Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 7, 2010

Lelaki bangsa asing lebih romantik?

Fuyooo
Blog aku ini sudah mula berhabuk bukan?

Ok aku mengaku sekarang ini aku sangat teruja bersidai di laman facebook, twitter juga formspring. Cari aku di sana. Taip saja nama Nurul Jamian atau NURULmamaRAINA. Pasti kamu berjumpa aku di sana. Jadi atas kebatakkan dan kejakunan aku mengodek itu ini akhirnya laman blog ini agak terbiar.

Ohhh aku masih sayangkan laman blog ini. Penulisan sudah sebati dalam diri aku. Ok lap-lap sikit. Aku mahu menulis sekarang.

Tiba-tiba aku mahu menulis tentang hal ini. Perihal golongan lelaki bangsa asing yang lebih romantik dari golongan lelaki bangsa melayu. Aku rasa fakta ini ada kebenarannya. Aku setuju tentang ini. Aku tidak katakan yang aku pro golongan lelaki bangsa asing. Tapi dari pemerhatian aku, fakta ini boleh digunapakai kebenarannya.

Melalui pemerhatian aku,
Lelaki melayu akan bersikap romantik terhadap pasangannya apabila mahu cuba mendapatkan perempuan tersebut saja. Apabila sudah dapat, sikap itu sikit demi sedikit akan hilang.

Sikap ini bertambah ketara apabila melalui fasa perkahwinan. Aku tak cakap semua lelaki melayu begini. Mungkin segelintir. Melalui fasa perkahwinan memang indah. Tetapi jika tidak disiram dengan air selalu, maka fasa perkahwinan itu akan berjalan seperti pokok bunga yang sedang layu tidak bermaya. Aku paling takut hal ini.

Sebabnya?
Aku pernah alami. Aku akui saiful bukan seorang yang romantik macam watak romeo yang dipuja-puja itu. Tapi dia cukup prihatin tentang aku dari zaman aku kenal dia dari dulu hingga kini. Tetapi, apabila aku memasuki fasa perkahwinan isu prihatin ini mula timbul.

Selalu aku cakap kat saiful tolong prihatin tantang isteri seperti selalu sekalipun sudah ada anak. isteri amat memerlukan pemerhatian lebih dari suami. Yeah, kadang2 lelaki sedikit ego. Begitu juga dengan saiful. Tapi bila kami di rumah sendiri saiful akan menjadi seorang lelaki yang paling prihatin pada pemerhatian aku. Contohnya isu memasak, isu membuat susu anak dan macam2 isu lain. Alhamdulilah.

Tapi…
Pandangan aku tentang lelaki bangsa asing cukup berbeza. Aku rasa mereka cukup arif hal isu romantik ini. Aku pernah ternampak pasangan suami isteri bangsa asing ini di mana si suami memimpin tangan si isteri yang sedang mengandung ke tempat kerja. Sedangkan jarak tempat kerja dengan rumah mereka tidak jauh mana pun jika berjalan kaki. Sungguh terharu bukan?

Berbeza dengan suasana di mana aku pernah ternampak pasangan suami isteri dari golongan melayu di mana si suami berjalan jauh ke hadapan sedangkan si isteri yang sedang mengandung termengah-mengah membawa perut seakan-akan cuba berjalan bersaing dengan si suami. Berbeza sekali situasi ini bukan?

Nasib aku baik kerana saiful tidak berkelakuan begitu semasa aku mengandungkan raina dulu. Sebab aku terlebih mengada-ngada mungkin. mahukan perhatian si suami. Maafkan nurul atas sikap mengada-ngada itu. Nurul akan cuba perbaiki.

Jadi pandangan kamu semua bagaimana?
Setuju atau tidak dengan fakta yang aku huraikan ini?
Jika tidak setuju abaikan saja penulisan aku ini.
ok sekian :D

memori semasa aku mengandungkan raina ( 5 bulan ke 6 bulan ketika ini. tak bape ingat) : aksi ini aksi romantik ke aksi kepoyoaan, kejakunan atau kebatakkan? kenapa saiful agak selekeh ketika ini? oohhh masa nie rambut dia agak panjang so dia cover pakai topi itu dan membuat pose bermulut muncung itu :D

33 comments:

  1. nurul...sy sgt setuju... kebanyakan begitu...bukan semua yer.. :)

    ReplyDelete
  2. sy sgt setuju!!!!
    masa nak dptkan kite, dialah manusia plg prihatin dlm dunia ni.
    bila dah dpt, perhatian dah semakin kurang...tp, tak semua lelaki kot :P

    ReplyDelete
  3. ija : oohh iye tak semua begitu tp segelintir


    mamazahra : saya setuju sgt dengan fakta ini kan?

    ReplyDelete
  4. nurul, alhamdulillah, alang terkeluar dari tipikal melayu. cuma bini dia je yang dah macam tipikal lelaki melayu. kite ni senang rimas ok! hahahaha~

    agaknya memang Allah dah tetapkan macma tu. dapat lelaki romantik, diri sendiri plak hampeh. wuwuwuwuwu~

    ReplyDelete
  5. intan : mean? intan tak keromantikan laa ye? Allah S.W.T memberikan pasangan yg terbaik untuk kitak bukan?

    ReplyDelete
  6. bagus nye penulisan awak tentang ni nurul...

    ReplyDelete
  7. prihatin la...bukan perhatin.kasi betol la bai..yeke laki melayu ni x lomentik...xyah lomentik2 la..itu menggeketis namanye.selamber je sudah..wohoooo put put

    ReplyDelete
  8. angah : wei bai betul laa ejaan tu. kan aku BM dapat A plus plus plus. huhuhu. raina put put :D

    ReplyDelete
  9. suami sy memang tak romantik..sebelum jadi suami smp skrg..huhu..psl lelaki bangsa asing tu maria takleh komen sbb tak pernah jumpa lg..tp byk denga citer mcm tulah..huhu..

    ReplyDelete
  10. suami sab mmg x romantik...tp alhamdulillah hsbnd sab lbh prihatin lps ada nye rania ;) dl ms sab pregnant dia x prihatin sgt dgn isteri dia yg tgh boyot nie hehehe

    ReplyDelete
  11. Kita setuju…mmg lelaki asing lebih romantic..jd jgn salah kan sesapa kalau ada org kita tersangkut ngan jejaka luar…

    Nurul, cantik la dress tu..beli kat mana tu?

    ReplyDelete
  12. betul kadang2 ego lelaki melayu nie yang buat diorang kekok nak romantik depan orang kot.. sabar je laa..

    ReplyDelete
  13. roy pon setuju dgn nurul.

    hidup nurul!!!hehhehe
    biasenye lelaki ni lomentik time nk ngorat kite & time kite merajuk je..bile da dapat & da ok..hilang sume sifap lomentik tu..

    sbb tu roy suke merajuk selalu..best..x caya?cube la try sdiri erk..

    ReplyDelete
  14. romantik ke..tak tau la plak..hhehe..tk penah bercinta lagi dgn warga asing.tp agak nya mungkin ya..kalau tak takkan org kita blh kawen dgn org asing kan kan kan..ramai plak tu..

    oo nurul..nnt shima mau add mu di fb yer..tq

    ReplyDelete
  15. maria ; melalui pemerhatian nurul fakta ini boleh di terima dek akal :)


    sab : lelaki mmg gitu kan?


    mala : yeah setuju jugak. dress tu beli kat melaka. saiful belikan kat shoppin complex mana tah kat melaka tu


    qah : kamu masih mood pengatin baru mesti romantik bukan?


    roy : suka merajuk? hehehe mcm tak caya jer

    shima : jom add nurul yeahh

    ReplyDelete
  16. suami farah pun kurang romantik.
    dia lebih suka selamba yaya!hehe..

    ReplyDelete
  17. farah : kadang2 selamabar pun ok tp nak gak selit2 sifat prihatin tu kan

    ReplyDelete
  18. nurul, mungkin ya mungkin tidak :D

    p/s : my hubby still pegang tangan saya even saya tgh memboyot..tapi skrg nie dia lebih suka memegang anaknya dari saya :)

    ReplyDelete
  19. kan?
    kite setuju gak
    tah lah..
    psgn dw pun dah mula dah ni..
    haih..sabar je lah..
    suka sgt tgk psgn somi istri mat saleh depa sgt concern dan romantik
    trust me:)

    ReplyDelete
  20. lelaki melayu ramai yg ego sgt

    ReplyDelete
  21. julia : ye saiful pun masih memegang tgn nurul ketika pregnant dulu cuma skrg dia lbh suka dukung anak dia. tp elok gak dia dukung raina.


    tembun : betul tu dewi. kak nurul selalu tgk pasangan mat salleh sgt romantik.


    fathi : yup lelaki melayu kdg2 ego

    ReplyDelete
  22. betull.. dorg akn romantik masa bcinta jer.. dh kawin sok.. huh mcm2 kes kuar~ ish3~

    ReplyDelete
  23. hehe ade point hanie setuju. Laki melayu ni maybe romantiknye tak selalu. Hanya time mood die ade, baru la nak romantik2 kan. Kalau kite si isteri ni, memanjang je ok. Tp mase pregnant ni mmg nampak keromantikan dlm diri ini bertambah. Nak manja2 gitu :D
    bab laki bangsa asing,mungkin ade benarnye. Ade yg dah same2 berjln pun tak larat, tp masing pegang2an tgn kan? :)

    ReplyDelete
  24. wooo bagus blog ni banyak rujukan .. my husband bole la dikatakan romantik tapi ikut mood but sikap penyayangnyer memang takleh tanggal dari dlu macam tu zaman bercinta-cinta ..tak penah nak tinggikan sore ..like me ..sangat kepala angin sib baik suami sorg yg cool .. :) romantik tak semestinya kena slalu ... kena ada waktu-waktunya baru best ...

    ReplyDelete
  25. habeh camne...:(
    rasa-rasa laki kita ley tak wat camtu?
    hahhaha
    lagi satu kan time dw teman member nak medic cek up baby..
    kat clinic tu kan ada psgn singh tau..
    husband dia usap2 perut istri dia..
    siap istri lentokkn kepala kat bahu somi..yerh!!sweet oke!

    ReplyDelete
  26. asna : betul2 :)


    hanie : kamu akan dpt layan 1st class time pregnant :)


    sha : berutung kamu sha


    dewi : alahai sweetnya pasangan tu dewi

    ReplyDelete
  27. mimi : ko fikir apa lak? adeiii ko ni

    ReplyDelete
  28. Salam perkenalan,saya sangat sangat sangat setuju!!!

    Lelaki melayu mmg byk berubah in terms of being romantic nak tambat hati pasangan bila lepas kawin. Usually gets worse and lagi muram as both grow older. I think selain ego tinggi, culture kaum lelaki melayu turun temurun mmg xcukup didik young men nk kawin utk improve romantic side lps kawin..

    Eventhough xsume lelaki melayu gitu tp rsnye kebanyakan mmg gtu :D

    ReplyDelete
  29. mawar : saya sgt setuju apa yg awak katakan tu. rasanya mmg lelaki melayu tak didik dgn cara berkasih syg lbh. maybe. tp tak semua ada segelintir begitu.

    ReplyDelete
  30. ouwh!!! my hubby tak romantik langsung!!can't change that... :(

    ReplyDelete
  31. apa diharap padi diseberang, padi kat malaysia banyakkk, ghitewww

    ;-P

    salamm,

    ReplyDelete
  32. fiza : iye ke fiza? lelaki sama jer kan?


    tun begia : berpantun hehehee

    ReplyDelete