Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, June 26, 2009

Full house. unik ke?


Citernyer begini…chin officemate aku dah lama plan nak belanja budak2 account department mkn. Rasanya dari awal tahun lagi. Time eja belum resign lagi. Apabila jovian join account department, jovian juga berhasrat belanja makan. Wow…best bangat dua org sekali nak belanja mkn nie. Akhirnyer mggu lepas kami tekad luangkan masa untuk lancarkan plan tersebut. Org nk belanja kan. jadi tersenyum-senyum suka di situ.

Aku suggestkan tempat di full house. tp masalah timbul apabila kami semua tak tahu jalan ke sana. Aku dpt tahu ada tentang full house nie pun dr kak mira. Seaching internet mak aiii cantiknyer tempat. Bgtahu faezah dan lisa masing2 dah memasang angan2 nak mkn di sana.

Nasib kami baik sbb ada faezah. Dekat seminggu jugak laaa dia cuba mencari jalan ke full house. Dgn perasaan yg tak confident, kami belasah jer cari jalan berpandukan arah yg diberitahu faezah. Driver kami adalah jovian. Huhuhu merasa naik kereta baru jovian :).

Alhamdulilah…kami berjumpa tempat yg ingin dituju. Pertama kali melangkah kaki ke full house membuatkan masing2 teruja. Yeahhh…full house mmg unik. Serba putih dan dekorasi seperti kita merada di rumah kepunyaan orang korea. Cantik dan unik. Terpegun seketika. Makanan pun sedap. Service ok. Everything ok. Puas hati di situ.

Paling tak sangka, mood bergambar dtg kembali. Ada perubahan ketara pada diri aku bila aku melihat koleksi gmbr2 tersebut. Aku sendiri pun mula2 terkejut juga tgk gmbr2 tu semua. Jadi jgn terkejut melihat perubahan tersebut. Perut aku makin ketara ke depan terutama selepas mkn. Aku dpt rasakan baby aku cepat membesar bila kandungan aku menginjak usia 4 bulan.






Anyway thanks chin juga jovian. Seronok outing bersama mereka berdua juga lisa dan faezah. Thanks yeahhh.

Wednesday, June 24, 2009

Selamat pengantin baru buat anil

gambar ini nurul amik di blog kamu anil kerana nurul sangat suka dgn gambar ini :)

selamat pengantin baru buat kamu.

nurul sangat rugi tidak dpt hadir ke majlis kamu anil. teringin sangat ke majlis kamu. tp kad kamu lewat sampai. jadi tiada plan awal yg dibuat bila mengetahui majlis kamu di melaka dan perak dan bukannya di KL. maafkan saya anil.

apa2 pun nurul harap kamu bahagia di samping suami yeah anil. kamu sangat cantik di majlis perkahwinan kamu itu :)

Tuesday, June 23, 2009

R.I.N.D.U

Suami...
aku rindu sama kamu.
hentikan larian itu jika kamu sudah meraihnya.

p/s :- comel...kamu tetap di hati.

Thursday, June 18, 2009

full house

tempat yg membuatkan aku teruja seketika. ari nie tiada mood untuk menulis kerana sakit tulang belakang dtg kembali. akan aku citerkan kemudian pengalaman ke full house ini.

Monday, June 15, 2009

sahabat itu kawan, kawan itu sahabat

hari nie terasa nak tgk blog kepunyaan puan ain kwn kpd angah, terjumpa gmbr kawin angah nie. suka sgt dgn gmbr2 nie. sbbnya satu...aku suka keakraban hubungan persahabatan mereka. nie laaa kwn2 adik aku sejak dr zaman UITM lagi. dr zaman diploma, zaman degree sehingga laaa skrg. mereka tetap bersama.

mereka nie semua kepala gila2. paling best, boyfriend dan suami masing2 pun boleh kamcing. best kan? otak gila2 diaorang nie mmg terkenal semasa zaman di UITM lagi. ada satu part angah citer, nak berbuka puasa sanggup tumpang lori nak ke seksyen 2. lawak bangat. aku kenal mereka semua. puan ain yg giler color pink, ina sate kajang yg suka tido, min yg poyo, hana, nat, ayu yg mmg ayu tu, AJ dan lain2 laaa. semua loya buruk dan gila2. mungkin inilah dikatakan sahabat itu kawan dan kawan itu sahabat. apa2 pun along suka bangat sama kamu semua :).

reception di banting

reception di setiawangsa

Saturday, June 13, 2009

Sembelit rupanya

dua ari lepas, aku mengalamai sakit perut teramat sgt di bahagian kanan perut. punya laaa sakit sampai nak berjalan pun rasa sakit. rasa sakit nie rasa sampai ke pangkal perut. berdenyut2.

aku cuma risau satu jer, anak aku dlm perut aku nie. mula2 ingat mungkin sakit biasa jer kot. so aku tak hiraukan sgt. tp bila dah masuk hari kedua, rasa sakit berlarutan jadi aku rasa perlulah aku wat pemeriksaan lanjut.

aku teringat kak mira dan abg azmir pernah bgtahu aku berkaitan dgn pusat perubatan dan bersalin UMRA di shah alam. kak suri pun penah citer tentang kelebihan klinik nie. jadi aku decide utk ke UMRA. nasib aku baik sbb saiful tak banyak bertanya. aku paling takut kalu dia banyak bertanya sbb dia sgt cerewet juga orangnya.

melangkah kaki ke klinik nie, sudah membuatkan aku teruja. yeah...dlm hati mungkin betul kata2 kak mira dan suaminya abg azmir juga kak suri tentang kelebihan klinik nie. kak suri bgtahu sapa tak kenal doktor ummul wahiy? cuba tanya kat mana2 klinik kerajaan. mostly kenal doktor nie. aku pun tak sure. itu pendapat dia. aku cuma mendengar.

sampai ke kaunter pendaftaran aku dilayan sgt baik dan mesra. itu paling aku suka yeah. memberikan senyuman kepada kita dan kita sgt berasa senang hati. berbeza sedikit dgn layanan pemeriksaan bulanan aku di klinik kerajaaan di kelana jaya. di kaunter, pembantu klinik tu tanya nak wat appoitment dgn doktor mana? laju jer mulut aku bgtahu nama doktor ummul wahiy tu.

pertemuan pertama aku dgn doktor ummul nie membuatkan aku berasa agak selesa. doktor ummul sama baik dgn doktor rozita di klinik rozita. dua2 sama baik sama mesra. apa yg penting, doktor ummul nie bgtahu dgn panjang lebar tentang masalah kesakitan yg aku hadapi nie. nak tahu? rupa-rupanya aku hanya mengalami sembelit. aku kurang membuang. yeah...dari zaman anak dara aku kurang membuang sebenarnya. seminggu sekali. tp...skrg sudah berbadan dua tabiat tu kena aku ubah. aku mesti kerap membuang supaya perut menjadi lebih selesa.

Alhamdulilah...selepas makan ubat yg diberi, kesakitan tu sudah berkurangan. syukur. ohhh ye...ari tu di UMRA aku juga telah membuat scan utk melihat baby aku nie. baby aku makin membesar dan aktif bergerak. yg membuat aku dan saiful teruja, kami didengarkan dgn bunyi dengupan jantung. wahhh...teruja aku seketika. Alhamdulilah doktor kata baby aku sihat. syukur lagi aku dpt katakan di sini.

mama dan papa berharap baby membesar dgn sihat ye :)

p/s : maaf kalian kerana sejak akhir2 nie aku byk bercerita tentang kisah preggie. nanti kita citer tentang lain ye. maaf membuatkan kalian merasa jemu di sini. tidak dilupakan selamat hari lahir utk adik perempuan aku, angah. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dpt mencapai segala yg dicita2kan.

Tuesday, June 9, 2009

Hello tembam :)


sejak pregnant, badan aku makin hari makin tembam. sapa yg tak risau. aku sendiri mula2 dulu tgk diri-sendiri pun ada berperasaan begitu. tp...boleh lagi wat tak tahu.

biarlah...

tp...bila semua teman2 bgtahu badan aku makin hari makin berisi, mula laaa hati tak keruan. dlm masa yg sama aku bertanya kat saiful adakah aku nie gemuk sgt skrg nie? suami aku cuba memujuk aku supaya aku tak terlalu fikir tentang itu. kerana aku skrg tgh membawa anak aku yg semakin membesar di dalam perut aku nie. mama harap baby membesar dgn sihat ye.

p/s : gambar nie gambar the latest. hello tembam :).

Monday, June 8, 2009

Selamat hari lahir buat suami

hari nie 8 june 2009 genap umur suami aku 29 thn. selamat hari lahir comel :). maaf dipinta sbb tepat kul 12 mlm td nurul lupa nak wish kat comel. sorry ye. al-kisahnyer weekend ari tu, aku ikut suami balik sekinchan. kat sekinchan sejuk. best sgt2 lepak tgk tv. layan citer bukit kepong sampai lupa nak wish. pagi2 suami aku ada wat muka muncung. alahai...maaf sgt2. tak sengaja. huhuhu :P.

aku tak laaa wat plan beriya2 mcm zaman2 bercinta, bertunang dulu. sejak pregnant nie mmg sikap malas aku melampau2. tp aku ingat ari nie nak bawak suami aku makan di flaming steamboat buffet di sunway. aku rasa steamboat kat flaming tu sedap. kat situ laaa tmpt aku lepak2 time zaman belajar di UITM dulu sama kwn2. harapnya suami aku suka. rasanya suka kot. sbb dia bab mkn bg jer laaa apa pun kecuali sayur. dia mmg bukan pencinta makanan jenis sayuran. hentam jer laa ye comel mkn :).

apa2 pun kepada suami,
Selamat hari lahir comel :)

Wednesday, June 3, 2009

Terima kasih juga untuk boss

masing2 excited :P

miss kak elly yg berbaju biru :)

besday girls :)

Sebenarnya aku tak sangka kebanyakan budak2 office aku ingat tarikh lahir aku. Sebenarnya orang pertama wish besday aku adalah manger aku mr.tong. last week ari jumaat dia dah wish kat aku.katanya dia wish awal2 sbb isnin pada hari lahir aku tu, aku bercuti. Thanks mr tong sbb ingat hari lahir aku.

Paling wat aku terharu boss besar yg selama nie aku kurang selesa dgn dia membuat party utk aku juga farewell utk kak elly. Kak elly yg dah bekerja di situ lebih kurang 8 thn dah dpt keja baru. Caya laaa kak elly. Terlepas sudah dr cengkaman. So boss aku tu decide utk celebrate kak elly juga aku. Apa2 pun terima kasih juga utk boss aku tu.

Mcm biasa company aku nie dari dulu sampai skrg suka benar wat apa2 party atau farewell kat kelab golf negara subang (KGNS) tu. Tak tahu laaa apa keistimewaan kat situ. Pada aku mkn kat gerai seksyen 2 shah alam tu lagi sedap kot w/pun gerai tu tak ada air-con. Huhuhu. Tp pasal bab makan aku tak menolak. huhuhu :p.

Masa nak potong kek tu, baru dapat tahu yg ayu juga aw juga lahir pada bulan jun. So sekali harung aku,ayu dan aw celebrate besday sama2 di situ. ok gak. Tak laaa aku tersipu2 malu nak potong kek sorang2. thanks korang sebab menyelamatkan aku dr sifat pemalu ini. Perasan malu konon :P.

terima kasih boss.

Terima kasih si suami

Aku menulis kali ni bukan nak menunjuk-nunjuk mahupun yang seangkatan dengan makna perkataan tersebut. bukan bermaksud macam tu. Hanya ingin memberi kata penghargaan kepada suami aku atas layanan yang diberikan di hari lahir aku.

1 Jun 2009
Isnin

Banyak perkara sebenarnya dilakukan seharian pada hari isnin tersebut. Bukanlah menumpukan sepenuhnya pada hari lahir aku. Sudah aku katakan sebelum ini, sejak berkawin saiful, suami aku tu bukanlah seorang yang romantik sangat macam zaman bercinta. Dulu mungkin ye. Sekarang sudah lain sikit perangainya. Saiful cuma bagi kiss di pipi dan wish kat aku lewat kul 12 tengah malam pastu dia sambung layan DVD sampai ke pagi. Aku pun malas nak layan dia tengok DVD tu then aku terus tidur. Adalah sikit sifat prihatin dan romantik kat sini. (Nak sedapkan hati aku sebenarnya. Hahaha). Tp aku tetap bersyukur di sini.

Seharian kami buat banyak perkara. Renew insurans, roadtax kereta, urusan di bank, medical check up dan banyak lagi. Selepas semua urusan tersebut selesai barulah Saiful mengajak aku ke The Curve cari kek dan makan apa yang aku nak untuk meraikan hari lahir aku tu. Thanks Saiful.

Tapi ada berita kurang best. Semasa aku membuat pemeriksaan bulanan, berat badan yang turun mendadak, kekurangan kandungan gula juga kepekatan darah. Segala-galanya turun. Terkejut juga dibuatnya. Doctor bagitahu kalau keadaan ni masih berlarutan aku terpaksa di beri injection zat besi dan lain-lain. Mungkin salah aku jugak sebab akhir-akhir ni aku makan tak menentu dan ikut mood. Akan aku cuba tukar cara pemakanan aku.

Balik dari The Curve, Saiful bergegas beli kerang dan masak macam-macam untuk aku. Aku hanya duduk tunggu dia habis masak. Katanya khas sempena hari lahir aku. Walaupun dia masak macam cowboy tapi aku hentam je makan. Mungkin rezeki aku apa saja aku minta semua dapat dan diberi layanan seperti puteri. Alahai aku tak sangka saiful begitu perhatin melayan aku begini. Terima kasih Saiful.

P/S : Pada hari tu, aku tak ambil gambar potong kek pun sebab tak mood nak bergambar. Sekarang bukan masanya untuk mood bergambar dengan keadaan badan aku yang makin tembab nie walaupun berat badan dah turun mendadak


Gambar tahun lepas. Saja letak nak sedapkan hati aku