Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, August 28, 2009

Rezeki

hari ni bangun lewat. pergi kerja pun lewat. Tapi boleh lagi singgah bank nak deposit duit kat bapa mertua. walaupun tahu dah lewat nak masuk office. Saiful minta tolong depositkan duit kat abah. Dia busy memanjang jer. dah memang mcm tu perangai dia. Dia hanya bagi duit kat aku then aku yg settlekan segala. susah gak org busy mcm nie. sabar jer lah.

Kat bank, terasa nak check gaji. aku jarang check gaji awal2 nie. sbb duit mkn, minyak kereta segala semua saiful dah bagi siap2. tp bulan nie tiba2 rasa mcm nak pi check gaji awal2. terkejut kejap. dalam hati nape gaji aku berganda bulan nie? aku pun tak tahu lah itu duit bonus ke duit increment ke atau duit raya. tp dlm hati syukur sgt2. rezeki anak tu. skrg apa2 pun mesti ingat baby dlm perut nie jer.

Alhamdulilah...dekat dua tahun aku keja kat company nie. 1st time aku dpt duit gaji berganda mcm nie. syukur kepada Allah S.W.T. doa aku termakbul juga akhirnya. skrg aku percaya kita kena bersabar w/pun mcm2 kerenah boss dan staff2 kat office nie kita hadapi.

p/s : pelik gak keja kat account department mcm ner leh tak tahu bab2 gaji bulan nie ye? ooohhh ari tu masa kira gaji aku half day pi klinik. anyway thanks boss :).

Wednesday, August 26, 2009

Kisah puasa-puasa

Lama sungguh aku tak update blog nie bukan? rasa malas dah dtg kembali. sungguh. malas agak melampau2. baca blog teman2 bloggers yg lain mostly cerita tentang kisah puasa. seronok layan membaca lagi2 pengalaman sebagai isteri utk pertama kalinya berpuasa sebagai isteri kepada org yg tersayang :).

hari nie dah hari ke-5 berpuasa. Alhamdulilah aku masih boleh bertahan untuk berpuasa. cuba bertahan untuk berpuasa penuh sebenarnya. InsyaAllah. aku cuba. baby pun ok tak banyak ragam. dari hari pertama berpuasa sudah berpesan kat baby yg aku mahu berpuasa dan harap dia tidak nakal2 di dalam perut aku nie. hehehe :).

Alhamdulilah baby bagi kerjasama. cuma kdg2 tiba waktu petang jer baby ada meragam sikit mula menendang. mungkin sudah lapar. tp...cuba memujuk dan baby akan ok semula. thanks baby sbb faham situasi mama yg sedang berpuasa.

percaya atau tidak dr hari pertama berpuasa aku belum lagi berbuka puasa bersama suami. ooohhh saiful sgt busy bekerja yeah. kerja luar memanjang. rezeki. kerja luar elaun outstation meningkat. rezeki anak mungkin. syukur.

hari nie pagi2 sudah dpt sms dari saiful yg beritahu dia mahu berbuka bersama. kasihan dgn aku kot sudah puasa ke-5 masih tidak berbuka puasa bersama-sama suami. oohhh saiful balik shah alam ari nie. seronok. baby pun dah rindu dgn papa dia mungkin. baby aku nie pandai kalu dengar suara papa dia mula menendang2. nak tunjuk kat papa dia mungkin. hehehe :).

anyway...kepada teman-teman selamat berpuasa yeah.

p/s : mahu cuba berterawih. tp...larat ke? perut sudah start membesar. time solat 5 waktu pun sudah tak berapa larat. tp mahu memcuba berterawih :).

Monday, August 17, 2009

Bila ingat diri betul

Kamu pernah jumpa orang yang ingat diri-sendiri betul dan juga fikir berada di pihak yg benar tapi sebenarnya telah melakukan kesalahan dan tak pernah mengaku kesilapan sendiri? Walaupun secara terang-terangan memang nampak diri-sendiri itu tidak betul dan bersalah, tetapi masih keras kepala tidak mahu mengaku.



Aku benci orang macam nie.



Kalau sudah nampak diri memang bersalah mengaku saja. Bukan kita tidak mahu maafkan. Bukan kita mahu salahkan dia secara terus-terusan. Tapi bila masih keras kepala dan kita pula disalahkan, siapa yang akan sakit hati di antara dua pihak ini? Tentunya sama-sama akan rasa sakit hati bukan?

Susah sangat ke mahu mengakui kesilapan masing-masing dan memohon maaf? keadaan akan bertambah baik kalau ada sikap bertolak-ansur bukan? Tapi tidak guna juga kalau sebelah pihak saja yang mahu bertolak-ansur dan sebelah pihak lagi keras kepala. tidak guna bermain tarik-tarik tali. tiada apa yg kita dpt bukan?

Kes 1

Di dalam sebuah rumah, duduk 6 orang penyewa berkongsi membayar sewa rumah. Hanya ada seorang yg bermasalah di dalam rumah tersebut yang aku gelarkan si kiah (bukan nama sebenar). Mungkin si kiah nie tidak sesuai bercampur duduk dengan orang lain. Mungkin gua atau hutan sesuai untuk si kiah. Mungkin. Satu hari si kiah telah menampar si bidah (bukan nama sebenar) hanya alasan menyatakan si bidah tidak menghormati tetamu si aminah (bukan nama sebenar). Si bidah yg rabun itu langsung tidak perasan ada tetamu yg di bawak masuk ke dlm rumah sewa itu oleh si aminah. Kebetulan si bidah tidak memakai cermin mata ketika itu. Lalu terjadilah adegen drama di situ. Hello…logik ke mahu menampar anak orang hanya alasan macam tu? Itu tetamu si aminah ok bukan tetamu engkau. Si aminah pun tidak cakap apa2 tetapi kamu pula berlebih-lebihan. Selepas adegan drama tersebut si kiah ini dengan selambanya menyalahkan si aminah pula, dengan menyatakan kerana tetamu si aminah ini dia telah menampar si bidah tadi. Hello…ini drama apa yg engkau buat ini?

P/s : Aku kenal semua pelakon-pelakon drama di atas. dan si bidah ini aku sudah menggagapnya seperti adik aku sendiri. Jadi si bidah ini telah menceritakan kes ini kepada aku.

Hello...tolonglah lembutkan hati itu sedikit. Jangan ikut kepala sendiri. Aku sudah muak dgn orang2 macam nie. aku dah banyak berjumpa dgn orang2 seperti ini. ada yg berpangkat boss, berpangkat kuli, berpangkat jiran tetangga, berpangkat suami mahupun isteri, berpangkat sedara-mara dan bermacam-macam orang lagi. Tidak rugi kalu kita mengakui apa kesilapan kita dan kita perbetulkan keadaan bukan? jadi janganlah bermain tarik2 tali yg tiada mendatangkan sebarang kebaikan pun. kan bagus kalu berbaik-baik dan hati pun akan gembira bukan? harapnya konflik di atas dapat diselesaikan.

Kisah sanding-sanding

Kisah lama. Malam tadi terasa mood datang dlm diri. Terasa mahu melihat gambar di dalam CD perkahwinan. Lepas makan kerang bakar dengan saiful terasa mahu tidur. Mata sudah mengantuk. Sungguh. Tapi sampai di rumah terus membuka laptop. Tak tahu kenapa? Rasa mengantuk terus hilang.

Terasa rindu sama kawan2. Perasaan ini sudah lama sebenarnya. Rindu sama kawan2 di zaman UITM, rindu sama kawan2 di zaman sekolah. Rindu semua. Terasa masa cepat berlalu. Kadang-kadang aku terasa masih segar memakai baju seragam sekolah dengan tidak berstoking lalu terus saja menyarung kasut sekolah untuk ke sekolah. Aku benci berstoking. teruk bukan? Trend atau apa? Hati remaja mungkin. Mudah terikut-ikut. Akan tetapi memori itu yg membuatkan aku tersenyum sorang2 .

Ex-classmate time diploma juga degree

Rindu kamu semua

Aku berusaha mahu menjemput semua kawan2 dan kenalan semasa majlis perkahwinan aku. Berusaha membuat senarai nama dan cuba mengingati kawan2 lama dan baru. Walaupun ada nama-nama yg terlupa untuk aku senaraikan. Maaf yeah.

Aku sgt bersyukur dan agak berpuas hati kerana kebanyakan kawan2 hadir semasa majlis perkahwinan aku itu. ada yg datang dari kedah, terengganu dan melaka. lepas ini jika mereka berkahwin harus juga penuhi jemputan perkahwinan mereka jika tiada aral yg melintang. Walaupun ada diantaranya yg sudah bertahun-tahun aku tak berjumpa tetapi boleh berjumpa di majlis perkahwinan aku itu.

With fidah lotfi :)

With isz ketambola. dia nie memang manja dgn aku :)

With farah. bila kamu mahu kahwin sama itu nik yeah? :)


Paling terkejut musuh aku semasa di UITM juga datang yeah. aku bukan suka bermusuh tp kawan aku itu yg suka mengada-adakan cerita. Aku anggap dia musuh aku di UITM dulu kerana dia suka mereka-reka cerita yg tidak betul. Tp aku berterima kasih juga kerana dia sudi datang.

Ex-classmate time form 6. gambar kawan2 rapat aku semasa zaman form 6 tidak ada di sini. ke mana kamu semua? sudah balikkah?

With Ruby dan tunang. Ruby nie orang yg paling aku rapat semasa praktikal final year dulu

Saja letak gambar nie sbb ada azmi menyelit di situ. azmi yg berspek mata hitam itu adalah sgt poyo di class yeah kerana suka menyakat aku :P

aku juga beruntung kerana cikgu2 di zaman sekolah juga ada yg hadir. lecture2 dan kakitangan kerja di jabatan art and design di UITM juga ada yg hadir. teruja dan terkejut kerana mereka sudi hadir ke majlis perkahwinan aku yg tidak seberapa itu. Terima kasih semua.

Aku cuba mahu mengambil gambar semua kawan2 dan kenalan yg hadir. Tetapi tidak semua dapat bergambar. Maklumlah pengantin sgt busy melayan tetamu ketika itu. Jadinya ada yg tidak dpt bergambar bersama. Maaf sekali lagi.


Ini senior-senior aku di UITM dulu. senior yg sgt hura-hara dan sporting :P

With firdaus @ fifi dan juga teman. fifi, kamu sgt ayu berbaju kurung :)


Officemate :)

Gambar2 yg ada ini antara sebahagian yg aku jumpa di dalam CD perkahwinan tersebut. Tidak larat mahu melihat semua gambar2 itu. Terlalu banyak. jika rajin aku upload lagi gambar2 perkahwinan di blog ini. tetapi tidak mahu berjanji kerana tahu diri ini sungguh malas. sekali lagi mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis perkahwinan aku dan saiful itu w/pun kisah ini sudah lama. Akan tetapi ianya masih segar di ingatan aku kerana ianya adalah memori yg paling indah.

Wednesday, August 12, 2009

Berjalan dan berjalan-jalan

Ikut hati malas tapi cuba mahu rajinkan diri. Tak mahu bermalas-malasan selalu. Cuba mahu motivasikan diri untuk kebaikan diri-sendiri juga. Mahu cerita apa kali nie? Tak mahu dibiarkan cerita itu menjadi lebih basi jadi, aku ceritakan tentang kisah berjalan dan berjalan-jalan aku dengan saiful dua minggu lepas.

itu kami :)

Sejak berkahwin aku dan saiful jarang meluangkan masa untuk bercuti. Disebabkan saiful yg sibuk bekerja jadi aku tidaklah mahu menyalahkan dia. Bayangkan cuti kawin kami dahulunya pun tidak lama. Disebabkan masing2 bercuti untuk beberapa hari saja. Tidak terfikir untuk merancang berbulan madu seperti pasangan lain.

Cuma bila sudah memasuki beberapa bulan usia perkahwinan, barulah aku terasa mahu berbulan madu. Tetapi disebabkan saiful yg sibuk dengan agenda kerjanya, jadi kami terpaksa tangguhkan saja hasrat ini. Sehinggalah giliran adik perempuan aku angah berkahwin hasrat kami tidak dpt ditunaikan juga.

Ikutkan plan aku dan angah mahu bercuti ke Surabaya tahun ini. idea datangnya dari angah. Tp…terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Angah…harapnya nanti kita plan betul2 yeah. InsyaAllah jika ada rezeki nanti.

Saiful berkerja tak tentu masa skrg. Selalu ke site dan selalu juga mendapat on call. Rezeki anak mungkin. Alhamdulilah. Di awal perkahwinan, aku tak berapa faham dgn jadual kerja dia. Lama-kelamaan aku sudah terbiasa. Jadi kena terima hakikat mmg jadual kerja dia begitu.

Dua bulan lepas bapa mertua aku ajak bercuti ke johor bahru bersama adik ipar. Kebetulan ada urusan yg mahu di selesaikan di sana. Jadi mahu tidak mahu aku dan saiful terpaksa juga mengambil cuti. Saiful mengambil kesempatan untuk menjadikan percutian ke johor bahru ini sebagai percutian berbulan madu kami. Haiya…dlm hati mana seronok berbulan madu bersama bapa mertua dan adik ipar bukan?. Tp…kami byk juga dpt meluangkan masa berdua. Jadi aku terpaksa terima hakikat. Lagipun saiful bukan senang untuk mendapat cuti panjang. Itupun dia terpaksa off hp yeah takut ada on call untuk ke site. Sgt kelakar.

Balik dari johor bahru, terdetik mahu meluahkan isi hati kepada saiful mahu berjalan-jalan lagi. Sejak pregnant aku memang suka berjalan-jalan. Jadi aku menyatakan hasrat itu. Sampai merajuk juga utk menarik perhatian saiful. Dan nasib aku agak baik kerana saiful juga berhasrat mahu bercuti panjang lagi kerana katanya mahu melepaskan tension.

Saiful berjanji mahu membawa aku berbulan madu lagi. Kiranya second honeymoon. Tp…rasa tidak sedap bunyinya yeah. aku mahu gantikan ianya dgn perkataan percutian berjalan dan berjalan-jalan bersama baby dalam perut. Boleh tak? :)

mari berenang

Abaikan muka aku yg dipenuhi jerawat itu


Saiful memberi kebebasan utk aku memilih destinasi. Tetapi disebabkan aku yg tgh pregnant jadi aku decide untuk memilih destinasi yg dekat saja. Awalnya mahu ke batu buruk terengganu tetapi memikirkan perjalanan yg agak jauh dgn keadaan aku yg tgh pregnant ini jadi aku hanya memilih pulau pangkor sebagai destinasi. Alhamdulilah saiful bersetuju dgn destinasi itu. Thanks comel (panggilan harian aku untuk suami) :)

Kami ke sana hanya mengikut kata hati saja yeah. org kata pergi ke sana tanpa pengalaman ke destinasi yg mahu di tuju, jawabnya kami redah saja. Bukan tak mahu booking hotel atau chalet awal2 tetapi aku mengikut jadual cuti kerja saiful. Jadi aku tidak tahu hari sebenar mahu ke pulau pangkor itu. Itupun saiful memberi green light mendapat cuti pada khamis mlm

Pada hari jumaat, selepas aku minum air gula dan mengambil darah, selesai segala urusan terus kami bertolak ke lumut. Sampai di lumut kami terjumpa dgn seorang kakak dr agensi pelancongan. Pada mulanya kami decide tidak mahu menggunakan perkhidmatan kakak tersebut. Kami fikir mahu berdikari sendiri mencari penginapan setelah sampai ke pulau pangkor nanti.

si suami


di tepian pantai

Tetapi bila berbincang dengan kakak tersebut barulah kami tahu kebanyakan chalet atau hotel yg berkos murah sudah habis di booking. Kakak tersebut sibuk call sana sini untuk mencari penginapan sesuai untuk kami. Jika mengikut kata hati, aku lebih suka penginapan di chalet.lagipun kosnya yg murah. Pada pendapat aku tidak perlulah mahu membazir. Tetapi berlainan pula dgn pendapat saiful kerana dia lebih suka penginapan di resort mahupun hotel. Katanya senang kerana ada pelbagai service. Jadi aku terpaksa mengikut.

Saiful memilih penginapan di coral bay resort and hotel. Harganya tak payahlah aku nyatakan. Mmg agak mahal dan kebetulan kami pergi waktu weekend jadi harga menjadi berganda. Saiful menasihatkan aku supaya jgn mempertikaikan tentang harga tetapi fikir tentang servicenya. Disebabkan saiful yg decide jadi aku hanya mengikut.

nyaman bukan?

Untuk berehat-rehat

Di pulau pangkor, tidak banyak aktiviti dapat aku lakukan. Disebabkan aku pregnant jadi terpaksalah aku hadkan segala aktiviti. Tapi aku tak kisah sgt asalkan dpt berjalan-jalan. Di sana aku banyak merajuk. Bukan mengada-ngada tetapi setiap masa aku asyik mahu berjalan-jalan saja. Aku tidak berapa suka duduk di bilik hotel saja. Disebabkan itulah saiful terpaksa menyewa motor di sana untuk membawa aku berjalan-jalan. Seronok juga sesekali naik motor nie yeah.

mari menulis dan melukis di atas pasir itu

motor yang disewa itu


sebelum balik mari kita bergambar


abaikan reaksi muka aku ketika itu. tgh mendengar celoteh saiful. hohoho :P

Tidak banyak mengambil gambar. abaikan editing gambar. kerana aku menggunakan apple jadi tone color tidak sama dan agak berlainan. Anyway percutian berjalan dan berjalan-jalan ini memang menyeronokkan. Thanks comel :)

Monday, August 10, 2009

Selera melampau

ikon aku dari dulu hingga kini. even sudah ada anak dia tetap seperti selalu bukan?

sejak akhir2 nie selera makan agak melampau dan keterlaluan. pada peringkat awal kandungan aku tidaklah berselera untuk mkn sebegini. bagilah apa saja makanan semestinya makanan tersebut tidak dpt dihabiskan. walaupun mee mahupun mihun yg menjadi makanan kesukaan before pregnant tetap juga ianya tidak dpt dihabiskan.

keadaan ini berubah sejak akhir2 ini. selera makan aku bertambah2 dgn mendadak sekali. mahunya tak naik 3kg last medical check up hari tu. baru-baru nie aku berdiri di depan cermin utk melihat bentuk fizikal badan. agak terkejut yeah. terasa diri ini terlalu gemuk dan berisi. harapnya lepas bersalin aku mendapat semula bentuk badan sebelumnya.

tapi saiful sgt bising jika aku hadkan selera bila tiba waktu makan. katanya biar mkn banyak untuk baby juga. bila suami tidak kisah jadi aku pun makan ikut kata hati dan selera. aku jenis makan sikit2 tetapi berulang2 kali. tapi tak mengapalah asalkan makan bukan?

Wednesday, August 5, 2009

Anniversary juga kemanisan


Hari nie 5/8/2009 genap 7 tahun anniversary perhubungan aku dan suami. Bukan anniversary perkahwinan yeah. usia perkahwinan kami masih baru lagi. Masih mahu berbulan madu org kata w/pun sudah diketahui aku sedang pregnant 5 bulan lebih ketika ini :).

Sebenarnya ada beberapa tarikh penting dlm perhubungan kami. Antaranya last month 6/7/2009 adalah anniversary perkenalan kami di putrajaya. Dan bulan ini adalah anniversary termeterainya perhubungan kami. Aku dilamar ketika di KLCC. Amat kelakar jika diingat semula.

Menurut jiran aku yg aku panggil kak boy yg bekerja dgn family saiful ketika itu, saiful dgn tegasnya mahu meluahkan segala perasaannya ketika itu dgn cara face to face. Kak boy adalah org yg sgt penting kerana dia dgn sedaya-upaya cuba menyatukan aku dgn saiful. Kelakar bukan?

Ketika itu, kebetulan aku mahu ke kedai buku konukuniya di KLCC mencari novel. Untuk pengetahuan, aku sgt obses mengumpul koleksi novel. Ketika itu kononnya mahu menghabiskan masa di kedai buku tersebut.

Saiful yg telah mengetahui aku mahu ke KLCC memberitahu mahu menemankan aku. Tp tak pula aku mengharap dia menemankan aku. Kerana ketika itu aku ke KLCC bersama kawan baik aku yana. Tp…aku amat terkejut kerana dia muncul bersama sepupunya dgn tiba2. Tp aku cuba berlagak biasa. Sebab ketika itu aku langsung tiada hati terhadap dia yeah.

Selepas menghabiskan masa di konukuniya, saiful mengajak aku ke suatu tempat di KLCC tersebut. Aku kurang pasti apa tujuan sebenar dia ketika itu. Tiba2 saja dia suruh aku duduk mengahadap dia dan memandang mata dia. Dalam hati “apa kehalnya mamat depan aku nie ek?”
Dgn bersaksikan kawan aku dan sepupu dia itu, dia meluahkan semuanya kat aku. Dalam hati “adeiii mamat nie time2 mcm nie pulak dia nak ckp mcm nie.” Aku senyum tanpa banyak ckp. Aku cuma bagitahu saiful “nantilah ye awak. Saya fikirkan.” Tp yg kelakar, sepanjang perjalanan balik saiful tak henti2 tanya soalan yg sama kat aku. Naik rimas juga ketika itu. keputusan aku hanya berikan sehari selepas itu iaitu bertarikh 5/8/2002.

Perbualan kami ketika itu tidaklah sematang sekarang. Agak kebudak-budakkan. Aku akui. Maklumlah ketika itu usia aku baru mencecah 20 tahun. Dan saiful pula baru berusia 22 tahun. Muda bukan? Tp aku sgt bersyukur kepada Allah S.W.T kerana hubungan kami boleh bertahan hingga skrg. Sudah 7 tahun. Alhamdulilah.


Beralih ke cerita lain…


Jumaat lepas sebelum aku dan saiful bertolak ke pulau pangkor, aku ke klinik untuk minum air gula seperti yg disarankan. Sebelum itu, aku dikehendaki berpuasa dari jam 10 mlm iaitu dr khamis mlm jumaat hingga ke tghari jumaat keesokannya. Cuba bayangkan betapa laparnya aku. Aku dilarang menjamah segala makanan w/pun air kosong.

Sampai di klinik agak lewat. Melihat org yg kuar masuk di bilik yg dikhaskan untuk minum air gula tersebut membuatkan aku seram sejuk. Mcm2 reaksi muka mereka aku dpt lihat. Dlm hati aku “teruk sgt ke rasa air gula nie?”

Tiba giliran aku, nurse terus mengambil sample darah aku. Selepas itu aku dikehendaki minum air gula tersebut. Aku bertanya nurse tersebut “kena abiskan satu cawan nie ke?” dgr jawapan nurse tersebut yg menyuruh aku habiskan satu cawan besar itu membuatkan aku terkedu seketika. Mula2 aku cuit dgn jari dan rasa dgn hujung lidah. Dlm hati “Boleh kot aku habiskan”. Rasanya mmg manis sampai skrg pun tak dpt aku lupa kemanisan air gula tersebut.

Tp…bila tiba separuh cawan. Aku rasa mcm nak muntah. Tekak rasa panas je. Masa tu aku rasa aku mmg tak boleh abiskan air gula tu. Tp bila terfikirkan baby dalam perut aku cuba juga meneruskan minum air gula tersebut. Bila tiba suku cawan, aku rasa aku sudah tak mampu abiskan. Aku lihat kiri kanan dan melihat nurse2 di situ sedang sibuk dgn urusan masing2, terus aku buang air gula berbaki suku cawan itu ke dalam sinki. Nakal tak aku? :P

Selepas beberapa jam, sample darah aku diambil untuk kali kedua. Perit bukan minum air gula ini? Bukan setakat minum air gula tp kena amik darah juga. Itu yg paling aku tak suka. Keputusan selepas minum air gula dan mengambil darah itu hanya diketahui selepas seminggu. Harapnya semuanya ok. Mudah-mudahan.

Tuesday, August 4, 2009

Kembali bekerja

Agak lama juga aku tak menjenguk blog aku nie. sebenarnya dr last week aku cuti2 malaysia bersama suami. ari nie baru mula bekerja. terima kasih byk2 kpd teman2 di sini kerana byk memberi aku kata2 semangat untuk minum air gula last week. aku amat menghargai kata2 semangat dr kamu semua. nanti aku ceritakan pengalaman tersebut ye.

balik bercuti aku dan saiful terus membuat scan di tempat biasa di UMRA. tujuan utama mahu tahu gender baby dan perkembangan baby. gender sudah diketahui. cuma tak bape confirm lagi. hujung bulan ini doctor sarankan membuat full detail scan dan rakaman full 3D. masa tu gender akan diconfirmkan jika baby mahu memberi kerjasama semasa scan. appointment sudah dibuat. agak2 kamu semua apakah gender baby aku?

jika melihat keadaan aku seperti :-

- tidak mengalamai morning sickness
- jerawat tumbuh dgn mendadak
- agak pemalas :P
- suka tido
- suka pergi jalan2
- agak suka bermake up sejak akhir2 ini
- kurang berasa mual atau loya
- perut agak kecik tp berat badan sudah naik mendadak baru2 ini
- baby agak aktif terlalu kerap menendang dan bergerak
- terlalu emosi tetapi cuba mengawal
- suka menarik perhatian suami untuk bermanja tp tak mahu dikatakan mengada2
- suka makan makanan pedas dr makanan yg manis atau masam
- suka makan fast food tp cuba mengawal utk kesihatan baby
- suka minum air kosong atau air suam saja

rasa2 kamu semua apakah gender baby ? :). nanti later aku bercerita lagi yeah :).