Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 21, 2010

7 bulan Raina Evaqairina

Raina dengan dua kawan baiknya iaitu mr.beebird dan put put


Sabtu lepas genap umur raina 7 bulan. Serius aku rasa anak dara aku cepat sungguh membesar. Raina makin lasak. Raina buat hidup aku lebih bermakna dengan keletah-keletah dia. Terima kasih raina sebab buat hidup mama lebih bermakna.

Dalam masa umur raina menginjak 7 bulan iaitu lebih kurang umur raina 6 bulan lebih sudah banyak pembelajaran baru yang diperolehi oleh raina. Serius aku tidak sangka raina belajar cepat dari jangkaan yang aku jangkakan. mungkin setiap anak berbeza-beza proses pembelajarannya. Mungkin juga bergantung kepada usaha dan cara kita membesarkan anak. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu sedikit bersabar melihat step by step proses pembelajaran anak kita tanpa paksaan. Please jangan paksa anak. Biar anak explore dunianya secara natural.

Seperti aku dan saiful, kami akan membuat sesi latihan pembelajaran khas untuk raina selepas kami balik kerja. Setiap hari sebelum raina tidur. W/pun kadang-kala agak penat selepas berkerja tapi kami cuba juga meluangkan sedikit masa untuk raina.

Sebagai contoh, normally saiful akan mengajar raina menyebut beberapa perkataan. Contohnya perkataan “mama” dan “papa”. Mungkin orang akan cakap terlalu awal untuk belajar semua ini. Tapi itu yang akan dibuat oleh saiful setiap hari apabila dia balik kerja. Aku pula lebih suka memberi latihan untuk raina belajar mara dan seterusnya merangkak. Aku akan cuba meletakkan barang yang menarik pandangan raina untuk cuba mendapatkan barang tersebut. setiap hari aku akan berbuat begitu.

Raina suka duduk kat kerusi nie. rasa macam mahu beli jugak kerusi nie untuk raina

Raina wear tutu

Aku juga hanya membenarkan raina masuk dalam walker di rumah babysitter pada sebelah siang sahaja. Itu pun aku limitkan penggunaan walker tersebut. Aku berbuat begitu kerana memberi ruang untuk raina explore dunianya dengan berguling-guling, belajar mara dan seterusnya merangkak.

Begitu juga soothers. Normally raina hanya dibenarkan menghisap soothers pada sebelah malam sahaja. Kelonggaran menghisap soothers pada sebelah siang akan diberikan pada hujung minggu sahaja. Aku berbuat demikian disebabkan raina mula gatal gusi sejak berumur 4 bulan jadi aku memberi ruang untuk melancarkan pertumbuhan gigi raina.

gambar lama : raina, papa and mama

gambar lama lagi. location : garden


Perkembangan baru raina ketika ini :

1) Sudah mara ke depan dan merangkak menggunakan lutut

2) Sudah tumbuh dua batang gigi bahagian gusi bawah

3) Sudah agak kukuh dalam polisi duduk. Tetapi raina masih tetap dalam proses belajar duduk yang lebih kukuh

4) Sudah mula menyebut perkataan “mama” apabila menangis. Tetapi sampai sekarang raina tidak pandai menyebut perkataan “papa”. Apabila raina menyebut perkataan “papa” sebutannya akan menjadi “baba

5) Makin kuat merajuk. Jika merajuk raina akan menghadap dinding dan dia tidak akan pandang sesiapa pun (perangai ini sebijik macam perangai aku ketika pregnant)

6) Sudah pandai melambai tangan apabila kita menyebut “bye bye

7) Aku sudah mula menggosok gusi dan gigi raina menggunakan berus khas

8) Sudah tidak memakai barut apabila genap umur raina 7 bulan

9) Sudah pandai memanjat pada tahap yang rendah. Paling suka panjat badan aku ketika aku berbaring

10) Sudah mula kenal orang. Dia akan menangis apabila orang yang dia jarang tengok cuba untuk dukung atau dekati dia. Pasti dia menangis.


atas lantai. haha

Raina with mama

Syukur Alhamdulilah. Semoga raina menjadi anak yang solehah. Mudah-mudahan. raina, kami semua sayang raina. jangan noty-noty :)

61 comments:

  1. raina kesayangan ummi ngah juga..gambar2 ni wat ummi ngah sedih menanggung rindu. walaupun baru jumpe ke ape ke..tapi cepat je rs rindu tu dtg. raina mencuit hati ummi ngah. ilang sume penat, stress n tension bile tgk raina..

    alahaiiii raina kesayangan semua

    ReplyDelete
  2. angah : kasi jumpa raina. nanti kita sopin baju raya raina sesama ok

    ReplyDelete
  3. Happy 7mth Birthday Raina!

    Makin comel and lawa anak dara Nurul ni. Suke sangat tengok gambar Raina with tutu. Geram!.


    *Jom singgah blog ada giveaway ibu Kaisya nk bagi. Weeee!!*

    ReplyDelete
  4. iskk..tak sabarnye nak tgu kysha besar cam raina.
    rambut raina lebat betol ek.suka nengok.
    zuris pun berkenan ngan kerusi tu
    tp mr sharil awal2 dah ckp tak sedap duduk,padahal org baru bagi hint.mmg tak kasi beli lah tu.huhuu...

    ReplyDelete
  5. best baca perkembangan raina ni. raina be good girl ok. nnt kita jumpa aunty nk picit2 pipi raina yg tembam tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. iella : thanks awak :)


    raihan : wahh ada giveway. thanks raihan


    nariko : hehehe leh kwn dgn mya


    zuris : tulah mcm best je kerusi tu. hehehe

    ReplyDelete
  7. Nurul : bila la sy plak nak ada baby..hehe

    ReplyDelete
  8. iella : InsyaAllah iella ada rezeki kamu nanti kan? terima kasih iella sudi jenguk blog nurul :)

    ReplyDelete
  9. Happy 7 months old Adik Raina!
    Comel sangatlah Raina pakai tutu tu. Rasa nak cubit-cubit. Mama beli kat mana ek?

    ReplyDelete
  10. orked : thanks kak intan. itu kepunyaan photographer. hehe mama pinjam je.

    ReplyDelete
  11. cantiknya tutu raina... mama wazif nak beli gak la... tp nak kumpul je...x sabar nak bg wazif adik girl.. ;-) raina comel sgt...muka mcm papa dia la..

    ReplyDelete
  12. hee sgt comel!
    cepat betul mase berlalu..byk dah perkembangan raina yer :)

    ReplyDelete
  13. sgt comel..
    semoga raina mbesar dgn sempurna..:)

    ReplyDelete
  14. sgt comel..
    semoga raina mbesar dgn sempurna..:)

    ReplyDelete
  15. adda : tu la muka mcm papa dia. hehehe wazif pun leh je pakai tutu


    hanie : tu la cpt je raina dah besar


    fasya : thanks fasya. alhamdulilah

    ReplyDelete
  16. sekejap je kan anak kite membesar. kdg2 rase cam x puas je spend time dgn dia mase kecik2 tuhh heheh.

    geramnye kt rambut raina. cam da boleh buat tocang kekeke ;p

    ReplyDelete
  17. wah sekejap jek rasenya

    huhuhu

    ReplyDelete
  18. ween : tu la sekejap je rasanya


    sharena : makin di potong makin lebat rambut anak dara nurul tu. nurul dah dua kali potong rambut dia

    ReplyDelete
  19. 1st.. nurul ! kamo sudah selim sepenuhnye..rite??

    2nd, ehh raina berus gg sdiri eh??
    pndainyeeeeeee..

    3rd.. oowhh comel gler ank dara ni sorg..haishh tringin ank dara gak :p

    ReplyDelete
  20. nano : hahaha daku belum slim sepenuhnya na. daku masih gemuk.
    ohhh raina tidak pandai berus gigi sendiri mama dia yg tolong beruskan. ohh mahu anak dara jugak? sila bg mikail adik bila sudah bersedia nanti.

    ReplyDelete
  21. raina yang tomei2~
    :)

    happy 7 months sayang!

    ReplyDelete
  22. intan : thanks auntie intan :)

    ReplyDelete
  23. raina sangat comel ye..
    wah pandai dia sengih depan kamera...
    geram betullaaa tengok budak tecit ni..mestilah hapy tegok keletah anak kecil macam nieh.. ^^

    ReplyDelete
  24. atiqah : mmg geram pun qah tgk dia suka melayan dia. hehehe. aah dia pantang pandang kamera dah sengih ke gelak ke. tp tgk mood dia jugak

    ReplyDelete
  25. nmpk kak nurul dh slim sikit la.. =) serius x tipu.

    ReplyDelete
  26. asna : ikss tak ada la asna. akak gemuk lg tau. itu dlm gmbr je cuba tgk the real

    ReplyDelete
  27. eh budak 7 bulan dah boleh buat semua tu ek? tak sabar nak tunggu sabrina tujuh bulan jugak!

    ReplyDelete
  28. comel..comel...comel yang tk terhingga..raina..mmg comel sekali....suka tengok raina senyum.....sudah besar ehh...cepat jer kan nurul..

    ReplyDelete
  29. Masya'Allah comei sungguh gambar dia kat kerusi merah itu, I think you should buy one for her lah dear :)

    Seronok kan tgk perkembangan anak kita yg semakin hari semakin membesar...semoga raina menjadi anak yg solehah dan pandai ye sayang :)

    ReplyDelete
  30. noe : aah. aku pun tak sangka raina cpt belajar. sbb aku tgk anak sepupu2 aku 7 bln ke atas baru nak tumbuh gigi, baru nk belajar merangkak. tp raina dah mara ke depan masa umur dia 5 bln lbh then dia merangkak masa 6 bln lbh. tumbuh gigi pun dia awal. hrpnya dia berjalan pun awal. mcm duduk tu kita kena control la time dia belajar duduk sbb lum kukuh dan senget lg.


    mun : tu la cepat dia membesar. thanks mun.


    intan : tu la nurul pun mcm mahu beli kerusi tu. thanks intan :)

    ReplyDelete
  31. aku ras kau macam ada komen semalam. dha hilang ka kena delete ka or aku tak tekan publish your komen?

    ReplyDelete
  32. maknanya raina tua 2 bln dari bam2 :D

    dah besar anak dara awak nie...tak sabar nak tunggu anak dara saya plak :)

    ReplyDelete
  33. kagum betul ngan cara nurul besarkan raina, boleh dijadikan idola..
    dan sumber rujukan..
    baca nurul pakai kan raina barut sampai 5 bulan, ni yg smpai skrg eisya masih berbarut..

    ReplyDelete
  34. noe : koemn yg mana tu noe? aku publish semua komen yg aku kenal dan aku rasa ok utk di publish


    julia : aah la tu. marissa 5 bln la ye skrg. tua dua bln. raina kakak pd marissa :)

    ReplyDelete
  35. dayu : nurul ikut petua org tua. ibu n mak sedara yg bg petunjuk. apa yg nurul rasa elok dan masih logik di guna akal nurul follow.

    mcm pemakaian barut mmg elok utk baby kan. ada org lps pantang dah cabut barut. mcm nurul ni baru je stop pemakaian barut genap umur raina 7 bln. bhgn dada baby kena ditutup lg2 musim hujan,sejuk kan.

    mcm penggunaan walker, soothers semua nurul buat tp ada limit. sbb nurul ada baca kat internet baby elok di freekan secara natural supaya dia explore dunia dia so step by step dia bole buat mengiring, meniarap, mara, mengengsot, merangkak, memanjat dan seterusnya berjalan.

    mcm penggunaan soothers tidak boleh di beri selalu apabila anak kita mula gatal gusi utk beri ruang pertumbuhan gigi. itu apa yg nurul baca dr sumber bacaan.

    byk lg sebenarnya nurul buat. biar org kata nurul kuno. sbb nurul mahu cuba cara nurul membesarkan anak nurul. InsyaAllah apa yg baik kita ikut.

    :)
    panjangnya nurul komen. sekian

    ReplyDelete
  36. betul..yang org tua2 bagi, mana yg rasional kita amik paraktik
    mana yang mcm tak sesuai, tolak cara baik, jgn smpai dikata tak dgr cakap lak kan..
    barut eisya mmg tak muat dah
    opah dia siap buatkan baru, suruh pakai smpai 5 bulan..
    besarkan anak ngan cara kita sendiri,mmg puas hati kan. dan dayu sgt syukur sbb takde org nak sibuk2 komplen cara kita jaga eisya smua. tp mana yg tak elok harus lah derang tegur kan

    ReplyDelete
  37. xeea : thanks :)


    dayu : betul tu. tak pe dayu teruskan pemakaian barut tu. it;s good for ur baby little E :)


    mummy zara : dia mmg pantang nmpk kamera :)

    ReplyDelete
  38. takpe takpe. baba pon sedap didengar. hehe (=

    alalalalala makin chomel si cute ni. mwahs *hugs for raina*

    mama raina amek gambo kat studio ke sendiri nih? cantek gilak. cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt!

    ReplyDelete
  39. ala comel...
    geram nyer kat raina...kusi mearh itu sangat comel buat raina...

    ReplyDelete
  40. hamboiii mcm permaisuri sunggu raina dok atas kerusi merah tu ye ^-^ cepat btul dia dah besar kan nurul

    ReplyDelete
  41. lynda : amik gmbr studio. saja suka2. hehe tp dah biasa bahasakan papa :)



    nads : tu la mcm best dan sesuai kerusi merah tu kat raina :)


    sha : tu la cpt je dia membesar sha :)

    ReplyDelete
  42. anak buah kte juga dah 7bln.sgtlah lasak.kuat mkn jugak.hehe

    ReplyDelete
  43. fathi : budak makin membesar dan tahu n belajar mcm2 mmg agak lasak sikit kan?

    ReplyDelete
  44. huh,si raina sepsi ber tutu..!!
    dah lah mata sepet..
    geget kang baru tau...!!!!!

    ReplyDelete
  45. kid : hehehe mata sepet ikut sapa tah kid. sampai skrg daku terfikir2 kenapa anak ku itu bermata sepet. hehe

    ReplyDelete
  46. wah dah banyak raina belajar..aqil br meniarap..gigi belum ada..huhu..

    suka tgk rambut raina..

    ReplyDelete
  47. sekejapnye raina da besar kan..tp roy masih x kawen2.hehheheh..
    makin comel raina skrg ni..

    ReplyDelete
  48. maria : tak pe maria nanti aqil akan belajar step by step. semua budak akan mengalaminya kan?


    roy : roy kalu kawin jgn lupa jemput nurul ye.

    ReplyDelete
  49. raina da besar da:)
    cepat je rasa kan..
    makin cute makin pandai buat memacam da..sweet sgt:D

    ReplyDelete
  50. aleena : tu la cpt je masa berlalu. akak pun terasa cpt jer raina membesar

    ReplyDelete
  51. wahhh cepatnye dh de gigi..anak zura 9 blan baru tumbuh gigi atas sebatang hikhik...becok mulut dia...x merangkak tp dah panjat2 n bediri...

    ReplyDelete
  52. zura : lama tak dengar citer zura. nak sgt tgk muka zura. aah raina cpt tumbuh gigi. gigi dia tumbuh sekali 2 batang pd usia 6 bulan lebih bhgn bawah

    ReplyDelete
  53. cepatnyeeee dh besar...sgt comel!~!

    ReplyDelete
  54. diah : tu la cpt dah dia membesar diah :)

    ReplyDelete
  55. kejap jew ms berlalu rasa br semalam mmbaca n3 raina dilahirkan..aunty memuji keindahan nama raina..skrg raina semakin mmbesar nk jadi anak dara..

    bagus juga perancangan nurul pd raina semuanyer utk kebaikan raina kan..semakin mmbesar raina amat mirip ngan papa nyer..comei..

    ReplyDelete
  56. alynnz : thanks awk. tu la muka dia makin lama makin mirip muka papa dia :)

    ReplyDelete
  57. Semoga raina membesar dengan sihat, jadi anak yg solehah dan hamba yg taat. Amin.:)

    Kak teringin nak tau makna nama anak akak. Unik sangat. Boleh ke?

    ReplyDelete
  58. su : moga2 su. insyaAllah. maksud raina evaqairina ialah puteri kebahagiaanku

    ReplyDelete