Belanja Raina Raifa ais krim

Saturday, March 13, 2010

Raina, mari belajar membaca




Cloth book from Lamaze

Sejak umur raina 3 bulan lebih ini, hati aku bagai melonjak-lonjak tinggi mahu mencarikan raina bahan bacaan. ini memang target aku dari dulu lagi mahu mendedahkan raina dengan bahan bacaan bila umur raina melebihi 3 bulan. sekarang aku banyak membuat pemerhatian bagaimana mahu mendidik anak melalui early education ini hanya di rumah.

memang teruja apabila aku pernah membaca satu artikel di newspaper di mana seorang ibu mendidik anak-anaknya hanya di rumah dari awal kelahiran sehingga dewasa tanpa menghantar ke sekolah. anak-anak beliau hanya mendapat pendidikan di rumah dan cuma mengambil peperiksaan secara persendirian. teruja dengan kegigihan ibu ini mengajar anak bermain piano, computer, kelas agama, kelas aktiviti riadah segala.



Flash card

aku melihat sekarang ini raina sudah menunjukkan minat terhadap imej2 bergambar yang mempunyai warna yang menarik. jadi aku decide membelikan raina bahan bacaan juga flash card for baby. start last week aku sudah mula mendedahkan raina dgn flash card dan buku yang mempunyai imej menarik dan berwarna-warni. Alhamdulilah raina memberi reaksi yang memberangsangkan. sekarang ini aku berminat dengan cloth book dari lamaze juga simple dimple. jadi jika sesiapa yang ada info tentang bahan bacaan juga flash card yang bagus isi kandungannya untuk baby sila berkongsi dengan aku ye jika sudi.

cerita lain dari tajuk

pagi isnin ini aku sudah tersenyum walaupun realitinya hati tak keruan sebab raina sedang flu dan batuk yang agak teruk. tapi perkara ini cudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum2 di pagi isnin ini apabila memdapat beautiful blogger award dari fiza. thanks tapi sorry fiza sebab nurul dari dulu agak malas menjawab tag tapi diri ini tetap mahu award ini. boleh fiza? tapi percayalah nurul hargainya. thanks yeah.


award from fiza mama damia :)

first time dapat award. ada sapa2 lagi nak bagi award? :P

23 comments:

  1. em sy pun nak cari bahan utk ajar aqil..biar dr kecik kan..apa2 nurul kongsi yek..leh sy cari jugak..;)

    ReplyDelete
  2. maria : nurul pun tgh dlm permerhatian untuk mencari bahan yg bagus untuk raina.

    ReplyDelete
  3. Bagus Nurul ni. Aishah yakin, Raina akan membesar dengan bijak dan pandai. Kalau toys, Nurul belikan mainan macam mana ye?

    ReplyDelete
  4. aishah : nurul beli yg jenis dr kain yg lembut normally nya aishah. toys yg ada function yg sesuai utk baby :)

    ReplyDelete
  5. hi nurul

    saya tau psl nurul buat scan 3d tu sbb baca ur blog la :) hehe.. tq ek..

    ReplyDelete
  6. wizza : oohh thanks sgt2 awak sudi baca :)

    ReplyDelete
  7. bestnye kan hidup nurul skrg nih. mesti dah rasa complete yg amats ^-^

    ReplyDelete
  8. fuchsia : alhamdulilah awak. tp ada lagi azam yg menuntut usaha saya untuk menggapapinya :)

    ReplyDelete
  9. later2 insyallah asna dh ada bby boley ikut juga cara kak nurul dedahkn education to raina nie =))

    ReplyDelete
  10. asna : kak nurul cuma wat cara kak nurul asna. kalu org lain tak tahu laa mcm mana

    ReplyDelete
  11. sian raina tgh flu ek..batuk ek..sejuk agak nya tu.dh cuba seblm tido letak vick kat tapak kaki dia..pastu pakai kan stokin

    ReplyDelete
  12. sandal kecik : dah pakikan vick tp mcm tu gak

    ReplyDelete
  13. parents skrg lagi terdedah dgn bahan2 mcm ni. insya allah dengan usaha kita, anak2 kita akan ajdik lebih bijak dr awal. dedahkan dr awal...

    cloth book...
    dari start ngandung dah set, nanti lps ada ank mesti bagi dia buku2 gini. ni lagi over ni...

    ReplyDelete
  14. yes...let's give the best for our kids..hope that they can survive dunia akhirat kan..

    ReplyDelete
  15. urm..bgs sbnrnye dedahkan anak kite dengan buku dr awl..mun pown dah set..permainan pertama adalah buku...flash card...

    ReplyDelete
  16. hahaha... tak sangka i made ur day.. boleh ajaaaaa... tak yah buat pun takpe... hehehehehehe...

    fiza beli jugak buku2 utk damia tapi damia lebih suka flash card kat iphone.. sebab kalau bg dia buku or flash card nanti dia masuk molot... ahaksss.... bagus raina yea tak makan buku dia... kihkihkih....

    ReplyDelete
  17. dayu : bagus2 dr pregnant dah set nak itu ini utk anak kita. tak pe dayu utk anak kita pun kan?


    lip : betul tu :)


    mun : yup. biar anak kita cintakan ilmu.


    fiza : ada jugak raina masuk mulut buku atau flash card dia tp nurul skrg tgh praktik kat raina ckp ini buku bukan makanan raina :)

    ReplyDelete
  18. comelnya flash card tu...omg...mahuuu...erk..mcm saya ni plak yg bayi...hahah

    ReplyDelete
  19. sesuai sangat nurul belikan raina satu cloth book. cam kite skang ni, dok pasangkan khalish dvd pocoyo. dia suka sangat. kemain leka kalau tengok pocoyo.

    nurul try je semua tools yang boleh tarik perhatian raina. ok?

    ReplyDelete
  20. intan : pocoyo? 1st time dengar. best ke?

    ReplyDelete
  21. waahhh . comelll;DD da folo sis ^^

    ReplyDelete