Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 29, 2009

Semestinyer biru :)

Ermmm...sebenarnyer saja jer nak update gmbr pakai baju songket biru nie. godek2 i-book jumpa gmbr nie. hahaha. sebenarnyer aku dr dulu mmg fanatik color biru. apa2 brg n perkara mesti nak selit color biru. sbb aku rasa color biru tu lembut sgt. tenang jer bila pandang color biru nie :).

walaupun tema aku semasa kawin ari tu ialah full gold brown tp...aku still nak selitkan color biru. hahaha. nanti kalu rajin aku update lg gmbr. nie tgh tak rajin. mlm tadi pi umah angah kat keramat AU2 dgn comel hantar ibu utk siapkan apa2 yg patut utk side di dewan setiawangsa. alahai...penat sgt2 nie. untuk angah...congrats angah :)

Tuesday, April 28, 2009

Apam balik,cendol juga asam pedas

Akhirnyer aku dapat jugak makan apa yang aku nak sangat makan last week. Dari hari rabu last week tiba-tiba tekak aku teringin sangat2 nak makan apam balik. Ni semua gara-gara Abang Azmir suami kepada Kak Mira yg citer pasal apam balik. Terus aku ckp kat lisa nak sgt mkn apam balik. tp...cari2 kat area kelana jaya nie tak ada yg jual apam balik. selalunyer ada jer jual kat depan giant tuh.

so hari jumaat lepas comel aku pergi cari kat Shah Alam. Hentam jer laaa. walaupun tak berapa sedap tapi aku tibai jer makan sebab dah teringin sangat nak makan. Selain tu tekak aku tiba2 nak mkn cendol. tapi serius laaa cendol kat Shah Slam tak sedap. aku terpaksa cari cendol kat Banting time aku balik Banting weekend hari tu.

Dalam masa yg sama tekak aku nie rasa nak makan asam pedas. aku nie dari dulu memang suka kuah asam pedas. so aku pun suruh laaa ibu aku masak asam pedas ikan cencaru. ooohhhh ikan cencaru mmg ikan kesukaan aku. aku tak suka ikan2 lain kecuali ikan cencaru. bila ibu aku dah masak asam pedas tu aku boleh berulang2 kali mkn asam pedas tu. huhuhuhu. mmg sedap. Thanks ibu.

so wat masa nie...tekak aku tak terasa nak mkn apa2 lagi sbb semua yg aku nak makan sudah ditunaikan. syukur Alhamdulilah.

Friday, April 10, 2009

Pre wedding preparation

Disebabkan sikap aku yg malas nie laaa jadinye. Dah lama aku bgtahu kat blog aku nie yg aku nak update full entry tentang pre wedding aku. Tp…tak update2 pun. biasa laaa malas. Huhuhu :P.

Kat friendster dan facebook pun sama, aku tak letak byk gmbr pre wedding nie termasuk laaa gmbr kawin. Letak gmbr pun setakat beberapa keping jer. Sori laaa kwn2 terutamanye member2 di friendster dan facebook. Ramai dah member2 aku tanya “wei nurul…bila ko nak update gmbr pre wedding ko? Gmbr kawin ko? Dah berjanggut tunggu.” Sori laaa beb…sbb buat korang tertunggu2. disebabkan aku nie malas…so jawapannyer “nanti laaa ye”. Huhuhu :P.

Ok…wat masa nie member2 aku yg nak tgk gmbr2 terbaru kena tgk dan baca blog aku. Sbb kat FS atau FB mmg dah tahap bersawang berhabuk aku tak update. Bukan tak bukak langung.paling kuat pun aku bukak tgk2 apa yg patut, baca komen dan balas komen. Itu jer. Nama nak update FS mahupun FB…alamak berjanggut laaa korang tunggu.

So…kalu nak tahu citer the latest aku pi laaa tgk2 blog aku nie ek. Huhuhu :P.

Ok…sebelum aku update full entry tentang pre wedding aku dan majlis kawin aku nie, aku update dulu citer tentang pre wedding preparation aku ye. Sebenarnyer tak ada laaa beriya2 mana pun wat preparation utk pre wedding nie.

Aku cuma booking kak za utk make up aku utk shoot pre wedding dan juga beli baju sedondon dgn comel aku khas utk shoot pre wedding nie. Time tu punya laaa excited nak shoot gmbr. Huhuhu :P.

Kak za yg make up aku utk pre wedding nie gak yg make up kan aku time aku nikah ari tu. Tp…make up time malam berinai dan bersanding aku amik mak yah fifi omar dr kajang. Nanti aku citer lebih lanjut pasal fifi omar nie. Berbalik dgn citer Kak za td, kak za nie mmg baik sgt. Senang nak berurusan dgn kak za nie. Sampai skrg aku still contact dgn dia. Anyway kak za thanks. Good job and keep up ur work.

Oklah malas aku nak taip lagi. Kang taip2 panjang berjela pulak. Huhuhu :P

P/s : tak sabar nak tgk gmbr pre wedding angah pulak.

Kerenah dan juga emosi itu


Banyak kerenah.
Emosi lebih.

Itu aku sejak kebelakangan ni. Memang tak nafikan sebelum nie aku memang banyak kerenah dan kadang-kadang sedikit emosi. Tapi tak lah sekerap sekarang. Sekarang ni aku lebih dari tu. Adakah sebab keadaan aku sekarang?

Mungkin.

Contohnye hari tu tiba-tiba tekak aku nak sangat makan nugget KFC. Nugget lain aku tak. Aku nak nugget KFC je. Tiga hari berturut2 aku makan nugget KFC okeh. Itu ok lagi. Nak dijadikan, Isnin hari tu aku dengan Saiful pergi Poliklinik kerajaan kat Kelana Jaya untuk bukak buku medical. Selesai segala urusan, Saiful ajak tengok wayang cerita ‘The Fast And Furious 4’. Memang dah lama Saiful ajak aku tengok cerita tu. Kami decided nak tengok kat Sunway je. Sebab dekat dengan Kelana Jaya.

Sampai Sunway, Saiful tanya aku nak makan apa? Laju je aku cakap nak makan nugget KFC. Lepas dah beli tiket wayang kami pun cari apa yang aku nak tu. Tapi pelik, cari-cari tak jumpa KFC dalam Sunway tu. Pada hal sebelum tu kalau pergi Sunway senang je jumpa KFC tu kan.

Baru jalan sikit, aku dah pening kepala. Pastu tiba-tiba aku menangis. Saiful suruh aku duduk dan tuggu kat satu tempat then dia yang pergi cari apa yang aku nak makan tu. Tak lama tu, aku tgk Saiful bawak banyak bungkusan. Aku tgk macam-macam ada selain nugget. Comel suruh makan je dalam panggung. Jadi pandai-pandai lah kitaorg sorok makanan tu bawak masuk panggung.

Bila dah nak start cerita tu, tiba2 aku rasa aku nak makan ayam pulak. Pastu Saiful tanya “tadi kata nak makan nugget je sayang”. Pastu Saiful terus amik ayam tu. Aku menangis lagi. Saiful cakap “sayang nie kenapa sekarang asyik menangis je nie?” aku diam je. Lepas tu Saiful pun suapkan jugak ayam tu. makan pun bersuap. Kemain lagi mengada-ngada aku kan. Hahaha. Dah makan ayam aku boleh pulak bantai makan nugget. Kuat makan pulak aku sekarang ni.

On the way balik umah, Saiful ckp dia lapar. Iyelah dah malam memanglah lapar kan? pastu Saiful suruh aku makan jugak. Dlm hati teringin nak makan benda yang masam-masam macam tomyam. Tapi Saiful nak makan sup utara. Then dia singgah satu tempat kat Shah Alam.memang tmpt tu niaga sup je. Aku boikot tak nak turun kereta.

Terpaksa laaa Saiful mengalah. Tak jadi nak makan kat situ. Lepas tu Saiful bawak aku makan sate. Aku boikot lagi tak nak makan sate tu. Bukan tak nak makan tapi aku tak ada selera tengok sate tu. Comel tanya aku banyak kali nak makan apa? Tapi aku diam je.

Sampai rumah aku menangis. Aku nak makan tomyam sebenarnyar. Tapi salah aku jugak. Kenapa aku diam je tak bagitahu Saiful kan? Dah tengah-tengah malam aku menangis lagi. Akhirnya Saiful terpaksalah carikan jugak tomyam tengah-tengah malam. Tengok dia beli tomyam terus aku layan tomyam tu. Sebenarnyer bukan nak mkn sgt pun tapi cuma nak rasa je sebab tiba-tiba nak mkn tomyam.

Bila fikir-fikir balik kenapa aku nie? Banyak sangat kerenah. Pastu sikit-sikit nak emosi. Tapi lepas nie aku cubalah control diri aku ni dari suka beremosi ni.

Pada suami aku…
Harap Saiful sabar dgn kerenah dan emosi Nurul itu. Bukan di buat-buat tp itulah hakikat.

P/s : Sorry beb kali ni entri aku panjang sangat. Hahaha