Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, October 28, 2009

Catatan cerita semalam

Masih lesu, lemah badan dan merasa kesakitan. tetapi aku tetap gagahkan diri untuk ke office hari ni. Cuba tak mahu manjakan diri. Walaupun perut masih rasa sakit yang tak boleh aku gambarkan di sini. maha sakit. Beginilah agaknya kesukaran ibu aku mengandungkan aku selama 9 bulan. aku sudah merasakan kesukaran tersebut tetapi demi baby dalam perut ini aku gagahkan juga.

Aku sudah mula rasa contraction kecil sejak hari isnin dan berlarutan sehingga hari selasa semalam. Pihak klinik tempat di mana aku check up memberitahu aku bahawa sesetengah ibu mengandung akan mula merasa contraction kecil itu tetapi itu bukanlah petanda untuk kita bersalin. Tetapi itu adalah petanda baby kita mahu menurun ke bahagian pelvik dan kita perlu bersiap-sedia selepas tu.

Aku mengalami muntahmuntah yang teruk disusuli dengan rasa contraction yang datang selang 10 minit kemudian semakin kerap 5 minit sekali. Ya Allah tak dapat aku gambarkan kesakitan tu. Segala yang aku makan seperti ditolak mentah-mentah oleh baby dalam perut ni. Tidak sampai satu minit apa yg aku makan terus aku muntahkan. Aku cuma boleh makan buah dan biskut saja. Itupun pun hanya untuk mengalas perut.

Bila aku sudah merasa sendiri kesakitan itu, terfikir di dalam hati bagaimanalah kesakitan yang sebenar semasa proses melahirkan nanti? Sedangkan aku baru merasa contraction kecil pun aku sudah tidak larat apatah lagi contraction sebenar nanti. Terus-terang aku katakan aku belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk proses melahirkan baby dalam perut ini. masih cuba mencari kekuatan tersebut. Ya Allah permudahkanlah segalanya.

Aku juga ingin memohon maaf kepada teman-teman yang menunggu entri tentang info perkahwinan yang aku janjikan sebelum ini. aku akan cuba sedaya yang boleh. jika boleh aku mahu menunaikan janji tersebut sebelum aku bersalin nanti. InsyaAllah aku cuba yang terbaik.

Monday, October 26, 2009

Coming soon :)

Cak :)

Sempena anniversary perkahwinan aku dan saiful yang pertama akan datang, aku akan cuba rajinkan diri membuat entri kisah-kisah lama ini yg lama tertangguh. diam tak diam sudah dekat setahun aku menangguhkan kisah-kisah lama ini.

jika rasa rajin ini menebal aku akan membuat sekali entri berkaitan pre-wedding dan kisah-kisah lain yang sudah lama aku janjikan dulu. maaf kerana kadang-kadang aku berjanji tetapi suka menangguhkan dan tidak menunaikan. rasa bersalah pula. maaf sekali lagi.

sejak akhir-akhir ini aku mendapat banyak pertanyaan melalui email,blog, bertanyakan kisah-kisah ini. jadi di situlah tergeraknya hati mahu cuba menunaikan janji. maaf jika aku lambat membalas email atau menjawab sebarang pertanyaan tersebut. rasanya majlis perkahwinan aku simple sahaja hanya di buat di rumah pun. tiada apa yang menarik tetapi tidak tahulah kenapa ramai yang mahu bertanyakan tentang kisah ini. mungkin sebagai panduan mereka atau untuk mendapatkan info. InsyaAllah aku cuba merajinkan diri ini :P.

Friday, October 23, 2009

Mimpi itu

Semalam aku mengambil cuti lagi atas sebab perlunya minum air gula buat kali kedua. huh!!! benci minum air gula tersebut. tapi terpaksa juga mengikut arahan pihak klinik. berat badan aku naik lagi. hah...rasakan. sejak hari raya hari tu...aku mmg kuat makan. tak tahu kenapa? nafsu makan makin menjadi-jadi hingga kini. itu mungkin salah-satu sebab berat badan aku naik. mungkin.

sebab lain? hari-hari aku dan saiful makan di luar. jadi aku cuma order jer apa yg aku nak makan. apa yg aku teringin mesti saiful carikan. tp yg pasti aku suka sangat makanan jenis western food. tak tahu kenapa. aku jarang masak sejak pregnant. rasanya tak pernah masak kot sejak pregnant bukan jarang masak :P.

jika balik rumah family, semuanya ibu sediakan. aku cuma beli bahan saja. thanks ibu :). tp semalam saiful bagitahu teringin mahu masak sendiri. dia yg akan masak. aku hanya anggukkan saja. boleh ke dia masak? boleh kot. kasihan. tapi percayalah aku mmg sangat tak larat buat bermacam-macam perkara sekarang. jika duduk atau baring kadang-kadang perlu bantuan orang lain untuk aku bangun semula.

berbalik kepada tajuk. semalam selesai segala urusan di klinik terus membeli barang-barang untuk keperluan rumah. ooohhh aku tidak boleh berdiri lama sekarang. baru berjalan sikit kaki sudah rasa tidak selesa. kaki sudah membengkak seperti belon dan rasa sgt sakit dan kebas. sampai di rumah terus rasa mahu merehatkan diri sehingga tertidur.

aku bermimpi. aku bermimpi aku selamat melahirkan baby girl. comel. tapi yg buat aku tersentak dengan mimpi itu ialah aku melahirkan secara c-section bukannya normal. dan aku perlukan bantuan pernafasan semasa proses melahirkan baby aku itu. ooohhh aku mahu melahirkan baby secara normal jika diizinkan Allah S.W.T. terus aku terjaga dari tidur. termenung sekejap. aku berdoa semoga Allah S.W.T mengizinkan aku melahirkan baby aku ini secara normal. aku juga berharap dipermudahkan dan selamat segalanya. mudah-mudahan.


aktiviti minggu lepas. open house @ house warming anil dan suami. besarnya perut aku :). anil, nurul amik gambar nie dari kamu yeah :)

kami :). anil kamu sangat kecik dan cute. suara pun cute :)

P/s : gambar di atas adalah aktiviti minggu lepas di rumah anil di desa villa. gambar ini saja gambar the latest aku time pregnant. sejak pregnant aku kurang suka bergambar. saja letakkan gambar ini untuk tatapan kalian. besar bukan perut aku? hari nie genap 8 bulan 2 minggu kandungan aku. haruslah perut makin membesar yeah :). harap-harap baby dalam perut pun membesar dengan sihat. mudah-mudahan.

Friday, October 16, 2009

Kaki filem (1) : Papadom


Aku dah lama tidak menjejakkan kaki ke pawagam. rasanya masa awal2 aku pregnant dulu adalah aku tgk satu filem. lupa apa tajuk filem tersebut. masa tu tak silap kandungan aku baru mencecah dua bulan. selepas itu, aku langsung tidak menjejakkan kaki ke pawagam. lagipun ibu tidak membenarkan berbuat demikian. banyak kali saiful minta kebenaran nak bawak aku tgk wayang bila aku balik rumah family di banting. tp...ibu tidak membenarkan. biasalah orang tua banyak pantang larang. aku patuh.

sehinggalah malam tadi aku langgar arahan ibu aku itu. ibu...maafkan kaklong yeah :). itu pun sbb aku dah teringin sangat nak tgk wayang. dah berbulan-bulan tak tgk wayang. macam mana tidak datang gian dalam diri mahu menjejakkan kaki ke pawagam itu :). sangat suka dpt lepaskan gian tersebut. itupun saiful senyap2 plan nak bawak aku tgk wayang tanpa memberitahu aku. tup-tup dia menyuruh aku bersiap-siap dan pakai cantik2 malam tadi. katanya kasihan kat aku dan mahu membawa aku tgk wayang. jadi dia beri peluang kat aku untuk memilih cerita dan pawagam mana aku mahu pergi. terima kasih saiful :).

aku memilih jalan cerita yg lebih relax dan komedi saja iaitu filem 'papadom'. itu saja jenis filem yang sesuai untuk aku rasanya berbanding jenis filem seram mahupun action. ikut hati mahu juga tgk filem seram tp disebabkan aku tgh sarat nie maka, tidak sesuai filem jenis itu untuk aku.

pada aku, filem 'papadom' ini bagus dari segi jalan ceritanya dan yang paling penting ada mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini. aku rasa kepada bakal papa dan mama juga golongan remaja yg meningkat dewasa, aku sarankan menonton filem ini. ada mesej di dalam filem ini yang ingin disampaikan. paling suka ada pelakon scha yang terkenal dengan drama 'awan dania' di astro ria tu yeah. suka tgk dia. comel dan cute :). dan paling bersamangat mahu menghabiskan menonton filem ini kerana location pengambaran filem ini mostly adalah di UITM shah alam. terus jadi rindu dengan UITM yeah. UITM tetap di hatiku. cewahhh :). jadi selamat menonton filem wajib tayang wajib tengok - 'papadom'.

Thursday, October 15, 2009

Misi ala-ala casa impian

plan mahu mengecat dinding dengan color soft grey atau brown. ok ke?

Alhamdulilah rezeki anak kami mungkin. syukur, aku dan saiful telah berjumpa satu rumah yg sesuai dengan bajet kami dan location yg mudah untuk aku dan saiful ke tempat kerja. w/pun rumah itu tidak sebesar mana seperti sebelumnya tp aku tidak kisah sebenarnya. yang paling penting rumah kami tidak boleh berdekatan dgn rumah teman sekerja saiful yang mengenakan saiful untuk kepentingan diri-sendiri baru-baru ini. tidak boleh. kami sangat serik.

lagipun mmg plan kami selewat-lewatnya tahun depan kami mesti membeli rumah. jadi aku tidak kisah rumah mcm mana sekalipun asalkan ada tempat tinggal bukan? aku dan saiful mmg membuat plan tahun 2008 kami mahu berkawin, tahun 2009 pula mahu menimang cahaya mata dan seterusnya selepas mempunyai cahaya mata baru mahu berfikir tentang rumah. tak mahu menyewa rumah terus-terusan. menguntungkan pemilik rumah sewa saja bukan? doakan plan kami itu dpt dilaksanakan. sekarang masih proses survey2 harga rumah yg bajet below rm130K. ada ke? rumah skrg mahal bukan?

Baru minggu lepas melihat2 rumah tetapi belum sepenuhnya mengangkut semua barang. baru peringkat mencuci rumah. buat masa nie masih berulang-alik dari tempat kerja di kelana jaya ke sekysen 25 shah alam. cuma kalau saiful keja luar ke site barulah aku sesekali menjenguk rumah di kelana jaya tu. ada kawan di sana boleh teman2 aku berborak2 :).

sangat suka sofa color putih atau cream itu :)

sudah lama mengintai2 wallpaper seperti ini. ada melihat website Lamex bertempat di mid valley tetapi tidak tahu cara pengiraannya harganya. mahal ke?

bermain color merah seperti ini juga nampak nice :)


aku ada misi sebenarnya. misi ala2 casa impian bersama eric. boleh? bajet mcm banyak duit sajakan? huhuhu :P. rasanya tak pe kot memasang impian dulu. mana tahu dengan azam yg ada dalam diri, aku boleh laksanakan. selalu aku mmg begitu. apa yg aku plan mesti aku cuba dapatkan. selalunya 60% mesti aku dpt laksanakan. InsyaAllah. mudah-mudahan.

w/pun rumah itu hanya rumah sewa tp aku mahu rumah itu kelihatan cantik w/pun dalam keadaan sederhana. mmg perangai aku dari dulu tidak suka rumah nampak selekeh. rumah family aku di banting pun aku dan angah yg mengecat dan memasang wallpaper sendiri supaya nampak cantik. mmg itu perangai aku. tapi, mungkin misi ini aku akan lancarkan selepas aku bersalin nanti. sekarang aku mahu tumpukan pada baby dalam perut dulu. InsyaAllah, harap dpt dipermudahkan segalanya.

Wednesday, October 14, 2009

Pelakon terhebat

Muak...


jelek...


berpura-pura...


hiprokrit...


pelakon terhebat...


aku benci. aku benci manusia sebegini. mengapa perlu hiprokrit atau dgn perkataan yg lebih mudah perlu berpura-pura? mengapa perlu menjadi pelakon? depan kita berbakul-bakul menceritakan kisah-kisah yg baik saja tetapi di belakang kita memburuk-burukkan kita? mengapa perlu menjadi pelakon tidak bertauliah? mengapa? adakah duit atau harta yg menjadi habuannya?

sungguh...aku sudah muak dan jelek dgn manusia sebegini. bukan di kalangan teman2 saja malah di kalangan saudara-mara juga ada yg begitu. kalaulah aku ini jenis manusia yg mulutnya tiada insurans mahu saja aku bahasa, caci hina mereka semua. tp aku masih berfikiran positif. yeah...bukan mereka yg memberikan kita beras mencari rezeki memberi kita makan. jadi rasanya aku tak mahu memandang serius hal ini. pedulikan mereka semua. persetankan mereka semua. marah sungguh bukan?

marah aku sekejap. hati masih boleh di pujuk. tp hati ibu ayah dan adik-beradik aku bagaimana? jangan sampai melibatkan family aku. itu syaratnya. pantang aku jika orang mahu mengusik ahli keluarga aku. awas yeah. mulut yg diam ini akan melawan juga jika mereka ini masih berterusan dan melampaui batas. baguskah menjadi pelakon terhebat menjaja-jaja cerita orang sedangkan tepi kain sendiri terkoyak pun tidak perasan? kesimpulannya jangan menjaga tepi kain orang tetapi jagalah tepi kain sendiri yeah.

Saturday, October 10, 2009

Bila diri dikuasai rasa cinta

Apa perasaan kalian bila diri dikuasai rasa cinta? setiap orang tentunya pernah merasainya. mungkin. tak banyak sikit pun mesti ada bukan? aku juga pernah merasainya. setiap manusia dianugerahkan Allah S.W.T utk merasai apa itu rasa kasih sayang juga disayangi. dengan syarat kita perlu pandai mengawalnya terutamanya kepada pasangan-pasangan yg masih belum mempunyai ikatan yg sah.


tapi....


apa perasaan kalian jika diri seseorang itu dikuasai rasa cinta yg terlampau dan seterusnya menyusahkan orang lain? orang lain terbabit sama dlm kisah kuasa cinta yg terlampau itu. haruslah kita akan rasa marah, tension, stress segala bukan? aku benci jika orang begitu menyusahkan orang lain.

bila cinta sudah menguasai diri, kita akan berada di awang-awangan seperti dunia ini kita yang punya. aku tahu itu. berangan-angan kitalah puteri di raja atau petera di raja yg sedang menunggang kuda sambil membawa sejambak bunga untuk diberi kepada pujaan hati. tapi, tolong yeah jgn sekali-kali membabitkan org lain dlm kancah percintaan kamu yg terlampau itu. contohnya jika ada masalah kewangan atau pergaduhan bersama pasangan. jika mahu nasihat mungkin boleh. jika mahukan pertolongan mungkin juga boleh tp bukanlah keseluruhannya kita boleh tolong selesaikan segala.

baru-baru ini aku dan saiful diheret dlm masalah ini. "orang lain" mahu berkahwin tp mengheret kami dalam masalah dia. jika sikit tak mengapa tp banyak. time kita susah semua orang lari tak memandang dan menoleh pun. tapi, time kita senang wahhh bukan main lagi org meminta-minta tolong tanpa rasa segan atau malu. aku benci orang macam tu. dan tolong jangan hipokrit bercakap berbakul-bakul tp hasilnya tiada. aku sudah muak mendengarnya. jika aku dan saiful masih boleh menolong kami akan cuba tolong. tp jika kami tak berkemampuan utk menolong jgn hina kami. siapa suruh kamu membabitkan diri dlm kuasa cinta yg terlampau itu? jawapannya kamu saja yg tahu.

Tuesday, October 6, 2009

Mencari sesuatu yg comel :)

Comel kan ? :)

Sejak sarat pregnant nie, aku diburu sikap suka mencari barang2 yg nampak comel di mata pandangan aku. terutama bila sudah 3 kali doktor mengesahkan baby dlm perut nie adalah baby girl. Hati meruntun-runtun mencari sesuatu barang bersifat comel dan cute. InsyaAllah harapnya baby dlm perut ini adalah baby girl. Mudah-mudahan.

memang tak nafikan pada peringkat awal kandungan aku ini, aku mengharapkan baby boy. tak tahu kenapa? dari zaman anak dara suka tgk baby boy sehinggakan aku sudah ada nama khas untuk baby boy. saiful pun begitu juga. katanya boleh buat rambut terpacak bila baby sudah besar nanti dan sebagainya :P.

tetapi bila kandungan aku sudah semakin membesar, aku dan saiful jadi tak kisah tentang gender baby dlm perut nie. lagi2 bila doktor mengesahkan baby dlm perut nie adalah baby girl, apa yg terdetik dlm fikiran aku ketika itu adalah asalkan baby aku sempurna, sihat tubuh badan dipenuhi sifat2 terpuji dan sebagainya. itulah doa aku setiap hari. Mudah-mudahan. dan skrg aku suka melihat baby girl. sbb baby girl boleh memakai something yg nampak comel dan cute bukan :)?

aku amat sayang baby dlm perut nie. serius. disebabkan kasih sayang inilah sekarang jika ke mana-mana mesti teringat nak belikan something untuk baby. aku dah tak hiraukan sgt tentang diri aku. aku sudah mula suka akan color pink :). mostly barang-barang keperluan baby pun adalah color pink. nama baby pun sudah ada. Alhamdulilah saiful dan family bersetuju menggunakan nama tersebut.

InsyaAllah, aku dan saiful plan mahu membuat 4D scan lagi. maybe tunggu kandungan aku mencecah 8 bulan lebih. ini disebabkan the latest 4D scan semasa aku jatuh hari tu, doktor memberitahu bahawa tali pusat baby membelit di leher baby. dan doktor meminta aku datang membuat scan semula. risau juga. harapnya baby dpt meleraikan tali pusat dilehernya itu. Mudah-mudahan.

P/s : suka tgk baby coat color white seperti gambar di atas. dah merata tempat mencari tetapi yg terjumpanya adalah baby coat kayu berwarna brown bukannya color white. comelkan katil seperti gambar di atas :) ?

Friday, October 2, 2009

Jeans biru dan kasut tumit tinggi

gambar lama. masing-masing tgh kurus time nie. rindu dengan bentuk hidung aku ini :)

Sejak pregnant pelbagai simptom yg aku alami. Peringkat awal pregnant rasa risau yg amat dalam diri. Tp, setelah family, rakan-rakan mengatakan simptom-simptom itu adalah perkara normal bg orang yg pregnant jadi kerisauan itu kini berkurangan. Cuma, kadang-kala rasa kerisauan itu tetap ada dalam diri. Tp, aku cuba bertenang dan elak dari terlalu memikirkan tentang itu. Yang penting skrg baby aku membesar dgn sihat dan selamat segala-galanya. Mudah-mudahan.

Antara symptom-simptom yg menjadi kerisauan itu :-

- jerawat tumbuh di sekitar muka dan perut. Simptom ini meninggalkan kesan-kesan hitam

- berat badan naik dgn mendadak setiap bulan

- terlalu emosional, sensitif dan mudah menangis

- bahagian hidung sudah mula mengembang. Sedangkan hidung aku agak berbentuk tidak begitu sebelum ini. Bab hidung ramai dah menegur termasuk suami aku. Saiful dah mula menyatakan kerisauan mengapa bahagian hidung aku jadi mengembang begini.

- jari-jemari turut mengembang sehinggakan segala bentuk cincin tidak boleh dipakai buat masa
ini. Sedangkan jari-jemari aku sebelum ini jenis runcing dan panjang2

- tapak kaki terlalu kerap rasa gatal dan yg peliknya bahagian perut tidaklah rasa gatal seperti
di bahagian tapak kaki

- segala bentuk badan sudah mengembang

- bahagian kaki sudah mula membengkak


aku berharap segala simpton ini akan beransur pulih seperti sebelum ini selepas bersalin nanti. Aku akan cuba tidak terlalu memikirkan tentang kerisauan itu. Mudah-mudahan.

rindu memakai kasut ini. kasut ini telah lama tersempuk di bonet kereta :P

Sejak aku disahkan pregnant, ramai menasihatkan aku supaya elakkan memakai pakaian yg ketat2 seperti seluar jeans dan juga berkasut tumit tinggi. Mereka menasihatkan supaya aku mengenakan pakaian yg longgar dan memakai kasut yg bersesuaian. Masih aku ingat lagi di peringkat awal pregnant, aku masih berdegil mahu berseluar jeans yg agak ketat dan berkasut tumit tinggi. Dan aku pernah di tegur oleh seorang nurse semasa menjalani montly check up kerana aku memakai kasut tumit tinggi.

rindu berseluar jeans :)

kasut tumit tinggi di dalam gambar ini antara salah-satu kasut kesukaan aku

Cuma setelah ramai yg menegur, barulah aku cuba mendengar nasihat mereka. Terima kasih kepada mereka yg sudi menasihatkan aku. Kini sudah berbulan-bulan aku tidak mengenakan seluar jeans dan berkasut tumit tinggi. Rasa rindu. Tetapi untuk keselamatan baby dalam perut ini, aku perlu mengelakkan dari mengenakan sebarang seluar jeans mahupun berkasut tumit tinggi. Semoga baby dalam perut ini membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh-solehah. Mudah-mudahan.