awk bersabar ye

    en me : tp best ada baby tau

    yanie : perut yanie nanti lagi comel :)

    anil : oohh anil kamu dah bersedia ye? semoga ada reaeki anil nanti

    ojel : oooh ko pun pernah merasanya ye? tp best kan ada baby

    ReplyDelete
  18. ain : eh ain along happy ada raina cuma kdg2 tu rasa rindu jer zaman dulu2.

    ReplyDelete
  19. perasaan nurul tuh r yg dikatakan nikmat yg Tuhan bg pada wanita yg mengandung..biarpun sakit ketika melahirkan anak ttp nikmat itu yg membuatkn wanita mahu melahirkan anak seramai yg boleh..

    ReplyDelete
  20. selepas beberapa jam alin deliver danish seakan2 terasa pergerakan baby di dlm pewut walhal time tuhh da deliver pun..

    saat pregnant mmg menyenangkn.
    tu pasal alin slalu pesan pd kengkwn yg tgh pregnant jgn merungut n enjoy pregnancy moment coz u will miss that moment..

    ReplyDelete
  21. alin : betoi kata kamu tu alin

    ReplyDelete
  22. nurul, betulkan ...
    nad pun rindu kat perut bulat itu..
    rase cam nak ngandung lagi...best, coz dapat layanan 1st class...

    ReplyDelete
  23. nad ; betoi tu layanan 1st class. hehehe

    ReplyDelete
  24. Nurul..thanx for being transparent and the advise is very much overwhelming to hear.hihi.bukan ape..org2 yg bunting pelamin tu sebuk sgt suruh kite pun beranak cepat2.x paham kdg2..ko nak tlg jaga anak aku ke ape kdg2,hehehe
    saya paham ada anak mmg best gileee..blk2 je ternanti2 nk jumpe die tp saat berdua dgn suami takkan dpt patah balik kan..ape2pun congrats nurul sbb awak berjaya dpt zuriat.saya masih mencuba lagi ;)

    ReplyDelete
  25. diah : nikmati masa2 berdua enjoy puas2 then baru plan dptkan anak

    ReplyDelete
  26. lama tak jenguk blog nurul tapi entry yang ini mmg berbekas kt hati..huhu..

    sama2 kita doa dapat buat yang terbaik ye nurul..

    tahniah, raina dah lengkapkan hidup nurul dan suami..

    ReplyDelete
  27. dear nurul,
    betul tu masa da kawen laa masa yang paling best dihabiskan bersama suami kan. kalau sebelum sah pergerakan kita berdua terbatas bila dah kawen lain..

    seronoknye hidup berumahtangga kan..? mesti lebih baik dari bujang..ade teman setia sehidup semati..


    qah pun tak merancang.. dan bila baca entry nurul ni qah dapat rasa ade betulnye.. moment bersama ant. suami isteri itu yang terbaik..

    dan masa mengandung anak pertama memang ramai yang take care kat kita kan..? bila mengandung seterusnya macam kurang da perhatian.. maybe laa kan..
    [qah tulis tru pengalaman dengar cerita org]

    rania mesti faham situasi ibu dan ayah dia.. dia pun mesti tak sabar nak besar.. huu~

    take care nurul.. jangan risau k kebahagiaan pasti ada buat nurul dan keluargaa.. :)

    ReplyDelete
  28. sedihla entri ni. tak tahu nak kata macam mana, memang ada benarnya luahan hati nurul tu, tapi phia tak menolak juga kalau ditakdirkan "rezeki itu" datang. semua itu ketentuanNya. betul tak? ;)

    **thanks for sharing

    ReplyDelete
  29. baru terbaca tentang entri ni, kita pun berfikir pkr sama. Mmmg tak sedia nak bertiga walau dah hampir setahun kahwin, tu awal2 dah merancang. Biar ape org lain kata pasal merancang ni, tapi i know what best for me.
    Some older couple yg tak ada anak pun boleh bahagia berdua, sapa kata tak ada anak tak bahagia. Setiap manusia hidup nya berbeza kan? tak semestinya kena ikut flow orang lain baru bahagia..huhu..

    ReplyDelete
  30. nur jana : ye awak sebenarnya tak bole ikut kawan kena tanya pada diri dah bersedia belum? menjaga anak perlukan perhatian yg lbh

    ReplyDelete