Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, December 28, 2010

Hello kasut-kasut cantik

Makin lama hati aku meronta-ronta mahukan sepasang kasut baru. serius beb aku dah lama tak beli kasut baru. seingat aku, yang terbaru cuma awal tahun ni kot aku ada beli kasut. lepas tu sampai sekarang aku tak pernah beli kasut untuk diri-sendiri.

untuk raina banyaklah. tu lah ada anak, untuk diri-sendiri terabai. oh ye adalah pertengahan tahun hari tu aku beli, tapi selipar je. haha. itu pun sebab kaki aku dah sakit tahap tak boleh blah masa cari laptop dan peralatan kamera di plaza low yatt. so muka selamber je aku pakai selipar dan kasut yang aku pakai tu aku simpan dalam beg. haha.

kalau boleh aku nak beli kasut ala-ala macam gambar-gambar kat bawah ni. cantik kan? ke pada pandangan mata aku je cantik? tapi serius aku suka kasut jenis macam ni. w/pun ramai yang kata aku dah tinggi. tapi kalau boleh aku nak aku nampak lebih tinggi lagi setanding saiful. boleh gitu? dasar isteri tak mahu mengalah. haha.

gambar-gambar ni aku google je. terima kasih encik google. ni contoh-contoh kasut dari nina west dan jimmy choo. kalau nak beli kasut dari jimmy choo tu aku rasa macam dalam mimpi je lah kot. sebab aku ni jenis sayang duit. kasut paling mahal yang ada dalam simpanan aku pun hanya dari guess sajoo. aku memang peminat guess :). silalah kasihankan aku ye. itu pun saiful yang belikan dan aku dah simpan elok-elok dalam kotak. sebab tinggi bebenor.

Nurul, sebenarnya engkau dah gemuk tu yang engkau macam tak selesa pakai kasut tinggi-tinggi kan?.
iyo lah aku mengaku. aku dah gemuk sejak bersalinkan raina. tu yang aku simpan je kasut-kasut tu. tapi sekarang ni macam tak sedar diri nak jugak beli kasut fesyen ala-ala victoria beckham kan? motif tulis nama victoria beckham kat sini? sebab aku minat bangat dengan minah tu selain kimora dan julia robert. haha.








dan di bawah ni kasut kegemaran aku dari dulu lagi. aku pun lupa kat mana aku beli kasut ni. tapi aku beli kasut ni dulu semata-mata nak shoot gambar untuk sesi pre wedding aku dulu. aku tak tahu mana perginya kasut ni sekarang. puas dah aku cari. w/pun kasut tu nampak buruk tapi aku suka sangat dengan kasut ni. yang paling penting adalah keselesaan ketika di pakai. betul tak?

*

*

*

*

*

*

*

*

gambar ulangan : kasut buruk aku :D

Monday, December 27, 2010

Semalam yang hot



Alhamdulilah rezeki makin mencurah-curah lately. kebetulan musim cuti sekolah kot. Terima kasih Tuhan kerana memberi kami peluang menambah pengalaman dan sebagainya dalam bidang ini. syukur Alhamdulilah.

ini kisah semalam,

cuma dapat publish tiga keping gambar saja. aku betul-betul terlupa nak ambil hasil gambar semalam dalam laptop. semalam kami bekerja dalam keadaan panas terik bagi mendapatkan hasil yang lain sedikit dari client-client sebelum ini. kasihan dengan adik aku. tapi dalam masa yang sama aku bangga dengan adik aku sebab dia bekerja keras untuk mencari pengalaman.

terima kasih untuk mar satu family sebab sanggup dan bersetuju untuk pergi ke ceruk pantai ini. ditambah dengan cuaca yang agak hot. iye hot sampai anak dara aku mengamuk semalam. haha. harap mereka berpuas hati.

adik aku akan mula semester baru next week. tapi masih menerima job tetapi pada hari minggu saja. sesiapa yang berminat boleh hubungi aku. InsyaAllah kami akan cuba memberi yang terbaik.

P/s : minta maaf banyak-banyak pada client semalam tak dapat berborak panjang disebabkan anak dara aku raina takut dengan air dan akar-akar kayu yang nampak pelik itu.

Wednesday, December 22, 2010

Dari hati (1) : Perut comel dan anak kecil

Entri ini ikhlas dari hati aku.

kisahnya begini,

semalam aku balik kerja agak awal. dalam pukul 5.30 petang tu aku dah mula kemas-kemas meja aku untuk pulang. seperti biasa menuju ke tempat parking kereta yang di parking di level 3A. apabila aku hidupkan enjin kereta tiba-tiba hati ini terdetik mahu pergi ke sebuah pasaraya berdekatan di area Kelana Jaya ini. plan ini secara tiba-tiba saja tidaklah di rancang dari awal.

tapi aku masih berfikir-fikir dan masih mempertimbangkan sama ada perlu ke atau tidak untuk meneruskan niat tersebut. sebab memang menjadi kebiasaan aku akan mengambil raina dari rumah babysitter secepat yang mungkin w/pun aku tahu aku tak akan dapat berbuat demikian memandangkan aku akan menempuh jalan yang sesak setiap hari.

tapi hati ini meronta-ronta. sebenarnya tiada apa pun yang mahu di beli. aku hanya mahu cari baju baru untuk raina saja. memang peel aku begini aku jenis cepat jemu apabila tengok anak aku pakai baju yang sama berulang-ulang kali w/pun baju basahan di rumah. kadang-kadang baju tu baru di pakai beberapa kali pun aku sudah jemu. tak tahu kenapa peel aku begini.

apabila kereta aku mula digerakkan, tangan aku pantas memusingkan streng kereta menuju pasaraya. jadi apabila sampai di pasaraya tersebut aku tergesa-gesa berjalan ke bahagian yang aku harus tuju. dalam otak fikir 'cepat sikit nurul. raina sedang menunggu'. kebetulan saiful selalu sangat kerja luar minggu nie. selalunya saiful yang akan ambil raina jika dia sampai rumah lebih awal dari aku.

Perut aku yang besau :)


tapi mata aku terpandang-pandang kelibat sang suami yang sedang memimpin tangan si isteri yang sedang sarat mengandung. mata aku kusyuk memandang sambil tertoleh-toleh jugak dibuatnya. haha. dalam hati, 'aku rindu saat itu. comelnya perut kakak nie. rindu tahap gaban nie'.

dan apabila aku sibuk memilih baju raina mata aku terpandang kepada susuk tubuh perempuan yang sedang menolak troli bersama baby yang sangat comel. ada lagi beberapa manusia yang lain yang membawa anak kecil yang comel yang berada di sekeliling aku ketika itu. eh tapi memang semua budak kecil comel kan? 'aku rindu raina ketika baby.rindu tahap gaban jugak nie'. haha :D.

Gambar ulangan : aku tak banyak gambar raina time rambut raina terpacak begini. aku suka dan rindu moment nie :)

adakah keadaan aku ini normal. semua benda dan perkara aku nak rindu? ini ikhlas dari hati aku.

P/s : kadang-kadang aku rindu nak bersanding atas pelamin :)

Tuesday, December 21, 2010

Entri pendek (3) : Kidal atau tidak?

Aku seorang yang kidal. dalam keluarga, aku seorang saja yang kidal. dan mungkin kebetulan kot, saiful juga seorang yang kidal. dulu masa mula-mula kenal dengan saiful kami sama-sama bantai gelak. "eh kidal jugak ke?" haha.

persoalannya : adakah anak aku raina pun akan kidal? kalau tengok dari segi dia mengambil barang ke atau pegang sesuatu barang ke kadang-kadang aku tengok raina menggunakan tangan kiri dan kadang-kadang menggunakan tangan kanan. tapi tok wan raina cakap tengok gaya macam ada potensi raina ni mungkin seorang yang kidal.

aku tak ada jawapan untuk itu. tunggu raina dah pandai menulis, melukis, mewarna semua tu baru aku tahu adakah raina seorang yang kidal atau tidak.

P/s : aku pakai jam tangan sebelah kanan :)

Monday, December 20, 2010

13 bulan Raina Evaqairina

Bak kata atok raina 'ini amoi banting'. ku terima anakku bermata sepet :)

Selamat hari isnin semua :)

ikutkan hati aku malas nak update blog aku hari nie. tapi apabila blog walking ke blog rakan-rakan yang lain, tiba-tiba tangan ni gatal nak menaip. lepas tu bila check akaun nuffnang tengok amount makin bertambah, lagilah tangan nie gatal nak menaip. haha. anyway thanks nuffnang :).

semalam, genap umur raina 13 bulan. mama dia tak mahu letak perkataan setahun 1 bulan tu sebab masih anggap anak dara dia ni baby lagi. haha. tiba-tiba rindukan raina semasa dia baby dulu. oit nurul dulu masa anak engkau masih baby engkau selalu mengeluh bilalah raina ni nak besar . raina, cepat sikitlah besar. senang nak jaga raina nanti. ni bila raina dah besar engkau cakap rindu pulak kan? apa kes? haha.

bila anak dah pandai jalan ni, aku rasa macam makin sukar nak control raina. sekarang ni pulak raina dah pandai berlari-lari anak. lagi sukar nak control. aku dok main kejar-kejar pulak dengan dia. tapi aku tak kurus-kurus jugak. macam ni jugak aku. alahai.

sekarang bila aku marah ke atau tegur raina, raina dah pandai 'babab' kita balik. contohnya last week, aku brain wash raina. eh macamlah raina faham kan kalau aku brain wash raina. haha.

aku cakap lebih kurang macam ni "raina jangan asyik nak menangis je. mama balik kerja penat. mama pergi dapur sekejap pun nak menangis. dah lah papa kerja. habis tu macam mana mama nak sembahyang? nak kemas rumah semua kalau raina asyik menangis je. kan dari dalam perut lagi mama dah pesan jangan notty-notty. raina kena jadi good girl. now raina dah big girl tak elok selalu nak menangis je"

korang tahu tak apa reaksi raina?

dia jelir lidah pastu raina cakap "huh huh" pastu dia 'babab' tangan aku. kadang-kadang raina gigit aku. puaslah aku kena gigit oleh raina. alahai raina oh raina. tapi raina budak kecik manalah raina faham sangat kan apa yang kita cakap.

cuma yang bestnya sekarang raina dah boleh diharap. jika aku suruh ambilkan botol susu ke soothers ke, raina faham apa itu soothers apa itu botol susu then raina pergi ambil apa yang kita suruh.

jika dia menangis kita cakap "raina, stop crying". nanti raina senyap then raina pandang muka kita tapi kang tak lama tu mulut raina akan bising. aku pun tak faham apa yang raina cakapkan. layan je lah ye. haha.

jika raina selesai minum susu ke atau makan pisang ke atau apa-apa je lah then aku cakap "finish already?" raina akan jawab "dah ma ma ma"

itu lah macam orang tua-tua cakap budak-budak sekarang ni makin bijak. ada je akal dia. tak pe lah dah kata budak-budak kecik. macam-macam kerenah dan keletah mereka kan? apa-apa pun aku seronok melayan kerenah dan keletah raina ni.

untuk RAINA EVAQAIRINA,
Happy 13 months. i love u amoi banting (gelaran atok raina) :D


Terima kasih pak usu ambilkan gambar Raina :)

Geng bas sekolah. mereka ini sebaya. Pertandingan lumba lari bersama Insyirah :)

Friday, December 17, 2010

Entri pendek (2) : Goverment atau private?

Sejak dua menjak nie keinginan aku untuk mencuba nasib di sektor gov makin membuak-buak. aku rasa sudah cukup kot pengalaman aku berkerja di sektor private nie.

mana-mana kerja tidak kira gov ke private ke semuanya ada tekanan kerja kan? cuma bezanya mungkin dari segi tekanan tu besar atau kecil saja. aku pun tak mahu komen banyak-banyak sebab aku tak pernah kerja gov. tapi untuk pengalaman kerja di sektor private bolehlah aku ulas panjang lebar.

nantilah next entry jika aku rajin aku ulas panjang lebar. cuma aku nak tanya pendapat korang, aku lulusan SPM, STPM, diploma juga degree. kalau aku nak kerja gov, lulusan mana satu yang patut aku guna? sebab aku dah try semua lulusan aku ni tapi apasal macam payah sangat nak lepas masuk kerja sektor gov ni ye?

ok itu saja.

Wednesday, December 15, 2010

Bilangan anak : kualiti atau kuantiti?

Zuriat aku buat masa kini :)

Pagi tadi semasa aku tengah drive on the way ke tempat keja, dengar satu topik di salah sebuah radio berkaitan anak. berapa bilangan anak yang wajar untuk zaman sekarang? adakah seorang saja? 2 orang? 3 orang? atau mahu lebih dari itu?

topik yang dibincangkan ini memang menarik minat aku untuk terus mendengar. macam-macam jawapan dari pendengar. aku setuju untuk kebayakan semua jawapan yang di beri dan di kongsi oleh pendengar.

untuk memiliki anak pada masa sekarang ini kita perlu mengambil kira dari segala segi dan aspek. bukan hanya nak mengikut orang lain. kita kena fikir dan bertanya pada diri-sendiri dan pasangan kita adakah kita sudah ready dari segi mental dan fizikial? kita juga kita fikir keadaan ekonomi isi rumah, kita juga kena tanya adakah kita mampu untuk membesarkan anak itu dan sebagainya.

dulu semasa zaman sekolah, bila orang tanya aku soalan berkaitan anak, aku mesti cakap nak 2 atau 3 orang saja. tapi jawapan aku itu berubah sejak aku kenal saiful. aku cakap aku nak 4 orang. sebab aku dah merasa tak meriahnya keluarga aku bila tiba masa raya sebab aku cuma ada dua orang adik saja. kami 3 beradik saja. keluarga aku kecil saja. jadi sebab itu aku mahukan 4 orang anak. meriah sikit kan? haha.

tapi apabila aku sudah berkahwin jawapan aku berubah sekali lagi. bila saiful atau orang lain tanya berapa bilangan anak yang aku mahukan? aku akan jawab kalau dapat sepasang pun dah bersyukur sangat. atau kalau dapat 3 orang pun dah ok rasanya. tapi bila aku tanya soalan yang sama dekat saiful, dia dengan pantas akan jawab 6 orang. aku pun terkedu juga bila dengar jawapan dari mulut saiful tu.

sebab apa jawapan aku berubah-ubah? sebab bila aku dah memiliki Raina Evaqairina dalam hidup aku ini baru aku tahu bukan mudah untuk membesarkan anak. kita sebagai penjaga mesti mahukan yang terbaik untuk anak kan? kita kena fikirkan soal susu, pampers, pakaian, makan minum, medical, insuran, saving bulanan dan sebagainya yang semuanya untuk anak. kalau di kira secara kasar aku dan saiful memperuntukkan bajet untuk raina lebih kurang RM700 - RM800 setiap bulan. dan kadang-kadang berlebih.

aku dan saiful dah cuba untuk kurangkan bajet ini contohnya percubaan tukarkan susu yang lebih murah seperti ducth lady dan lactogen tetapi Raina hanya serasi susu dari kumpulan enfa. sekarang Raina minum susu enfagrow A+. aku dah cuba untuk tukarkan jenama diapers Raina seperti drypers dan huggies tetapi raina hanya serasi diapers mamy poko. kulit dia jenis sensitif sebijik macam kulit aku. alahai apakan daya. bukan kami tak cuba untuk kurangkan bajet tersebut tetapi percubaan itu semuanya gagal. jadi demi anak kami tidak mahulah berkira-kira sangat.

ini baru seorang anak. bagaimana apabila ada anak 2,3 orang nanti? tentu-tentunya perbelanjaan makin besar kan? kita kena juga fikirkan nak bayar ansuran kereta, rumah, petrol, toll, loan PTPTN, bla bla bla kan?

jadi apabila aku sudah mempunyai anak sendiri ini baru aku sedar bukan mudah mahu membesarkan anak. aku teringat kata-kata ibu aku "ibu tak kisah anak sikit yang penting kualiti bukannya kuantiti. ibu nak tengok semua anak-anak ibu berjaya". terima kasih ibu. sebab aku rasa ada benarnya kata-kata ibu aku itu. Alhamdulilah aku dan adik-adik aku dah berjaya tunaikan impian ayah dan ibu kami untuk belajar sampai ke menara gading. kami cuba buat yang termampu saja.

jadi pendapat aku untuk zaman yang serba mencabar ini, untuk zaman yang kos sara diri yang tinggi ini, kuantiti anak bukanlah isu yang harus dibanggakan. tetapi apa yang penting kualiti anak-anak itu yang perlu di ambil perhatian dan dititikberatkan.

tepuk dada tanyalah selera anda. jika mampu apa salahnya kan? zuriat itu penghibur hati kita juga kan? semoga anak-anak kita dapat mempamerkan kualiti yang dapat sejukkan perut kita yang mengandungkan mereka ini. InsyaAllah.

Monday, December 13, 2010

Bercerita tentang azam lama dan baru

Untuk azam baru, rasa macam tak best nak nyatakan kat sini beriya-iya kan? biarlah aku pendam dalam hati saja. hehe. cuma ada beberapa perkara yang sedang aku laksanakan. antaranya ialah mulakan bisnes berkaitan apa yang aku study dulu secara kecil-kecilan.

cuma aku berharap kehidupan aku lebih bagus dari sekarang. aku harap dapat capai beberapa target yang aku plan selama ini untuk masa akan datang. InsyaAllah.

Azam baru : untuk tempahan boleh hubungi aku ye. lebih lanjut boleh lihat di di FB untuk permulaan ini :)


Azam tahun lepas boleh dikatakan sudah dapat dilaksanakan. selain perkara-perkara di bawah ini, ada lagi beberapa azam kecil yang dapat dilaksanakan. Syukur Alhamdulilah. Ada jugak beberapa perkara yang tak dapat aku capai. tapi aku akan cuba capai untuk masa akan datang. InsyaAllah.

Untuk semua client, terima kasih. jika berpuas hati bolehlah gunakan perkhidmatan ini lagi :).





Friday, December 10, 2010

Wahai jiwa yang tenang

Betul kata orang tua-tua kita perlu tenang dan sabar dalam apa jua keadaan. Jika kita terasa berat sebelah, terasa teraniaya atau apa-apa saja, kita perlu tenang dan sabar. InsyaAllah keadaan akan berpihak kepada kita.

Tuhan tidak kejam. percayalah. Tuhan masih ada di sisi kita. Tuhan sayang hamba-hambanya. Tuhan ada sebab mengapa kita di beri dugaan. Terima kasih Tuhan.

Ya Allah aku bersyukur kerana mood dan diri aku kembali kepada normal. w/pun tidak sepenuhnya tapi aku tetap gembira. ada lagi insan-insan di luar sana yang lebih susah hidupnya bukan? aku perlu bersyukur dengan apa yang ada. aku perlu bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.

semalam,
manager aku memberi pelbagai nasihat dan pendapat. dan setelah dipertimbangkan aku tarik balik resignation letter aku. terima kasih mr.tong.

tetapi keputusan aku ini sebenarnya lebih kepada demi seorang sahabat yang paling aku rapat di tempat kerja aku ini. sahabat aku ini sedang pregnant. hampir 3 tahun aku bekerja di sini, dialah sahabat yang paling aku rapat di sini. aku kasihankan keadaan dia jika dia keseorangan tanpa aku di sini.

aku cuba untuk bertahan selama mana yang mungkin. tapi jika keadaan di luar sana lebih baik aku terpaksa juga melepaskan peluang di sini untuk mencapai peluang yang lebih baik. cuma buat masa ini aku akan cuba sebaik mungkin di sini. apa yang penting rezeki yang halal bukan?

cerita lain yang buat jiwa aku sedikit tenang.

cerita ini adalah salah-satu yang buat aku sedikit gembira. terima kasih untuk client-client yang sudi menggunakan perkhidmatan kami adik-beradik. InsyaAllah akan ada product baru dari aku nanti. aku sedang usahakan. wish me luck :)



P/s : dalam misi promote our product. sesiapa mahukan seperti ini boleh contact aku yeah :)

Thursday, December 9, 2010

Hidup seperti roda

Dari zaman sekolah lagi aku disogokkan dengan ayat ini "hidup ini umpama roda. kadang-kadang kita berada di atas kadang-kadang kita berada di bawah". ayat umpama ini ada relevannya dan boleh digunapakai supaya diri kita ini sentiasa ingat dan sedar diri bahawa dalam kehidupan ini akan ada pahit, manis, masam, masin. semuanya ada.

mood aku ketika ini betul-betul down. perasaan down ini yang kadang-kala buat aku terfikir mampukah aku untuk bangkit semula dan berusaha mencapai segala impian dan plan-plan yang aku sendiri aturkan untuk diri aku ini.

arggghhhhh

hidup ini kadang-kadang kejam bukan? dengan manusia-manusia yang kejam dan tidak berhati perut. tapi aku? cuba juga untuk memberikan senyuman yang paling manis w/pun pada hakikatnya pahit untuk aku berikan. orang tua aku selalu ingatkan aku biar orang buat kita tetapi jangan sesekali kita buat orang. ok fine. aku redha dengan hukuman yang mereka cuba berikan terhadap kesilapan kecil aku itu.

dan aku rasa aku tidak boleh mempertahankan lagi kedudukan aku di sini. kedudukan yang cinonet ini tetapi membawa rezeki halal buat aku selama ini. keputusan ini sangat berat untuk aku lakukan tetapi aku yakin dengan keputusan ini.

sorry to say, i'm stick with my decision.
i'm so sorry.
from yesterday i tender resignation letter.

aku cuba untuk memberi impak baru sempena azam baru untuk tahun baru ini. Alhamdulilah Allah S.W.T memberi dugaan kepada aku tetapi Dia tetap memberikan aku berita gembira. Terima kasih Tuhan. Syukur Alhamdulilah.

Thursday, December 2, 2010

Tentang penjagaan gigi si kecil


Tak silap aku, raina tumbuh gigi seawal umur 6 bulan 3 minggu. Masa aku-mula-mula nampak ada sedikit putih-putih kat gusi raina tu, aku dah excited sebab tak sabar nak tengok gigi pertama raina keluar. Anak sulung memang macam tu kot. Apa-apa perkembangan yang berkaitan dengan pertumbesaran anak mesti excited lebih.

Gigi pertama raina sekali keluar 2 batang di bahagian gusi bawah. Orang tua-tua cakap gigi pertama elok tumbuh di bahagian bawah dulu kemudian baru di susuli dengan gigi bahagian atas. Aku pun tak tahu sebab apa orang tua-tua cakap mcam tu. Alhamdulilah raina tak meragam pun semasa proses pertumbuhan gigi pertama dia.

Selepas tu, tak sampai sebulan, keluar lagi 2 batang bahagian gusi atas pula. Masa nie raina meragam teruk. Sampai demam-demam jugaklah. Aku bagi raina grape water untuk legakan kesakitan pertumbuhan gigi-gigi tersebut. Alhamdulilah kesannya sungguh menakjubkan.

Dan sekarang raina sudah ada 8 batang gigi. Dan aku perasan ada lagi 2 batang gigi yang akan keluar dalam masa terdekat nie yang salah-satunya adalah di bahagian gusi belakang. apa namanya tu ye? gigi geraham ye? aku pun tak pasti.

Aku tak ada apa-apa tips pun nak bagi gigi baby tumbuh awal. Cuma yang aku ingat masa aku mengandung dulu aku memang kuat minum susu annum. sehari dua kali aku bedal minum. Aku juga minum air soya hari-hari dan aku amalkan minum air zam-zam. Aku tak sentuh ais dan air gas pun. Aku cuma minum air suam dan air yang tak berapa sejuk.

Dan aku tak amalkan bagi raina soother. Raina memang hisap soothers, tapi aku tak selalu bagi kat dia. Selalunya aku cuma bagi raina soother time raina nak tido je. Ada orang cakap tak elok amalkan soother kat baby. Sebab akan melambatkan pertumbuhan gigi. Aku pun tak tahu kebenarannya. Nak tahu lebih lanjut kena tanya pakar ye. Hehe.

Tapi dulu masa aku mengandung, aku memang ada buat pemeriksaan gigi di klinik. Aku pergi check, tampal gigi dan cuci gigi. Dan doctor tu ada bagitahu aku, semasa mengandung elok minum susu banyak-banyak tapi jangan terlebih ambil kalsium sebab ada kes ibu melahirkan anak yang keluar-keluar perut, baby tu dah ada gigi. Itu doktor tu yang cerita kat aku. jadi jalan penyelesaian, gigi tersebut akan di cabut sebab tak sesuai dengan usia baby. Itu adalah kes ibu mengandung terlebih ambil kalsium. So kepada ibu mengandung hati-hati ye.




Aku mula ajar raina berus gigi pada umur raina 6 bulan kot. Masa tu raina belum tumbuh gigi lagi. Sebab raina kan tumbuh gigi pada umur 6 bulan 3 minggu. Masa umur raina genap 6 bulan tu, raina dah mula makan solid food dan selepas makan, aku mesti beruskan gigi raina. So masa nie aku cuma berus bahagian gusi dan lidah raina.

Pendapat aku rasanya boleh kot kita berus gusi anak kita w/pun anak kita belum tumbuh gigi. Lagi-lagi anak yang dah mula makan solid food. Tapi kita kena beli berus yang sesuai untuk baby. Aku dulu beli berus khas untuk raina. Aku beli berus yang jenis silicone. Berus jenis nie lembut dan baby tak akan rasa sakit.

Sampai sekarang pun aku masih gunakan berus jenis silicone nie. Ada juga aku belikan raina berus biasa yang sesuai untuk kids tapi aku rasa buat masa nie aku lebih selesa pakai berus dari jenis silicone nie. Lebih mudah. Aku kan nak kerja yang mudah je. Hehe.

Yang bestnya sejak raina dah banyak gigi nie, kerja aku lebih mudah bila nak bagi raina makan biskut ke roti ke. Sebab raina dah pandai gigit dan kunyah makanan tersebut tanpa dihancurkan atau dilenyekkan terlebih dahulu. Cuma yang tak bestnya raina suka mengigit orang. Aku dah banyak kali terkena. Sabar je lah.

Tapi apa yang penting sekarang adalah proses menjaga gigi raina. Aku memang risau bab-bab berkaitan gigi nie dari dulu lagi. Sebab aku selalu terasa gigi aku tak cantik dan buruk. W/pun ramai yang cakap aku pi klinik ratakan gigi aku. Serius aku tak pernah rata atau asah gigi aku. Gigi aku memang dah macam nie dari dulu lagi.

Aku nak sangat gigi anak aku cantik seperti gigi catherine zeta jones.
Aku berangan.

Assalamualaikum.

Tuesday, November 30, 2010

Wajib baca : mandi wajib

Artikel ini aku hanya copy dan paste dari seseorang di FB. sebelum publish, aku telah meminta izin darinya yang menggelarkan namanya umi. cukup manis namanya. kepada umi, terima kasih kerana memberi persetujuan keizinan kepada akak.

NOTA AWALAN ENTRI : entri ini telah diringkaskan tetapi masih memelihara isi penting yang di tulis penulis asal. entri ini wajib di baca. ada ilmu yang hendak di kongsi bersama. selamat membaca.

info dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, di dapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh di pandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu di tocang atau di sanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah di buka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah di basuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak iaitu mandi wiladah.

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

aku harap ada ilmu yang dapat di pelajari dari artikel ini. bila aku baca artikel nie, aku jadi macam takut. aku takut kalau-kalau mandi wajib aku selama nie tak sah. ialah kita nak solat mesti dalam keadaan suci kan? jadi mandi wajib tu sangat penting.

paling aku terkilan sampai ke hari ni aku lupa nak mandi wiladah. serius aku terkilan sangat. sedangkan masa aku tengah pregnant dulu aku banyak kali ingatkan diri aku supaya mandi wiladah apabila selesai proses melahirkan anak. selepas habis pantang tak silap aku, baru aku ingat akan mandi wiladah nie. rasa nak tampar jer diri-sendiri. cit! macam mana aku boleh lupa.

sebenarnya mandi wiladah dan mandi nifas berbeza. ramai perempuan yang tak tahu akan hal nie. perasaan terkilan aku nie sampai membuatkan aku berkali-kali bertanyakan hal ini kepada ibu aku. jadi aku terpaksa juga buat w/pun selepas habis pantang. maksudnya, aku buat dan aku hanya redha je amalan aku nie kepada Allah S.W.T.

kita hanya manusia biasa. masih tahap belajar untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Monday, November 29, 2010

Cakap kosong

Aku sebenarnya paling tak selesa dan kalau boleh nak hindar terus dengan orang yang jenis suka cakap lebih-lebih tetapi apa yang dicakapkan tu hanya cakap-cakap kosong saja. Cerita bagai nak rak ada itu ini, nak buat itu ini tapi sebenarnya tiada satu point pun cakap-cakap itu boleh digunapakai. Senang cerita tak perlu ambil pusing semua cerita yang diceritakan oleh orang jenis macam nie.

Tapi selalunya jika aku tak mahu kecilkan hati sesiapa aku akan jawab seperti “oh ye ke?” atau “ohhh” ataupun paling simple aku akan diam tanpa bercakap apa-apa, angguk-angguk sikit dan senyum saja.

Aku banyak kali jumpa orang yang suka cakap-cakap kosong macam nie. Dia cakap dia banyak kawan dengan golongan orang yang berada dan berharta dan boleh tolong dia untuk buka bisnes itu ini dan kalau nak duit tu anytime seperti petik jari saja dah boleh dapat. Nak beli kereta besar, nak buat rumah besar dan paling kelakar sekali nak tolong aku dapatkan kerja dalam sektor government. Katanya dengan pengaruh yang dia ada aku akan senang dapat keja government. Pengaruh apa yang dia ada sedangkan diri-sendiri pun tak bekerja. Kenapa tak dia sendiri yang kerja government tu? Aku pelik bila dia mula memperkatakan tentang ini. Tapi aku selalunya sekadar senyum saja.

Nak ‘kencing’ tu agak-agak lah bro.

Ada juga orang yang jenis suka mengangung-agungkan suami. Bagitahu suami kerja bagus gaji mencecah RM5000 ke atas. Ada 3,4 biji kereta. Tiap-tiap bulan suami bagi duit sekian sekian amount, bla bla bla. Tapi bila psycho sikit baru tahu dia cakap kosong rupa-rupanya. Nak tak nak senyum dan layan sajalah dia bercerita.

Tapi bagi aku kisah hal dalaman dan celah-celah kain rumahtangga tak perlu kot nak cerita kat orang lain. Rasanya memang tanggungjawab suami pun nak bagi duit tiap-tiap bulan tu tapi tak perlulah kot nak dedahkan berapa amount duit yang di beri suami. Itu not nice. alamak dah terlari sikit dari topik asal. Maaf ye.

Ok berbalik pada cerita asal,

Kadang-kadang aku terfikir-fikir kenapa ada orang jenis ini. Dan aku buat kesimpulan sendiri, mungkin orang jenis macam nie dia teringin nak jadi seperti orang lain yang hidupnya lebih baik dari dia tapi nasib dia tidak sehebat mana. Jadi jalan terbaik untuk puaskan hati sendiri adalah dengan cara bercakap kosong seperti angin yang berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan pun.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, lebih baik orang yang suka cakap kosong dari orang yang suka cakap putar-belit dan menipu orang. Lagi pening kot nak layan orang jenis cakap putar-belit kan?

Apa-apa pun apa yang penting orang tu tak kacau dan ambil tahu tentang hidup kita, itu sudah cukup baik bagi aku.

So layan sajalah cerita-cerita mereka. Bukan luak pun :).

Friday, November 26, 2010

Isu kurus gemuk

alangkah bestnya jika jadi seorang perempuan yang kurus? semua jenis baju dan fesyen boleh sarung. beruntung sekali.

baru-baru nie adik aku ada shoot untuk model yang cantik, kurus bla bla bla. memang cantik okeh model nie. make up simple-simple pun nampak cantik. kenapa kebanyakan model mesti ada pakej dia kena kurus? jarang sekali orang nak shoot model yang gemuk dan tak mempunyai bentuk badan yang menarik. contohnya macam aku nie. hehe.



kalau nak tahu, ibu aku baik hati meminjamkan semua koleksi baju-baju dia semasa zaman muda dan anak dara dulu. cuba tengok model tu pakai baju tu? macam longgar sikit kan? tapi hakikatnya baju tu memang kecik yang amat. ini bermakna model itu sangat kurus.

bayangkan aku sendiri pun tak boleh sarung baju-baju koleksi ibu aku tu. dulu sebelum aku kahwin adalah sehelai dua yang aku boleh sarung tapi itupun macam sendat dan susah aku nak bernafas. seksa siot. kasihan betul kat aku.

ibu aku cakap, dia lebih kurus dari aku semasa zaman anak dara dulu. aku dengar pun macam tak boleh terima kenyataan. ibu aku cakap zaman dulu dia mana ada nak amalkan makan KFC ke MC D ke. ibu aku amalkan makan ulam-ulam, sayur yang pahit-pahit dan entah apa-apa lagi. sampai sekarang ni pun ibu aku masih amalkan.

aku?
jangan harap aku nak makan sayur yang pahit-pahit tu.

aku rasa dah macam putus asa nak diet. aku macam redha je. tapi bila aku pandang saiful aku jadi risau semacam. aku risau dan terfikir-fikir apalah agaknya dalam hati dan otak saiful kutuk bentuk badan aku nie. ke aku sorang je berperasaan macam tu? entahlah.

tapi suami kena jaga jugak kan? tak kan nak selekeh jer memanjang.
tak pe lah aku cuba juga mencantikkan diri aku nie.
InsyaAllah aku cuba yang terbaik.

P/s : aku makin galak belajar make up. terutamanya belajar bagaimana nak bagi mata nampak cantik. wahhh cantik sangat ke? nurul, jangan perasan.

Tuesday, November 23, 2010

Setahun Raina Evaqairina


Sepatutnya entri ini aku nak buat pada 19/11/2010 hari tu sempena genap umur raina setahun. Tapi dari pagi raya aidiladha tu selepas saiful selesai solat raya terus kami balik banting. Kebetulan aku memang cuti panjang. Saja nak habiskan masa bersama family. So niat nak menulis kat blog nie aku tangguhkan disebabkan servis broadband pun lembab.

Aku sampai sekarang macam tak percaya anak aku tu dah setahun umurnya. Aku rasa macam aku baru saja melahirkan dia dan baru saja mengalami proses berpantang. Cepat betul masa berlalu.

Aku dah lama nak buat entri nie. Sebelum umur raina setahun pun aku dah ada niat nak buat entri khas untuk raina sempena umur raina setahun. Sebab selalunya aku selalu berbual-bual dengan raina ceritakan detik macam mana aku mengandungkan dia, macam mana aku melahirkan dia dulu. w/pun aku tahu raina tak faham lagi apa yang aku ceritakan.

Pernah beberapa kali tu masa aku tengah syok sangat cerita dengan raina aku tak perasan yang air mata aku keluar. Nak tahu apa respon raina? Dia akan tepuk-tepuk pipi aku dengan tangan dia. Kadang-kadang dia lagakan pipi dan muka dia kat muka aku. Mungkin dia nak pujuk aku kot.


Untuk Raina Evaqairina,

Kalau raina nak tahu mama mengandungkan raina selama 9 bulan lebih. Masa mama mengadungkan raina, macam-macam dugaan yang mama tempuh. Dulu papa selalu outstation. Mama jarang jumpa papa. Kadang-kadang seminggu cuma sehari je mama jumpa papa. Tapi mama tak kisah sangat sebab masa tu mama dah ada raina. w/pun raina masih dalam perut tapi mama rasa raina sentiasa ada dekat dengan mama.

Bila mama rindu papa ke, bila mama tengah tension ke, bila mama tengah hepi ke semuanya mama akan ceritakan kat raina sambil usap perut mama. raina ingat lagi tak mama selalu buka CD Al-Quran bagi raina dengar? Raina ingat lagi tak mama nyanyi lagi ABC, 123, selawat semua tu? Raina selalu akan bergerak-gerak dalam perut mama bila mama nyanyi atau bercakap dengan raina. Raina suka ye?

Kalau tak silap mama pada usia 7 bulan mama mengandungkan raina, mama jatuh teruk depan opis mama Masa tu mama rindukan papa. Fikiran mama melayang entah ke mana sampai mama tak sedar mama terjatuh. Mama menangis risaukan raina.

Malam tu lepas berbuka puasa, terus tok wan raina bawa mama pergi klinik. Doctor lakukan full detail scan 3D/4D. nasib baik raina tak apa-apa. Tapi sampai sekarang mama ingat lagi raina jelirkan lidah masa doctor sedang imbas perut mama. doctor pun tergelak tengok aksi raina. Nakal betul raina ye. Marahkan mama ye sebab mama jatuh. Maafkan mama ye raina.



pada minggu ke 37 pagi khamis tu, mama dah dapat rasakan yang mama akan bersalinkan raina. Sebab pagi tu mama tengok ada keluar tanda berupa darah. Tapi mama gagahkan juga pergi opis. Kalau raina nak tahu mama drive sendiri pagi tu. Sebab papa ada keja luar. mama pun tak kisah sangat masa tu sebab papa kerja pun cari rezeki untuk kita.

Papa cakap dia tak tahu pun kalau keluar tanda darah tu bermaksud mama akan bersalin dalam waktu terdekat. itu pun kawan papa yang bagitahu papa. Maklumlah anak sulung. Mana papa tahu kan?

Petang tu mama pergi ke hospital dengan papa, tok wan dan pak usu. masa tu mama dapat rasakan kerisauan semua orang. Tapi semasa dalam kereta on the way ke hospital, mama berlagak cool dan relaks saja. Sedangkan masa tu mama dah sakit sangat. Rasa macam nak menjerit sekuat hati saja.

Ketika di hospital, mama dah rasa seram sejuk. Mama takut sangat. Tapi mama rasa sakit contraction tu mengatasi segala ketakutan mama ketika itu. Mama redha saja. Kalau raina nak tahu mama tak pandai push nak keluarkan raina. Puas doctor dan nurse ajar mama. nasib baik papa raina ada kat sebelah mama bagi semangat.

Disebabkan mama tak pandai curi nafas ketika push nak keluarkan raina kepala raina yang dah keluar separuh itu termasuk balik entah berapa kali mama tak pasti. Sebab itu bahagian belakang kepala raina sampai sekarang ada sedikit lekuk. Maafkan mama ye raina.

Alhamdulilah raina dilahirkan sempurna. Mama bersyukur sangat. Masa tu semua orang termasuk doctor dan nurse yang sambut raina cakap kat mama raina dilahirkan dengan rambut lebat, hidung mancung tapi mata raina sepet sikit. Hehe. Raina banyak ikut muka papa. Sampai sekarang pun muka raina sebijik macam papa.


Bermula saat itu mama dan papa belajar menjaga raina. Banyak yang mama dan papa belajar. Memang mencabar nak jaga raina semasa mama dalam pantang dulu. Raina susah nak tido malam. Tapi raina suka tido pada sebelah siang.

Mama dan papa juga melihat perkembangan raina dari raina tak pandai apa-apa sampai raina dah pandai dan belajar macam-macam sekarang. Alhamdulilah. Mama nak tuliskan semua perkembangan raina dalam entri ini. Supaya nanti bila raina dah besar nanti bolehlah raina baca apa yang raina belajar semasa kecil dulu tau.



Usia 3 bulan : raina dah pandai meniarap. Masa ni mama risau sebab mama tengok ada anak kawan mama pada usia 2 bulan lebih dah pandai meniarap. Alhamdulilah pada usia 3 bulan akhirnya raina pandai meniarap. Raina juga dah pandai pegang botol susu sendiri w/pun masih tidak kukuh.

Usia 4 bulan : raina dah pandai berguling-guling. Sampai sekarang kalau mama tengok video raina belajar berguling tu mama akan gelak. Sebab aksi raina tu betul-betul mencuit hati mama.

Usia 6 bulan : raina dah pandai duduk sendiri. Raina juga dah belajar mengengsot, mara dan merangkak. Raina juga dah mula tumbuh gigi dan mama ajar raina berus gigi. Raina juga dah pandai sebut perkataan “mama”. mama rasa ketika umur raina 6 bulan ini banyak sangat yang raina belajar.

Usia 7 bulan : raina makin laju merangkak. Raina juga dah pandai berpaut dekat mana-mana untuk berdiri.

Usia 8 bulan : raina dah mula berdiri dan lepaskan kedua-dua tangan raina dan mula nak belajar bertatih. Masa ni mama yakin yang raina akan berjalan pada usia 9 bulan atau 10 bulan. tetapi semasa raina kemaruk nak belajar bertatih raina kena demam panas dan juga demam campak. Terus raina tak mahu bertatih lagi. Puas mama pujuk dan ajar raina. Masa tu mama redha saja jika impian mama nak tengok raina berjalan awal tidak kesampaian.

Usia 10 bulan : masa nie raina kembali kemaruk nak bertatih semula. Masa nie mama hepi sangat sebab raina nak buat bertatih semula.



Usia 11 bulan : raina dah pandai berdiri sendiri. Bila mama cakap “up raina” terus raina berdiri sendiri dan berjalan. Masa nie mama, papa, atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu semua tak percaya secara- tiba-tiba raina berjalan bertapak-tapak di rumah atok dan tok wan. mama pelik kenapa raina tak selalu buat bertatih di rumah sendiri. Tok wan raina cakap mungkin rumah atok luas jadi raina lebih selesa berjalan bertapak-tapak tu di rumah atok. Alhamdulilah sekarang mama tengok raina makin laju berjalan w/pun kadang-kadang raina terjatuh ketika berjalan.

Impian mama tetap tercapai mahu lihat raina berjalan sebelum umur raina setahun. Jadi mama tak percayakan cakap-cakap orang atau mitos yang mengatakan kalau baby tumbuh gigi dulu kemungkinan lambat berjalan. Sebab raina tumbuh gigi pada usia 6 bulan tapi raina juga dapat berjalan awal pada usia 11 bulan. mama yakin semuanya bergantung pada tahap kecergasan setiap baby itu sendiri dan pendedahan yang dilakukan untuk support setiap baby itu. Apa-apa pun mama bersyukur sangat. Alhamdulilah.

Oklah raina, mama harap raina menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Mama harap raina menjadi manusia yang berguna kelak. Raina jangan lupa pengorbanan mama melahirkan raina. jangan lupa juga pengorbanan papa juga yang bekerja keras mencari rezeki untuk kita. Lagi satu jangan lupa juga jasa atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu. kami semua sayang kat raina.

I love u Raina Evaqairina :)

Friday, November 12, 2010

Tentang gambar dan video





Selamat petang :)

berkaitan flyers di atas, ini adalah bisnes adik-adik aku sebenarnya. ayat macam ramai sangat adik aku kan? adik aku cuma dua orang je :). aku yang sulung. sebagai kakak yang sulung aku secara sukarela membuat entri nie. harap adik-adik aku hargai kakak diaorang nie okeh.

untuk photographer tu dikendalikan oleh adik bongsu aku. dia nie dulu lebih kurang anak murid aku dalam hal editing gambar. tapi sekarang nie dia dah melawan sifu nampak gayanya sejak sambung belajar nie :). Alhamdulilah berkat kesunggahan dia pergi outting dengan bro kukubesi dan seangkatan dengannya dalam bidang nie nampaknya makin membuahkan hasil. Alhamdulilah. masih tahap budak baru belajar. InsyaAllah aku sebagai kakak doakan yang baik-baik saja.

untuk videography, dikendalikan oleh adik prempuan aku bersama suaminya. rasanya tak perlu risau bab kualiti sebab adik ipar aku tu memang berpengalaman dalam bidang penyiaran dulu. aku pun dah tengok beberapa contoh video client mereka. memang superb dan sesuai dengan harganya.

kepada sesiapa yang mahukan gambar atau video pada harga berpatutan, bolehlah mencuba perkhidmatan adik-adik aku nie. InsyaAllah kami akan cuba berikan yang terbaik untuk anda :)

Thursday, November 11, 2010

Entri pendek (1) : sms

Semalam saiful sms aku bertanyakan sesuatu.

saiful : "sayang dah sampai ke?" (maksud sms saiful nie bertanyakan samada aku dah sampai office atau belum).

dalam hati aku berkata 'laki aku nie bodek ke?' sebab malam sebelum tu aku merajuk tak mahu bercakap dengan saiful. dia masakkan mee tapi aku tak mahu makan malam tu. alasan aku adalah diet. padahal perut aku dah berbunyi. segala macam bunyi ada.

aku : "amboi" (aku tertekan button hp aku tulis perkataan AMBOI bukan perkataan BODEK)

itulah dalam hati nak tulis lain tapi tangan laju jer tekan tulis lain. entri ini tiada apa-apa motif sebenarnya. cuma kesimpulannya jika mahu menulis otak, hati dan anggota badan kena sama berhubung supaya hasil yang dikeluarkan sama dengan apa yang berada di dalam otak pemikiran kita.

ok itu saja.
selamat petang :)

Wednesday, November 10, 2010

Saling memerlukan tapi ada batasan

Kebiasaannya setiap pasangan memerlukan antara satu sama lain. tidak kiralah pasangan suami isteri atau pasangan yang tengah kemaruk bercinta. memerlukan dari segi bantuan pertolongan contohnya.

jika pasangan suami isteri, selalunya isteri yang banyak bergantung dengan suami. aku memberi pandangan ini atas pemerhatian aku. aku tak cakap semua macam tu. segelintir saja. tapi kebanyakan macam tu kan?

nak bayar bil seperti bil api, bil air mesti berharap suami yang uruskan.
nak pergi ke kedai beli santan kelapa pun minta tolong suami.
nak beli lipstik yang dah habis pun minta suami temankan.
ini sebagai contoh saja.

alasan isteri?
tak reti nak bayar bil-bil tu sendiri. malu.
tak pandai drive. macam mana nak pergi ke kedai?
siapa nak uruskan anak jika keluar berdua saja dengan anak?

itu semua jawapan yang sangat tipikal bagi aku.

lainlah kalau suami free dan ada masa yang sangat banyak untuk bersama isteri dan anak. kalau situasi macam ni oklah. boleh di terima dek akal. boleh keluar bersama-sama dengan suami. dan suami juga boleh uruskan segala urusan yang berkaitan hal rumahtangga.

tapi kalau suami yang selalu pergi outstatsion atau ada hal lain yang lebih penting bagaimana? isteri pula keras hati tak mahu uruskan semuanya sendirian. nak tunggu suami jugak uruskan. suami pun bebel-bebel minta berdikari sendiri tanpa bergantung sangat dengan suami. tapi isteri tetap keraskan hati. alasan isteri, dia perempuan dan suami pulak lelaki. jadi suami yang harus uruskan semuanya.

huh! alasan yang tak boleh digunapakai okeh.

bagi aku, kita sebagai isteri memang memerlukan suami kita tapi ada batasannya. kita sebagai isteri perlu juga belajar berdikari. maksud aku di sini, kita tak perlu terlalu nak bergantung dengan suami. isteri perlu belajar drive untuk keperluan diri sebenarnya. isteri perlu belajar buat sesuatu itu sendiri seperti pergi ke kedai sendiri sebagai contohnya.

macam aku pulak, memang aku dah biasa berdikari sendiri. sebab saiful pun memang jenis kerja luar. dulu dia selalu tak ada di rumah. sejak ada anak ni saja dia banyak habiskan masa kat rumah. jadi aku macam dah terbiasa uruskan sendiri jika saiful kerja luar atau ada hal yang lebih penting.

sudah jadi kebiasaan aku, jika saiful tak ada kat rumah dan memerlukan aku keluar untuk membeli barang dapur contohnya, aku dan raina akan keluar berdua saja. memang mencabar jugaklah. tapi aku bagi raina duduk dalam troli dan aku tolak jer troli tu. senang bukan? hehe.

pernah sekali tu aku terpaksa drive berdua saja bersama raina dari rumah family di banting untuk pergi ke PJ tak silap aku. aku memang dah terbiasa drive sendirian bawak raina. maklumlah saiful kadang-kadang kerja tak tentu masa. Alhamdulilah raina jenis senang nak duduk dalam kereta jika kita pasangkan radio atau CD Al-Quran. dia memang layan habis radio dan CD Al-Quran tu. kadang-kadang sampai tertidur. so senang sikit kalau aku nak drive.

so pada pendapat aku, isteri perlu juga belajar berdikari. jangan terlalu bergantung dengan suami. cuba jadi seorang perempuan yang boleh buat apa saja tanpa bantuan suami. jangan tunjuk sangat yang perempuan ni lemah dan tak kuat. sebenarnya lelaki lebih suka dan lebih sayang dengan perempuan yang pandai berdikari tanpa banyak bergantung denganya.

perempuan kan hebat? :)

Tuesday, November 9, 2010

Continue : jadual pemakanan si kecil (part 2)

Assalamualaikum :)

Dapat aku rasakan yang aku dah mula malas nak update blog. aku selalu tersidai kat twitter. Sampai nak jenguk blog sendiri pun macam ada satu perasaan malas jer. Ok hari nie aku cuba rajinkan diri aku untuk menulis.

Di entri yang lepas aku berjanji nak share jadual pemakanan Raina kan? ok hari nie aku cuba share apa yang patut. jika ada menu yang lebih bagus dan lain dari menu aku nie bolehlah share dengan aku ye.

Sebenarnya aku tidaklah hebat mana dalam memasak. semasa mula-mula nak sediakan bubur Raina pun aku terkial-kial belajar dari ibu aku. Selepas tu, untuk mahirkan skill memasak aku tu, aku belajar dengan Saiful. Segan sebenarnya nak tulis kat sini. tapi terpaksa mengaku.

Alhamdulilah sekarang aku dah mahir buat bubur dan macam-macam menu untuk Raina. Berkat belajar dari orang yang lebih tahu. Syukur Alhamdulilah.

Aku tak pasti jadual pemakanan anak orang lain macam mana tapi untuk anak aku nie memang kadang-kadang lebih 3 kali makan dalam sehari. Raina memang kuat makan walaupun badan dia kecik jer sebenarnya. Cuma nak bagi Raina makan tu kena bersikat sikit. Sebab Raina suka menepis-nepis dengan tangan. Tapi dia memang suka makan. Tengok pada mood Raina. Berat badan dia pun yang terbaru cuma 8.4kg. Alhamdulilah doctor kata normal dengan berat Raina semasa lahir dulu yang sememangnya kecik jer 2.37kg. Apa-apa pun yang penting anak sihat kan?





Jadual pemakanan raina
pagi :
- sarapan dengan nestum. kadang-kadang di beri buah macam pisang. Ikutkan tak elok kita amalkan nestum ni. Terpulang pada masing-masing
- area pukul 11 pagi Raina wajib minum glukose dalam 2 hingga 3 ouz
- selepas tu jika Raina masih lapar, Raina di beri biskut. jenis biskut antaranya farley's rusks dan biskut tiger.

tengahari :
- menu biasa adalah bubur. Ok bahan-bahan untuk bubur Raina yang wajib mestilah kentang, lobak merah, sayur bayam atau brokoli juga kismis. empat bahan-bahan ini mesti ada dalam bubur Raina.
- untuk tambahan, aku letak ayam dan udang. aku jarang letak ikan sebab untuk bubur lebih tahan lama tanpa berbau agak kuat semasa dibekalkan kepada babysitter Raina. menu ikan selalunya aku letak semasa aku cuti di hujung minggu saja.
- untuk tambahan lagi, kadang-kadang aku letak kurma dan kacang soya di dalam bubur raina.
- ikan bilis yang goreng tanpa minyak dan di kisar untuk di letakkan di dalam bubur.
- selepas makan, raina wajib minum air ribena. selalunya time aku cuti air ribena wajib di minum pada sebelah siang. jika time aku bekerja air ribena di minum pada sebelah malam.

petang :
-masih menu bubur. bahan-bahan sama seperti bubur untuk tengahari.

malam :
- pisang di campur kismis. kadang-kadang aku gantikan dengan buah lain seperti betik.
- biskut jika raina masih lapar.
- sosej yang di rebus. di beri seminggu 2 atau 3 kali.
- Raina wajib makan yogurt seminggu 2 atau 3 kali.
- di beri juga buah prune seminggu 2 atau 3 kali.
-air ribena diberi minum. selepas minum air ribena baru raina minum susu sebelum tidur.

(P/s : beri makan pada waktu malam area pukul 7.00 atau 7.30 malam. tidak boleh lewat sebab untuk memudahkan baby tidur ikut masa yang di tetapkan. sosej, yogurt dan buah prune selalunya diberi mengikut giliran dan hari tertentu dalam seminggu bukan diberi sekaligus.)

vitamin, makanan dan minuman tambahan yang lain
- appenton yang jenis cecair di campur ke dalam susu. susu yang di campur appenton ini di beri pada Raina sebelum tidur.
- scott's emulsion di beri kepada Raina sebelum tidur jugak.
- sesekali Raina di beri air buah seperti air tembikai atau oren.

susu
walaupun umur Raina hampir setahun, raina masih tetap kuat menyusu. Raina cuma minum 5 ouz susu tetapi minum berulang-ulang kali dalam sehari.

air kosong
secara jujurnya, Raina tak suka minum air kosong. perkara nie pernah buat aku bimbang. jadi jalan penyelesaian, aku berikan raina minum air kosong ini dengan banyak apabila tiba waktu makan utamanya dan selepas makan vitamin.


tips untuk di kongsi :

1) secara jujurnya aku tak gunakan blender untuk kisar bubur. aku lenyek secara manual menggunakan penapis untuk dapatkan hasil yang lebih halus. dan sekarang Raina sudah ada 8 batang gigi jadi aku buat bubur sedikit kasar bersesuaian dengan Raina.

2) kismis : untuk menarik minat si kecil makan permulaan sampai hari ini aku akan campurkan kismis dalam setiap menu raina.

3) ikan bilis : di goreng tanpa minyak dan di kisar halus untuk menggantikan garam. permulaan boleh digunakan untuk menggantikan garam. jika dah besar sikit bolehlah letak sedikit perisa garam.

4) selain kismis boleh juga gantikan dengan kacang soya atau kurma untuk pelbagaikan rasa.

5) vitamin : diberi untuk menaikkan selera makan dan mengelakkan dari sebarang kesakitan. InsyaAllah.

6) Air ribena mestilah yang jenis jus yang perlu dibancuh dengan air kosong tanpa gula. bukan air ribena yang di beli dalam kotak. sebab ribena yang jenis dalam kotak itu sudah mengandungi gula.

Oklah itu saja jadual pemakanan anak aku. kalau tak faham tanyalah. jangan segan-segan dan cuba buat andaian sendiri. aku pun masih belajar lagi. selalunya aku tanya kat nurse, doctor atau orang yang berpengalaman. kalau korang ada menu yang lebih best bolehlah berkongsi dengan aku ye :)

Tuesday, November 2, 2010

Ulangtahun perkahwinan kedua kami

Cak :)

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

sepatutnya entri nie aku buat semalam. seperti tahun lepas, aku lewat lagi membuat entri tentang ulangtahun perkahwinan aku dan saiful.

semalam 1/11/2010 genap usia perkahwinan aku dan saiful 2 tahun. dah 2 tahun aku jadi isteri kepada saiful. Alhamdulilah kami bersyukur dengan perhubungan ini dan Alhamdulilah aku dan saiful di beri rezeki menimbang zuriat sendiri sekarang. raina evaqairina adalah harta paling penting dalam hidup kami sekeluarga sekarang.


Yuhuuu :)

Kami :)

bagi aku usia perkahwinan aku yang 2 tahun ini masih baru lagi. aku masih mentah lagi dalam bab selok-belok menjaga sebuah perkahwinan itu. aku masih tahap belajar lagi. aku berharap aku dapat belajar lagi dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

Aku juga berharap aku dapat menjadi isteri yang lebih baik seperti rajin memasak, mendengar kata suami, tidak merajuk tak tentu pasal sebagai contohnya. Alhamdulilah sekarang aku dah pandai sedikit memasak. dan bila mood rajin datang aku sendiri yang akan masak untuk saiful w/pun saiful melarang aku dari berbuat demikian. aku tak tahulah maybe hobi dan minat saiful adalah memasak kot.

aku juga dah pandai kawal perasaan merajuk aku. aku tak seperti zaman bercinta dulu mahu selalu merajuk. aku rasa aku patut lebih matang mungkin bila sudah bergelar mak budak bukan? satu perkembangan yang baik untuk diri aku.

cuma aku nak sangat perangai degil aku nie dapat dikurangkan. aku memang degil sikit. ibu aku cakap aku keras kepala dan tak mudah mengalah. hehe. aku rasa saiful pun dah faham sangat perangai aku yang itu.

mudah-mudahan aku dan saiful dipermudahkan dalam urusan hubungan suami isteri ini. InsyaAllah :)

P/s : aku tahu masih ada orang menunggu entri tentang majlis kahwin keseluruhan aku. tapi aku rasa masa tak best nak buat entri tentang ini bila majlis aku tu pun dah tahap basi. masih ramai yang tak henti-henti email aku tanya macam-macam. terima kasih ye. aku rasa better aku menjawab segala pertanyaan di email atau dengan cara yang lain. InsyaAllah aku akan menjawab segala pertanyaan tersebut :)

Thursday, October 28, 2010

Jadual pemakanan si kecil (part 1)

mari makan :)

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri tentang nie. tapi bila ada 2,3 rakan bloggers dah buat entri nie dan ada yang minta pendapat so aku hanya beri komen kat entri mereka dan hold dulu penulisan tentang ini. so masa ni kami share dan bertukar pendapat. aku rasa sangat beruntung kenal mereka nie w/pun ada yang belum aku pernah jumpa lagi setakat nie.

aku mula beri raina solid food sepenuhnya pada usia raina 6 bulan. aku memang seorang mama yang agak skima dangan mengikut peraturan yang betul. aku tak peduli orang lain nak kata aku kuno, skima atau apa sekalipun. sebab apa-apa perkara itu aku refer dengan ibu aku dan juga doktor raina.

bayangkan betapa aku skima apabila memulakan memberi raina susu bercampur nestum yang di bancuh cair-cair kemudian dimasukkan ke dalam botol susu pada usia raina 5 bulan lebih. kebayakkan kawan-kawan, sedara-mara aku suggest kat aku suruh berbuat demikian pada usia raina 2 bulan. mustahil aku akan turuti. maaf.

aku punya berkeras hati tak mahu melakukan seperti apa yang dinasihatkan. sebab aku tahu saluran usus baby pada usia 2 bulan tidak matang lagi dan masih kecil. even baby sudah berusia 3,4 bulan sekali pun saluran usus baby masih tidak matang lagi. jadi aku nasihatkan janganlah teruja sangat nak beri anak solid food tanpa fikir akibat di kemudian hari nanti.

jangan risau baby lapar. jangan risau baby tak kenyang dengan hanya minum susu. itu semua mitos semata-mata. percayalah. aku beri raina solid food sepenuhnya pada usia raina genap 6 bulan tapi sebelum nie aku tengok raina ok saja tak ada pun kebuluran. Alhamdulilah.

aku pernah melihat beberapa contoh dalam pertumbesaran seorang budak kecil. semasa baby budak nie dah di beri susu bercampur nestum. masa tu mak budak tu baru jer habis pantang tak silap aku. dan dalam masa yang sama apabila budak tu meningkat besar sikit di beri makan solid food. tapi bukan dalam bentuk bubur tetapi nasi yang di kunyah-kunyah halus kemudian di suapkan kepada budak tu yang ketika itu masih baby. alasan penjaga, anak mereka tak suka makan bubur. sudah cuba banyak kali. alasan apakah ini?

terus-terang aku katakan memberi budak kecil makan memerlukan kesabaran ye. memang kadang-kala anak kita tak mahu makan. mungkin dia tidak serasi lagi dengan keadaan pemakanan itu. jadi kita sebagai orang dewasa kena slow-slow pujuk dengan sabar.

mula-mula dulu aku tak tahu tentang ini. apabila aku beri raina makan pada usia 6 bulan, raina tolak dan sembur-sembur makanan tersebut kat muka aku. tapi apabila ibu aku bagi raina makan dengan pelbagai teknik menarik perhatian raina, laju saja raina makan. pernah tok wan raina bagi bubur dekat raina habis sampai 9 ouz sukatan bubur tersebut ye. oh ye ibu aku ada mangkuk khas untuk bubur yang mempunyai sukatan. so aku boleh tahu berapa ouz raina makan ketika itu.

berbalik kepada budak kecil tadi, apabila budak tu sudah berusia setahun lebih berat dia tidak normal. bila doktor check puncanya adalah kerana memberi solid food pada masa yang belum sepatutnya dan tidak memberi makanan mengikut peraturan yang betul. serius aku tengok sendiri budak nie mula-mula masa baby memang tembam bam bam ye.

semua orang dok puji tembam bam bam. ialah pada usia seawal 2 bulan sudah diberikan nestum. mana tak tembam bam bam bukan? tapi apabila sampai satu peringkat badan budak nie susut dengan mendadaknya. sampai sekarang badan budak tu kecil. berat dia tak sepadan dengan umurnya.

so kesimpulan di sini ikutlah peraturan yang betul. jangan kerana keterujaan mak bapak yang mahu anak makan solid food anak pulak yang jadi mangsa. dulu masa raina belum genap usia 6 bulan, memang aku kasihan bila tengok mulut raina terkulat-kulat seolah-olah dia pun nak rasa apa yang aku dan saiful makan. tapi aku memang keras hati tak akan bagi bila belum tiba masanya.

tapi terpulanglah kat mak bapak macam mana mendidik anak mereka. aku tak salahkan mereka. sebab masing-masing ada alasan dan cara tersendiri bukan? ok stop sini dulu nanti aku sambung lagi. aku nak share jadual pemakanan raina pulak. mana tahu nanti boleh kita bertukar pendapat dan share idea tentang pemakanan si kecil pula :)

Wednesday, October 27, 2010

UITM tetap di hati

Abaikan editing gambar aku yang buruk dan macam tak matang nie ok. ini gambar lama aku di friendster :D

Hari nie secara tiba-tiba ruby ex-classmate aku di UITM dulu inbox aku di facebook. baru aku tahu dia sekarang berada di taiping disebabkan suami dia bekerja di sana. serius aku tak tahu perkembangan dia tentang ini. aku jumpa dia yang paling latest pun masa wedding dia di shah alam. masa tu aku tengah sarat mengandungkan raina. selepas itu seolah-olah kami seperti lost contact dan tiada connection langsung.

nasib baik ada FACEBOOK!
w/pun aku sekarang macam ada perasaan muak terhadap FB tp ada kalanya FB ini ada kebaikannya. seperti boleh berhubung terus dengan kawan lama misalannya.

ruby kata sejak dia kahwin dan ikut suami duduk taiping dah macam duduk oversea pulak. langsung tak ada connection dengan kawan-kawan tak boleh nak jumpa macam dulu-dulu. iyelah kan takkan nak turun KL jer sepanjang masa kalau dah duduk negeri selain KL atau selangor bukan?


Muka aku semasa menjadi tunangan orang dan zaman anak dara :)

Alhamdulilah w/pun aku konvo dah lama pada 2008 tapi dalam hati aku tetap ingat kat ex-classmate aku dulu. aku tak pernah lupa. kami dah lalui macam-macam semasa zaman study dulu. design kena pijak dan kena campak dengan lecturer, kena maki-hamun dengan lecturer sebab design atau idea macam orang kampung, kena saman dengan pak guard (sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa pak guard baling batu kat kereta semasa aku tengah drive tanpa sticker pelajar. nasib baik cermin kereta tak pecah) dan macam-macam lagi okeh. kami lalui sama-sama.

bila masing-masing dah kahwin dah buat haluan masing-masing maka kami jadi jarang berhubung. bayangkan sahabat aku paling rapat, morlee nama dia itu pun aku dah jarang berhubung. serius aku sedih.

pada hal dulu masa aku dan dia tengah kemas-kemas barang nak balik rumah selepas habis final exam punyalah kami berperasaan sedih dan berjanji walau apapun terjadi jangan sampai lost contact. tapi sekarang apa cerita?

kadang-kadang bila aku lalu seksyen 7 tu, nak saja aku masuk UITM tu dan apabila pak guard tahan, aku akan jawab "saya rindu dengan UITM. saya nak masuk ronda-ronda boleh encik?" aku berangan. tapi selalu niat tu aku pendam dalam hati jer.

aku bencilah perasaan rindu macam nie. rindu kali ini memuncak dan makin menjadi-jadi sampai menggangu kerja aku.

RINDU sila pergi jauh-jauh.
tapi perasaan itu tetap datang dan tetap ada dalam hati aku ini.
so apa cer? layan sajalah.

Friday, October 22, 2010

Untuk Raina Evaqairina

Gambar lama tapi aku suka gambar nie : kami :)

Pagi tadi,
aku agak lambat bersiap ke tempat kerja. terkocoh-kocoh aku bersiap. kebetulan hari nie aku punyalah rajin nak pakai tudung yang jenis berlilit-lilit bagai. hah rasakan engkau nurul. aku nak make up dengan nak menglilit-lilit tudung pun dah dekat setengah jam.

dalam masa yang sama raina menangis. raina nie jenis tak boleh kita tinggalkan dia sendirian. dia jenis nak kita ada kat sebelah dia. aku tak pasti masa nie saiful tengah apa. dalam keadaan aku nak cepat bersiap-siap dan terkocoh-kocoh tu aku dengan lajunya bercakap dengan raina.

"diamlah raina. nak menangis je."
(selepas aku bercakap macam tu dekat raina aku sendiri terkedu. eh kenapa aku berkomunikasi dengan raina macam nie? sepatutnya aku tak boleh macam nie. raina bukan faham pun yang mama dia dah lewat nak pergi kerja kan?)

serius. aku menyesal cakap dengan raina macam tu. sudahnya masa nak hantar ke rumah babysitter pagi tadi semasa aku dukung raina aku bisikkan kat telinga raina. memang perangai aku macam tu. kalau aku dah tersalah berkomunikasi dengan raina atau rasa bersalah dengan raina aku akan minta maaf dengan bisikkan kat telinga raina.

"raina, mama minta maaf. mama bukan niat nak marah raina tau. raina kan good girl jangan menangis macam tu ye. mama papa sayang raina tau
" (lebih kurang macam tu lah ayat aku pagi tadi)

terus aku cium-cium pipi raina yang bau susu masam tu tapi wangi bagi aku. raina pandang aku terus senyum. lega sikit hati aku nie.

raina,
maafkan mama ye. malam nanti kita menyanyi dan sambung belajar buku animals tu lagi masa sesi belajar nanti ye. i love u Raina Evaqairina :)

Monday, October 18, 2010

Bahasa pelat : wajarkah?

Raina Evaqairina

Sejak aku mengandungkan raina selama 9 bulan lebih, memang aku rajin berkomunikasi dengan raina. w/pun ketika itu raina masih di dalam perut aku nie tapi aku memang rajin berbual-bual dengan raina.

jika hendak dibandingkan dengan saiful, memang jarang sekali saiful berkomunikasi dengan raina. aku tak salahkan saiful. disebabkan saiful selalu outstation jadi memang sukar untuk saiful berbuat demikian selalu.

cuma bila saiful tiada kerja luar selalunya dia akan mengambil kesempatan berbual-bual dengan raina. tapi yang peliknya saiful akan berbual-bual apabila aku sudah tidur. aku dah perasan banyak kali. ketika aku sudah mula tidur ketika inilah saiful akan berbual-bual dengan anak kami sambil urut kaki aku yang sedang membengkak seperti belon ketika itu.

jadi kebiasaan aku dan saiful, kami tidak membiasakan diri berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat. kami cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa yang mudah dan betul. sehingga kini kami praktikkan perkara yang sama. mungkin ianya nampak kami tidak mesra dengan anak dan nampak agak tegas dalam mendidik anak bukan?

ini tidak bermaksud kami tidak mesra dengan anak kami. kemesraan antara anak-beranak itu tetap wujud. cuma kami praktikkan penggunaan bahasa yang betul dan mudah difahami dalam nada suara yang agak manja seperti keanak-anakkan bagi menarik dan memujuk si kecil. itu saja cara yang kami lakukan terhadap raina.

Raina dan mama :)

Raina dan papa :)


aku pernah terbaca dalam satu artikel di mana ibu bapa tidak digalakkan berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat dalam sistem perkembangan dan pertumbuhan si kecil. jadi aku sangat bersetuju dengan artikel tersebut. jadi aku dan saiful cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh raina.

tapi di sini tidaklah bermaksud kami langsung tidak menggunakan bahasa pelat dalam menarik perhatian raina cuma kami hadkan penggunaannya. tapi dalam masa yang sama kami cuba zero kan penggunaan bahasa pelat ini apabila raina semakin membesar kini. sebab si kecil akan lebih cepat menangkap dan faham apa yang kita cuba sampaikan dengannya.

sebagai contoh jika aku mahu memberi raina susu aku akan bercakap dalam bahasa yang mudah " raina nak susu ye?" dan kadang-kala aku akan bercakap begini "raina nak air ye?" kadang-kala aku terpaksa menggunakan perkataan 'AIR' bagi menggatikan perkataan 'SUSU'. ini disebabkan raina masih mengganggap 'AIR' itu adalah 'SUSU'. selalunya raina akan cakap 'AIR...AIR...AIR...'. maksud di sini raina mahukan susu bukannya air. jadi dalam masa yang sama kami cuba memperbetulkan tanggapan raina yang salah terhadap bahasa yang digunakan itu.

tapi agak mustahil dalam masa terdekat kami dapat memperbetulkan bahasa fahaman raina itu. oleh kerana raina baru berusia 11 bulan jadi pendekatan yang kami gunakan cuba sebaik mungkin memperbetulkan bahasa raina tanpa cuba tidak menggunakan bahasa pelat dalam komunikasi seharian kami.


Hello Raina :)

PENDAPAT AKU : tidak wajar menggunakan bahasa pelat sebagai bahasa seharian. kita sebagai ibu bapa perlu cuba zero kan penggunaan bahasa pelat tersebut demi kebaikan pertumbesaran dan pembelajaran si kecil. jadi aku tidak tahu kenapa ramai ibu bapa di luar sana sangat teruja dalam menggunakan bahasa pelat terhadap si anak. tapi aku tidak boleh menghalang. kerana setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mengajar anak masing-masing. jadi jangan salah anggap terhadap pendapat aku. ini hanyalah pendapat aku saja :).

oh ye hari ini genap umur Raina 11 bulan.
HAPPY 11 MONTHS RAINA EVAQAIRINA