Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, July 30, 2009

Hello air gula

Setiap bulan aku akan membuat medical check up di poliklinik kelana jaya. Dan setiap bulan juga aku akan melakukan scan dan check up di klinik private. Bukan untuk membazirkan duit tetapi kebiasaannya check up di klinik gov hanya lah check up seperti menimbang berat badan, mengambil darah, ujian air kencing, mengambil ubat bulanan dan juga beberapa perkara yg dilakukan. Tiada sebarang scan dilakukan terhadap baby.

Paling aku tidak suka adalah mengambil darah dan ujian air kencing. Sudah beberapa kali aku membuat medical check up di klinik gov tidak pernah sekali doc mahupun nurse di situ melakukan scan terhadap baby. Hanya check perut menggunakan alatan khas yg tidak aku ketahui apa nama alatan tersebut. Tp…dgn alat tersebutlah aku dpt dengar dengupan jantung baby.

Disebabkan inilah aku dan saiful mengambil keputusan membuka buku di klinik private. Sbb utama adalah melakukan scan utk mengetahui tumbesaran baby dan sebagainya. Tak mengapalah mengeluarkan sedikit duit di klinik private ini.

Berbalik kepada cerita td, baru2 ini, aku seperti biasa membuat medical check up di poliklinik kelana jaya ini. Selalunya aku mengambil time off 2 jam kerana jarak dgn tmpt kerja yg dekat. Sesekali saja aku mengambil cuti terutama jika saiful mempunyai kelapangan masa menemankan aku.

Apa yg mengejutkan aku ialah berat badan aku naik 3kg yeah. Kerana seperti sedia maklum aku pernah memberitahu di entri aku yg lepas bahawa berat badan aku tidak menentu. Sekejap turun sekejap naik. Pernah sekali berat aku menurun dgn mendadaknya sehingga aku kena dinasihatkan oleh nurse di situ.

Disebabkan itu, aku cuba makan dgn banyak dalam kuantiti yg sikit tetapi berulang2. kebetulan kepekatan darah aku juga menurun. Jadi aku perlu makan mengikut apa yg disarankan. Tup-tup kali nie check up berat naik dgn mendadak sekali.

Nurse sgt terkejut. Kerana naik agak banyak yeah. Sedangkan kandungan baru 21 mggu. Jadi nurse menyarankan aku untuk minum air gula untuk mengetahui jika ada apa2 effect sepeti penyakit kencing manis. Risau dan terpempan seketika bila diberitahu begitu. Jika mengikut family sebelah aku mmg tiada sejarah penyakit tersebut. Cuma family saiful saja mempunyai sejarah penyakit itu.

Nak tak nak aku terpaksa setuju dgn saranan nurse tersebut. Jadi aku perlu minum air gula itu pada hari jumaat ini. Tak dapat aku bayangkan apa rasanya air gula tersebut. Semua kawan2 mengatakan air gula itu amatlah manis. Harapnya aku mempunyai kekuatan di situ.


Cerita yg lain…


Aku juga dikenakan injection yg sakitnya tidak hilang sehingga kini Bila nurse check perut aku menggunakan alatan khas dan memberitahu bahawa baby aku makin kuat bergerak. Memang tidak dinafikan baby aku makin kuat menendang dan bergerak terutamanya di waktu petang dan malam. Jadi nurse tersebut memberitahu perlunya injection tersebut. Tidaklah aku ketahui apa kaitannya injection tersebut dgn pergerakan baby. Aku pun tidak byk tanya kerana agak terkejut ketika itu.

Apa yg membuatkan aku risau, selepas aku dikenakan injection, secara tidak langsung baby aku kurang menendang dan bergerak. Sedangkan di klinik semasa check up baby aku menendang tidak henti2.

Pagi semalam, seperti biasa dlm perjalanan ke tmpt keja aku membuka CD surah2 al-quran. Selalunya baby akan memberi respon yg baik. Tetapi berlainan dgn pagi semalam baby kurang memberi respon. Rasa mahu nangis. Terus sms saiful. Saiful cuba menenangkan aku. Boleh tak saiful ckp “mungkin baby tido lagi kot sayang.” rasa geram bila membaca sms si suami begitu. Tp dalam masa yang sama saiful menyatakan dia juga sgt risau.

Balik kerja selepas solat terus aku banyakkan bercakap dan mengusap perut sambil berzikir. Tiba2 aku nangis. Sebab baby kurang memberi respon bila aku bercakap dgn baby. Tak tahulah sejak pregnant automatik aku suka berckp dgn baby.

Aku cuba juga berckp sambil berzikir dan menyanyi2 dgn baby. Risau sebenarnya. Tup-tup selepas itu terus baby menendang dgn kuatnya tak henti2. Hingga sewaktu aku solat maghrib pun baby still menendang. Alhamdulilah baby dah kembali aktif menendang dan bergerak.

Harapnya baby sentiasa aktif menendang dan bergerak. Dan berharap baby sihat. Dan aku berharap aku mempunyai kekuatan untuk minum air gula yg disarankan. Hello air gula. Sedap tak? Tak dapat bayangkan.

Tuesday, July 28, 2009

Cinta kampus

Final year degree

Pernah kamu mendengar istilah cinta kampus? rasanya sesiapa saja pernah mendengar istilah ini bukan? Tergerak hati aku ingin menulis tentang ini. Kerana dulu aku dikelilingi dgn kawan2 yg obses dgn cinta kampus ini.

Aku tak pernah mengalaminya. ini kerana aku telah mengenali saiful sebelum aku menuntut di UITM. Jadi tiada sebab mengapa perlu aku mencari lain di kampus. Tapi tipu kalau aku katakan tiada dugaan antara aku dengan saiful ketika itu. Tp saiful jualah peneman paling setia dr dulu hingga skrg. alhamdulilah akhirnya kami sah menjadi suami isteri kini.

Berbalik kpd topik tadi, dr zaman diploma hingga ke degree aku dikelilingi dgn kawan2 aku yg obses dgn cinta mereka. sampai satu tahap aku rasa agak geli hati. Ke kelas dgn mengenakan baju sedondon, keluar outing bersama kawan2, menghadiri aktiviti keperluan kampus dan segala macam semua bersama. Menyertai group assigment juga bersama.

Pernah depan mata aku sendiri, di dalam kelas pasangan bercinta ini duduk bersebelahan dan bertukar note kecik mengatakan mereka sayang antara satu sama lain. “ ayang bosanlah kelas nie. Ayang sayang kita tak?” (ayat lebih kurang begitu). Aku yg sedia maklum mereka pasangan yg paling ideal di kelas hanya tersenyum. Rasanya sampai skrg mereka masih bersama. Aku doakan kalian bahagia.

Berlainan pula dgn kes ini. Kes nie terjadi semasa aku menuntut di peringkat diploma. Ketika itu aku masih keanaka-anakkan mungkin. Sebabnya masa diploma aku dan saiful juga sedang kemaruk bercinta. Rasanya setiap jam kami berhubung. Maklumlah kami bukan pasangan cinta kampus yg hari ke hari boleh bertemu. Tp paling bersyukur aku dpt mengekalkan 3 pointer setiap semester.


Konvo time

Ok berbalik cerita tadi, semasa diploma ada seorang kawan aku menemui cintanya semasa part 1 lagi. Aku menjadi saksi segala macam kerenah percintaan mereka. Percintaan mereka bagai nak rak. Bak kata org tidak boleh dipisahkan lagi.

Pernah sekali aku menemankan si perempuan mandi ditengah malam. Punyalah berjam mandi di dalm bilik air kerana sambil mandi sambil bergayut dgn HP nya. Aku di luar bilik air menunggu sperti pengawal bilik air pula. Kelakar bila teringat peristiwa ini.

Tp…apa yg tidak menyenangkan hati aku adalah menyaksikan pergaduhan pasangan ini. Pernah sekali mereka bergaduh di tepi jalan semasa kebanyakan pelajar lalu-lalang di jalan utama, sambil menjerit2 si perempuan mencampakkan HP di tengah jalan. Terkial-kial si lelaki mengutip serpihan HP itu. Cinta sejati bukan? Jadi si lelaki hanya bersabar dan bertahan dgn kerenah si perempuan ketika. Pasangan ini tidak kekal lama. Kerana si perempuan kawan aku itu sudah pun berkawin dgn lelaki lain pilihannya.

Sampai skrg aku tak tahu dimana relevannya cinta kampus ini. Tp…sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri. Jika pandai mengawal dan menjaganya berkekalanlah hubugan itu. Semoga kawan-kawan aku di luar sana yg masih bertahan dgn cinta kampus mereka hingga kini berkekalanlah hubugan mereka. Mudah-mudahan.

Monday, July 20, 2009

Kerisauan melanda

nikah time

Rasa risau nie dah lama aku rasa cuma ianya makin menjadi2 sejak smlm. smlm aku dan saiful ke kapar menghadiri majlis kawin AJ. terjumpa klik2 senior semasa di UITM dulu. sapa lagi kalu bukan geng2 angah. semua memberitahu perut aku nmpk kecik. adakah ini benar?

sedangkan kandungan aku sudah memasuki 5 bulan. sebenarnya sebelum ini ibu aku dan kwn2 di office yg lain ada menegur aku tentang ini. tapi aku rasa ianya biasa saja. dalam hati mungkin baru 5 bulan mmg lah kecik kot. tapi aku dpt merasakan perut aku hanya nmpk ketara selepas mkn saja. rasa risau di situ. selepas ini, akan aku cuba mkn makanan berkhasiat dalam kuantiti yg banyak. aku mahu baby aku membesar dgn sihat.

pagi tadi, saiful sms aku, dia memberitahu akan cuba meluangkan masa dalam minggu ini utk membawa aku ke UMRA utk scan jantina baby. so kena bersabar sikit. sabar separuh daripada iman :).

p/s : hari nie aku ganti puasa. satu cara permulaan utk berlatih puasa ketika pregnant ini. buat masa ini rasanya baby memahami yg mama dia sedang ganti puasa :). harapnya aku berjaya berpuasa hari ini. jika berjaya bolehlah menggantikan puasa utk hari yg seterusnya bukan? aku akan cuba bertahan w/pun dugaan makan itu datang :).

Friday, July 17, 2009

Detik itu

photographer acai - anak didik peveyhack

Selamat pagi. aku jarang menulis blog pagi2 di ofiice. hari nie lain. w/pun tidak sihat tp rasa mahu menulis blog pagi2 begini di office. hati riang mungkin :). mari kita bercerita.

Melihat blog teman2 yg memaparkan gmbr2 perkahwinan mereka, hati jadi suka. tp...aku? ada aku paparkan tp... kuantitinya taklah byk mana tidak kiralah di FS mahupun FB. dr gmbr pre wedding sampai ke wedding aku. boleh dikira dgn jari. tak tahu nape. malas mungkin. sedangkan gmbr wedding aku ada beribu2 keping yeah. tak larat mahu melihatnya kerana terlampau byk. thanks peveyhack atas kerja hebat kamu bro :). tunggu lah jika sikap kerajianan aku dtg nanti akan aku cuba paparkan juga di blog nie.

beralih cerita lain, hari nie kandungan aku genap 5 bulan. syukur. baby sudah pandai menendang2. sangat aktif di waktu malam. paling menggembirakan, baby pandai memberi respon bila mama atau papa dia berbual-bual dgn dia. syukur. aku masih belum scan utk melihat jantina baby. plan mahu ke UMRA utk melihat jantina baby. tapi...saiful sangat busy bekerja. selalu saja outstation kerja luar. mahu tggu dia betul2 free. harapnya dia ada masa free dalam masa terdekat ini. boleh ke cari masa free itu comel? :)

Thursday, July 16, 2009

Entri khas untuk Pn Wawa



Semalam sedang berserongan lunch di KFC disebabkan lisa sahabat plg setia di office masih bercuti kawin, aku mendapat sms dr wawa minta emailkan gmbr bertukar2 persalinan semasa wedding dia tahun lepas. Disebabkan email sgt lambat menghantar sebarang file berbentuk gmbr jadi aku membuat keputusan letak kan jer di blog.

Wawa…sorry laaa beb aku mmg busy sikit. Nanti hang copy paste je semua gmbr nie.

Aku akan cuba menhantar kesemua gmbr2 kawin dia lepas dia balik bercuti dari PD nanti. Gmbr2 nie semua aku tiada membuat sebarang editing kecuali mengecilkan saiz gmbr saja. Aku sedang demam, selsema dan sakit tekak. Jadi tidak larat sungguh. maaf ye wawa.









Tuesday, July 14, 2009

Hari indah

dulu-dulu. zaman suka melaram dan bercantik2


Hari nie, bangun pagi2 aku dengan sendirinya berasa semangat dan rasa indah sekali. ada mood untuk bermake up segala ke tempat kerja. pagi2 lagi sudah berborak2 dgn baby dalam perut aku nie. indah sungguh. dari semalam lagi aku sudah berasakan aku perlu set kat minda bahawa perlunya rasa lebih riang w/pun ada masalah sekalipun. manusia mana tiada masalah right? telah aku set di kalender di atas meja di office aku utk sentiasa berasa seperti ini.
Nurul...u can do it :)

Saturday, July 11, 2009

Tidak selesa tetapi bertahan

Lunch time Eastin Hotel

Pernahkah kamu semua rasa kdg2 dlm sesuatu keadaan atau suasana yg membuatkan kamu semua tidak selesa di situ? Tp…kamu semua tetap bertahan di situ w/pun tidak selesa. Mcm tu lah yg aku rasa skrg bahkan bukan skrg tetapi sudah lama sebenarnya.

Aku sgt bersyukur kerana aku tidak seperti kwn2 aku yg lain yg lama menganggur selepas abis study. Bersyukur sgt2. aku cuma berehat lebih kurang sebulan di rumah selepas abis study. Selepas itu aku bekerja di tempat kelahiran aku selama lebih kurang 3 bulan dan selepas itu aku mendapat pekerjaan yg agak baik juga w/pun tidak boleh menandingi keseronokan dan keselesaan pekerjaan aku semasa di putrajaya sebelum aku continue study di UITM dulu.

Eastin Hotel

Peringkat awal…mmg kurang selesa. Tp biasalah tmpt dan suasana baru bukan? Lama-kelamaan aku rasa seronok dan selesa. Sampai satu tahap org yg rapat dan selesa aku bergaul resign seorang demi seorang. Sampai satu tahap aku mendengar mcm2 cerita. Tp…aku cuba bertahan w/pun aku mula rasa tidak selesa.

Kawan paling setia di office Lisa

Westport. Rindu berkasut tumit tinggi

Sebenarnya sebelum aku dapati diri aku pregnant dulu, aku telah berusaha bersungguh2 untuk cuba keluar dr kelompok suasana dan keadaan ini. Alhamdulilah aku mendapat tawaran yg lebih baik cuma ada beberapa faktor terpaksa aku tolak tawaran tersebut. Sampailah aku mendapat tahu yg aku pregnant. Jadi di sebabkan keadaan aku skrg aku terpaksa bertahan w/pun aku sudah mula sgt2 tidak selesa dgn keadaan sekeliling. Malah berasa muak dgn keadaan itu.

Apa yg aku buat, selalunya tiap2 pagi sebelum pergi ke tmpt kerja atau selepas solat aku berdoa supaya di berikan keselesaan di tmpt kerja. Dan kini aku byk mendiamkan diri dari byk berckp. Aku tak mahu berckp lebih. Biarkanlah mereka. Yg penting skrg aku perlu memastikan baby aku membesar dgn sihat. Ohhh ye aku sgt seronok bila mendapati baby dlm perut sudah mula bergerak2 dan ada rasa seperti baby aku ini sudah mula menendang2. seronok sgt :).

InsyaAllah, lepas segalanya selesai iaitu selepas abis berpantang nanti aku akan pastikan untuk keluar dr kelompok suasana dan keadaan ini. Bukan mudah sebenarnya mahu memasuki kelompok government. Org sekeliling mudah berkata2 tp cuba mereka melakukannya sendiri?.

berbuka puasa Tropicana golf & country resort

mesra bukan? happy time dgn budak2 department sebelah

Bak kata lecture aku dulu, better cari pengalaman di peringkat awal dlm private sektor untuk beberapa tahun. Kerana sektor private byk mengajar kita erti susah senang bekerja. Selepas beberapa tahun mendapat pengalaman dan merasa diri sudah ada ketahanan barulah beralih angin ke sektor government.

Aku rasa mmg betul kata2 lecture aku itu. Sbb aku dpt merasakan sektor private ini byk mengajar aku bermacam2 perkara. Semua perkara perlu cepat. Tidak boleh berlengah2 yeah. tiada masa untuk menular sebenarnya. Setiap detik adalah bekerja selagi jam di dinding belum menunjukkan waktu lepas office hour. Ohhh sebenarnya kami di private sektor selalu bekerja lepas office hour. Tidak boleh selalu balik on time. Hebat bukan?

Tuesday, July 7, 2009

Akhirnya tercapai jua


Entry kali nie aku wat khas untuk adik bongsu aku bani. akhirnyer adik aku dpt mencapai apa yg dia cita2 kan. sudah dua mggu adik aku di UITM melaka. aku lihat dia sgt bersungguh dgn citer2 dia untuk mempelajari teknik2 photography. untuk semester pertama dia mempelajari teknik2 asas art and design. semester dua baru ditentukan ke mana arahnya course berdasarkan bakat. harapnya adik aku dpt mencapai cita2nya tu.

p/s : gmbr2 di atas salah satu hasil yg dihasilkan oleh adik aku. baru belajar tp ada terselit bakat di situ. along doakan bani berjaya :). tiba2 terasa rindu dgn adik bongsu aku tu. alahai.

Monday, July 6, 2009

7 tahun - Putrajaya


hari nie 6/7/09 genap 7 tahun aku kenal suami aku, saiful. perkenalan kami semuanya bermula di putrajaya. segala-galanya sgt manis dan indah. cerita sgt panjang untuk diceritakan. jika punya mood menulis akan aku ceritakan di sini. jika tiada mood menulis, maaf di pinta. sifat malas makin tebal menular dlm diri aku ketika ini :).

Friday, July 3, 2009

info - full house

Maaf semua kerana lama sgt tak update blog nie. aku baru jer balik bercuti dan mengikut family suami aku menguruskan sesuatu di johor bahru. ada urusan yg perlu diselesaikan di sana. oleh kerana ramai sgt yg bertanya tentang full house ini, jadi di sini aku sertakan website full house : http://www.fullhousecafe.com.my . semoga kalian enjoy di sana yeah :)