Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, May 10, 2010

My superwoman

ibu :)

Sempena mother day ini aku mahu buat entri khas untuk ibu aku. W/pun ibu aku tidak baca blog aku ini, tetapi dia tahu anak-anak dia mempunyai blog. Selalu dia nasihatkan aku supaya kawal cara penulisan di blog.

Aku panggil emak aku dengan panggilan ibu. semasa zaman sekolah dulu semua pelik sebab aku seorang je panggil emak aku ibu. Kawan-kawan aku yang lain panggil emak diaorang dengan panggilan mak atau mama.

Satu hari aku tanya ibu aku.

Aku : ibu kenapa ibu? kenapa tidak emak? tidak mama? Semua kawan-kawan along panggil emak diaorang mak atau mama?”
Ibu : "sebab ibu suka bunyinya lembut. Masa korang kecik-kecik dulu automatik ibu bahasakan diri dengan panggilan ibu."


wanita paling cantik dalam hidup aku :)

Aku anggap ibu aku sebagai superwoman dalam hidup aku. Dia mempunyai hasrat yang besar dalam membesarkan anak-anaknya. Pernah satu hari ibu cerita bagaimana dia di kutuk oleh jiran-jirannya kerana mengajar anak-anaknya mengaji pada ketika kami masih kecil lagi dan dia juga di kutuk kerana menghantar kami ke sekolah tadika pada usia yang masih kecil. Yup kami adik-beradik bersekolah tadika selama dua tahun berturut-turut. Alasan ibu mahu anak-anaknya mendapat pendidikan sebaik mungkin.

Ibu sendiri mengajar aku mengaji, membaca dan mengira. Ibu sangat garang. Aku pernah kena cili gara-gara salah sebutan semasa mengaji. Aku tahu ibu punya alasan sendiri kenapa dia berbuat begitu. Hasilnya aku khatam al-quran sebanyak 3 kali tidak silap aku.

Ibu sangat kuat bekerja. Ibu tidak suka duduk di rumah tanpa membuat sebarang keja. Penat macam mana sekalipun dia tetap mahu pergi kerja. Hasilnya gaji ibu dua kali ganda dari gaji anak-anaknya. Macammana tu ye? Haih.

Ibu juga mengajar aku memandu hari-hari semasa aku gian nak memandu. Sampai sekarang aku pegang prinsip ibu semasa memandu. “jangan takut bila tersesat jalan teruskan perjalanan selagi minyak kereta masih ada”. Itu sebab bila aku sesat jalan aku bantai teruskan perjalanan. Haha.

Ibu pandai masak. Aku selalu tewas dengan masakan ibu. Aku diet macammana sekali pun bila masakan ibu di depan mata mesti aku belasah juga makan nasi w/pun sebenarnya aku tak suka makan nasi. Sebabnya ibu masak sedap ok. Anak sulung dia ini jer yang tak reti masak. Teruk kan aku? Haih.

Sebagai balasan ibu termasuk ayah membesarkan anak-anaknya yang degil ini kami tunaikan hasrat ibu dan ayah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Hasrat ibu dan ayah untuk melihat ketiga-tiga anaknya belajar di univesiti telah kami tunaikan.

ibu dan ayah :)

Ibu,
Percayalah along, angah dan bani sayang ibu. Kami sayang ayah juga.
Selamat hari ibu. I love u so much :)

27 comments:

  1. Sweet..mogq kita juga jd superwoman buat anak2 kita.. Amiin

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu nurul..

    ibu, emak, mama ...kita semua nya superwoman kan..

    semoga kita dpt contohi mereka

    ReplyDelete
  4. haiii sedihnye aku. smlm sms ibu bgtau selamat hari ibu pastu ibu leh plak tny aku balik skrng ni hari ibu ke? hahahah..

    ko mmg x pandai masak. bakat ibu tu turun kat aku kan heheheh..

    ReplyDelete
  5. shima : mudah2 han kita dpt jadi terbaik mcm ibu kita kan.

    angah : ibu tnya nape ko tak blik smlm. kan minggu ni ko nak pi kelantan. ibu rindu kot. raina pun rindu gak.

    ReplyDelete
  6. samat hari ibu utk ibu nurul dan ibu yanie....hehhehehe

    ReplyDelete
  7. muka nurul sbijik ikut muke mak..
    :)

    ReplyDelete
  8. yanie : thanks yanie :)

    nano : aah ramai ckp nurul ikut muka ibu nurul :)

    ReplyDelete
  9. nurul, salam utk ur superwoman :)

    ReplyDelete
  10. happy mother's day nurul!
    dan untuk ibu nurul juga.

    :)

    ReplyDelete
  11. happy mothers day to u too darling... ibu adalah segalanya untuk kita.. :D

    ReplyDelete
  12. ibu mmg lembut kan bunyinya...ibu mak mama amma atau ape je panggilannya..dialah superwoman dlm hidup kita kan wak..oh tibe2 rindu omak.........

    p/s:mak sy pun pandai masak..tp sy tak..haha..

    ReplyDelete
  13. hee hanie pun panggil ibu :)
    dulu pun ade rase pelik nape kite sorang je panggil ibu :D
    skrang dah biasekan..
    tu la, harap kite pun akan jadi ibu yg kuat mcm ibu2 kite :)

    ReplyDelete
  14. Sweeeet gitu!

    Happy Mother's Day to u dear :)

    ReplyDelete
  15. intan : thanks intan. hepi mother day juga untuk intan :)

    fiza : hepi mother day juga utk fiza. yup betul tu ibu adalah segala2nya bg kita sebagai anak juga tak lupa ayah juga penting bg kita :)

    maria : kita sama kan tak reti masak. ibu nurul teror masak tp nurul tak mewarisi bakatnya


    hanie : ohh hanie pun panggil ibu juga ye? ye betul tu hanie skrg dah tak pelik lg dan bangga sbb panggil panggilan ibu :)

    ReplyDelete
  16. aku balik pas kelantan la..aritu dh bgtau ibu

    ReplyDelete
  17. angah : beli ole2 utk aku ok

    ReplyDelete
  18. nurul fotostat muka ibu nurul kan?! :)

    ReplyDelete
  19. saye pon syg ibu saye. ibu saye superwoman. slalu dtg kl teman saye. sian ibu. rinduuu..:(

    ReplyDelete
  20. gambar yg last tu zaman dahulu2 time belajar ke??terkenang jugak zaman kat uitm la..

    ReplyDelete
  21. bila dh jadi ibu baru kita sedar betapa berharganya jadi seorang ibu ni....

    ReplyDelete
  22. selamat hr ibu ya..nurul if x bz sudi2 kn larr jwb tag selongkar pe da dlm beg..lau nurul xpernah jwb sebelum nie tinggalkan link yaa alin bleh terjah..

    ReplyDelete
  23. farah : aah ramai ckp muka nurul mcm ibu nurul :)


    sha : semua org syg ibu masing2 kan sha?


    fathi : thanks fathi


    lip : itu gmbr masa konvo adik nurul :)


    mummyar : betul tu setuju :)


    alynnz : ok kalu tak busy nurul try ok. nurul jenis jwb dlm hati tp nk tulis entri malas. nurul ni pemalas sikit :D

    ReplyDelete