Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 30, 2009

Azam bukan sekadar di atas kertas

Aku percaya setiap manusia mempunyai azam. Tiap-tiap tahun ada saja azam baru di buat. Tidak tahu bagaimana orang lain merancang azam mereka. Yang pastinya berbeza-beza.

Untuk aku pula, selalunya aku berfikir dan set di dalam otak. Kemudian aku catatkan di dalam diari mahupun buku. Itu saja. Simple. Tetapi untuk melaksananya bukan semudah merancang azam tersebut.


azam yang ini akan cuba diteruskan. antara idea design aku semasa majlis perkahwinan aku tahun lepas


Azam bukan sekadar di atas kertas. perlu ada usaha melaksanakannya sampai menjadi nyata. Usaha sangat penting. Bukan sekadar di atas kertas dan membiarkannya sampai basi di telan tahun demi tahun. Begitulah seterusnya dalam penghidupan manusia.

Aku?
Aku tidak terkecuali.
Sama seperti manusia yang lain. Aku hanya manusia biasa.
Mempunyai azam, impian dan cita-cita. Jika aku seorang puteri anak kepada raja terkaya di dunia sekalipun, aku tetap akan mempunyai azam.


adik aku : penggerak utama kepada salah satu azam aku itu. kami bergabung untuk azam aku kali ini

Alhamdulilah, azam aku yang paling besar untuk 3 tahun berturut-turut yang lepas telah dapat aku laksanakan. Cuma azam yang kecil-kecil itu saja ada yang tidak dapat dilaksanakan. Salah-satu azam baru aku adalah ini - Business dan mahu kembali membuat freelance editing berkaitan photography, graphic juga printing. Dulu sudah melakukannya tetapi stop seketika sejak aku disahkan pregnant dulu. ahad lepas operasi kami sudah bermula. sudah mula mempunyai customer. harap ianya berterusan. InsyaAllah.


pengantin ahad lepas. customer pertama kami : alif dan hajar


masih gemar bermain warna black and white

cuba bermain warna yang agak terang untuk editing kali ini

Tidak mahu bercakap secara detail tentang apa azam-azam aku yang lain kali ini. kerana kali ini aku mempunyai beberapa azam yang besar sebenarnya. Apa yang penting mahu cuba berusaha melaksanakannya selagi mampu. harapnya aku dapat melaksanakan azam-azam aku ini dengan jayanya. Mudah-mudahan.

Wednesday, December 23, 2009

Di sebalik nama Raina Evaqairina

Raina Evaqairina
Bermaksud puteri kebaikanku

Nama yang di pilih itu ada makna tersendiri. Pada peringkat awal pregnant, aku teringin mahukan baby boy. Sangat teruja mencari nama untuk baby boy ketika itu. Tetapi setelah membuat full detail scan dan aku disahkan doktor bakal mendapat baby girl barulah aku dengan bersungguhnya mencari nama untuk baby girl. Malah aku semakin teruja dan gembira bila mengetahui gender baby aku ketika itu.

Aku mempunyai beberapa syarat semasa pemilihan nama di buat. Nama yang dipilih mestilah unik dan mempunyai maksud yang baik. Gabungan nama itu juga perlulah menarik dan ejaan nama tersebut haruslah mengekalkan ciri kemelayuan walaupun sebutan nama tersebut agak mencirikan sedikit kebaratan.

Pada peringkat awal, nama yang di pilih adalah Raina Rissa Camilla tetapi nama tersebut tidak disukai oleh adik aku. Maka aku menukarnya kepada Raina Evaqairina. Walaupun saiful sangat berminat dengan gabungan nama Raina Qaisara tetapi disebabkan nama Qaisara itu adalah nama kepada anak kawan aku ojel maka aku terpaksa reject nama Qaisara itu.

Saiful tidak kisah dengan pemilihan nama anak, cuma jika boleh nama tersebut mestilah ada berbunyi “na” kerana dia sangat fanatik dengan pelakon bermulut seksi iaitu angelina jolie. Kelakar bukan?

Pendapat aku kepada semua, tidak kisah memilih nama apa pun. apa yang paling penting maksud di sebalik nama tersebut.

Tuesday, December 15, 2009

Kotak hati

zaman berdua

Kotak hati ini rindu.

Itulah perasaan yang terdetik di hati aku ini ketika mula-mula aku menjalani proses berpantang. Perasaan ini terlalu mendalam sehingga ada satu ketika aku menangis keseorangan.

Aku rindu mengandungkan raina selama 9 bulan lebih itu.
Aku rindu perut aku yang membulat itu.
Aku rindu memegang perut aku yang membulat itu.
Aku rindu berbual-bual dengan raina ketika raina di dalam perut itu.
Aku rindu layanan saiful ketika aku mengandung itu.
Aku rindu masakan saiful ketika aku mengandung itu.
Aku rindu ketika kami meluangkan masa berdua itu.
Aku rindu bergurau senda, berbual-bual dengan saiful ketika itu.
Aku rindu untuk pergi ke klinik membuat medical check up itu.
Aku rindu layanan semua orang ketika aku mengandung itu.

Sehingga kini aku masih mempunyai perasaan itu. Tidak tahu mengapa. Aku pasti saiful juga rindu detik-detik ketika aku mengandung dulu. ini kerana semalam dia memberitahu aku betapa kami sekarang kurang berkomunikasi dan kurang meluangkan masa berdua seperti dulu sejak kehadiran raina.

Kehadiran raina dalam hidup kami membuatkan kami kurang berkomunikasi dan meluangkan masa berdua. Ini kerana dari siang ke malam perhatian kami hanya untuk raina. mungkin raina masih kecil lagi. Dunianya hanya minum susu, tidur dan menangis. Jadi raina perlukan perhatian yang lebih dari kami. Inilah yang aku katakan di entri yang lepas. Kita perlukan kekuatan fizikal dan mental melayan kerenah anak kita.

Semasa proses mengandung, macam-macam dugaan aku tempuhi. Tetapi aku cuba lalui w/pun sukar bagi aku ketika itu. Tetapi hasilnya alhamdulilah aku diberikan perhatian yang lebih oleh saiful, keluarga juga kawan-kawan. Terima kasih semua.

Ketika mengandung, hari-hari aku berbual-bual dengan baby di dalam perut. Aku berzikir, menyanyi dan bercerita. Itulah rutin aku hari-hari. Alhamdulilah selalunya ketika di dalam perut raina memberikan respon yang baik. Hasilnya sekarang raina masih memberikan respon yang baik apabila aku membuat perkara yang sama.

rindu sungguh dengan perut itu

Ketika mengandung juga aku di layan dengan baik oleh saiful lebih-lebih lagi ketika aku sarat mengandung. Aku tidak pernah memasak sejak aku mengandung. Hari-hari aku makan di luar atau saiful yang akan masak untuk aku. Jika saiful ada di rumah dia melarang aku mengemas rumah atau membuat kerja-kerja rumah. Kecualilah aku curi-curi mengemas rumah ketika saiful tiada di rumah.

kebiasaannya tiap-tiap malam apabila aku sudah lena tidur saiful akan bercakap dengan baby di dalam perut. Selalunya saiful agak malu bercakap dengan baby dalam perut apabila aku belum tidur. Tak tahu kenapa. Tiap-tiap malam juga saiful akan urut dan sapukan minyak di kaki aku. Maklumlah ketika aku pregnant dulu kaki aku membengkak dengan teruk.

Aku rindu meluangkan masa berdua dengan saiful. Sudah menjadi kebiasaan kami melayan menonton VCD sehingga lewat pagi dan kami juga akan berbual-bual sebelum tidur. Kadang-kadang aku selalu kena perli dengan saiful sebab aku mesti tertidur bila saiful sedang rancak bercerita.

Aku rindu untuk melakukan semua aktivti itu. Tetapi dengan kehadiran raina ini, semua aktiviti itu terpaksa kami lupakan. Semua aktiviti itu terpaksa kami hadkan. Ini kerana raina perlukan perhatian yang lebih dari kami sekeluarga.

Tidak sabar rasanya mahu menunggu raina besar sedikit dan aku mahu membawa raina pergi bershopping dan membawa ke kedai buku sambil menghabiskan masa di kedai buku tersebut. Itulah aktiviti yang paling aku gemar dari dulu hingga kini. Harapnya raina mewarisi aktiviti kegemaran aku itu yang suka membaca dan mengumpul novel.

Pada pendapat aku, apabila kita melangkah ke alam perkahwinan, kita perlu merancang dengan teliti untuk mendapatkan zuriat. Jika kita benar-benar sudah bersedia dan sudah puas hidup berdua barulah merancang untuk mendapatkan zuriat. Jangan terikut-ikut kawan dan sebagainya. Tanya diri kita sudah bersediakah? Ini kerana cabarannya amat besar ketika kita menjaga anak kita ketika kecil.

Untuk aku dan saiful pula, di awal perkahwinan memang kami merancang untuk hidup berdua dahulu dan selepas beberapa bulan barulah kami merancang untuk mendapatkan zuriat. W/pun ketika itu saiful benar-benar sudah bersedia dan berlainan pula dengan aku yang ketika itu belum bersedia sepenuhnya.

Tetapi aku cuba juga bersedia sepenuhnya apabila aku disahkan mengandung. Alhamdulilah rezeki aku hanya datang pada bulan ke 5 usia perkahwinan kami. Tetapi aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku diberikan zuriat ini. Jadi, kepada teman-teman yang bakal memasuki alam perkahwinan buatlah perancangan dengan teliti.

Monday, December 7, 2009

Bulan berpantang

Raina tgk apa tu?

Kini tiba masanya aku melalui proses berpantang. Satu proses yang sangat membosankan bagi aku untuk dilalui. Sebelum ini banyak aku dengar cerita dari kawan-kawan tentang proses berpantang yg membosankan ini. Ketika itu, aku kurang percaya akan cerita kawan-kawan aku itu. Bagi aku, bukankah seronok berpantang kerana dapat bercuti lama dari bekerja sambil melayan baby kita.

Dan kini, apabila aku melalui bulan berpantang, barulah aku merasainya sendiri bagaimana peritnya proses berpantang ini disusuli dengan rasa bosan yang perlu aku lalui.serius aku katakan proses ini sangat memeritkan dan membosankan.

Sudah hampir tiga minggu aku berpantang. Ibu aku amat titik beratkan soal berpantang. Bayangkan sehingga kini aku masih mandi dengan air pelbagai jenis daun yang aku kurang ketahui apa nama daun-daun tersebut. Bila aku bertanya kepada ibu bilakah proses mandi air daun ini akan berakhir? jawapan ibu sehingga habis berpantang dan jika boleh teruskan w/pun selepas habis berpantang. Terkesima aku seketika.

Bab makan pula bukanlah makanan yang sedap-sedap yang boleh kita makan. Pada minggu pertama aku berpantang aku hanya dibenarkan makan nasi panas, ikan bilis, lada hitam berserta kicap sahaja. Sampai muak aku dibuatnya. Sehinggalah aku mengeluh meminta ibu menukar menu lain. Mungkin kasihan melihat aku, ibu menukar menu seperti ikan bakar atau ikan dan sayur yang di masak rebus sahaja.

Paling aku tidak suka adalah memakai bengkung. Hingga kini aku memakai bengkung dan berstokin. Kadang-kadang malas juga mahu memakainya. Tetapi siaplah mendengar ibu berleter itu ini. Akhirnya aku akur memakainya siang dan malam. Lagipun aku masih percaya kata-kata orang tua yang menyatakan jika kita rajin memakai bengkung kita akan dapat mengempiskan bahagian perut dan menegangkan kembali bahagian pinggul kita.

Dari segi pemakanan jamu pula, aku memilih jamu buatan orang kampung. Pada awalnya aku mahu menggunakan jamu buatan moden seperti leesa formula atau mustika ratu. Tetapi ibu menyarankan aku menggunakan jamu buatan orang kampung. Sehingga kini aku masih makan jamu tersebut w/pun baunya sangat busuk.

Sekarang, berat badan aku baru turun 9kg. target aku mahu turun 10kg lagi. Maklumlah semasa mengandungkan raina berat badan aku naik mendadak lebih-lebih lagi ketika usia kandungan aku menginjak 7 bulan. Masa tu bulan puasa memang selera makan melampau ketika itu. Jadi, haruslah aku dengan gigihnya berusaha menurunkan berat badan aku kepada berat badan yang asal.

Pendapat aku, kita bukan saja perlukan persediaan mental dan fizikal semasa proses mengandung dan proses bersalin tetapi kita juga perlukan persediaan yang cukup dari segi mental dan fizikal untuk proses berpantang.

Tak tahu ikut perangai siapa, Raina suka sgt bergambar

Ini kerana kita bukan saja berpantang tetapi kita perlu belajar menjaga anak, menyusukan anak, mengorbankan masa tidur kita pada sebelah malam kerana ketika inilah anak kita selalu terjaga dari tidurnya. Ketika itu, kita akan terasa letih dan kurang tidur.

Pada peringkat awal, aku hampir-hampir berputus asa kerana aku mengakui aku kurang persediaan dari segi mental dan fizikal semasa proses berpantang ini, kerana dalam masa yang sama aku perlu menahan sabar dengan kerenah raina yang berjaga malam dan menangis tanpa kita ketahui sebabnya.

Alhamdulilah, kini aku semakin seronok melayan kerenah raina dan aku seperti sudah terbiasa berjaga malam untuk melayan kerenah raina. Kita perlu tanam azam dalam diri yang anak kita adalah pemberian dan amanah dari Allah S.W.T. jadi kita harus melakukan tanggungjawab kita menjaga amanah Allah S.W.T itu. mudah-mudahan raina menjadi anak yang solehah, mudah menjaganya dan mendidiknya.

P/s : kelakar bila teringat peristiwa malam tadi. Raina pupu (berak) di atas towel apabila selesai jer tok wan mandikan raina. Tok wan minta saiful yang basuh towel tu. Sampai merah-merah muka dan nak termuntah-muntah saiful bila basuh towel tu. Ini mesti kes saiful jijik dengan taik raina. tapi saiful menafikannya. poyo tak saiful tu? :P