Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, November 30, 2009

Detik itu

raina dalam perut itu :)


Salam semua...

Sudah hampir dua minggu aku tidak menjenguk blog aku ini. Kehadiran raina membuatkan kehidupan seharian aku hampir berubah 100%. Yang pasti, kesibukan melayan kerenah raina membuatkan aku tiada masa untuk membuat entri baru hasil tulisan aku. Ada pun hanya meminta bantuan adik aku untuk membuat beberapa entri terbaru.

Ketika entri ini dibuat, raina sedang tidur. Kebetulan ibu aku sudah mula bekerja. hanya tinggal aku dan raina di rumah. Kebosanan ketika proses berpantang sudah mula melanda jiwa aku ketika ini. Benar kata kawan-kawan aku, proses berpantang adalah proses yang paling membosankan.

Kali ini aku ingin menceritakan sedikit detik-detik ketika proses aku bertarung nyawa melahirkan raina. Sebenarnya aku tidak menyangka raina dilahirkan begitu awal dari tarikh yang sepatutnya. Mengikut due date raina sepatutnya dilahirkan pada 04/12/2009. jika mengikut kata hati aku pun ketika itu mungkin raina dilahirkan seawal selepas hari raya haji. Tidak aku duga raina melihat dunia seawal 15 hari dari tarikh due date. Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana selamat semuanya dan Alhamdulilah aku berjaya bersalin secara normal.

Nama baby : Raina Evaqairina Binti Saiful Bahtiar
Tarikh : 19/11/2009
Masa: 9.59 malam
Berat : 2.37kg
Tempat : Hospital Serdang

18/11/2009


aku bekerja seperti biasa. Tiada apa-apa petanda awal proses bersalin. Cuma seingat aku pada hari itu saiful lewat mengambil aku di tempat kerja kerana kesesakan lalu lintas yang agak teruk di kelana jaya. Kebetulan musim hujan, pastinya kesesakan lalu lintas berlaku.

Hampir pukul 8 malam baru saiful sampai di tempat kerja. Ketika itu muncung aku sudah sedepa yeah :P. rasa marah ada, rasa geram ada. Tapi bukannya salah saiful pun. on the way balik ke rumah hati teringin sangat-sangat nak makan KFC. Ooohhh nasib baik dapat makan KFC sebelum bersalin. Iyelah proses berpantang mana boleh makan makanan yang berminyak.

Malam tu selepas mandi, layan tengok tv sekejap, baca novel dan seterusnya biasalah rasa mahu tidur. Selepas 2,3 jam tidur perut sudah rasa tidak selesa. Rasa macam sakit perut biasa. Rasa macam nak membuang air besar pun ada. Tapi boleh relaks lagi layan tidur. Tidak silap aku, area pukul 4 pagi perut aku dah terasa sakit. Pergi toilet tapi perut tetap rasa sakit. Masa nie terfikir dalam hati “adakah aku dah nak bersalin?” tapi aku boleh layan tidur lagi sebab rasa sakit tu taklah sakit seperti rasa contraction.


19/11/2009


6.00 pagi :
Macam biasa aku bangun tidur awal pagi untuk iron baju aku dan saiful. tidak silap aku, sebelum tu aku pergi ke toilet untuk buang air kecil. Dan selepas tu aku mengambil cermin untuk melihat bahagian faraj kerana aku ada meletak sejenis ubat pil di bahagian faraj bagi neutral kan masalah keputihan yang aku alami semasa mengandung. Selepas tu aku lihat ada kuar tanda darah. Tapi tak banyak, sikit saja darah tu keluar. Dalam hati “nie confirm aku dah nak bersalin”. Tapi aku boleh relaks lagi iron baju, mandi dan bersiap-siap untuk pergi kerja.

7.00 pagi :
Selepas aku siap make up segala baru aku kejutkan saiful. Masa nie aku terus bagitahu saiful yang aku dah kuar tanda darah. Saiful tak bagi aku pergi kerja time tu. Kebetulan pada hari tu saiful tidak dapat hantar aku pergi kerja kerana ada urusan kerja luar. Jadi semestinya aku terpaksa drive sendiri ke tempat kerja. Saiful menghalang aku berbuat demikian. Tapi aku dengan degilnya mahu juga pergi office pagi tu. Akhirnya saiful akur dengan kehendak aku dengan syarat aku perlu mengambil half day pada hari tersebut.

8.30 pagi :
perut sudah mula rasa tidak selesa. Sudah rasa contraction 2,3 jam sekali. Sampai office aku mula mengemas drawer, meja dan clear file-file yang sepatutnya di dalam komputer. Masa nie aku sudah dapat rasakan yang aku akan bersalin sebelah petang atau malam pada hari tersebut.

1.00 tengahari :
bersiap-siap balik. Masa nie aku tak terus balik rumah. Aku boleh lagi bergayut telefon dengan ojel dan wawa. Masa nie konon-kononnya nak tanya pengalaman mereka semasa bersalin. Masa nie juga aku leka layan sms dengan saiful, angah dan kawan-kawan lain w/pun masa tu rasa sakit contraction sudah terasa sejam sekali.

2.00 petang :
pergi poliklinik kelana jaya untuk medical check up. Kebetulan pada hari tersebut aku ada appoitment check up di poliklinik tersebut. Konon-konon masa nie terfikir dalam hati untuk pergi check up dan melihat suasana klinik sebelum proses bersalin. Boleh tak aku fikir mcm tu?

3.00 petang :
rasa contraction sudah terasa semakin kerap. Semasa check up berat badan aku turun dengan mendadak. tekanan darah juga menurun.

3.30 petang :
terasa nak makan jagung rebus. Boleh singgah gerai tepi jalan beli jagung rebus sebelum balik rumah. On the way balik rumah, masa nie rasa contraction sudah terasa setengah jam sekali. Tapi aku dengan tekad boleh lagi drive kereta balik rumah dari kelana jaya ke shah alam.

4.30 petang :
sampai rumah terus makan jagung rebus dangan air susu. Masa nie, aku boleh lagi dengan gigihnya mengemas rumah.

5.00 petang :
rasa contraction semakin kerap terasa dalam 15 minit sekali. Masa nie rasa sakit contraction sudah semakin kuat terasa. Sampai aku menjerit menahan rasa sakit tersebut. Masa nie aku mula sms ibu, angah dan saiful.

6.00 petang :
ibu dan adik bani datang rumah. Ibu aku punya risau dengar aku sudah mula rasa contraction. Masa nie aku dengan tekad untuk mandi dan bersiap-siap pergi ke hospital. Masa nie teringat pesan orang tua-tua supaya mandi dan makan secukupnya sebelum pergi ke hospital. Tapi, rasanya aku tak makan secukupnya pun sebab masa tu tak lalu nak makan. Cuma makan jagung rebus sebelum pergi ke hospital.

6.30 petang :
saiful sampai rumah dengan muka cemas dan risau terus bersiap-siap untuk bawa aku ke hospital.

7.00 malam :
dalam kereta, rasa contraction semakin kerap terasa. Masa nie cuba tak mahu menjerit w/pun rasa contraction tu sangatlah sakit. Konon-kononnya nak practise tidak mahu menjerit di labour room nanti.

8.30 malam :
sampai hospital terus buat urine test dan disuruh baring untuk check degupan jantung baby dan bp aku. Masa nie bacaan bp aku lemah. Terus doctor nak check bukaan. Masa nie aku dah redha jer. Dalam otak macam-macam aku fikir. Teringat orang cakap check bukaan sangatlah sakit. Pertama kali check bukaan aku dah tarik nafas (petua dari wawa). Dalam hati “eh apasal tak rasa sakit pun?” terus-terang aku katakan pada pendapat aku check bukaan memang tak terasa sakit. Kecuali jika doctor atau nurse check bukaan semasa rasa contraction mula menyerang. masa tu memang terasa sakit.

9.00 malam :
lebih kurang area 9.00 malam aku sudah di tolak ke labour room. Sebabnya semasa kali kedua check bukaan doktor menyatakan bukaan aku sudah 6cm. Dalam hati “ wow cepatnya bukaan dah 6sm”

9.15 malam :
lebih kurang area 9.15 bukaan aku sudah mencapai 8sm. Dan tidak lama selepas itu, tidak sampai 10 minit bukaan aku sudah mencapai 9cm dan seterusnya 10cm. Masa nie dengan automatiknya aku terasa mahu push. terasa macam ada benda nak keluar. Rasa sakit jangan cakaplah. Memang sakitnya hanya Allah S.W.T dan orang yang pernah mengalaminya saja yang tahu. nurse sudah mula panggil saiful untuk masuk ke labour room.

Tak sangka saiful masuk ke labour room. Sebabnya sebelum nie saiful memberitahu aku yang dia tidak sanggup masuk labour room. Maklumlah saiful takut tengok darah. Yang kelakarnya pada peringkat awal, saiful memang takut nak pandang ke arah aku. Aku dapat melihat dengan jelas yang saiful hanya memandang ke arah dinding dan siling saja.

Sampailah satu tahap, nurse di situ menyuruh saiful melihat sendiri bagaimana keadaan kepala baby yang baru keluar sedikit. Oleh kerana aku tidak pandai push, kepala baby tersebut secara automatik termasuk balik. Sampai satu tahap nurse di situ ckp “puan tak kasihan ke tgk baby puan nie. Dah nampak kepala dah lagi sikit jer lagi. Cuba curi nafas dan push betul-betul. Kasihan hidung baby dah tersepit di situ.”

Serius aku memang tidak pandai push. Mungkin anak pertama. Tiada pengalaman. Puas aku push dan push tetap tidak boleh. Sampai satu tahap aku sudah terangkat punggung. Masa tu memang tak perasan langsung. Tapi nurse dan doctor di situ cakap aku sudah terangkat punggung.

Sampailah aku boleh termarahkan nurse-nurse kat situ. Aku ckp “saya tak boleh. Sakit sangat nie.” Nurse kat situ menjawab “puan boleh jangan cakap tak boleh”. Serius masa tu rasa sakit teramat sangat jadi secara automatik memang rasa nak marah. Sampai nurse di situ menyuruh saiful memberi kata-kata semangat kat aku. “suaminya bagi kata-kata semangat kat isteri awak. Kasihan anak awak nie. Kepala anak awak dah nampak. Cuba tgk rambut anak awak dah nampak dah”.

Nasib baik ada saiful di sisi. Serius aku katakan saiful banyak membantu aku ketika itu. “sayang, lagi sikit je lagi. Demi anak kita sayang boleh. Saiful tahu sayang boleh.” (sambil usap-usap rambut aku). Masa tu aku dah termengah-mengah kepenatan.

Sampailah satu tahap nurse di situ menyuruh saiful meletakkan kain di mulut aku dan aku di suruh gigit kain tersebut. “puan gigit kain tu macam puan marahkan kain tu. Marah kain tu sambil curi nafas dan push”. Masa tu aku dah tekad aku mesti push dengan cara yang betul.

Dengan tenaga yang ada aku tarik nafas panjang-panjang dan aku push sekuat hati w/pun ketika itu aku tidak reti curi nafas tapi aku cuba push semahu-mahunya. Sampailah aku terasa macam ada benda keluar dengan lajunya.

9.59 malam :
raina selamat dilahirkan. Masa tu aku terasa lega dan kepenatan. Paling terharu, saiful cium dahi aku dan berbisik di telinga aku “terima kasih sayang sebab melahirkan anak kita”. Masa tu automatik aku menangis. Rasa terharu dengan tindakan saiful.

Kepada bakal-bakal ibu, mama, mummy dan yang seangkatan dengannya bersiap sedialah dari segi mental dan fizikal. Dengan persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal InsyaAllah segala-galanya akan menjadi lebih mudah.

P/s : petua dari aku ialah apabila terasa betul-betul sakit contraction mula menyerang sehingga tidak tahan dengan kesakitan contraction itu barulah pergi ke hospital. Mungkin ketika itu bukaan sudah buka separuh dan tidak payah menunggu lebih lama di hospital untuk mununggu bukaan.

Dan jangan terlalu percayakan bacaan scan. Ini kerana mengikut bacaan scan berat raina adalah 2.6kg tetapi bila raina selamat dilahirkan berat raina hanyalah 2.37kg. w/pun hakikatnya aku sangat kuat makan terutamanya makanan western food ketika pregnant.

Wednesday, November 25, 2009

puteri hati

mama + raina ♥♥♥

cemekom kwn2 mama
ramai yg sudi memberi komen bagi entri2 raina. owner blog sekali lagi memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua komen2 anda. insyaallah komen2 anda akan dibalas selepas berpantang nanti. segala tugas mengemaskini blog ini diambil alih secara kontrak olh saya tanpa bergaji or berupah oke...huhu. sehingga blog sendiri pon saya dah malas nk sentuh. atas permintaan ramai saya upload lagi pic si kecik ni... raina sekarang mengalami demam kuning. so saya dengan ini mohon jasa baik anda doakan raina cepat sihat kerana sebagai makciknye saya x senang hati bila dgr raina x sihat. saya sgt sedih..:(

pada yg sudi drop komen di FB tentang petua2 untuk demam kuning tu saya ucapkan terima kasih daun keladi..saya amat hargai jasa murni anda. tak lupa juga yang sanggup menelefon saya semata2 bertanyakan kesihatan raina.

disini saya sertakan pic raina bersama mama nya..ade kelapangan nanti saya uploadkan lagi yeh..

p/s: Nurul sampaikan salam rindu buat sume pembaca blognya...

Monday, November 23, 2009

TEASER


Our lil' princess
Raina Evaqairina


Tukang update:-
Ummi ngah a.k.a dhila

Friday, November 20, 2009

syukur alhamdulilah :)

salam sume..
on behalf my sis , sy ingin sampaikan salamnye pd kalian sume dan terima kasih atas doa kalian yg x putus-putus mendoakan kakak sy. alhamdulillah nurul dah selamat melahirkan seorang baby girl malam tadi di hospital serdang. berat baby cume 2.37 saje.walaupon beratnye agak kecil tetapi kami sekeluarga amat bersyukur kerana nurul dan babynya sihat2 saje. Nurul selamat bersalin secara normal pada pukul 9.59 mlm pd 19/11/2009. baby telah diberi nama Raina Evaqairina yg bermaksud puteri sepanjang kebaikan.

nurul masih di hospital serdang tika ini dan insyallah jika tiada aral dia akan discharge petang nanti.nurul akan menjalani proses berpantang di rumah ibu di banting. pada sume rakan2 blog, FB dan yg mengenalinye, nurul sampaikan salam rindu wat anda.

insyallah nanti sy akan updatekan blog nurul n upload sekali pic2 baby yeah..
tukang taip:

Thursday, November 19, 2009

9 bulan kandungan

Aktiviti ahad lepas - Kami :)

Kejap saja masa berlalu. rasanya baru semalam aku dan saiful mendapat berita gembira ini termasuk seluruh ahli keluarga aku. cepatnya masa berlalu. kini kandungan aku sudah berusia 9 bulan lebih. sungguh... inilah pengalaman yang paling manis buat aku dan saiful. Syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan rezeki yg diberikan kepada kami.

tengah malam tadi aku sudah merasa sakit2 perut sampai sekarang. paling terkejut sudah keluar darah seperti period. tetapi aku gagahkan juga bersiap-siap ke office. aku berkeras mahu ke office walaupun dilarang oleh saiful. tujuan utama mahu ke office, adalah mahu mengemas meja dan kemas kini segala kerja-kerja aku sebelum aku bercuti panjang nanti.

perut itu :)

kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa nie, doakan keselamatan aku sekeluarga yeah. semoga aku mudah melahirkan baby dalam perut nie. InsyaAllah aku akan update blog aku nie secara berperingkat-peringkat. sebabnya banyak lagi entri tentang info perkahwinan yang belum aku buat lagi di blog aku ini.

kepada mereka yang bertanya tentang info-info tersebut harap bersabar ye. mereka juga boleh direct email kepada aku then aku akan sertakan number telefon. bolehlah nanti direct call atau sms aku. jangan malu-malu kerana aku suka berkawan. dan akan menjawab segala pertanyaan itu. emailkan kat aku di : ainiee_overmars@yahoo.com. oklah doakan aku dan baby selamat dan dipermudahkan segalanya ye. mudah-mudahan.

Tuesday, November 17, 2009

Kisah pelamin dan deco katil

Pelamin : Zaifie Zainal Creation (Cheras)
Deco katil : Zaifie Zainal Creation (Cheras)

Lama aku tak update blog aku nie kan? ramai yang ingat aku dah bersalin. aku belum bersalin lagi tp masih menunggu masa untuk proses bersalin. harap2 baby dalam perut nie keluar selepas raya haji nanti. sebabnya? antara sebabnya aku mahu makan sepuas-puasnya. ibu aku selalu masak sedap2 time raya tidak kiralah raya aidilfitri mahupun raya haji :). so aku mahu makan sedap-sedap sebelum proses berpantang nanti. mudah-mudahan.

kali nie entri tentang pelamin dan deco katil semasa hari perkahwinan aku. janji tetap aku cuba tunaikan sebelum aku bersalin. sebab ramai dah bertanya. jadi malam tadi selepas balik check up di UMRA aku gagahkan juga mencari gambar2 lama ini. sebenarnya sebelum nie aku pernah membuat entri tentang pelamin dan deco katil nie. tetapi secara ringkas jer. jadinya kali nie aku terangkan secara detail.


Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan servis zaifie zainal creation nie. kak zaifie pun memang baik dan sabar melayan kerenah aku. sebabnya ada citer tersendiri di sebalik pelamin perkahwinan aku ini. sebenarnya aku menggunakan servis kak zaifie ini last-last minit menjelang hari pernikahan aku. ini kerana aku kurang berpuas hati dengan servis di butik d'renjis itu. maaf diminta untuk pihak butik d'renjis. tetapi...itulah hakikatnya. kerana pelamin yang aku harapkan tidak seperti yang diharapkan. jadinya aku terpaksa cancell pelamin di butik d'renjis itu dan menggunakan pelamin di zaifie zainal creation.


Tema warna untuk pelamin dan deco katil memang aku mahu menggunakan color white dan off white. Ini kerana aku mahu gabungkan warna gold brown berserta white dan off white. design pelamin tersebut pun aku memilih dalam keadaan kelang-kabut memandangkan masalah yang berlaku di butik d'renjis itu. rasanya design pelamin begini sudah melambak sekarang right? tetapi aku masih boleh berpuas hati dengan hasil kerja butik zaifie zainal creation ini. Alhamduillah kak zaifie sangat memahami kehendak aku. Anyway thanks kepada kak zaifie dan suami. keep up your work :).

Pelamin






Katil






Wednesday, November 11, 2009

Kisah juru solek

Make up nikah : Kak Za (Banting)
Make up outdoor shoot blue theme : Kak Za (Banting)
Make up malam berinai : Fifi Omar (Kajang)
Make up bersanding : Fifi Omar (Kajang)

Sambungan entri minggu lepas seperti yang aku janjikan. aku akan cuba menunaikan janji-janji itu sebelum aku melahirkan baby dalam perut nie. iyelah skrg nie kandungan sudah memasuki usia 9 bulan bersamaan 36 minggu. debaran makin terasa tp sudah mula mengumpul kekuatan dari segi fizikal dan mental. semoga dipermudahkan segalanya.

make up untuk nikah dan outdoor shoot blue theme itu, aku telah hired kak za dari idaman jelita. in fact, aku amat selesa bekerjasama dgn kak za ini sejak aku cuba menggunakan sentuhan beliau semasa pre wedding shooting. dan sedia maklum aku berasal dari banting, selangor. jadi agak molek juga aku amik salah-satu butik dari daerah aku itu.

make up bagi malam berinai dan bersanding pula aku hired fifi omar dari d'renjis kajang. memang aku mahu menggunakan service seperti fifi omar ini kerana sgt teruja dengan hasil sentuhan beliau. w/pun harga untuk hired fifi omar agak mahal tetapi aku sgt berpuas hati dgn hasil sentuhan beliau. keep up ur work yeah.

Kak Za




Fifi Omar







Wednesday, November 4, 2009

Full entry - our pre wedding

Lokasi : MARDI, Ladang UPM dan Putrajaya
Photographer : Capturing Emotion (Faiz)
Make up : Idaman Jelita (Kak Za)
Tema: bebas

Sepatutnya entri ini di buat pada tahun lepas lagi. Oleh kerana sifat kemalasan aku yang melampau entri ini tertangguh begitu lama. Ramai kawan-kawan rapat aku yang agak bising kerana aku tidak menunaikan janji ini. Pada awalnya aku berjanji mahu menunaikannya di laman friendster. Tetapi disebabkan friendster aku yang kurang aktif kini kerana sudah beralih ke dunia facebook dan blogger jadi aku tunaikan janji aku di laman blog aku ini. Kali ini aku tunaikan w/pun sudah lebih kurang setahun lamanya. Maaf di pinta atas kelewatan ini.

Saat aksi gambar-gambar ini di rakam, suasana adalah sangat panas terik.Keadaan ini hampir-hampir mematahkan semangat aku dan saiful untuk bergambar. tetapi aku seronok berkerjasama dengan faiz semasa sesi bergambar ini dijalankan. thanks kepada faiz atas hasil kerja beliau.

Part 1















Part 2







P/s : hanya sebahagian gambar saja di sini sbb terlampau banyak gambar. tak larat mahu upload. maaf di pinta.

Monday, November 2, 2009

Ulangtahun perkahwinan pertama kami


Lambat sehari membuat entri ini. Sejak akhir-akhir ini aku selalu tidak sihat. Alhamdulilah sejak 2,3 hari ni sudah ada selera makan semula. Semalam 1/11/2009 genap setahun usia perkahwinan aku dan suami. Sekejap sungguh masa berlalu. Rasanya baru semalam aku bersiap-siap untuk majlis pernikahan kami.

Sebelum itu, Saiful yang ingatkan aku tentang ulangtahun perkahwinan kami. Bukan aku tidak ingat cuma aku saja mahu menguji adakah Saiful ingat atau tak tarikh penting ni. Alhamdulilah Saiful masih ingat tarikh penting ni. Kami tak buat persiapan beriya-iya untuk hari bersejarah ini. Memandangkan emosi aku makin tidak stabil sejak akhir-akhir ini. cuma semalam Saiful ajak aku keluar untuk membeli barang-barang baby lagi dan membawa aku pergi makan. Oh aku sangat suka tu. walaupun barang baby dah banyak tapi bila dah ajak mestilah aku taktolak kan? Hahaha.

Aku cuma berharap perkahwinan kami kekal dan semoga zuriat yang aku kandungkan ni membawa lebih sinar bahagia dalam perhubungan kami. Aku juga akan cuba memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada sepanjang aku menjadi isteri ini. InsyaAllah.