Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, April 15, 2010

Susu ibu atau susu formula?

aku suka blue color. jadi aku belikan raina blue color seperti ini :D


Susu ibu atau susu formula?
kalau aku diberi pilihan, jawapan aku mestilah SUSU IBU.

sebabnya susu ibu itu sendiri banyak khasiatnya dan sangat bagus untuk bayi kita. dan semestinya bayi kita akan lebih rapat dengan kita jika kita memberikan susu badan kita. baguskan?

sejak aku mula mengandungkan raina aku sudah memasang impian dengan apa cara sekalipun aku akan cuba bagi anak aku dengan susu aku sendiri. bayangkan di hari pertama kelahiran raina di hospital lagi aku dah berusaha cuba mengeluarkan susu aku. malangnya tiada. sedih. bengang.

hampir seminggu barulah aku dapat menyusukan raina. itupun setelah berurut dengan mak bidan juga makan makanan yang disarankan. tetapi penghasilan susu badan aku taklah seperti orang lain. sangat sedikit.

oleh kerana raina sendiri tidak berapa suka menyusu badan direct dari badan aku jadi jalan penyelesaiannya aku terpaksa menggunakan cara dengan mengepam. bukan aku tak paksa dan ajar raina untuk menyusu secara direct tapi sudah puas aku paksa dan ajar dan jawapannya adalah hampa. raina akan membuat reaksi dengan cuba memuntahkan balik apa yg dia minum.

mungkin cara dan waktu aku mengepam tidak konsisten, akhirnya penghasilan susu aku semakin hari semakin berkurangan. dan yang paling aku terkilan apabila susu aku mula kering dengan sendirinya. masa tu rasa nak menangis. aku tak berputus asa aku paksa raina untuk hisap secara semulajadi. tetapi jawapannya hampa sebab susu langsung tidak keluar.

cuma aku bersyukur sebab aku dapat juga menyusukan raina walaupun sekejap. rasanya hampir dua bulan juga aku dapat menyusukan raina. sekarang nie raina hanya minum susu formula.

pendapat aku, susu formula ini banyak juga khasiatnya. cuma dari segi kandungan khasiat susu ibu itu lebih baik. walaupun raina hanya minum susu formula, alhamdulilah berat badannya naik dengan konsisten.


senang dicuci

sejak raina bertukar botol susu kepada botol susu MAM sejak usianya dua bulan lagi, alhamdulilah raina makin kuat menyusu. cuma selepas raina mengalami demam yang agak teruk sebulan yang lalu raina agak kurang menyusu. tapi tok encek raina cakap mungkin sebab raina sudah mula mahu tumbuh gigi. gusi dia sudah mula gatal akibat pertumbuhan gigi maka sebab itu raina kurang menyusu dan dia lebih suka menggigit puting botol susu tersebut.

pendapat aku tentang botol susu MAM ini adalah sangat sesuai untuk bayi. aku dapat rasakan perbezaannya apabila raina menggunakan botol susu MAM ini. raina sudah ada 3 botol susu dari MAM ini. sekarang nie raina juga sudah mula serasi dengan soothers dari MAM. so agak senang mahu tidurkan raina. dia akan hisap soothers tersebut sampai tertidur. sebabnya aku memang tidak mengajar anak aku tidur menggunakan buaian.

soothers : design puting yang agak leper

ramai yang tanya kenapa tak pilih botol susu dari avent atau tommee tippiee? jawapan aku simple saja. aku tertarik dengan design botol juga puting yang memang direka khas untuk baby. dan aku juga suka dengan brand MAM ini kerana ianya adalah botol susu anti-colic, free bpa dan sebagainya.

kenapa tidak botol susu avent?
aku kurang menggemari avent sebab aku rasa dah ramai sangat orang pakai botol susu nie. dari hasil pemerhatian aku bila aku pergi mana-mana 7/10 bayi menggunakan botol susu avent ini. jadi aku lebih suka menggunakan lain sedikit dari orang lain.

kenapa tidak botol susu tommee tippiee?
sebabnya aku tidak tertarik dengan design botol susu dari brand ini. jawapan aku simple bukan?

tetapi terpulang kepada setiap individu tersebut. sebabnya setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. aku plan mahu mencuba botol susu dari 1st years juga dr.brown. ada sesiapa yang pernah guna botol susu tersebut? ok tak? jika ada sesiapa yang pernah menggunakan botol susu tersebut boleh berkongsi pendapat dengan aku.

32 comments:

  1. :d
    gud review for milk bottle.tak penah amek port pasal botol.belasah je botol ape2 kat baby.

    ReplyDelete
  2. hi nurul...yes susu ibu yg terbaik..tp ada certain kondisi kondisi yg mampu n tak mampu menyusui.
    ku tak mau komen pjg..hihi sbb amni pun dh di campor fm.

    comel botol² tu

    ReplyDelete
  3. sedang mencarik botol susu yg sesuai..rasenye nak carik MAM jek la. :) kalo breast pump brand ape yg elok yel nurul? patut beli dr skrg ke, lps bersalin?

    ReplyDelete
  4. ainiyah : hehehe dulu nurul pun mcm tu. skrg ni jer baru amik tahu


    shima : beruntung sbb amni still bf w/pun dah campur susu formula.

    ReplyDelete
  5. misha : yup mam adalah yg terbaik bg nurul. misha better beli breast pump sebelum bersalin senang hari pertama dah boleh try pump kalu tak kuar air susu tu

    ReplyDelete
  6. ooo....camtu ek.
    kite memula dulu konon nak bagi khalish avent. skali, bila budak dah kuar, bagi botol jenama biasa2 je.

    :)

    ReplyDelete
  7. intan : nurul pun pernah pakai botol susu biasa tp raina kurang menyusu ketika itu.

    ReplyDelete
  8. if baby isap susu ibu secara semulajadi akan meransang pengeluaran susu xkan sama klau pump..tp x perr yg penting raina merasa susu ibu selama 2 bln..

    nurul nk cuba brand botol yg lain yerr? pd pendapat alin klau raina dh serasi ngan botol brand MAM tu teruskn jerr..sbb lain botol nie lain penangannyerr..bb kenal ngan botol susunyerr klau tukar yg lain tkt bb x serasi n kurang minum susu..sama gak klau kita slalu tukar brand susu formula..

    ReplyDelete
  9. kan nurul, rezki setiap org lain..mmg awal2 semua bercadang nak beri susu badan, tp kite tak tau ape akan jadi kemudian hari :)
    hehe betul tu. byk yg gune event :) yg MAM ni, nak dpt kat mane eh nurul? mcm menarik jgk

    ReplyDelete
  10. hanie : tu laa setiap org mesti nak bf kan anak mereka cuma tgk rezeki masing2. kalu susu byk itu yg best tu. botol susu mam tu boleh cari di mothercare.

    ReplyDelete
  11. hanie : tu laa setiap org mesti nak bf kan anak mereka cuma tgk rezeki masing2. kalu susu byk itu yg best tu. botol susu mam tu boleh cari di mothercare.

    ReplyDelete
  12. alynnz : ohh info yg berguna ni. thanks alynnz. betul juga pendapat alynnz tu.

    ReplyDelete
  13. alynnz : ohh info yg berguna ni. thanks alynnz. betul juga pendapat alynnz tu.

    ReplyDelete
  14. kak elya campur2..sebab susu die takbnyk..kesian die....
    salam perkenalan yaa

    ReplyDelete
  15. jue pun nak belikan marissa botol susu MAM sempena dia 3 bln...cari yg colour pink tapi susah nak jumpa la...yg selalu ada colour biru & purple :

    ReplyDelete
  16. angah : biar byk2 botol susu :)


    elya : salam perkenalan/ tp awak still ada bf kan even campur2?


    lip : kita serupa


    julia : nurul byk jumpa color pink di mothercare

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah merasa gak raina susu ibu selama 2 bulan tu...byk dah khasiat yg di perolehi nya :)

    Susu botol...erkkk...tak ponah pakai langsung, so me totally clueless :D

    ReplyDelete
  18. intan : arissa still bf ye? untungnya

    ReplyDelete
  19. nurul,
    danish pon suka MAM. Best dan betul senang nak basuh..huhu..

    tommee tippiee beli jugak, tapi dia sukak MAM lagik. Lagi satu lembik n goyang2..hahaha

    MAM ada puting gak eh? mo cuba la sbb dia suka gayut ibu dia je..letih makcik.

    ReplyDelete
  20. ur problem sama lar mcm sab..BM kering,puas dah suh rania isap,tp x kluar byk...alhamdulillah dpt jgk rania rasa susu badan ms dalam pantang....

    rania pki botol dr brown,sbb akk sab suggest,dia kate elok baby x angin...mmg btl pun,sejak rania pki dr brown,mmg rania x penah angin..2-3hr lps nie jer,rania kena angin blk,doc ckp mayb sbb makanan yg rania makan...

    ReplyDelete
  21. afid : akhirnya dpt gak kamu mencari botol mam kan?

    sab : tu laa ingat nak try beli dr brown pulak lepas ni. nak wat koleksi botol susu raina :)

    ReplyDelete
  22. awak nak buat collection botol susu raina ek...sy pakai tommie tippie..tak try tukar botol lain lg..myb leh try mam plk nnt..;)

    ReplyDelete
  23. I guess semua bottles tak kisahlah Avent ker, TT ker, Dr.Browns ker, MAM ker and etc etc, semuanya BPA-free, anti-colic..and I guess ppl have their own preference.. some might like this bottle n some not! I love TT design.. their teats pun as similar as mom's nipple.. and semua bottles ada kelebihan masing2..

    ReplyDelete
  24. yup.susu ibu mmg terbaek & tiada tandingan.ewah =)

    ReplyDelete
  25. maria : yeah boleh try mam lepas ni :)

    amie : yeah sy dgr pun TT pun the best tp saya tak suka design TT :)


    fathi : yeah susu ibu adalah yg terbaik. ewahhh :)

    ReplyDelete
  26. biasa pakai avent...skrg nak tukar MAM...confirm...tq for the info...

    ReplyDelete
  27. Hi Nurul... sihat dah ye..? saya pun nak pakai MAM gak... tp tertarik hr tu sbb design and colour dia cantek... tp nurul dah bg info yg berguna... ;) thanks.. en Wazif saya still bf lagi...cuma kalau bekalan yg sy bg kat baby sitter x cukup baru dia minum susu formula...raina minum susu apa?

    ReplyDelete
  28. mama adli : thanks :)



    adda : hi adda...raina minum susu anmum :)

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah dh 2 bln+ Naurah masih fully minum breast milk. Sua jgk FM (Anmum) bile BM mcm x cukup tp Naurah dh xnak. Dia hisap main2 je botol susu tue. Dr kecik Naurah dh biasa dgn botol Avent. Nk tukar botol lain takot teats lain, Naurah xnak pulak. Dh beli mahal2 yg BPA free, so pakai jelah smpi lebam hehehe.

    Syukur bekal EBM Naurah kt nursery pn dah berlebih sikit kata pengasuh. Hrp pengeluaran susu badan akn terus aktif. Amin.

    ReplyDelete