Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, February 25, 2009

Full entry pic wedding of Wawa N Shidi

ok nie work aku yg dah lama terperuk dlm i-book aku nie. sebenarnyer dah lama dah siap tp...malas nak burn dlm CD then nak past kat wawa. sori laaa wawa. busy sgt laaa beb. kang kalu free aku anta CD ko kat umah ko sebelum ko bersalin. jgn mrh ye wawa. hehehe.

ok sebenar nyer.... wawa nie suh aku kecik saiz gmbr dan edit laaa mana patut. tp...yg dia nak sgt suh aku bg edit kecik kan saiz gmbr tu. yg bab edit2 tu kalu rajin aku wat laaa cantik2 kalu time tang malas aku sampai mmg malas laaa aku nak edit gmbr tu. just adjust color kasi naik sikit color,tone color dan sebagainya. sebenarnyer nak edit atau design sesuatu gmbr nie take time sikit. so...itu laaa yg dtg sikap malas tu. lgpun aku nie bukan teror mana pun design atau bab2 edit nie. huhuhu. sbb dulu kat UITM aku mmg pemalas sikit. kalu design work2 atau assigment yg lecturer bg pun aku suka design yg simple2 jer.

ok nie laaa sebahagian hasil editing aku yg tak seberapa. tp...disebabkan aku edit dan design guna apple MAC so tone color agak gelap sikit bila dilihat melalui pc. tp...jika gmbr2 nie dilihat menggunakan MAC tone color agak terang sedikit. tp...tak pe laaa asalkan leh tgk. huhuhu. enjoy yeappp :).

tahniah kawan-kawan

kat sini aku nak ucapkan tahniah kat kwn2 aku yg tgh pregnant dan yg dah selamat melahirkan baby diaorg. tahun nie mmg ramai sgt kwn2 aku yg pregnant dan dah ada pun yg selamat melahirkan baby. aku tumpang hepi dgn kegembiraan kwn2 aku nie.

tahniah kat ojel, mek som dan wawa (diaorg nie tgh sarat mengandung). tak sabar aku nak tgk baby korang. tahniah jugak kat kwn2 aku yg baru jer pregnant ecah (junior aku masa kat UITM), zura dan kak mira. ermmm....kak mira seronok nyerrr yaya akan dpt adik baru :). dan yg terbaru sekali aku nak ucapkan tahniah kat jijie. jijie nie dah dua tahun kawin. dan jijie mmg nak sgt baby. Alhamdulilah last week jijie bgtahu aku yg dia dah pregnant. aku pun tumpang gembira dgn ko jie :).

dan tahniah jugak wat kwn aku odie yg dah selamat melahirkan baby girl. nama baby dia izzah insyirah. sedap kan nama tu? tak silap aku odie delivery baby dia kat sarawak. dah suami dia keja kat sarawak. so odie pun terpaksa tukar mengajar kat sekolah di sarawak. so...odie aku tak dpt tgk baby ko. tp...kalu ko balik banting boleh laaa aku tgk baby ko. mesti comel kan?

dan tak lupa gak aku nak ucapkan tahniah kat nierah. mmg comel baby nierah. aku dah tgk gmbr baby nierah kat FS. putih melepak mcm nierah gak. hehehe. tak sangka nierah dah jadi mama. nierah nie dulu satu kelas dgn aku masa kat UITM. nama baby nierah nie hilman haziq. sedapkan nama tu?

oklah tahniah sekali lagi kat korang semua. lepas nie doa2 kan laaa aku cepat pregnant yeah :).

Terima kasih

Thanks kepada semua yg sudi baca blog aku nie. aku betoi2 terharu bila ada pembaca blog aku nie yg menghantar email kat aku "try to comment on ur blog...tp dah private rupenye. i love reading ur writing". "kenapa blog nurul tak boleh masuk dah..." ooohhh terharu aku kerana ada jugak pembaca blog aku nie yg memghantar email sebegitu. w/p ada pembaca blog yg aku tak kenal tp...aku cukup teruja kerana mereka sudi membaca dan mengikuti blog aku yg tak seberapa nie.

maaf kepada pembaca2 blog aku. smlm aku terpaksa private kan blog aku atas sebab2 tertentu. tp... ari nie aku dah open kepada sesiapa saja yg sudi membaca blog aku. tujuan aku menulis blog nie pun hanyalah sebagai tulisan peribadi utk suka2 saja juga utk berkongsi cerita dan pendapat kpd sesiapa yg sudi.

kepada pembaca2 blog aku thanks so much kerana mengikuti blog aku yg tak seberapa nie :). thanks yeah :).

Diam diri

aku rasa dalam situasi skrg better aku mendiamkan diri. aku dah tak mahu lagi nak ckp apa2 atau menulis ttg kisah2 itu lg. so aku nak diamkan diri je skrg. aku akan berckp bila penting saja. lebih baik jadi pemerhati dr bercakap apa2. jgn ingat diri itu betoi selalu. mungkin diri itu jugak salah tp tak nmpk apa salahnya. yup...belajar dr kisah2 lama. smile... :) still senyum yeappp :)

p/s :- blog ini hanya lah tulisan peribadi penulis utk suka2 bukan bertujuan apa2 :).

Thursday, February 19, 2009

Prelude - pre wedding entry

kali nie aku nak upload gmbr2 pre wedding aku yg dah lama terperuk dlm simpanan aku nie. huhuhu. disebabkan sifat pemalas aku yg malas nak upload jd agak lewat laaa aku upload gmbr2 tersebut kat blog aku nie. tp... nie just entry prelude saja yer. nati later aku upload lebih byk lagi gmbr yer.

tak silap aku pre wedding nie aku shoot masa bulan 8 tahun lepas kot. time tu sebelum nak puasa. aku hired photographer dr capturing emotion atau si faiz nie. hasil keja faiz nie cantik dan hebat sama mcm photographer masa wedding aku iaitu peveyhack. cuma faiz nie susah benor nak contact dia set kan masa shoot gmbr, amik album dan sebagainya. tp... yg penting aku suka hasil keja beliau.



lokasi pre wedding shooting nie di buat di sekitar putrajaya, ladang UPM dan Mardi. w/pun panas terik tp...disebabkan aku nie suka bergambar so aku hemtam jer laaa senyum dan bergelak2 sakan masa shoot. tp...comel aku nie dia mcm hilang mood gak sbb kena panas. tp...comel aku still bg kerjasama yg baik utk bergambar. cuma comel aku nie susah sikit nak senyum nmpk gigi dia. dia suka senyum ala2 control macho dan poyo. huhuhu :).

p/s : later aku upload lbh byk gmbr pre wedding aku dgn comel aku nie yer. sbb skrg nie rasa sgt malas nak upload gmbr byk2. huhuhu :).

Pelamin dan deco bilik pengantin

nie laaa pelamin saya :)

nie laaa deco katil di bilik pengantin :)

Hari nie aku cool sikit. tak mcm smlm ada mcm2 perasaan dlm diri ingatkan pasal org yg dengki-mendengki dgn aku tu. ramai sungguh kwn2 nasihatkan aku supaya ignore kan saja manusia seperti itu. ok laaa kwn2 thanks byk2 coz support aku yer. aku pun dah malas nak fikirkan pasal hal tu. yg penting kat sini aku hepi. ho ho ho :).

ok laaa entry kali nie aku nak update gmbr pelamin dan deco katil di bilik pengantin. ramai dah yg tanya. dah 3 bulan lebih aku kawin tp... sifat pemalas dlm diri tu ada jer tiap kali nak upload gambar. kat FS dan FB pun aku dah jarang upload gmbr. nie khas aku upload kat blog aku nie. huhuhu.

pelamin dan deco katil kat bilik pengantin nie aku amik dr butik zaifie zainal creation kat cheras. aku tahu pasal butik nie last minit tau. bg keputusan kat kak zaifie pun last minute beb. mula2 tu just tempah deco utk katil kat bilik pengantin jer. pastu butik kat kajang tu tipu aku last2 minute pasal pelamin terpaksa aku cancell amik pelamin kat kajang then tempah sekali pelamin dgn kak zaifie. masa tu lagi beberapa hari aku nak nikah. sedih betoi butik kat kajang tu wat hal dgn aku. tipu2 customer dan ckp belit2 last minute. nasib baik kak zaifie ada time tu.

aku decide amik pelamin dan deco katil dgn zaifie zainal creation sbb nyerrr design pelamin dan deco katil sgt memenuhi citarasa aku. simple dan sgt nice :). lg satu sbb aku mmg dah lama plan majlis kawin aku nie nak byk main color white, off white dan juga cream. so design di zaifie zainal creation mostly guna color2 yg aku plan tu. anyway thanks kak zaifie :).

p/s : lain entry aku upload lebih byk lagi gmbr pelamin dan deco katil di bilik pengantin yer :).

Tuesday, February 17, 2009

Valentine day itu penting ke?

aku nie suka benor bergambar. huhuhu :P

Valentine day itu penting ke...?

bg aku tak laaa penting sgt pun. tp...kalu nak eratkan kasih syg lagi2 antara suami isteri ok juga kan? tp...kalu lum ada ikatan suami isteri tu agak2 penting tak? ermmm...aku rasa tak laaa sepenting mana pun just utk eratkan kasih syg tp tak melampaui batas2 agama ok kot. dulu masa aku lum kawin pun aku dgn comel aku nie just celebrate gitu2 jer (tp..mcm tak sesuai jer di panggil celebrate). sbb selalunya kami mkn dan tgk wayang jer. tp... ramai remaja zaman skrg nie ikut sesuka mereka jer celebrate valentine day nie. kdg2 geram gak baca kat paper2 tu cara mereka celebrate. dah melampaui batas2 agama. aku nie tak laaa alim mana tp...kena tahu lah batas2 agama yg disarankan :).

ok lah aku nak citer sikit pasal mlm valentine day antara aku dgn comel aku nie (bukan celebrate valentine day ye kwn2. cuma kebetulan mlm tu comel aku ajak kuar jln2). al-maklum laaa ari tu ada sikit salah-faham kan? dan krisis manja2 gitu dgn comel aku nie kan? so...masa mlm valentine day ari tu comel aku ajak kuar (ermmm...nak pujuk lah tu. huhuhu).

tp...oklah kuar jln2 nak erat kan kasih syg antara kami berdua nie. ecececeh... :p. so...kitorg just decide pi mid valley. kan aku penah ckp aku mmg suka pi mid valley. huhuhu. so...comel aku nie ckp dia dah lama tak pekena pizza hut. so...dia ckp tekak dia nak mkn pizza lak mlm tu. so...aku pun ikut jer lah. lg pun aku mmg hantu mkn pizza. lg2 hawaii chicken flavour :). lepas mkn pizza, comel ajak tgk wayang (comel aku nie mmg suka tgk wayang :P).

Comel saya nie malu lak nak pandang kamera. adeiii :)

Pizza time :)

sedap kan ? :P

adeiiii masa nak beli tiket tu...ramai giler org beratur nak beli tiket. tp...dah comel aku nie nak sgt tgk wayang malam tu so aku ikutkan ajer laaa beb. pastu...comel suh aku decide nak tgk citer apa? aku pun tak tahu nak tgk citer apa time tu. huhuhu. last2 aku decide tgk citer upin ipin. sbb citer2 yg lain mostly full. so malas nak fikir decide jer laaa tgk upin ipin. sampai comel aku ckp "valentine day kita tgk citer kartun laaa pulak syg". hehehe. upin ipin pun ok lah kan? tp...best gak tau citer upin ipin nie. kelakar sgt2 :). korang dah tgk lum citer upin ipin nie?

Saturday, February 14, 2009

Kisah album kawin

storybook album - gambar hiasan semata2 :)

ari nie mmg mood aku utk update blog. huhuhu. al-maklum laaa ari nie ari sabtu aku keja half day. tp...biasa laaa ari sabtu mana ada mood nak keja kan? ari sabtu adalah mood utk berehat2 di rumah ataupun utk kuar jln2 ker kan? tp...dah mmg polisi tmpt keja aku nie kena kerja ari sabtu ikut giliran. so...aku dtg laaa bekerja ari sabtu. tp...seperti yg aku ckpkan td ari sabtu mana ada mood utk bekerja. so...keja aku ari nie utk update blog aku ok. sbb kang hari2 biasa aku dah sibuk dgn keja2 aku (jgn ingat aku asyik menular jer. keja tetap keja. keja tetap perlu disiapkan ok?) :p.

aku nak citer psl album kawin. utk pengetahuan semua aku nie nama jer dah kawin dkt 3 bulan lebih tp...album kawin tak dpt2 lg. apa kes tuh? aduhhh en.peveyhack ckp dia busy byk job sana sini dan mcm2 kerenah customer yg perlu dia hadapi. so...agak terlewat laaa en.peveyhack nie siapkan album aku tu. maybe yg wat lambat tu nak siapkan storybook album aku tu kot. aduhhh nape jd begini en.peveyhack?

ramai dah tanya mana gmbr kawin? utk kwn2 semua hrp bersabar laaa yer. ari tu baru jer en.peveyhack bgtahu aku album aku sudah disiapkan. so...if free nanti aku pi jumpa dia utk amik album kawin aku tu. yeahhh tak sabar nak tgk gmbr kawin :).

ok later bila aku dah amik album kawin dr en.peveyhack, aku akan citer lg pasal album kawin dan gmbr kawin aku ok. al-maklum laaa skrg nie aku busy sikit nak siapkan job kecik2. VCD gmbr kawin wawa pun tertangguh. design utk gmbr dia pun sikit2 jer. bukan apa mmg busy sgt dan ada sikit penyakit malas. huhuhu :P. sori laaa wawa oiiii. kang kalau dah siap sepenuhnya aku bg VCD gmbr kawin ko tu kat umah ko ok?

p/s:- wawa...bila ko nak update blog ko tu? letak laaa gmbr ko yg tgh sarat pregnant tu :). ohhh yer ari nie adalah ari velentine. korang celebrate ker? jgn celebrate melampaui batas2 agama islam ok. aku tak celebrate hari valentine nie tetapi sekadar kuar dgn comel aku utk mengeratkan kasih syg antara kami. kang later aku update kisah di mlm valentine antara aku dan comel aku tu ye :)

Kisah kahwin aku adalah yang terindah

gmbr masa mlm berinai dr abg rashidi dr peveyhack cantik tak?

aduhhh syok pulak aku bila baca blog2 org yg nak kawin nie. aku nie mmg suka sgt membaca tu psl aku byk collection novel2 utk di baca. huhuhu. kdg2 tu aku leh pi kedai buku borong novel byk2 pastu simpan dlm almari. then bila ada masa free kang aku pilih laaa nak baca novel yg mana satu. huhuhu.

so sejak dua menjak nie (sejak aku aktif menulis blog), aku suka sgt jenguk2 ke blog org yg menulis kisah ttg perkahwinan. w/p aku baru jer berkahwin bulan november thn lalu tp...rasanya masih segar lg kat ingatan aku akn kemeriahan majlis kahwin aku w/p terpaksa mengharungi pelbagai rintangan gak laaa nak menjayakan majlis kawin aku tu. tp...kisah perkahwinan aku nie laaa yg terindah dlm hidup aku nie. diam tak diam dh dekat 3 bln lebih aku menjadi isteri kpd comel :).

sbnrnyer aku nie baru jer aktif menulis blog nie selepas majlis kawin aku ari tu. nie semua gara2 morlee kwn rapat aku time kat UITM dulu. dia ckp dia dah ada blog. so aku pun buka laaa blog dia utk baca kisah2 yg ada dlm blog dia tu (kalu nak tgk blog dia pi laaa check2 kat list blog aku tu yer). so dr situ laaa aku rasa mcm best jer ada blog. so aku pun register wat blog nie.

kalu aku ada blog dr sebelum aku berkahwin lg mmg sah2 laaa aku akan berkongsi pendapat dan pandangan ttg kisah2 perkahwinan kat blog aku nie. tp...tak pe w/p majlis kawin aku dah lepas, aku akn kongsi jugak pengalaman aku sebelum,semasa dan selepas majlis kawin aku dlm blog aku nie okey?

skrg nie adik aku angah laaa dah nak kawin bulan 5 nati. so leh laaa aku kongsi2 pengalaman adik aku time dia nak wat persiapan kawin dia tu. mcm tak caya jer angah nak kawin. ikut kan hati aku tak setuju sgt dia nak kawin secepat nie. pasal nyerrr aku baru jer kawin. tp...apa kan daya kamarul atau lebih di kenali mr.kacang iaitu boyfriend dia tu nak kawin cpt2. so...tak pe laaa benda baik elok laaa dipercepatkan. w/p...dlm hati aku berat rasa nyerrr mcm tak mau lepaskan angah kawin secepat ini.

ok laaa later2 aku update kisah2 perkahwinan aku ok. dan kalu rajin aku update laaa sekali kisah2 persiapan majlis kawin adik aku si angah tu :).

Friday, February 13, 2009

Suatu hari di Mid Valley


aku dgn angah kat nando's (makin tembab lak pipi aku nie) :p

Ari tu (tak ingat laaa ari apa), aku kuar dgn adik2 aku angah dan bani. syok gak sesekali kuar dgn adik2 aku nie. lgpun kami dah lama tak kuar bertiga mcm dulu2 sebelum aku kawin. al-maklum laaa sejak aku kawin mmg aku jrg dah kuar dgn adik2 aku. lg2 sejak angah dok kat ampang pastu dia pindah dok keramat. kalu tak dulu kitaorg mmg selalu jer kuar sama2 tak kira laaa pi jln2 ker...pi shopping ker...pi window shopping ker... atau apa2 laaa kan.

itu pun bani ckp dia nak pi shopping brg dia. al-maklum laaa adik aku si bani nie baru lps SPM. so...skrg dia keja laaa dkt tmpt ibu aku keja tu sementara nak tggu result SPM dia. so...konon2 tu dia baru dpt gaji tu yg dia ajak kakak2 dia kuar tu. kebetulan aku dan angah pun balik banting mggu tu.

ini laaa adik aku si bani. macho tak dia? huhuhu

ajak comel tp...comel tak mau ikut. sbb comel ckp dia nak jumpa kwn2 dia kat putrajaya. sbb comel ckp sejak kawin dia dah lama sgt tak kuar jumpa kwn2 dia. so...aku tak leh laaa nak halang comel jumpa kwn2 dia. takpe laaa sesekali dia jumpa kwn lama dia tu.

comel cuma bg aku duit utk shopping. kebetulan laaa aku ckp kat comel nak update semua pakaian dalaman tut...tut...tut...aku dan nak buang yg lama2 (mmg dah tabiat aku dari dulu setahun sekurang2nya dua kali update pakaian dalaman). so comel bg aku duit utk shopping time tu. ok laaa suami dah bg duit. so...selamat laaa duit aku. huhuhu.

so...aku,angah n bani pun decide pi mid valley. pasal aku rasa mid valley tmpt yg best utk shopping. aku pun mmg selesa kalu shopping kat mid valley selain jaya jusco bukit raja tu (utk pengetahuan semua aku tak suka sgt pi jaya jusco bukit tinggi. tak tahu laaa nape. aku lebih prefer pi jaya jusco bukit raja dan mid valley). huhuhu :p.

sampai mid valley aku ckp kat angah aku dah lapar. al-maklum laaa sejak aku kahwin nie aku kuat mkn. asyik mkn jer keja aku. badan pun dah naik. risau gak tp...nak wat mcm ner tekak tu rasa nak telan makanan jer. wakakaka.

so...angah ckp bosan asyik mkn Mc D, kfc jer. so...angah ckp nak try mkn kat nando's. aku n bani pun belasah jer laaa setuju. tp...bila makanan dah sampai mcm tak sedap laaa lak nando's nie. sbb sos dia tak pedas. adeiiiiii...tp belasah jer laaa mkn. sbb dah bayar harga mahal2 kan. so rugi kalu tak mkn.

ini laaa makanan aku yg tak bape sedap tu tp...belasah jer aku mkn :)

lepas mkn baru laaa operasi utk berhopping bermula. mula2 kena utamakan adik aku si bani nie shopping. dia nie nak cari wallet baru dan shopping baju ala2 mcm ner aku nak ckp ekkk? ala...baju mcm stail skrg penyanyi n pelakon kat malaysia pun selalu pakai baju stail tu. aku pun tak reti nak ckp stail baju mcm ner. huhuhu. biasa laaa budak2 suka ikut trend. so ikut kan ajer laaa.

bani dgn aku mmg 2x5 sama perangai berbanding adik aku si angah tu. pasal aku nie kalu bab shopping round beberapa pusingan dlm mid valley pun aku sanggup selagi brg yg nak beli tak jumpa. bani pun mcm aku. tp...angah nie jalan sikit dia tak larat. dia sama mcm comel aku laaa. tak suka sgt nak round satu shopping complex tu. huhuhu.

aku dgn bani mmg tak kisah round satu mid valley tu. huhuhu

w/p time tu aku sakit tulang belakang tp...aku leh round bape kali satu mid valley tu (aku nie kdg2 sakit tulang belakang. maybe effect aku yg dulu2 suka tido kat lantai. tido kat lantai sejuk). huhuhu. last2 jumpa laaa wallet yg bani nak. aku nie lebih prefer bani beli wallet nike ke adidas ke. tp...tak ada. masuk kedai nike n adidas tak ada jual wallet lak. adeiiii...peliknyer. last2 beli wallet jenama converse. pastu sesi mencari baju idaman adik aku si bani nie. susah gak. ada jumpa baju idaman tu tp tak muat. pasal bani besar benor. tu laaa bani nie sejak lepas SPM perut dia makin membesar. wakakaka. tp...aku n angah tetap gak cari kan baju idaman dia tu. last2 jumpa gak.

lepas dah jumpa brg2 idaman bani tu baru laaa sesi utk aku mencari brg2 yg aku nak pulak. pastu angah n bani pun cari gak laaa brg2 yg diaorg nak. aku senang jer pi masuk jaya jusco kat mid valley tu hah kat situ dah jumpa dah brg yg aku nak. huhuhu.

so...lepas dah shopping dan seharian kat mid valley tu aku dgn adik2 aku pun balik laaa ke banting. sampai banting dah mlm beb. aduiiii...penat sehhh. sampai2 umah comel tak blk lg. ooo...comel kalu dah jumpa kwn2 dia tak ingat nak balik. pastu aku sms dan kol dia baru laaa dia reti nak blk. tp...tak pe laaa sesekali dia nak jumpa kwn2 dia. tp...aku puas hati gak laaa duit yg comel bg utk shopping tu aku gunakan dgn sebaik mungkin dan sgt berpuas hati dgn brg2 yg aku beli tu.

Friday, February 6, 2009

Jam Swatch aku telah rosak

Bermacam2 perasaan aku rasakan bila dpt tahu jam swatch summer collection aku rosak dan bukannyer disebabkan psl bateri jam. sedih, marah, terkilan dan mcm2. sebenarnyer dah lama sgt aku nak pi betoi kan jam aku tu bila aku tgk2 jarum saat kat jam aku tak berfungsi. aku ingatkan sure lahhhh bateri jam tu weak kan tu yg jarum saat tak berfungsi.

so beriya2 lah aku pi mid valley sebelum chinese new year ari tu nak pi tukar bateri jam tu. tp...bila sampai kedai swatch kat mid valley tu aku pun kuarkan lah dua utas jam swatch aku utk tukar bateri iaitu satu jam swatch hantaran masa aku bertunang dulu dan satu lg jam swatch summer collection yg aku beli time kat UITM dulu. check punya check cuma satu jer jam yg leh tukar bateri iaitu jam swatch masa hantaran tunang aku dulu. dan yg satu lg jam summer collection aku tu tak leh tukar bateri.

Org kedai : "sorilah cik jam nie sudah rosak.

tak ker aku angin satu badan. mmg geram lah. rasa mcm nak mrh jer org yg ckp kat aku tu. muka selamber badak dia jer ckp tak leh betoi kan.

Aku : "tak bole betul kan langsung ker? saya byr u betulkan lah (masa nie dah mula angin)
Org kedai : "tak bole cik sbb itu jam swatch jika rosak bhgn dalaman mmg tak boleh baiki."
Aku: "abis rugi lah saya beli mahal2 tak boleh betul kan." (masa nie dh angin satu bdn)
Org kedai : "semua pattern jam swatch if rosak dalaman mmg tak
boleh baiki cik cuma bateri jam saja bole tukar.
tp...cik bole amik tali jam nie tukar dgn jam yg lain."
Aku : "Oooo okey lah mcm tu". (geram,sedih dan terkilan)

mana aku tak bengang jam tu mmg jam kesayangan aku sejak kat UITM lagi. aku mmg sayang sgt dgn jam tu. sbb jam tu unik dan cantik. aku beli masa aku kat UITM lg. last2 rosak. org kedai tu ckp maybe jam tu terjatuh so kesan dr jatuh tu lahhh jam tu rosak.
tp...salah aku gak tak jaga betoi2. mmg pun jam tu selalu jatuh. aduiii...sedih nyerr. smpi skrg aku rasa terkilan dan rasa sedih lg. w/p jam tu aku beli tak lahh mahal mana cuma dlm rm200 lebih jer tp...aku mmg terkilan sgt sbb itu jam kesayangan aku.

last2 dh bengang sgt2 aku kuar mid valley aku terus pi sunway piramid. masa OTW pi sunway tu aku dh drive laju2 sbb tension sgt jam rosak. so kat sunway tu aku dh decide nak shopping. shopping pun sbb nak melepaskan tension. aku ingat kan nak beli jam baru. tp...fikir2 blk jam aku dh byk so lebih baik lah aku beli wallet. pasal wallet aku dh buruk bangat dan dh koyak (mcm byk duit sgt sampai wallet pun koyak. huhuhuhu).

so...aku decide nak beli wallet guess. sbb aku nie mmg peminat guess. kebetulan ada sale lak. apa lg aku beli jer lah tanpa berfikir pjg. sbb time tu dh angin satu bdn kan jam rosak. huhuhu.

so...lepas nie kalau kalu aku nak beli jam swatch lg aku kena fikir beberapa kali. sbb takut sgt beli jam mahal2 pastu rosak lak. lg satu aku kena displinkan diri supaya tidak ganas dan jatuhkan brg seperti jam atau hp. akan aku usahakan utk mendisplinkan diri supaya lebih berhati2 lg utk menjaga brg2 aku :).

Bertudung itu cantik :)

Lama sudah aku tak update blog aku nie... mmg nak update dr last week lagi tp...bila aku bukak2 jer blog aku nie pages blog aku jd blank. color black fully. punya laaa aku bengang. tak tahu mana silapnyer. tnya member2 include kwn baru aku iaitu eita semua kata tak blank pun. ok jer. tp...adik aku angah ckp dia bukak pun blog aku blank gak. uper2nyer aku check punya check ada salah setting sikit kat blog aku tu. patut lerrr pages jadi blank. finally...aku leh bukak balik pages blog aku nie. punya lah aku suka bangat. huhuhu :).

ok skrg tutup topik pasal blog jadi blank nie. sbb problem tu dh settle. aku nak citer pasal tudung. tudung??? kalu korang nak tahu sejak aku kawin nie... hati aku mcm terbuka utk selalu bertudung. even kdg2 fail gak sbb kdg2 ikut mood gak jap nak pakai tudung jap kang malas pakai tudung. huhuhu.

tp...comel (suami aku) ckp belajar2 laaa bertudung selalu sbb dh kawin. so...skrg aku tgh cuba utk belajar bertudung selalu. dulu...aku mmg bertudung tp...on off. itu laa ikut mood. smpi ibu aku dh bising sbb on off bertudung. ialah elok2 mak bapak ajar pakai tudung tp...dh besar2 ikut mood lak nak pakai tudung. mana tak nyer ibu atau ayah aku bising kan? wakakaka.

so...lepas nie aku hrp hati aku terbukak utk selalu bertudung dan kalu boleh nak cuba tetapkan hati utk bertudung sampai bila2. mcm ieta ckp kat aku 'cuba tetapkan hati'. ieta...akak try tetapkan hati utk bertudung ok? sbb aku rasa bertudung itu lbh sopan,ayu dan cantik. so...tetapkan hati menyatakan bertudung itu juga cantik sehhh :).