Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 18, 2010

Realiti tentang aku

bila jiwa kacau bilau semua boleh jadi. salah-satunya adalah aksi poyo kami ini


Sekarang ini dunia penulisan aku di blog agak terhad. tidak seperti dulu. yeah, dulu tiada siapa kenal siapa nurul aini jamian di dunia bloggers ini. tetapi setelah hampir dua tahun aku berblogging di sini sudah bermacam-macam orang yang aku kenal. orang keliling yang ada hubungan kekeluargaan juga orang keliling di tempat kerja dengan aku sudah jumpa laman blog aku ini.

tak mengapa. aku suka berkawan dan berkongsi pendapat dengan kamu semua. percayalah. jangan segan-silu dengan aku. cuma kadang2 aku ini yang segan-silu dengan orang keliling. tetapi cuba kamu tegur aku dulu. baru kamu kenal siapa aku ini. bila bercakap tak akan berhenti seperti keretapi yang sedang bergerak itu.

dunia penulisan aku sekarang tak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. kerana banyak hati dan jiwa manusia yang aku mahu jaga. kalau dulu aku dengan selamba sumpah seranah jika aku tak berpuas hati dengan seseorang. tapi sekarang aku tak boleh berbuat demikian sesuka hati. tak boleh buat sesuka hati ikut jiwa degil aku ini. kebebasan menulis tidak seronok sebelumnya. tapi aku tetap akan menulis kerana menulis dan membaca adalah sebahagian jiwa aku.

kepada pembaca setia, silent readers yang rajin hantar email kat aku terima kasih. kepada pembaca yang baru menjengah ke dunia penulisan aku silakan. aku akan sedia memberi feedback komen ke blog kamu nanti. itulah salah-satu cara aku hargai mereka. dan tidak lupa juga kepada yang add aku di facebook dan tanya macam2. terima kasih semua. nurul tetap satu jiwa yang tak pernah berubah pendiriannya. itulah perempuan yang bernama nurul aini jamian. aku tidak kisah apa orang lain mahu kata. ada aku kisah?

22 comments:

  1. thanks a lot coz sudi menjenguk blog alynnz yg br brjinak2 ngan dunia blogger..

    ReplyDelete
  2. Along..smalam g checkup raina berat die dh brape kg..hehe..msukkn la new pict raina.

    ReplyDelete
  3. alynnz : sama2 nurul suka berkawan dgn alynzz byk info leh kongsi


    ain : berat raina tetap 5.6 ain. sbb dia tgh tak sihat tu berat cuma naik 300gram jer

    ReplyDelete
  4. ada aku kisah??
    cak! cak! cak!
    wakakakaka!!!! lawak la...
    dont wory nurul.. kita akan tetap kawan awak..
    :))

    ReplyDelete
  5. fizamior : yeah kita teap kwn kan fiza?

    intan : yeah tetap akan menulis :)

    ReplyDelete
  6. tulis je pape sbb asna suke bace hehe.. klu ada ilmu rumahtangga ke, anak ke, masakan ke, persediaan nak kawin ke.. kak nurul tulis je ya hehe..

    *,*

    ReplyDelete
  7. asna : semangat ek nak kawin :)

    ReplyDelete
  8. haha..kalau jiwa kacau saya akan makan dan makan dan makan..nice spek awak ni nurul

    ReplyDelete
  9. hihihi.. nakal picca tu..
    sporting la ur hubby..btw, salam kenal.. =D

    ReplyDelete
  10. lip : hahaha spek utk nmpk nakal :P


    lely : salam kenal awak

    ReplyDelete
  11. biasa la tu kan..dh jadi sorang ibuk.ibuk hhehe

    ReplyDelete
  12. meng'hamboiiii kemain ko ek...fofular gitewww...x sangka ade org search nama ko. mesti org tu peminat setia ko ( peminat setia ke????) uweeekkkk

    sok mlm aku balik...abes la raina kena layan aku borak. bukan aku layan raina borak..selagi dia x nangis selagi tu aku xkan stop kahkahkah...

    ReplyDelete
  13. angah : tu laa pasal. fofular ke daku nie? sampai org search nama siapakah NURUL AINI JAMIAN itu?
    cewahhh

    raina nak buewekk kan ko

    ReplyDelete
  14. saya bangga mengenali nurul aini jamian

    ReplyDelete
  15. yeah! keep on writing nurul! =)

    ReplyDelete
  16. nurul comell je pic tu..

    anyway, ieja suka baca blog nurul ni..teruskan menulis ye.. :)

    ReplyDelete
  17. maria : jom maria :)

    anil : alahai daku malu :P

    fathi : mesti :)


    ieja : thanks ieja :)

    ReplyDelete