Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, February 22, 2010

Bersalin normal atau c-sect?

Assalamualaikum Raina :)

Aku agak tertarik nak buat entri berkaitan tajuk di atas nie bila membaca blog rakan bloggers aku iaitu intan. bila membaca entri intan mengenai pengalaman dia bersalinkan Khalish secara c-sect hati aku terdetik " oohhh bersalin c-sect itu sakit juga rupa-rupanya ye".
Pendapat aku mengenai bersalin normal atau c-sect adalah berbeza-beza. Aku hanya mempunyai pengalaman bersalin normal tidak c-sect. jadi aku mahu memberi sedikit pendapat tentang bersalin normal.

kalau orang bertanya kat aku "Nurul kalau kau di beri pilihan kau mahu bersalin normal atau c-sect?" Aku akan jawab "bersalin normal". jawapan itu yang aku akan bagi. tentu korang semua nak tahu kenapa aku pilih bersalin normal yang tentu-tentunya sakit yang amat berbanding c-sect? jawapan aku simple dan mudah "Aku mahu merasa sendiri betapa peritnya perjuangan golongan wanita melahirkan anaknya dan aku mahu cepat sembuh".

Aku rasa semua golongan wanita di luar sana yang belum merasa pengalaman sakit bersalin akan rasa berdebar-debar, takut dan segala macam perasaan menghantui jiwa. Aku dulu pun macam tu. Bayangkan aku dah keluar tanda sakit bersalin awal beberapa minggu dari tarikh jangkaan yang doktor bagi. Masa tu persiapan dari segi mental dan fizikal belum cukup kuat bagi diri aku. Tup-tup dah keluar tanda nak bersalin. berdebar-debar bukan?

Jadi untuk beberapa jam sebelum aku ke hospital aku cuba kumpul segala kekuatan untuk proses bersalin. Aku berdoa kepada Allah S.W.T minta diri aku nie di beri peluang bersalin secara normal. Alhamdulilah Allah S.W.T memberi peluang itu kepada aku.

Aku ambil half day pada hari tersebut. bayangkan ketika sakit contraction mula menyerang aku seawal subuh aku cuba juga untuk kerja half day dan ke klinik buat montly medical check up. Aku drive sendirian kerana kebetulan pada hari tersebut Saiful kerja luar. Aku boleh gelak-gelak, ketawa-ketawa dan relaks kat office. Sedangkan dalam hati hanya Allah S.W.T saja yang tahu betapa sakitnya sakit contraction tu.

Tapi aku tekad bila sakit contraction benar-benar menyerang baru aku mahu ke hospital. Bayangkan ibu dan adik aku sudah bising bila mahu ke hospital. Jawapan aku "nantilah jap-jap lagi". Sampailah ibu aku membebel suruh bersiap-siap. aku boleh cakap dekat ibu aku " kejap along nak mandi dulu". Dalam bilik air berjam-jam. Sedangkan ketika itu sakit contraction dah mula menyerang setiap 15 minit.
Sampai di hospital hati makin berdebar-debar. makin berdebar bila check bukaan. Alhamdulilah masa check bukaan aku langsung tak rasa sakit seperti yang orang lain bagitahu aku. pelik bukan? Masa doktor nak pecahkan air ketuban pun aku tak rasa sakit langsung. walaupun dalam hati takut tengok alat untuk pecahkan air ketuban tu. alat tu berbentuk panjang mcm ala2 kayu lidi dan tajam.

Tapi aku bersyukur sangat sebab aku tak tunggu lama untuk tunggu bukaan sampai 10sm. Sampai hospital bukaan aku dah 6sm dan tak sampai satu jam bukaan aku dah capai 10sm. Syukur.

Semasa proses bertarung nyawa berhempas pulas push untuk keluarkan baby tu sakitnya sampai sekarang aku tak boleh lupakan. Plus sakit contraction pastu di suruh push dan kita rasa macam ada benda nak keluar tapi tak keluar-keluar. Itu yang penyebab sakit yang amat. Aku ibaratkan macam kita mahu ke medan perang berjuang habis-habisan.

Peluh satu badan. Kalau korang tengok rupa aku masa tu pun dah macam hantu rambut mengerbang kot. Hahaha. Dah tak rupa aku. Aku sendiri malu tengok rupa aku masa tu. Berseribai dan selekeh yang amat sebab masa tu dalam hati nak keluarkan baby dalam perut tu cepat sebab dah tak tahan menanggung kesakitan.

Tapi aku bersyukur sangat sebab menurut Saiful, semasa aku melalui proses melahirkan Raina aku tak mengalami proses di gunting dan sebagainya. Saiful sendiri melihat proses tu. Itu menurut kata suami aku sendiri.

Cuma semasa proses menjahit aku siap request "nurse...saya nak minta bius boleh? Nurse jawab "saya memang bagi awak bius sebab tadi awak dah terangkat sedikit punggung awak tu, jadi koyak agak besar di situ". Terkulat-kulat aku dengar nurse tu ckp begitu. tapi...Alhamdulilah semasa proses menjahit aku tak rasa sakit pun sebab di bius. Apabila penangan bius tu habis pun aku tak rasa sakit sangat cuma rasa sedikit ngilu dan berdenyut-denyut saja. Kesannya sampai sekarang aku membuang air besar secara berdiri. sebabnya aku sendiri rasa sakit bila cuba untuk mencangkuk atau duduk.

Walaupun kesakitan bersalin normal nie yang amat tp ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Kita akan cepat sembuh. bayangkan hari kedua Raina dilahirkan aku dah di tegur oleh Saiful "lajunya berjalan. tak sakit ke?" aku senyum jer. aku nie memang sedikit degil. Jalan punya laju walaupun pakai bengkung.

Pendapat aku tentang c-sect nie kesakitan dia sepanjang zaman bukan? Kenapa aku kata begitu? Sebabnya aku dah jumpa ramai orang yg berbelas-belas tahun mengalami proses ini, anak mereka pun dah besar tapi tetap terasa ngilu di bahagian perut. mereka tak boleh buat kerja berat segala.

Kesimpulannya bersalin normal atau c-sect kedua-duanya sama sakit. Yang penting hargailah pengorbanan golongan wanita yang memberi zuriat kepada sebuah keluarga. harap anak mama Raina Evaqairina hargai pengorbanan mamanya ini berhempas-pulas melahirkannya. Mudah-mudahan.

41 comments:

  1. heeeeeeeeeeeee
    sejak2 ni suka tau bace2 entry mami yg baru dpt bby..
    siyes..semua nak share cite pengalaman.best!
    pape pun alhamdulillah semua dah selamat.
    entry ni jgn di hilangkan.
    biar raina baca suatu hari nti.\pasti dia menangis.

    ReplyDelete
  2. tembun @ dewi : pengorbanan serong mama :)

    ReplyDelete
  3. sy mengharap sangat dpt bersalin normal nanti

    ReplyDelete
  4. kecut perut lak baca nie.huhuu..
    tp still nak baca bg experience.
    zuris pun nak bersalin normal
    harap2 termakbullah...

    comey lah rania.geram tol
    :)

    nie add zuris.
    zuris kasi add sungkai lah ek
    sebulan pertama berpantang kat situ dulu.pastu baru g s.alam lak.
    KD 7,PERSIARAN PERMAI JAYA 16,
    TAMAN PERMAI JAYA,
    35600 SUNGKAI
    PERAK.

    ReplyDelete
  5. uik buang air besar berdiri? ok ni cam payah nak imagine huhu..tp adeh terasa ngilu plak bila nurse tu cakap koyak tu mcm besar je..takpe2..semoga dipermudahkan bagi diriku ini huhu

    ReplyDelete
  6. kite teringin sangat nak bersalin normal tau nurul. tpai Allah dah aturkan kite supaya beranak c-sect. nak wat camne.

    jeles ok tgk orang bersalin normal. masuk wad hari ni, kalau keesokannya anak dah berak dan takde jaundice, dan mak tak demam, terus boleh check out. kite ni...4 hari dalam wad. macam orang tak betul pon ada gak. boring ok. huhuhu~

    nurul bayangkan, dengan penyakit darah tinggi yang melanda semasa mengandung, kite baru nak baca paper, dah kena marah ngan nurse. risaukan kalau darah tetiba naik. boleh camtu? huhuhu~ jalan2 ke katil2 orang lain pon tak boleh. risaukan darah naik.

    alhamdulillah, darah kite turun normal lepas sebulan beranak. lepas ni amek pengajaran. takmo dah minum manis2 masa mengandung. huhuhuhu~

    bersalin ni 2-2 pon saket. normal saket semasa bersalin. c-sect saket selepas bersalin. tapi kite rasa 2-2. kontraksi yang menggila tu rasa seperti nyawa dicabut berulang kali. betul2 insaf masa tu. terus teringat dosa2 yang pernah kite buat. macam ada flash back plak.

    kesan bersalin c-sect ni pada kite, kite takleh membongkok lama. terus akan terasa lenguh semacam. orang kata disebabkan bius yang dicucuk kat tulang belakang semasa c-sect tu. nampaknya, sampai ke tua la kite rasa saket camni. huhuhu~

    panjang sangat ek kite menceceh. sori....macam dah take over post tuan rumah plak. :)

    ReplyDelete
  7. antalya : hrp2 awk bersalin normal. hari2 doa kat Allah S.W.T sbb nurul dulu tiap2 hari doa minta bersalin normal


    zuris : thanks ye zuris bg address. hrp zuris bersalin normal gak ye.

    ReplyDelete
  8. intan : huh...payah gak ye baca surat khabar, pi lawat katil2 org pun leh naik kan darah tggi ke?

    tu lah ada mak kwn nurul tu dah tua sampai skrg dia rasa sakit sbb c-sect. tp apa2 pun dua2 cara normal atau c-sect tetap rasa sakit kan.

    ReplyDelete
  9. nurul.. thanks for sharing.. berdebar2 menunggu giliran saya yg menghitung minggu. semoga depermudahkan Allah melalui proses ini.. amiinn

    ReplyDelete
  10. nariko : sama2...kalu nak baca leh byk leh rujuk kat entry nurul yg lepas2 :)

    ReplyDelete
  11. saya mahu normal... hek..tapi takutlah...nanti saya akan alaminya jua kan..

    ReplyDelete
  12. ish teringat plak time alin lahirkn Danish..alhamdulillah tuhan permudahkn segalanyer..
    Danish lahir tanpa sebrg alat bantuan..

    oo nurul x digunting yer? tp still kena jahit gak eh? ada pengalaman org xdigunting dn x dijahit..lg bestkn? hehe alin pun minta bius..
    tp kn nurul betul ker org kata second baby nurse xjahit coz lg cepat elok..ngerinyerr

    ReplyDelete
  13. bile bace akak nurul, terangkat2 punggung sy huhu....siap2 aduh..aduh...ya Allah! paling terasa tang jahit tu...alalalala~

    ReplyDelete
  14. still terbayang detik melahirkan emill..

    ReplyDelete
  15. takut tapi still pilih untuk bersalin normal kecuali kalau ada problem apa² yg tak dpt elak..mudah-mudahan Allah kabulkanlah untuk wardah bersalin normal..amin..

    nurul, raina cute sgt..

    ReplyDelete
  16. anil : ramai wanita di luar sana memilih cara normal kalu di izinkan Allah S.W.T


    alynnz : aah suami nurul ada di labour room time tu dia yg melihat proses nurul bersalin dr A-Z mmg dia kata tak di gunting tp dijahit sbb nurul terangkat punggung


    zahra : hehehe ngeri kalau teringat balik

    lip : yeah nurul pun masih teringat detik itu

    wardah@fie : mudah2an awak pun akan bersalin normal k. dah pregnant ke fie?

    ReplyDelete
  17. Bsyukur sgt2 coz pr0ses melahirkn raina dprmudhkn n n0rmal,brtuah nurul. H0pe na pn cmtu jg,amin. Doakn tk na gk k. :)

    ReplyDelete
  18. nano : mudah2an na pun dpt bersalin normal ye

    ReplyDelete
  19. nurul, jue pun c-sect...dan ianya amat sakit...tapi tue la, biarpun sakit tapi berbaloi2 :)

    p/s : nanti jue cite pengalaman jue plak ok :D

    ReplyDelete
  20. julia : eh jue c-sect ye? ingatkan normal. ok nurul tunggu entry ttg pengalaman jue pulak.

    ReplyDelete
  21. lame da tak blog walking..

    rambut rania sgt cute pacak-pacak camtue:)hehe

    suke bace n3 pengalaman camnie..coz at least bile da sampai own turn da bnyak da info bout tat kan:)

    ReplyDelete
  22. aleena : raina tau bukan rania. tak pe rqmai yg keliru. kak nurul pun saja kongsi pengalaman nie

    ReplyDelete
  23. yup nurul...sakit czer adelah sangat perit...nad wat operation 4 appendiks pun masih sakit...ape plak lagi yng bersalin czer...tp,papepun...syukur sangat coz dapat lahirkan hazim dengan normal walaupun BP tinggi tetiba...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  24. nads : yeah nurul juga bersyukur dpt bersalin normal

    ReplyDelete
  25. apa-apa pun yg jadi, normal yg terbaik.

    ReplyDelete
  26. mak saya pesan kalau beranak jgn angkat bontot, nanti koyak besar. ngerriiiiii!

    ReplyDelete
  27. betul2..sakit bersalin normal masa tu je..pastu tak sakit dah ..hehehe..salam kenal ye

    ReplyDelete
  28. ::nak bersalin normal walaupun takut...hahhaha..nurul bg petua..lalalla::

    ReplyDelete
  29. kita lbh kurang nurul..smp spital dah 6 ke 7cm..proses yg agak mudah utk lahir sulong..tp sbnrnya susah gak..hehe..apepun tak serik utk yg ke 2..hehe..

    ReplyDelete
  30. susu dlm botol@hidd : normal mmg yg terbaik


    farah : betul tu tp dlm kesakitan kita tak perasan yg kita dh terangkat punggung tu

    cuppycakemommy : tu tu kan awak slm kenal juga :)


    syanaim : petua? nurul tak ada petua sgt cuma byk minum air kelapa masa dh sarat tu


    mari : awak tak serik ke? saya mula2 rasa serik gak tp saya tetap nak anak lg lepas nie.

    ReplyDelete
  31. hi..salam perkenalan..

    serius mmg c-sect tu sakit nya lama nk tanggung..normal..insyaAllah dlm dua minggu dh ok.seminggu pun dh ok.tp dlm 2 mngu lagiii ok

    sy dpt rasa duadua..c-sect 1st bb n normal 2nd bb.

    ReplyDelete
  32. sandal kecik : oohh awk merasa dua2 nya ye salam kenal

    ReplyDelete
  33. tegak bulu roma phia baca. isk.

    tapi walau apapun phia tetap pilih normal delivery. insyaAllah, kalau ada rezeki :)

    ReplyDelete
  34. akak, xkot la nk bersalin sume.. huu

    ReplyDelete
  35. Hye kak, saya wanie..
    Bila dh bkak blOg akak nie, tba2 dpt seru plak nk aktif blk myblOg..
    I will become your top follower.. ;)
    Best bca semua infO yg akak kOngsikan..
    hOpe tht your family live in hapiness..

    ReplyDelete
  36. phia : normal elok dijadikan pilihan :)


    ringgo : bersemua semua? awak nak merasa semua ke?


    chenta wanny : eh terharunya. akak cuma kongsi yg akak penah mengalaminya je wanny. thanks yeah :)

    ReplyDelete
  37. Tol ke akak yg bersalin nOrmal nie mmg sakit gler..??
    Gerun bla smbang ngan member2 ttg tOpik nie..

    ReplyDelete
  38. alahai, ngerinye bace pengalaman nurul ni. Mcmmane tu, buang air besar berdiri sampai skrang? huuu ( tetibe nak imagine kesakitannye jugak :()
    thanks for sharing nurul, hanie harap dpt bersaling normal jgk..iskk ngeri ngeri huu

    ReplyDelete
  39. chenta wanny : ye dik akak bersalin normal.

    hanie : hrp hanie jugak dpt bersalin normal. jaga baby dlm perut tu ye. take care

    ReplyDelete