Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 14, 2010

Tanpa kita sedar

Perangai dan sikap manusia ada macam-macam bukan?
Ada yang baik, jahat, separuh baik, separuh jahat, nakal, degil, hati batu, hati lembik, berpura-pura, batu api, jiwa kasar, jiwa lembut, jiwa rapuh, kepochi bla…bla…bla…

Banyak sangat jika mahu di tulis satu-persatu. Di mana-mana kita akan jumpa macam-macam jenis manusia ini. Tak payah ambil contoh jauh-jauh. Cukup kalau aku ambil contoh di tempat keja aku atau di kawasan rumah family aku. Di dunia cyber juga kita boleh tahu orang itu macam mana. Kadang-kadang. Mungkin.

Kadang-kadang tanpa sedar kita telah membuat kesilapan
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersikap pendengki
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersifat cemburu
Kadang-kadang tanpa sedar kita kuat sensitif
Kadang-kadang tanpa sedar kita cuba mengambil tahu hal orang
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersikap ego
Kadang-kadang tanpa sedar kita emosi tidak tentu pasal
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersifat berpura-pura
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersifat tidak matang
Kadang-kadang tanpa sedar kita telah sakitkan hati seseorang
Kadang-kadang dan berapa banyak kadang-kadang tanpa henti!

Aku paling takut kalau aku tanpa sedar telah sakitkan hati orang. Paling takut. Lagi-lagi kalau tanpa sedar aku telah sakitkan hati orang tua aku. Jadi aku cuba lebih berhati-hati.

Bila aku ada anak aku telah set otak aku bahawa aku perlu matang dan aku mahu kurangkan semua KADANG-KADANG seperti di atas itu. Aku cuba set otak aku sejak aku pregnant. Jadi bila sudah ada anak ianya jadi terbiasa. Yeah aku mengaku aku bukan jenis manusia yang baik sangat. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini w/pun engkau anak puteri raja sekalipun.

Pernah ada rakan office aku yang suka sangat meng’anjing’kan budak office yang lain. Dari situ aku sudah tahu hati dia macam mana. w/pun solat tunjang-terbalik dekat office tapi sifat yang satu itu sudah cukup untuk aku membuat kesimpulan tentang dia. so don’t simply-simply meng’anjing’kan atau menggunakan bahasa yang lain sekalipun. Itu tidak baik.

Aku paling tidak suka orang cakap kasar, guna bahasa kasar tidak tentu pasal. mungkin dalam keadaan tertentu kita perlu juga bercakap kasar dengan menggunakan bahasa yang kasar. Sebab bahasa menunjukkan peribadi kita. Cukup.

Aku juga paling tidak suka ambil tahu hal orang. Contoh di office, aku jenis manuasia pergi kerja dan balik kerja. Jika ada keadaan yang memerlukan aku senyum aku akan senyum. Jika keadaan memerlukan aku berbual-bual sedikit dengan rakan office aku akan berbual-bual. Tapi untuk mengambil tahu hal orang dan memburuk-burukkan hal orang bukan aku orangnya.

Lagipun aku sudah jadi mak budak. Umur juga sudah tua. Bukan muda mana. Cukup-cukuplah zaman aku huhahuha zaman belasan tahun itu. Jadi boleh ke kita kurangkan KADANG-KADANG itu? Tanya pada diri kita.

Mari sambung buat kerja.
Hari ini hari isnin tentu-tentunya keja aku melambak-lambak.
Hello pagi isnin :)
Sekian kawan-kawan.

18 comments:

  1. :)
    biasalah tu,nurul.
    manusia nie macam2.
    ada yg baik di depan...tp hati,kita tak tau.
    bila dah kawen,tup2 lak ada anak sendiri,secara automatik telah mematangkan kita kan.

    ReplyDelete
  2. zuris : tu lamacam2 kan? so bila ada anak kita pun automatik jd matang

    ReplyDelete
  3. betul nurul, betul sangat..
    i selalu cam terfikir, i kata i tak suka orang yang putus asa or lemah semangat tapi tak sedar kadang-kadang i pun ada je putus asa.. tapi tu lah, sangat baik kalau dapat dikurangkan 'kadang-kadang' tu kepada 'jarang sekali'.. :)

    have a great week ahead nurul

    ReplyDelete
  4. na kat office ni sensorg je..
    so xsrabut dgn prangai org lain yg mcm kadang2 tu..
    hehe..

    ReplyDelete
  5. AJJAH : TU LA KITA TNPA SEDAR DIRI KITA BEGITU JD KITA CUBA KURANGKAN KADANG2 ITU

    ReplyDelete
  6. nano : bestlah mcm tu na. so kurang kadang2 yg kita tak sedar tu kan. hehehe

    ReplyDelete
  7. bagus topic nih...i likey....best2..
    pengalaman mengajar kita kan nurul....

    ReplyDelete
  8. ::kadang keadaan sekeliling buat kita matang pn nurul..:)::

    ReplyDelete
  9. mummyar : thanks awak. sgt setuju apa yg awk ckp tu

    nasya : aah keadaan mengajar kita kan

    ReplyDelete
  10. Insya'Allah kita sama-sama kurang kan "kadang-kadang" itu...semoga kita semua menjadi insan yg baik hari ini dan terbaik ke esokkan hari nya...amin :)

    ReplyDelete
  11. hehe tp 'kadang-kadang' terbabas jgk kan nurul :D Biasela, manusia tak penah puas, kalau salah sikit, melatah. Erm, insyaallah, same2 cuba kurangkan :)

    ReplyDelete
  12. hana suka ambik pilihan :" wat hal sendiri, sendiri happy..kita tak kacau orang, tak susahkan orang :)

    simple kan?heheh

    ReplyDelete
  13. hanie : tu la kdg2 ada manusia cpt melatah. hrp kita dpt kurangkan kdg2 tu

    hana : yeah nurul pun prefer wat hal sendiri

    ReplyDelete
  14. betul
    kte perlu kikis skit2 KADANG-KADANG itu =)

    ReplyDelete
  15. saya paling takut diajadikan musuh..sebab itu if ada kawan yg bossy saya akan diam je..saya takkan lawan dia balik cos saya tak suka nak cari gaduh..maklumla org begini boleh tahan dasatnye if gaduh ngan kita..

    ReplyDelete
  16. fathi : kan? hrp dpt kita kurangkan :)

    ReplyDelete
  17. lip : better diam diri dr melawan then ada sampai satu masa kita boleh fight utk kebenaran. InsyaAllah

    ReplyDelete