Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 19, 2010

Dua bulan Raina Evaqairina

Raina pakai baju belang gambar tikus by carter's

Hari ini genap umur raina dua bulan. Cepat masa itu berlalu. Masih segar di ingatan bagaimana aku bertarung separuh nyawa melahirkan raina. W/pun sudah dua bulan berlalu tetapi ianya masih segar di ingatan.

masa nie raina tgh nak tido tu yg tutup muka :P

kaki raina yang panjang mcm papa raina

Betul kata orang tumbesaran bayi sangat cepat. Aku sendiri melihat perubahan demi perubahan bagi perkembangan tumbesaran raina dalam masa dua bulan ini. minggu-minggu awal kelahiran, raina hanya pandai menangis. Raina akan menangis bila mahukan susu, time mandi , mahu cici juga pupu. Raina juga agak susah tidur malam di awal-awal kelahirannya. perkara ini amat mencabar bagi aku ketika itu.

raina kuat menyusu sejak guna botol susu MAM. botol susu MAM memang terbaik


Selepas dua bulan, banyak perkembangan tumbesaran berlaku. Raina sudah tidak lagi menangis ketika mandi. Raina sudah pandai senyum, ketawa, berborak menggunakan bahasanya (tok wan raina ckp raina dah pandai “menghagah” bila kita ajak bercakap dengannya). Sekarang ini, tiap-tiap malam sebelum tidur raina mesti mahu kita berborak dengannya. W/pun aku sendiri tidak faham bahasa bayi ini tetapi aku seronok melalui proses ini.

time nie papa raina tgh sibuk layan raina berborak

tgk rambut raina yang dah mcm trojan tu. tok wan raina kata rambut raina mcm rambut burung kakak tua :P


Pagi tadi check up, berat raina sudah 4.5kg. InsyaAllah bulan depan genap umur raina tiga bulan raina akan melalui proses bersunat yang menjadi kewajipan untuk bayi perempuan. Aku tidak sanggup mahu melihat proses ini sebenarnya. Tapi ianya satu pengalaman baru bagi aku nanti.

Aku membuat kesimpulan aku sendiri yang anak aku ini seorang yang agak "penjijik" juga "puteri lilin". Raina ini jenisnya, jika dia mahu pupu dia akan bagi isyarat tangan. Kedua-dua tangannya akan diletakkan di dada dan dia akan meneran sampai merah mukanya. Aku perlu dengan segeranya memegang kedua belah kakinya dan mengangkat sedikit punggungnya membersihkan dengan kapas juga wipes tissue setiap kali raina meneran untuk pupu. Jika kita tidak memegang kakinya atau mengangkat punggungnya selalunya raina tidak akan pupu w/pun dia sebenarnya ingin pupu.

Dia juga akan menangis jika badannya rasa tidak selesa. Jadi aku akan mandikan raina tiga kali sehari. Papa raina juga mengajar supaya pipi dan badan raina sentiasa berbedak dan meletak lotion. Jadi mungkin sudah terbiasa, jika kita tidak melakukannya, raina sendiri akan rasa rimas dan menangis. Raina tidak boleh merasa panas sikit. Jika keadaan ini berlaku dia akan menangis. Ramai yang kata raina banyak mengikut perangai aku.

mid valley - bawak raina shopping di mothercare

muka terkejut raina tp tetap nak pandang kamera


Raina nie agak pelik sikit bila time tidur. Raina jenis cepat terkejut-kejut apabila waktu tidur. Raina perlu di bendung terutamanya bahagian tangannya supaya memudahkan raina untuk tidur. Dan raina juga jenis tidur berpangku. Jika dia sudah lena tidur di pangkuan barulah aku letakkan raina di atas tilam.

Alhamdulilah raina tidak banyak ragam jika kena cara menjaganya. Sudah beberapa kali aku drive sendirian membawa raina. syukur raina tidak meragam. Dia akan duduk statik di baby car sit dan tidur. Jika raina tidak tidur dia akan duduk diam. Dengan syarat air-con kereta perlu sederhana suhunya kerana raina akan menangis jika terasa panas dan perlu membuka radio. Barulah raina akan diam duduk statik saja di baby car sit raina.

Oohh raina paling suka dengan lagu black. Tajuk lagu itu aku kurang pasti. Juara lagu baru-baru ini, mulut raina lah yang paling kecoh. Tersenyum-senyum dia mendengar lagu tersebut. Aku sudah perasan sejak di dalam perut lagi. Bila radio memainkan lagu tersebut pasti perut aku akan bergerak dengan aktifnya. Tak sangka bila raina keluar perut lagu tersebut menjadi kesukaannya.


time menyusu

bestnya tidur


Aku berharap raina akan membesar dengan sihat. W/pun kadang-kadang aku perlu melayan kerenah raina yang agak mencabar bagi aku, tetapi aku seronok melalui proses membesarkan raina ini. Aku haruslah menjaga amanah Allah S.W.T ini dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan

52 comments:

  1. sumelnye raina..montel plak tu gewam2 sungguh..hmm..kak nuwul..raina mcm muke papa die la..ngeee

    ReplyDelete
  2. chubbynye raina..comel2..~

    lagu black kesukaan raina:aku rindu sayang kamu..

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah,raina membesar dgn sihat. seronok kan jg baby..

    ReplyDelete
  4. wow..rambut rania ala punk la.hehe.comel.stylo!

    nurul,awak breastfeed rania ke?

    ReplyDelete
  5. cute nyer.. mcm mak dia.. hehehehhe

    ReplyDelete
  6. alolo tomeynyer raina..rambut mmg rock betul..kcik2 pun dh bijak..slmat menjadi ibu mithali yer nurul

    ReplyDelete
  7. nurul, raina memang sangat2 penggeli! pecah rekod khalish dah ni.
    khalish masa mula2 dulu kalau pupu, kena cepat2 tukar lampin. tapi skang ni dah ok sket. takdela kelam kabut kite dibuatnya.

    takpe nurul, insyaAllah, raina akan berubah2 sikap bila beralih bulan. buat masa skang ni, kena banyak2 sabar. part raina dok diam2 dalam kereta tu, bagus! memang kite kena ajar anak berjalan2 dari skang. supaya senang nanti, anak tak merengek bila masuk kereta.
    =) raina rocks ok! rambut rock!!!

    ReplyDelete
  8. cepatnye raina membesar..montel betol ^_^

    ReplyDelete
  9. semangatnyee Raina!
    gewammm!~

    ReplyDelete
  10. elliazahara : tq awk. aah mcm muka papa dia

    cik fasya : aah suka lagu black tu


    zahra : seronok jaga bb ni

    ReplyDelete
  11. fathi : tak raina minum susu formula da awak.


    farhanna : hehehe tq

    ReplyDelete
  12. aziyana : tgh berusaha menjadi ibu mithali


    puterikurekure : yo raina rocks huhu

    ReplyDelete
  13. sgarena : hehehe raina dh tembam sikit dah awak


    xeea : dah tembam sikit si raina ni

    ReplyDelete
  14. suke sgt tgk rambut raina. cacak2 comel! ;D

    ReplyDelete
  15. anna u laa terpacak mcm trojan

    ReplyDelete
  16. waaa chumeel nye raina, rambut tu same mcm my rania sidibo hehehe tido berpangku pun same hehee nanti lagi la bile die da pandai sket langsung xle letak atas tilam die akan bangun better u stop tido atas riba tu nanti jadi mcm rania. anyway raina sgt comell okeh!! ;p

    ReplyDelete
  17. waaa chumeel nye raina, rambut tu same mcm my rania sidibo hehehe tido berpangku pun same hehee nanti lagi la bile die da pandai sket langsung xle letak atas tilam die akan bangun better u stop tido atas riba tu nanti jadi mcm rania. anyway raina sgt comell okeh!! ;p

    ReplyDelete
  18. koklie's : tu laa rambut mcm rania kan? mcm ala2 trojan. tu laa nak ajar tido tak berpangku skrg.

    ReplyDelete
  19. cantiknye rania.. dah besar daa..
    sweetnyee dapat baby girl kan boleh hias pakai kan baju cantik2.. sukee...

    ReplyDelete
  20. comei la raina ni..rambut trojan tu.. macam rambut ieja masa kecik dulu..hehe :)

    ReplyDelete
  21. atiqah : tu laa kejap saja raina dah besar

    eija : ooh rambut eija pun mcm tu gak ye

    ReplyDelete
  22. tomey2 raina...
    muka ikot dedi ni...
    mami mesti geram kan dgn pipi kamu tu :P

    ReplyDelete
  23. dewi : hi untie dewi . mama raina rasa nak gigit2 pun

    ReplyDelete
  24. chumilnya raina hehhe sebijik cam papa dia la hehhe... raina pun gunakan botol susu MAM ek heheh Sama la Mai pun da siap bli Botol susu one set senang kit heheh ,,,,

    ReplyDelete
  25. my's: aah my's baru tukar botol susu last week. cari di mothercare. raina suka betul dgn botol susu tu kuat minum susu skrg.

    ReplyDelete
  26. alahai nurul..comelnye mcm mama n papa die..rambut tpacak tu ntah2 mcm nurul mase baby dulu kot..ha!!baik mengaku..hehhehe
    sekejap je da 2 bln erk..

    ReplyDelete
  27. iissskkk....raina dah makin tembam..
    baby semangat2 ni mmg mengeramkan tau. rasa nak peluk kuat2.. gomol habis-habisan
    raina banyak ikut rupa ayah dia..alahai rambut dia tu..
    tercacak2..

    ReplyDelete
  28. roy : aah nurul ngaku dulu masa baby rambut nurul pun gitu terpacak2 hehehe

    dayu : aah dayu raina byk ikut muka papa dia

    ReplyDelete
  29. ish kejap jerr raina da besar bagai juara..raina sama cam danish cepat terkejut terangkat kaki tangan..tp xper lama2 raina akan ok..

    ReplyDelete
  30. yanie : gebu mcm yanie gak huhuhu


    alynn : tu laa terkeju2 si raina tu. hrp lama2 raina ok

    ReplyDelete
  31. comey nye raina..dgn rambut cacak tu..hehe

    ReplyDelete
  32. zielalala : tq zielalala :)


    yuna : tq kamu :)

    ReplyDelete
  33. halalalaa, cutenyer!
    hik, pandai dgr lagu dah die eyh? anyway,alhamdillah, die tak byk meragam ;) gud girl!

    ReplyDelete
  34. cute nye Raina..name pun sedap bangat...rambut raina cam rambut Tasnim mase kecik..mmg terpacak..

    ReplyDelete
  35. hanie : alhamdulilah hanie raina meragam tgk bbrp perkara je.


    norash : tu laaa pi klinik check up semua tnya rambut tercacak raina tu.

    ReplyDelete
  36. kus semangat..comel sungguhhhh..dah 4.5kg ??cptnye..hehehe

    ReplyDelete
  37. diah : tq diah. baby cpt membesar

    ReplyDelete
  38. nurul rajin ape wat n3..norash suke bace n3 nurul..best2!
    kalo raina masuk contest mesti ade peluang nak menang..comey!

    ReplyDelete
  39. norash : thanks ue norash selalu sudi baca entry saya.

    ReplyDelete
  40. cumellnyaaa rania..geram!!
    wahhhh si cilik meminati lgu black..mmg rock r bb nurul..muahh

    ReplyDelete
  41. seronok dengar pengalaman mama nurul. :)

    ReplyDelete
  42. asue : raina laa assue not rania. hehehe. mmg suka lagu black tu dr dlm perut lg :)


    afiq : tq afiq

    lip : tq awak

    wardah : berkongsi pengalaman bagus bukan? :)

    ReplyDelete
  43. aduhhh gebu and comell raina..salam kenalan nurul :)

    ReplyDelete
  44. chomelnye raina. siyes sis, macam ade rupe sy mase kechik hehe (= raina mesti bersyukur dilahirkan dalam family papa n mama raina yang sangat sayangkan die! comel sgt cik puan muda raina nih (=

    ReplyDelete
  45. geram tgk raina comel...rambut dia lebtanyer..hazim jer botak lagi..ehehe...
    jap jer dah 2bulan kan...

    ReplyDelete
  46. teachernunu : thanks aak. salam kenal

    hazlynda : thanks awak :)

    nads : tu laa nads rambut dia mmg lebat. hari2 kena shampoo.

    ReplyDelete
  47. ala raina so syomellll.

    dah bam bam.
    mwah from Qietina :)

    ReplyDelete
  48. mama qiestina : thanks mama qies

    ReplyDelete