Belanja Raina Raifa ais krim

Sunday, May 31, 2009

Selamat hari lahir kepada diri-sendiri :)

Besok 1 jun 2009 genap umur aku 27 thn. alamak terasa dah tua bebenor aku nie. tadi masa aku bersiap2 nak pi majlis kawin kawan aku, suami aku tnya aku "syg nak kek perisa apa?" dlm hati aku alahai ingat gak dia tarikh lahir aku. tp sejak dah berkawin nie dia tiba2 tak bape reti nak wat suprise seperti dulu di zaman bercinta-cintun. apa daaa siap tnya aku nak kek perisa apa. kelakar...kelakar...tak pe laaa janji dia still ingat tarikh lahir aku nie. syukur di situ aku ucapkan.

hari nie aku pi dua tempat majlis kawin. mmg penat, tak larat. kalu ikutkan jemputan ada lagi satu dua tempat tp aku mmg tak larat nak pi semua majlis kawin tu. aku cuma pi yg mana aku kenal rapat jer. maafkan aku ye. dgn keadaan aku mcm nie aku mmg tak bape larat nak pergi byk tmpt. cpt termengah2. maafkan aku sekali lagi kepada yg menjemput aku ke majlis kawin kalian.

balik jer dari majlis kawin kwn aku si nana di putrajaya tu, comel ajak aku mkn kerang bakar. sbb nyer dah lama aku teringin nak mkn benda tu. cari2 kat kedai tak ada last2 terpaksa gak ke pantai morib utk makan kerang bakar tu. thanks laaa comel sbb susah2 carikan tempat utk mkn kerang bakar tu. makan kerang bakar dan seafood mmg membuatkan aku kenyang kaw2. suami aku pun satu dah tahu aku nie tak bape gemar makan seafood di order nyer gak seafood. last2 membazir di situ. sori laaa aku bukan penggemar seafood. tp apa2 pun thanks yeah comel sudi layan kerenah nurul nie :).

balik dr mkn di pantai morib, comel ajak aku singgah umah mak uda dia. sejak berkawin aku tak penah pi umah mak uda. mcm2 alasan aku bg kalu suami aku ajak pi umah mak uda dia. mak uda nie dah mcm mak suami aku sejak mak suami aku meninggal. mak uda mmg baik sgt sama mcm arwah mak mertua aku. borak punya borak dgn anak mak uda si kak rafi tu, suami aku ckp kemungkinan dia akan bersetuju nak aku delivery baby kat hospital private. kemungkinan besar. tgk keadaan. nie semua gara2 anak mak uda cuba mempengaruhi fikiran suami aku. hahaha. terima kasih kak rafi. tersenyum aku di situ. hrp2 comel tak ubah fikiran. mudah-mudahan :).

oklah aku tak nak tulis panjang kat sini. cuma ari nie ada sedikit mood untuk menulis. anyway...aku nak ucapkan kat diri aku sendiri, selamat hari lahir. semoga aku dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, mendapat baby yg sempurna, sihat, comel dipenuhi dgn sifat2 yg terpuji dan semoga kehidupan aku bersama suami dan family bertambah bahagia dan ceria. mudah-mudahan :).

selamat hari lahir nurul :)

Saturday, May 23, 2009

Cerita lama ini akan tiba

Photographer by : faiz capturing emotion

cerita lama ini akan tiba sehingga sifat kerajinan kembali. oleh kerana ramai sudah bertanya tentang ini akan aku gagahkan juga update tentang cerita ini dr sambungan entri yg lepas. maaf kerana sudah lama aku peram tentang ini.

photographer : capturing emotion

Syukur, kini melepasi trimester pertama :)

Hai semua...masa nie umur saya baru 9 minggu dlm perut mama saya. papa saya ckp saya kecik dalam gambar ni. Tunggu saya besar sikit ye. saya akan membesar dgn sihat :)

Alhamdulilah…syukur kepada Allah S.W.T dgn pemberian rezeki ini kepada aku dan suami.

Dengan ini, aku ingin menjelaskan keadaan sebenar diri aku. selama ini tak pernah aku menjelaskan secara jelas di entri aku yg lepas2. Syukur Alhamdulilah hari nie genap usia kandungan aku 3 bulan.

Sebelum itu, aku ingin minta maaf kpd kawan-kawan aku yg banyak bertanya soalan berkaitan ini tetapi aku tidak pernah menjelaskan secara jelas. Maaf sekali lagi. Bukan ingin menyembunyikan berita gembira ini. Tetapi aku tak mahu menghebahkan berita ini pada usia kandungan aku di peringkat awal. Semua ini adalah pesanan ibu aku. Cuma orang tertentu saja yg mengetahui berita ini. Maaf semua.

Aku mengetahui berita gembira ini sewaktu kandungan aku berusia lebih kurang 5 minggu. Aku dan Saiful menerima berita gembira ini dgn tanda kesyukuran tidak terhingga.

Perubahan di trimester pertama ini :

1) berat badan mendadak naik. Walaupun di peringkat awal aku tidak selesa dgn perubahan mendadak ini tetapi kini aku dapat menerima keadaan ini.
2) Mudah emosi dan sangat sensetif walaupun dengan hal-hal yang sekecil-kecilnya.
3) Mudah rasa nak marah.
4) Tak lalu mkn. Makan mesti tak habis. Makanan yg aku suka sebelum ini, bertukar jadi tak suka dan makanan yang aku tak suka sebelum ini, aku boleh suka pulak. Selera tekak aku jadi macam pelik pulak. Contoh : aku suka nasi dan benci segala jenis mee. Sedangkan dulu aku susah nak mkn nasi.
5) Mudah sesak nafas seperti degutan jantung berdegup dgn kuat dan mudah rasa pening dan pitam.
6) Rasa malas yang amat
7) Rasa mual tetapi cuba bertahan untuk tidak muntah. Syukur alhamdulilah aku dapat kawal buat masa ini.
8) Masalah jerawat yang ketara. Sedangkan sebelum ini aku tidak pernah berdepan dgn masalah jerawat yg ketara seperti ini.
9) Rasa mengantuk yg ketara walaupun ketika tengah drive dan bekerja.
10) Dan lain-lain simptom perubahan yg aku alami ketika ini.

P/s : semoga Allah S.W.T memudahkan aku mengalami proses mengandung dan melahirkan bayi di dalam kandungan ini, sempurna sifatnya, comel,beriman juga dipenuhi dgn sifat2 yg terpuji.mudah-mudahan. InsyaAllah

Monday, May 18, 2009

Boss paling best :)

aku cuma ada gmbr mr tong jer. tu pun amik dr kak mira punya blog. gmbr mr sharat aku malas nak scan. al-maklum laaa tahun 2002 tu aku still pakai kamera zaman kuno bukan kamera digital. kuang3x :P

Sepanjang pengalaman aku bekerja selama nie, ada dua boss yg paling aku senangi dan baik dlm melayan kerenah pekerja-pekerja mereka. dua boss tu ialah :-
1) Mr Sharat
2) Mr Tong

Mr Sharat
Ok mr Sharat nie adalah boss aku time aku bekerja di site office syarikat construction di putrajaya. time tu aku bekerja di Syarikat Ismail Ibrahim di bawah satu company Pembinaan Mitrajaya Holdings. time mula2 aku join company nie rasa mcm kecik sangat dan merendah diri sgt2 sbb site office aku bersebelahan dgn company-company construction yang besar mcm palembang holdings, gamuda land dan lain2. tp...lama-kelamaaan aku jadi sayang sgt dgn company nie.

boss aku mr sharat nie sebenarnya diimport dr india. so dia mmg tak reti ckp melayu. kalu satu,dua perkataan jer dia reti. mula2 dulu mmg kelakar. ialah aku dulu lepas STPM je terus keja situ mestilah mcm tak confident jer nak 'speakang omputih'. lama2 aku dah ok dan sgt laaa enjoy. nape aku enjoy sgt??? sbb boss aku baik. lagi2 aku ada tabiat yg buruk iaitu suka tido bwh meja, tp boss aku still tak mrh aku. bila dia tgk aku menghilang tu maknanya aku tgh tido bwh meja dan dia akan cari aku kat bwh meja. alahai mmg kelakar kalu ingat2 baik. mr sharat...ko mmg boss yg best.

lagi satu aku enjoy sgt keja situ sbb time tu laa aku kenal suami aku si comel tu. huhuhu. so hari2 kalu pi keja sgt laaa indah. time tu hari2 bersemangat jer nak pi keja. lagi satu tabiat suami aku nie dulu dia suka intip aku kat bus stop putrajaya kat dpn JPM tu, tgk aku pakai baju apa? baju warna apa?

ooohhh time tu aku naik bas jer ekk al-maklum laaa keta tak ada time tu. huhuhu. time tu pun malu2 kucing so kalu ternampak comel aku mengintip aku tu kan nanti aku nyorok kat sebalik tiang bus stop tu. konon2 tak mau laaa tumpang2 dia nie. lawak jer. malu konon2. skrg ambik ko dh tahu perangai masing2 sikap pemalu tu pun dh ke mana.

staff2 kat company tu pun mmg best sgt2. ooohhh time tgh taip entry nie tiba2 rasa rindu pulak aku dgn si kak fida (ckp tak mau kawin last2 ko kawin gak kak fida. dah ada anak pun. bagus2), fairuz yg hensom (marah laki aku. kuang3x), nizam yg poyo, zaki, mubarak, dan staff2 yg lain yg aku lupa nama dia. hehehe pelupa sikit aku nie. al-maklum laaa dah lama dah time aku keja situ tahun 2002 beb. lama tu.

aku berhenti kerja pun sbb aku continue study kat UITM. kalu tak agaknyer aku still keja kat situ kot. huhuhu :)

Mr Tong
ok mr tong adalah boss aku skrg. skrg aku bekerja di company SM Amalina Ind S/B. sebenarnyer aku pun tak tahu apa nama besar company aku nie sbb ada berbelas2 company kat tmpt keja aku nie. pening2 laaa. tp...offer letter aku under SM Amalina Ind S/B ye, walaupun aku menolong membuat kerja utk berbelas2 company tu.huhuhu. teror tak aku??? perasan...kuang3x. aku malas nak amik tahu sgt pasal company nie. yg pasti nie business family yg diketuai oleh Dato' tan sing chia.

mr tong nie sebenarnyer ialah finance manager kat department aku. aku bekerja di department accounting. so dia cuma boss kat department aku jer. so boss yg besar still laaa anak doto' tan sing chia tu... si tan sok leng yg aku tak tahu laaa dia nie kategori manusia jenis apa. ooohhh aku tak mau citer pasal boss besar si tan sok leng tu. kang aku angin satu badan. aku nak citer pasal boss kat department aku nie si mr tong nie jer.

mula2 mr. tong join company nie...aku ingat kan dia jenis yg serius. tp...baru aku tahu dia laaa boss yg paling baik, sporting, tak suka amik tahu hal org lain, suka buat kerja sendiri, suka memberi tunjuk ajar kpd pekerja2 beliau dan byk lagi kebaikan yg ada dalam diri mr tong.

serius laaa aku masih bertahan kat company nie pun salah-satu sbb nyer sbb adanya mr tong. kalu mr tong resign gak alamak aku rasa aku pun blah gak dr company nie. nasib baik ada mr tong so terasa laaa diri nie ada perlindungan.

dulu time mr tong lum lagi join company nie, tiap2 minggu aku kena attend meeting sampai malam. kak...mira ingat tak kisah2 nie? attend meeting ntah apa2 tu sampai ke malam. alahai. sejak mr tong join jer company nie...sgt laaa merdeka sbb tak yah nak attend meeting sampai malam lg. sgt berterima kasih dgn mr tong.

anyway...mr tong mmg boss paling the best yg penah aku jumpa. gua respect byk2 sama lu laaa mr tong :).

Friday, May 8, 2009

Wedding of Angah N Kamarul

Angah suka sgt dgn color purple so harus laaa tema baju dia pun purple

Mostly idea utk design pelamin nie ialah idea aku. cantik tak? :)

Ramai tanya kat aku mana gmbr kawin angah. angah skrg tgh cuti dan kebetulan kamarul tgh demam panas yg teruk selepas majlis di dewan setiawangsa ari tu. so blog angah lama tak update.

pagi td aku buka i-book konon2 nak pilih gmbr wedding angah tp...i-book aku terlampau lembab sehhh sbb byk sgt document dan file dlm computer i-book aku tu. dan...mostly gmbr2 yg diambil tak bape clear. biasa laaa kamera digital so gmbr tak bape sharp. so...aku masukkan 2,3 keping gmbr jer laaa ye. kalu nak tgk gmbr cantik dan clear tggu gmbr kawin angah siap nanti.

p/s : semua gmbr di atas adalah gmbr di umah family aku di Banting. sori laaa gmbr tak clear dan sedikit dark. malas nak edit :). gmbr di dewan setiawangsa tu kalu rajin aku update kalu tak rajin tggu jer angah update blog dia ye. Oh yer rasanya aku tak jadi nak privatekan blog aku nie sbb memikirkan kwn baik aku tak ada blog. smile :).

Thursday, May 7, 2009

T-shirt untuk katering

gambar dari : peveyhack.com (abang rashidi)

Sebenarnyer aku tak mahu update dulu cerita tentang t-shirt untuk budak2 katering semasa wedding aku nie. tp...agak ramai yg tanya tentang itu. sebenarnyer aku dulu ada belajar basic tentang teknik screen printing, flexography printing dan sebagainya di UITM. so...ada sedikit ilmu yg aku dpt di UITM selain ilmu graphic design juga photography.

kalu ada sapa2 nak tanya pasal t-shirt ke apa2 laaa tanya direct kat aku ye. gambar t-shirt di atas adalah design aku sendiri dan telah di sponsor oleh kawan suami aku. tak silap aku t-shirt nie di buat di sri serdang. design tu agak kelakar sikit sbb time tu tgh sibuk uruskan wedding aku. so...aku design yg paling simple dan senang. tp...oklah sbb byk permintaan nakkan baju katering tu :).

p/s :- kalu nak belajar manual screen printing boleh laa tanya direct kat aku ye. ok smile :)

Wednesday, May 6, 2009

Rindu

yg pakai tudung dark brown itu adalah kendut. tembab dan comel kan dia? :)

Kendut, Yan,Yana, Norliah dan kawan-kawan aku yang lain
aku rindu sama kamu semua.

Tak tahu kenapa aku rindu sangat dengan kawan-kawan aku dari zaman aku kecik (zaman tadika) sampai sekarang. bila semuanya dah punya komitmen terhadap suami dan anak2 ini lah jadinya. Hubungan kami makin menjauh tapi dalam hati semakin dekat. untuk kawan-kawan aku ketahuilah aku rindu sangat dengan kamu semua.

p/s:- Paling aku rindu adalah Kendut. Kendut...engkau rindu aku tak? Tak sampai hati aku mahu privatekan blog aku nie sbb Kendut tiada blog. bagaimana eh?

Tuesday, May 5, 2009

Aku mahu privatekan blog ini

aku mahu privatekan blog aku nie. sila tggl kan email kamu semua. selepas itu baru aku update pic dan citer terbaru wedding adik aku di banting dan reception di dewan setiawangsa. aku tak mahu orang yg bermasalah dan tidak diundang berada di blog aku nie.

P/s : aku akan private kan blog aku nie hanya untuk sementara saja. sbb ramai kwn2 aku yg tak ada blog tetapi menjadi readers blog aku. thanks :)