Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 30, 2009

Kisah-kisah raya

Agak lambat aku membuat entri berkaitan kisah-kisah raya ini. Biasalah sifat pemalas sebagai alasan utama :P. lebih selesa membaca entri-entri teman bloggers yg lain. Hari nie ada sedikit mood untuk menaip.

Bagi aku, raya tahun nie tidaklah semeriah mana. sederhana saja. Untuk pengetahuan, sudah dua tahun aku tak seperti org lain yg agak meriah dlm membuat persediaan untuk raya juga menyambut hari raya ini.

Ini kerana tahun lepas aku, saiful dan family sibuk membuat persiapan perkahwinan aku. Orang lain sibuk membuat persiapan untuk raya, aku, saiful dan family sibuk ke sana sini menguruskan hal perkawinan. Tahun ini pula, aku sarat mengandung jadi aku lebih teruja untuk membuat persiapan untuk baby yg bakal lahir ini dari memikirkan tentang persiapan hari raya. Bayangkan sudah dua tahun aku, saiful dan family tidak memakai baju warna sedondon yg menjadi kebiasaan. Mmg menjadi kebiasaan aku dan saiful sejak kami bercintan-cintun sampai ke zaman bertunang kami mengenakan baju warna sedondon. Begitu juga dgn family aku.

Sepatutnya raya tahun ini iaitu raya tahun pertama kami menjadi pasangan suami isteri di sambut dgn meriah bukan? Tp…aku lebih teruja memikirkan tentang baby dari hari raya :). Nasib aku baik kerana saiful pun tak kisah. Selalunya dia agak cerewet. Itu pun malam raya saiful beriya2 ajak aku mencari baju raya untuk aku. Sudahnya malam raya kami mencari baju raya tapi bukan baju kurung,baju kebaya segala yeah. Aku lebih selesa memilih dress labuh tetapi bukan baju maternity.

Oh yeah sejak aku pregnant,aku tak pernah membeli baju maternity sbb agak tak berkenan dgn design baju yang besar2 segala. Bukan tak mahu berbaju kurung tapi rasanya agak membazir jika aku membeli baju kurung bersaiz besar dan selepas raya jawabnya tersepuk dlm almari. Al-maklum perut aku sudah makin membesar dan membulat.

Oohh yeah, tahun nie saiful bersetuju berhari raya di rumah family aku dulu then raya kedua baru kami balik sekinchan. So…sgt happy di situ. Kebetulan angah dan suami pun beraya di rumah family aku dulu. so happy dapat berkumpul beramai-ramai di hari raya.

Pagi raya seperti biasa, bangun pagi mandi sunat raya. Selepas pihak lelaki balik dari sembahyang raya mestilah menghadap ketupat, rendang segala. Selepas selesai semuanya barulah sesi bermaaf-maafan. Aku sebagai anak sulung menjadi orang pertama meminta maaf kat ayah dan ibu. Secara automatik air mata mengalir. Family adalah segala-galanya mungkin itu salah satu sebab aku manangis. Selepas itu, barulah aku meminta maaf kat saiful. Tp yang kelakarnya kami boleh tergelak2 semasa bersalam :).

Tadaaa...kasut ship yg comel itu :)

Tahun nie tak byk gambar raya di ambil. Disebabkan perut sudah makin membesar dan membulat jadi tiada mood untuk bergambar. Cuma aku nak selitkan sekeping gambar nie. Kebetulan adik bongsu aku, baru beli kamera SLR. So ini adalah hasil gambar dari adik aku menggunakan kamera tersebut. Aku melihat makin menjadi-jadi minat dia ke arah bidang fotografi ini. Sanggup beli kamera SLR nie. Suka tgk kasut nie. comel sgt. Kasut nie adalah pemberian angah untuk baby dlm perut. kitaorang panggil kasut nie kasut ship sbb ada gambar ship :). Comel kan :) ?

P/s : Alhamdulilah tahun nie aku dpt berpuasa penuh. Dan kat sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kat teman2 semua dan ingin memohon maaf sekiranya ada hasil2 tulisan aku di blog ini yg tak menyenangkan kamu semua. selamat hari raya :).

Wednesday, September 16, 2009

Syukur kini melepasi trimester kedua - 7 bulan 1 minggu

Hari ni genap kandungan aku 7 bulan 1 minggu. syukur. Kini sudah melepasi trimester kedua. Sekarang sudah masuk ke trimester ketiga. Sekejap saja masa berlalu. Rasanya baru saja aku disahkan hamil oleh doktor hari tu.

Alhamdulilah, sejak pregnant ni aku tidak mengalami apa-apa alahan ataupun morning sickness. Cuma di awal-awal kandungan aku mengalami rasa pening dan mual-mual tapi tidak sampai muntah segala. aku cuba mengikut apa yg dinasihatkan ibu aku supaya jangan terlalu memanjakan diri. jika boleh bertahan cuba bertahan. Alhamdulilah aku boleh mengawalnya di peringkat awal hingga kini.

Yang paling teruk simptom yg aku dapat sejak pregnant ni ialah masalah jerawat. Aku tak pernah mengalami masalah jerawat sebelum ni. Tapi sejak pregnant masalah ini makin menjadi-jadi. Dah bermacam-maca cara aku cuba buat untuk meredakan masalah jerawat ni. tension okeh.

Selain tu aku di landa simptom pemalas. awal-awal pregnant sangat teruk. Sangat malas nak buat segala kerja-kerja rumah, kerja-kerja office segala. Bayangkan Saiful suruh masak tapi aku tak nak buat. Dahlah jarang jumpa memandangkan suami aku ni jenis outstation kerja luar memanjang. Selalunya aku suruh Saiful beli je makanan atau makan kat luar. kadang-kadang jika mood Saiful baik dia yang akan masak. Teruk bukan? Aku bukan mendera tapi itulah hakikatnya sifat pemalas aku yg melampau.

Jika di lihat dari semua simptom-simptom tersebut, semua mengatakan aku bakal mendapt baby boy. Tapi setelah 2,3 kali bertanya dgn doktor mengenai gender baby, doktor telah mengesahkan aku bakal mendapat baby girl :).

Barang-barang keperluan baby dah di beli sikit2. belum cukup sepenuhnya. Mostly barang-barang tersebut berwarna pink. Walaupun semasa membeli tu mata dan hati ni asyik memandang warna biru saja. Itulah penangan fanatiknya aku terhadap warna biru ni. Tapi bila tengok dah banyak barang yang di beli warna pink, suka pula tu.

sekarang nie, aku sudah mula menyanyikan lagu kanak2, berzikir, selawat sambil mengusap perut dan sebagainya kepada baby. yg kerap aku lakukan menyanyikan lagu ABC, lagu 123, berzikir selain mendengar VCD surah2 al-quran dan mengaji. semuanya aku cuba praktikkan dari awal kandungan. cuma kini aku lebih kerap melakukannya. aku cuba mengikut petua dari buku2 yg dihadiahkan oleh sahabat aku wanie di hari perkahwinan aku dulu. thanks wanie.

aku juga sudah mula memperkenalkan suasana gelap dan terang kepada baby dlm perut ini. perkara ini dilakukan supaya baby dpt membezakan suasana. tp apa yg paling utama adalah komunikasi antara aku dan baby. kerana di peringkat ini baby sudah pandai memberi respon apa yg kita bual2kan dengannya. seronok bukan? :)

Bercerita tentang bab permakanan pula, mmg tidak dinafikan aku kerap mkn dan mkn dalam kuantiti yg banyak. cuma aku ingin berkongsi di sini, dari peringkat awal pregnant aku sudah mengamalkan makanan seperti kismis minda, kurma, susu, buah-buahan dan yg terbaru air zam-zam setiap hari.

Debaran untuk bersalin makin terasa. aku berharap kepada Allah S.W.T supaya dpt dipermudahkan proses mengandung dan bersalin. mudah-mudahan selamat segalanya.

Tuesday, September 15, 2009

Entri ringkas - Lisa dan Ady

Entri kali nie ringkas. khas untuk member aku yg paling rapat kat office aku nie lisa dan suaminya ady. entri nie lewat sgt2. sebabnya lisa nie kawin pada awal bulan 7 ari tu. tp, baru hari nie aku publish kat blog aku nie.

aku paling suka tgk gmbr yg satu ini. berlainan sungguh muka lisa dr biasa. rasanya berbaloi aku suggestkan butik pengantin tu kat lisa. sbb byk perubahan pd diri lisa di hari perkahwinannya itu. w/pun simple tetapi menarik juga. sekarang nie dah start mood raya. so nak menulis di blog pun agak malas juga :).

Wednesday, September 9, 2009

Kisah semalam

Lama tak update blog. sehingga ada reader aku yg menegur. ada juga reader yg setia nak membaca blog aku yg tak seberapa nie. thanks yeah. aku hargai. sungguh.

agak busy sikit. sibuk membuat kuih raya bersama ibu. bertungkus-lumus bersama ibu membuat bermacam2 kuih. seronok. tahun nie terasa mahu membuat kuih raya sedangkan rasanya sudah bertahun2 family aku tidak membuat kuih raya. hanya selesa membeli saja. tetapi tahun ini rajin sedikit. ada hadiah perkahwinan dr angah berbentuk oven. so, gunakan hadiah tersebut. thanks angah.


semalam...


fikiran aku tak menentu. agak emosi. pagi2 sampai office terus mendiamkan diri. mmg itu sikap aku. tidak mahu melibatkan org lain. lebih suka mendiamkan diri jika emosi tidak menentu. sampai ke petang begitu.

jam tepat pukul 4.30 sudah bersiap2 mahu balik. tak sabar mahu balik ke rumah. ohh yerr di bulan ramadhan ini boss aku bermurah hati membenarkan staff beragama islam balik pada pukul 4.30. aku hargai keperhatinan boss aku itu.

tiba di luar office laju saja kaki melangkah menuju ke kereta. tak pandang2 keadan sekeliling. akhirnya aku terjatuh. betul2 di tepi longkang. jatuh terduduk. menjerit perlahan. sakitnya hanya Allah S.W.T jer yg tahu. nasib baik kawan rapat aku lisa ada bersama aku.

dalam hati jangan terjadi apa2. aku tak boleh bangun seketika. kerana kaki terseliuh dan lutut berdarah. mungkin salah aku juga. fikiran melayang2 ingat apa entah. sampai tak perasan kaki tersadung sesuatu sehingga terjatuh. aku terduduk di tepi jalan seketika. dengan bantuan lisa aku cuba bangun. Alhamdulilah aku boleh bangun w/pun agak sukar.

orang pertama aku bgtahu tentunya ibu aku. aku mmg rapat dgn ibu. tak ingat nak sms saiful. hehehe. ooohhh sebenarnya semalam aku merajuk sikit dgn saiful. so apa2 mesti mengadu dgn ibu dulu. ibu suruh balik banting. selepas itu aku sms angah. ooohhh mereka sgt risau.

dalam perjalanan balik dari kelana jaya ke banting saiful sms. dia dpt tahu aku jatuh. baru dia nak kelang-kabut. tapi time tu dia tgh kerja. so tak mahu ganggu dia. cuma saiful call ibu pesan minta bawakan aku ke klinik. mmg ibu nak bawa aku ke klinik.

aku kuatkan hati. dalam sakit2 aku boleh drive. jalan tentunya sesak teruk dari petaling jaya ke shah alam. akhirnya sampai juga ke banting. mmg laju aku drive. "maafkan mama baby semalam mama drive laju-laju". dalam perjalanan ke banting cuba pujuk baby harap2 baby ok. risau juga sbb baby kurang pergerakkan macam selalu. pesan dgn baby yg dia kuat mcm papa dia. memang selalu begitulah papa dia pesan dekat baby yg dia mesti kuat mcm papa dia.

aku tidak berapa tahu area banting di mana tempat scan yg bagus. maaf. nama saja aku asal banting. serius aku tak berapa tahu. teringat ada satu klinik. try ke sana. wow... itu pertama kali terdetik di dalam hati. rupa-rupanya ada juga area banting klinik yg menyediakan service 4D scan yeah. selama ini aku ke shah alam untuk berbuat begitu.

so...smlm aku membuat 4D scan sekali lagi. w/pun baru buat mggu lepas membuatnya di UMRA. memang doctor menyarankan utk berbuat demikian. takut apa2 terjadi. macam2 boleh jadi jika terjatuh bukan? Alhamdulilah...baby ok. kedudukan uri pun ok. elok jer baby tgh main2 dalam perut. tapi, baby memalingkan muka dia. puas doktor memujuk supaya baby tunjukkan muka. dekat satu jam memujuk. dekat pukul 11 malam baru baby mahu tunjuk muka dia. dan yg mencuit hati aku dan ibu baby boleh tersenyum. adeiii...baby main2 dgn mama nie. doktor kata " aiiii baby main2 boleh senyum lagi tu".

mungkin dah dekat pukul 11 malam. masa sibuk doktor capture gambar baby elok jer baby menguap. oohhh doktor kata " baby kamu sudah mengantuk. mahu tidur mungkin". sungguh mengcuit hati aku tgk gelagat baby aku nie. dan doktor pesan supaya aku mkn lebih sikit. sbb doktor kata perut aku kecik jadi ruang untuk baby agak kurang. rasanya dah makan byk. hehehe. tapi...apa2 pun aku bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku terhadap kandungan aku. cuma...sudahnya aku berjalan terdengkut2 ke tempat kerja pagi ini. sakitnya masih terasa. tapi...aku mesti kuatkan hati.


P/s : Alhamdulilah sehingga kini aku masih boleh bertahan utk berpuasa. cuba utk berpuasa penuh. harapnya aku dapat berpuasa penuh. mudah-mudahan.

Wednesday, September 2, 2009

Hello baby :)

Selamat hari merdeka. Bersyukur kerana negara malaysia masih memiliki kebebasan tersendiri. Tahun nie aku tidak menyambut hari merdeka seperti tahun-tahun lepas. Kebiasaannya aku akan mengajak saiful melihat bunga api. Tahun ini tidak. Saiful tidak menggalakkan aku untuk berasak-asak dengan org ramai hanya untuk melihat bunga api. Katanya tidak berapa elok dgn keadaan aku yg sedang membawa baby dalam perut ini.

Malam merdeka, kami decide untuk membuat detail scan di UMRA. Appointment telah di buat awal bulan. Disebabkan bulan puasa, detail scan hanya bermula selepas berbuka puasa. Appointment pada 6 petang dilewatkan pada 8 malam. Tetapi aku dan saiful lewat sampai. Area 9 malam baru sampai di UMRA.

ukuran kepala baby :)

tulang baby :)

Aku sangat teruja untuk membuat detail scan 4D ini apabila memdengar pengalaman dari kawan-kawan aku yg telah membuatnya. Rasanya tidak mengapa mengeluarkan duit ratusan ringgit sekali-sekala. Tidak mengapalah untuk baby sendiri. Sudah bertanya pendapat ibu, dan ibu menggalakkan aku dan saiful membuat detail scan ini.

Menurut doctor di UMRA, doctor yang melakukan detail scan ini adalah doctor pakar dari hospital malaya. Doctor perempuan berbangsa cina. Ms lim tak silap nama doctor tersebut. Sangat baik dan tidak jemu-jemu menerangkan satu-persatu dan menjawab soalan-soalan aku. Thanks doc.

baby tgh lena tido beralaskan lengan dia :)


syoknya baby tido ye :)

Yang membuatkan aku dan saiful sangat teruja dan agak mencuit hati ialah semasa doctor capture secara close up muka baby. Doctor memberitahu baby ketika itu sedang tido. Lena jer baby tido sambil lengannya seolah-olah dijadikan bantal untuk keselesaan baby tido mungkin. Bayangkan mcmmana kalu kita orang dewasa tido beralaskan lengan kita. Begitulah kedudukan baby ketika membuat detail scan hari tu.

Mungkin baby baru lepas dapat makanan selepas berbuka puasa. So, lena saja baby tido w/pun doctor ada juga cuba membuat bermacam2 supaya baby bangun tetapi baby tidak mahu bangun. Ikut perangai saiful mungkin kuat tido.

Alhamdulilah, mengikut penerangan doctor, keadaan baby dan kedudukan uri aku semuanya baik-baik saja. Syukur. Berat baby sudah 1kg. Dan gender baby adalah girl. w/pun gender baby ialah girl, rasanya haruslah barang baby banyak color biru dari color pink. Sbb utama ialah aku peminat color biru. Boleh ke begitu? Bolehlah yer baby. Nanti mama dan papa beli barang baby combine dua color biru dan pink :). InsyaAllah tunggu saiful betul-betul free amik cuti then baru plan beli barang-barang keperluan baby.