Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, March 30, 2009

Pre wedding Wawa N Shidi

Hari nie aku nak cerita pasal pre wedding kawan aku si wawa nie ye. tiba2 terlintas kat fikiran aku nak entry cerita pasal pre wedding wawa dgn suami dia shidi. nak jadikan citer aku dgn wawa nie kwn dari sekolah rendah. lepas sekolah rendah terus kitaorg lost contact then terjumpa balik last year tu pun dlm friendster. rasanyer aku dah citer kat entry yg lepas. entry yg awal2 lg. masa tu aku baru mula2 berjinak dgn blog nie.

pastu terus kami jadi rapat. aku suka dgn wawa nie sbb perangai dia dr dulu sampai skrg tak berubah2. dia mmg seorang yg selamber. mcm semalam aku sms wawa tanya dah deliver baby lum? sbb due date dia semalam 30 march 2009 . pastu boleh wawa ckp lum lagi deliver baby. tp paling terkejut dia boleh lagi ckp kat aku nak pi jalan2. wawa...wawa...ko mmg selamber beb :P.

lepas aku jadi rapat dgn wawa nie, entah mcm mana aku boleh pulak berkenan tgk gmbr pre wedding wawa nie bila godek2 friendster dia dulu. tanya punya tanya rupernyer dia amik photographer dr capturing emotion (faiz).

aku suka sbb stail shoot dia nmpk menarik dan simple. dan apa yg penting gmbr yg di shoot mcm menceritakan sebuah kisah drama. itu yg paling menarik perhatian aku semasa melihat gmbr2 pre wedding wawa nie. cara editing pun very nice. mostly cara shoot si faiz nie mcm ala2 udey ismail punya stail. maybe dia byk outting dgn udey ismail so secara tak langsung udey ismail byk mempengaruhi cara kerja si faiz nie. anyway keep up ur work faiz :).

so...aku terus decide amik capturing emotion nie semasa pre wedding aku dulu. hasil gmbr pre wedding aku pun so nice jugak. thanks faiz. bila lagi kita boleh bekerjasama shoot gmbr ye? hehehe :P. nanti aku update full entry pre wedding aku. nie aku update dulu gmbr2 pre wedding wawa N shidi ekkk.

enjoy the picture :)

Wednesday, March 25, 2009

Kisah lama - Souvenir tunang


Ok…sebelum aku update full entri tentang majlis perkahwinan aku di sini, aku nak update cerita tentang souvenir aku semasa aku bertunang dulu. saja2 jer nak update. mana tahu kalu ada yg nak bertunang ke yg nak kawin ke nak wat souvenir mcm nie. So boleh laaa kita berkongsi2 pendapat di sini yeah :).

Ermmm…sebenarnyer aku dpt idea nak wat souvenir lilin nie dr majlis perkahwinan erra fazira dan yusry. Dulu semasa zaman aku mula2 belajar di UITM, seingat aku perkahwinan erra fazira dan yusry laaa yg paling gemilang. Mana2 pun cerita tentang majlis perkahwinan mereka. Tak silap aku perkahwinan mereka tu ‘wedding of the year 2003’ (betoi ke nie? Aku tak bape ingat tahun bila.tp…rasanya tahun 2003).

Sebenarnye majlis pertunangan aku dulu byk mengambil idea dr majlis perkahwinan erra fazira dan yusry. Dr cara hiasan katil, souvenir, color baju dan sebagainye. Tp…apa yg paling menarik hati aku nie souvenir lilin tersebut. So aku suruh laaa angah yg buat kan. sbb angah aku nie mcm ala2 pengurus majlis pertunangan aku laaa dulu. dia byk bagi idea kat aku. Dia jugak yg settle kan souvenir dan hantaran2 utk majlis tunang aku dulu. so…no wonder laaa masa aku kawin ari tu pun aku gunakan khidmat angah utk membuat gubahan brg2 hantaran aku dan juga side comel aku.

aku mmg suka sgt dgn souvenir tersebut. Mcm tag card yg kat lilin tu mmg aku design sendiri khas utk majlis tunang aku dulu. tp…mcm kelakar sbb dulu aku ‘interperim’ letak gmbr kat tag tu. Gmbr tu pun mcm kelakar sikit sbb tu gmbr masa awal2 perkenalan aku dgn comel aku. Time tu comel sanggup potong rambut yg panjang kerana nak mengurat aku. Huhuhu :P.

Anyway…thanks angah :).

Sunday, March 15, 2009

Dua cerita satu entri. aku yg berkemelut dan sangat berharap impian kamu itu tercapai Bani :)

adik aku yg tgh berangan :P

Amboi...panjangnya tajuk entri aku kali nie. hentam jer laaa. hehehe :P. aku main belasah jer letak tajuk itu :P. ermmm...dah lama aku tak update dan jenguk2 blog aku nie. sebenarnya ada sedikit kemelut yg melanda aku nie yeahhh. tp...aku tak mahu ianya membelenggu terus diri aku. aku nak sentiasa hepi je. aku tak sangka laaa keadaan di tempat kerja ada jugak spesis manusia yg aku tak tahu nak namakan jenis spesis apa yg nak mewujudkan kemelut nie. adeiii? nape mcm nie ek? tak syok laaa mcm nie. tp...aku malas nak fikir sgt masalah nie.

tp...aku rasa aku tak pernah nak abaikan kerja-kerja yg diberikan kat aku yeahhh. rasanya tidak ye. rasanya kerja -kerja yg diberikan, aku dpt siap semuanya dan tidaklah aku mengabaikan tanggugjawab terhadap kerja yg diberikan kepada aku itu. tp...kalu dah ada org tak puas hati dan menunjukkan perasaan tak puas hati di depan aku sampai aku pun terasa hati apa yg perlu aku lakukan yeah? alahai...

errmmm...abaikan dan diamkan saja. aku malas nak besar2kan cerita beb.

tapi...aku dah rasa tiada kebebasan dan keselesaan dalam bekerja ini. serius laaa. adeiiii. aku bukan budak sekolah yg perlu diperlakukan seperti budak sekolah beb. kat universiti time aku belajar pun tak pernah aku diperlakukan begini. alahai...(mengeluh lagi).

takpe laaa asalkan manusia2 spesis begini bahagia jika perilaku mereka itu membahagiakan hati mereka yeappp. aku nak hepi jer. smile :P. berikan senyuman yg paling indah walaupun hati kita sgt perit dgn apa yg terjadi yeahhh. semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada aku, jiwa aku utk hadapi ini semua. moga2.

ok skrg nie aku kat rumah family aku kat banting. terus aku online nak update blog aku nie.kat sini aku nak cerita sikit pasal adik aku si bani ni. result SPM dia dah keluar ye. Alhamdulilah result dia tak laaa teruk sgt tp...sedang2 elok. tahniah bani :).

adik aku nie nak sangat amik jurusan perhotelan di UITM. sbb dia suka masak. kalah aku beb kalu bab masak. nak jadi chef katanya :). itu minat utama dia. minat kedua dia ialah bidang photography. tak tahu sejak bila minat itu tercetus dlm diri dia. maybe dia tgk aku yg suka sgt bidang ini jadi secara tak langsung adik aku nie berminat jugak. mungkin yeahhh. hasil2 shoot yg adik aku shoot dr didikan aku pun boleh tahan yeahhh utk langkah permulaan. aku bangga itu yeahhh :).

aku minat bidang photography sejak di UITM lagi. sejak aku amik subjek tersebut sebagai salah-satu tuntutan memenuhi jam kredit aku semasa di UITM. dr situ aku sudah mula menanam minat ke arah itu.

aku harap adik aku nie berjaya mencapai impian dia. amat berharap ye. sebab aku nak sangat adik bongsu aku nie meneruskan generasi belajar di UITM mengikut jejak langkah kakak2 dia. semoga berjaya bani :)

p/s :- dah berangan2 nak pakai broadband mcm angah bawak balik banting ari tu. mudah begitu kan?

Wednesday, March 11, 2009

Kisah lama - engagement day

aku yg control ayu di situ :P

ooohhh apa kena dgn aku nie ek? tak tahu laaa. kisah lama pun nak tulis kat sini. tp...aku bukan saja2 laaa nak tulis ye. nie kes smlm laaa nie. aku bosan2 pastu godek2 i-book mac aku terjumpa gmbr2 lama nie. tgk dan layan gmbr2 lama nie wat aku tersenyum sorang2 :P

senyum lagi :)

gmbr nie gmbr masa aku bertunang. ooohhh citer pasal majlis tunang yg dah lama berlalu tu membuatkan hati kecil aku berkata rasa mcm nak bertunang semula dgn comel aku nie. sbb time aku bertunang tak ada mini pelamin mcm zaman2 skrg ye utk makluman semua. cuma dok atas katil control ayu. ayu sgt ker? wakakaka :P. then tak ada terfikir pun nak hired photographer masa tunang dulu. just amik gmbr sendiri jer lorrr. dah bertahun2 kisah nie berlalu beb. mana tak nyer aku bertunang thn 2005 skrg dah thn 2009. tak lama ke tu? lama kan? dah tahap basi melampau dah kisah tu kan?

tp...kalu citer bab gubahan barang hantaran masa aku bertunang nie aku suka sgt beb. mungkin sbb kombinasi color yg digunakan. aku suka biru. fanatik dgn biru. so...mmg patut laaa aku suka bangat dgn gubahan tersebut. masa kawin ari tu aku pakai kombinasi color lain yg semestinya bukan biru. kang kalu guna color biru gak masa kawin org jemu laaa pulak kan? silap2 org yg tgk termuntah. huhuhu :P.

ermmm...apa lg persoalan? ooohhh ye mesti ada mulut2 yg bertanya nape aku bertunang lama2 dan decide kawin pd thn lepas 2008? ooohhh jwpn nyer sbb aku continue study ye. so lepas konvo dan dpt kerja baru boleh fikir pasal kawin. itu laaa jwpn yg paling tepat :). oklah aku malas nak citer panjang2 tentang kisah nie sbb dah terlampau lama berlalu. so...biarlah ianya berlalu dan simpan di dalam hati aku semua kenangan tersebut yeapp :).

p/s :- gmbr2 di atas kurang clear sbb just pakai digital kamera sony version lama :P. dan utk pengetahuan semua gubahan hantaran di atas adalah hasil kerja adik aku si angah. aku suka sbb nmpk simple dan tak serabut-serabai kat hantaran tersebut :).

Selamat hari lahir Bani


aku nak wish selamat hari lahir kat adik aku si bani nie. ari isnin ari tu genap umur adik aku nie 18 thn. ooohhh bani...kamu dah beso skrg. dan skrg bertambah beso lagi2 tang perut kerana adik aku nie kuat mkn selepas exam SPM ari tu :P.

aku nie adik-beradik tak ramai cuma 3 org jer termasuk aku. so...adik bongsu aku nie mmg manja tahap melampau. mungkin disebabkan dia sorang jer anak lelaki dan bongsu pulak, tu yg terlebih2 manjanya. mungkin kot.

so ari ahad ari tu aku dgn angah bwk bani kuar suruh pilih sendiri hadiah apa yg dia nak. mula2 tu malas nak ajak bani nie. pasal takut dia pilih hadiah mahal2. kang kopak lak duit. tp...sedia maklum adik aku nie cerewet ye sama mcm aku. so adalah patut bwk dia dan pilih sendiri apa yg dia nak.

so...sah2 mmg kopak laaa duit sbb adik aku nie pilih brg yg kesemuanya bernilai RM400++. biar betoi nie beb. ooohhh tak sanggup aku sehhh.

adeiiiiiiii... (blur dan tergamam)

tp apa leh buat adik sendiri yg nak brg tersebut so tunaikan saja. so aku dgn angah decide kongsi duit divide 4 org antara aku, angah, comel aku dan kamarul. takpe laaa asalkan adik aku hepi :).

lawa sgt ke design jam nike nie smpi bani suka sgt design jam nie?

cantik gak kasut nike nie w/p mcm kasut dak sekolah :P

p/s : bani, along nak result SPM ko mesti dpt best sbb dah dpt hadiah best.

Friday, March 6, 2009

Tukar tajuk ikut hati

ermmm...tah apa ke gatal nyer tgn aku nie rasa mcm nak tukar jer tajuk kat header blog aku nie. sbb aku nak blog aku nie tak nmpk tipikal sgt. kalu diri tgh poyo kepala pusing2 pikir itu ini mcm2 ini laaa jadi nyer. huhuhu :P

blurrr... :P

sejak jadi pembaca setia blog si hidd - susudalambotol aku jadi suka bangat. suka cara penulisan hidd tak nmpk tipikal dan sempoi (hidd...kalu kamu terbaca blog ini hrp kamu lapang hati berkongsi citer dgn agen yg tak diundang ini. huhuhu.) yg pasti aku suka bangat membaca lg2 tentang sejarah,fakta2 nih. huh??? pelik sehhh org tak suka sejarah,fakta2 aku leh suka lak. mmg aku suka pun.

senyum sorang2 :P

so...diri ini hentam jer laaa letak tajuk 'NURUL MENULIS ITU INI'. sesuai ker? tp...aku suka laaa tak nmpk laaa blog nie tipikal sgt sehhh. so layan jer laaa ek :P.

p/s : gmbr kat header tu terbesar laaa pulak. kang aku godek2 edit2 bg kecik. kalu rajin laaa. tp...kalu malas aku biarkan jer laaa. kan aku dah ckp skrg penyakit malas aku telah menular dlm diri. huhuhu :P

Wednesday, March 4, 2009

Semua itu menjadi satu

aku lerrr :P

Entry kali nie pun entry main-main gak. saja2 nak tulis blog ari nie. ok citer pasal gmbr nie sebenarnyer gmbr nie gmbr last month. masa nie tgh mula nak berjinak2 semula bergaya dgn tudung. pastu aku nie mmg kaki gmbr. suka amik gmbr. sorang2 pun jadi laaa. nie laaa jadinya gmbr jadi mcm nie. konon2 lawa laaa tu. hampess jer ek? konon2 laaa. lawa ke? huhuhu. perasan sendiri. tak pe berangan2 diri-sendiri lawa. huhuhu. layan jer laaa ek :P.

time shoot gmbr nie mcm2 ada dlm hati aku nie. time nie nak ckp aku hepi pun tak gak nak ckp aku sedih sgt pun tak gak. tp...yg pasti mcm2 perasaan ada. gmbr nie aku amik masa on d way balik kmpg comel aku kat sekinchan last month. so...ada laaa hal sikit berlaku antara aku dgn comel aku nie. tu laaa mcm2 perasaan ada dlm hati aku ketika itu.

mcm lagu 3 diva dr krisdayanti, ruth sahanaya dan titi DJ nie : tawa, riang, canda, benci, rindu, mimpi, angan-angan impian juga harapan...semua itu menjadi satu (lagu nie aku suka sgt lagi2 time aku tgh tension. kalu tgh drive aku suka bukak radio dgn sekuat2nyer. itu laaa salah-satu cara aku melepaskan tension aku :P). huhuhu :P

p/s : thanks kpd sesiapa yg sudi view dan memberi komen kat blog aku. sejak akhir2 nie ramai sgt yg view dan memberi komen kat blog aku. thanks semua :). ramai yg tnya mengenai gmbr2 yg aku upload dan edit. sbnrnye aku mmg suka sgt bergmbr. sanggup hired photographer utk shoot gmbr. aku juga minat giler dgn dunia photography w/p tak terlibat secara serius tp...aku suka belajar teknik2 photography include art N design. dulu kat UITM just belajar basic jer. huhuhu. anyway thanks semua kpd yg view dan komen kat blog aku nie yeah :).

Tuesday, March 3, 2009

Prelude - wedding entry

entry kali nie just prelude bg gmbr2 wedding aku. sebenarnyer album kawin aku baru jer siap. aku baru jer amik album kawin aku dr abg peveyhack last week. punya laaa aku suka beb album dah siap. huhuhu :). kang kalu aku rajin sikit aku upload more picture dan citer2 lg pasal album kawin nie ok. dan aku akan upload sekali gmbr2 pre wedding aku nati ye (bila aku rajin laaa ek :P). skrg nie aku mmg malas sikit. ada tak ubat utk penyakit malas nie? huhuhu :)

Lagi-lagi kisah jam :)

dah lama aku tak update blog nie. sikap malas sudah melanda diri aku utk update blog nie. huhuhu :p. entry kali nie adalah entry main-main jer. sebenarnyer nak update kisah dan gambar lain tp gambar yg aku simpan dalam pen drive aku nie tak leh bukak lak. adeiii...

nie laaa yg payahnya sbb aku kat umah pakai apple MAC version so kdg2 tu bila bukak kat PC ada gambar yg tak leh bukak if guna PC version. kat opis aku nie pakai PC jer. so nati laaa aku check balik mana yg patut balik umah nanti.

disebabkan nie entry main-main jer so aku nak update kisah yg ntah apa-apa nie. tp ok laaa gak ek? huhuhu. aku nak citer pasal jam. iksss lagi2 kisah jam. ntah apa2 laaa aku nie ek? layan jer laaa ye. setelah jam swatch kesayangan aku rosak, (ari tu entry yg lama aku ada citer kan?) so...aku ada satu lagi jam yg skrg nie aku betoi2 sayang giler dgn jam nie. jam nie sebenarnya jam hantaran yg comel aku belikan time kawin ari tu. pasal jam nie laaa kitaorg leh gaduh besar gak laaa masa beli brg hantaran tu. kelakar kalu ingat2 balik.

sbb...comel aku nak aku pilih jam guess gak sama mcm jam guess dia utk hantaran side dia tp masuk butik guess ari tu aku tak berkenan langsung. pattern mcm budak2 ada lak byk cop tulisan 'G'. yg pattern mcm nmpk exclusive tak ada berkenan langsung kat hati aku nie. comel aku punya laaa merajuk pasal aku tak mau pilih jam guess. aku nak gak jam espirit nie. aku suka pattern espirit nie sbb nmpk exclusive. exclusive ke? iya2 jer aku nie ek? layan jer laaa ek :P.

so skrg aku ada 4 utas jam tangan. tp dlm byk2 tu jam espirit nie yg paling aku suka dan sayang. tp...disebabkan aku nie ganas bebenor dah ada laaa kesan2 calar kat jam tersebut. so...comel aku pun dah marah aku pasal tak jaga jam nie betoi2. huhuhu :).

ok laaa kang kalu aku rajin aku update lagi blog nie yer :)