Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 11, 2010

Education

Kamu semua pernah terfikir tak tentang early education untuk anak-anak kamu? Bagi aku, sejak aku mengandungkan raina aku mula pandang serius hal ini.

Alasannya?
Aku mahu zuriat aku lebih baik dari aku. Kalau sekarang ini aku hanya pemegang B.A Hons under UITM harapnya suatu masa nanti anak-anak aku lebih baik dari itu.

Dari kecik aku memasang impian mahu belajar setinggi mungkin. Memasang impian hingga ke PHD. Tapi impian itu seperti sukar untuk aku capai kini. Setelah habis peringkat degree jiwa aku seakan malap. Pernah satu hari jiwa aku tergerak mahu cuba tingkatkan taraf pendidikan ke master. Sudah melangkah ke satu ikatan kukuh ketika itu. Cuba meminta persetujuan saiful sebagai suami. Tapi jawapan itu agak hampa. Saiful suruh tangguhkan niat itu. Akhirnya hingga kini jiwa aku makin malap bagi menyempurnakan impian itu.

Cukup. Aku mengalah.
Mungkin anak-anak aku boleh cuba mencapai lebih baik dari aku nanti. Malah lebih sempurna.

Kini tumpuan untuk raina. Membesarkan raina dengan memberikan pendidikan semampu mungkin. Aku sudah mula mendedahkan early education kepada raina. Dari raina dalam perut aku cuba merangsang sehingga kini. Aku mahu cuba memberikan pendidikan tidak formal juga formal dengan cara aku sendiri.

Raina mula belajar memegang botol susu seawal usia 3 bulan tetapi tetap di dalam pemantauan ketika menyusu


Peringkat awal ini aku hadkan pembelian mainan atau toys untuk raina. Hanya yang terpilih saja aku dedahkan untuk raina. Aku dan saiful lebih bersikap hati-hati dalam membeli sesuatu untuk raina. Aku tak mahu dia dimanjakan dengan pelbagai mainan atau toys yang tidak mempunyai sebarang concept yang boleh mempengaruhi minda.

Cuba mahu jadi seperti ibu aku yang mendedahkan anak-anaknya ini dengan pendidikan tidak formal dari hasil tangan beliau. Ibu sanggup menggunting serpihan kain perca untuk membuat huruf ABC dengan imej gambar menarik bagi merangsang minda kami semasa kami belum menjejakkan kaki ke peringkat tadika lagi. Ibu dan ayah terima kasih kerana mendidik aku sehingga peringkat ini.

24 comments:

  1. my uncle bagi anak dia tengok disney channel hari2 dari kecil.n now,dia baru umur 5 tahun,tp speaking....tabik oo.
    ingat nak ajar anak sendiri nanti camtu gak :)

    ReplyDelete
  2. mmg penting education for ours baby..sejak dr dalam perut lg kite dah boleh dengarkan muzik2 yg berfaedah or ayat2 al-quran yg boleh terangkan hati bb kite ni..skrang ni tasnim byak tgok playhouse disney channel..mmg best channel ni..

    ReplyDelete
  3. zuris : nurul pun plan mahu anta raina ke smart reader bila umur menginjak 3 thn nanti


    norash : yeah channerl tu mmg paling bagus untk kanak-kanak kan?

    ReplyDelete
  4. mun pown kalau boleh nak anak mun lg bgs dr mun tau..dr dlm kandugan lagi mun dah bacakan buku2 mcm fairy tales story....

    ReplyDelete
  5. mun : yeah kita semua memasang impian nak anak better kita kan

    ReplyDelete
  6. setuju sgt apa yg kak nurul buat.
    Until now dw tgh cari lak formula supaya anak kita denagr dan patuh ckp kita.
    Bila kita ckp "jgn" dia takut nak teruskan perbuatan tuh.

    ReplyDelete
  7. dewi : itu lah kak nurul ni kdg2 degil hrpnya anak kak nurul tak mcm tu

    ReplyDelete
  8. ibu mana yg xnk anak die dpt pendidikan yg baik..malah adalah menjadi amanah n tjawb ibu bapa memberikan pendidikan dunia dan akhirat buat si anak..ituah hak ank terhadap kedua ibu bapanya..smga Allah memberi kekuatan dan kesabaran dlm mendidik ank menjadi manusia berguna dan smga kita sama2 mampu menyediakan pltform terbaik utk ank2

    ReplyDelete
  9. aziyana : semua ibu bapa mengharapkan yg terbaik

    ReplyDelete
  10. bagus la nurul x manja kan raina dgn toys yg x merangsang minda..membazir je..takut klu da tbiase beli kan yg bukan2..nanti naik lemak plak bile da besar..

    semua ibu mahu kan yg tbaik untuk anak2 mereka..termasuk la roy cume roy blom kawen je..tp naluri keibuan tu mcm dah ade je dlm jiwa roy ni..hehehhe

    ReplyDelete
  11. wow! ur mum sgt rajin... my mum pun ajar kitorang dari kecik2 lagi sebelum masuk pre school... so bila tadika dah kenal huruf & nombor.... budak2 sekarang ni 2 tahun setengah dah join smart reader dah.. :D

    ReplyDelete
  12. bagus u punya azam ni. i pun nak tiru..hopefully anak2 kita jadik org yg cerdik pandai.. parentsla yg membentuk nya kan.. :)

    ReplyDelete
  13. roy : dah ada naluri keibuaan? cpt2 kawin ye roy.

    fiza : ibu zaman dulu sgt rajin kan?

    nariko : cuba mahu buat terbaik utk zuriat sendiri :)

    ReplyDelete
  14. babe, u'r such a wonderful mommy! untung raina. erk... sy pon rase disney channel helps the babies a lot, sbb my nephew aged 2, tgk tv then die akan learn the words from thr *wink*

    ReplyDelete
  15. betul..sy baru beli 1 buku utk aqil..mak mertua sy ckp aqil dah boleh faham ke buku..haha..tak kira..mak dia ni excited ajar...semoga anak jadi yg lebih baik dr kita..;)

    ReplyDelete
  16. mmg penting education ni..sejak kecik lagi kena buat..abg sy hantar anak dia kt smart reader..:)

    ReplyDelete
  17. lynda : ooo ada anak sedara ye? tu laa ramai kata channel ni membantu.

    maria : dh beli buku utk aqil ye? good mummy

    ReplyDelete
  18. selain bacaan2 alquran, nurul ade tips lain ke. nak share..:)

    btw, sspn pon dh kene bukak kan?

    ReplyDelete
  19. ala2 comel jer raina pegang botol...tak sabar nak tunggu anak dara saya plak nurul :D

    ReplyDelete
  20. misha : nurul ajar mkn kismis,kurma semasa peringkat raina dlm perut lagi untuk IQ raina. baca al-quran, dengar surah al-quran, nyanyi lagu ABC,123, dan mcm2 lg


    julia : jap lagi mesti rissa boleh pegang botol susu

    ReplyDelete
  21. btul tu nurul segalanyer bermula dr didikan,galakan serta persediaan yg mantap dr ibu n ayah..

    spt alin sejak danish dlm kandungan dh plan demi pembelajaran danish dims akan dtg kami daftarkn danish dibwh education plan plus medic card mana lar tau kn dims akan dtg dh xder ptptn..

    ReplyDelete
  22. alynnz : tu laa betul kan? tp nurul tak dftar lkan lg apa2 utk raina

    ReplyDelete
  23. btul alin prnh trlambt sedikit daftarkn danish medic card..nsb xmenyebelahi danish diserang jaundis lbh sebln n paru2 dijangkiti kuman..nurul brminat ye nk amik insurans utk raina..husbnd alin agent insurans..husbnd alin blh bg penerangan dulu..mmg bnyk insurns dipasaran skrg ttp kita kena pndai pilih insurns yg mudah utk kita mohon claim apabila brlaku perkara..agent insurans yg take care tntg clientnye serta bg penerangan yg jelas n telus..nurul kt mana yer? Alin kt wangsa maju..no hs 0132032065 ..

    ReplyDelete