Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 21, 2010

Untuk perempuan yang bernama Siti Salwa Abdul Karim

Family Siti Salwa Abdul Karim

Terima kasih. Ucapan pertama aku untuk perempuan yang bernama Siti Salwa Abdul Karim. Dia penyelamat aku dalam segala segi. Bila aku tidak pasti siapa photographer untuk pre-wedding aku, bila aku pening kepala memikirkan warna cadar katil yang mahu digunakan untuk majlis kahwin aku, bila aku tidak tahu barang hantaran apa yang mahu di beli dan sampai aku sakit nak bersalin pun aku pasti mencari wawa. Dia penyelamat dan pakar nasihat bagi diri aku. Paling aku ingat jasa wawa apabila wawa banyak memberi tips bagaimana mahu bersalin secara mudah. Haha.

Bila aku sudah ada anak sendiri ini pun, aku banyak minta pendapat dari wawa. Aku seorang yang kurang arif dalam perihal barang-barang keperluan anak. Naif sungguh. Paling ketara tentang stroller baby. Aku betul-betul keliru setelah sakit hati apabila terbeli stroller sweet cherry yang cepat jahanam itu. stroller sweet cherry yang raina pakai tidak sampai sebulan itu pun aku sudah let go di mudah.com.

Aku suka tengok stroller damia anak fizamior itu sejak aku pregnant lagi. Jadi wawa orang yang banyak mempengaruhi keputusan aku untuk membeli stroller quinny zapp itu. Terima kasih wawa. Maybe selepas ini engkau boleh tolong aku membuat keputusan untuk membeli stroller maclaren macam anak engkau pakai itu pulak. Aku berangan.

Baba, aisy dan mami :)

Semasa aku di dalam pantang, aku mempunyai masalah berkaitan botol susu. Raina seakan tidak selesa dengan design puting botol susu lamanya itu. Dengan bantuan wawa juga aku membuat keputusan mencuba botol susu MAM itu. Ohhh naif sungguh aku ketika itu. Hei wawa sebab pendapat engkau itu anak aku sudah kuat minum susu.

Bila aku keliru tentang pemilihan insuran anak, wawa juga orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada insuran PRU link prudential itu. Dia seperti ada magic tentang pendapat dan idea yang bagus bagi aku. Alangkah bagusnya jika kita kerja satu tempat. mungkin hari-hari kita boleh berjumpa, berkongsi dan bertukar pendapat. Wawa, sime darby ada kosong tak? Aku berangan lagi.


Anak mat salleh (itu panggilan aku untuk budak kecik tu sebab muka dia mcm omputih). serius aku tak bodek engkau ye wawa :D


Wawa, hanya ucapan terima kasih untuk engkau sebab banyak membantu aku memberi idea yang hebat untuk aku selama ini. Aku berharap engkau tidak akan jemu melayan kerenah aku yang bertanya bermacam-macam soalan. semoga impian engkau yang mahu menguruskan badan itu akan tercapai. Hello, engkau tidak gemuk okeh. engkau kurus. Sila jangan perasan. Haha.


Sekian.

25 comments:

  1. alahai..
    sweetnya ada kawan macam tu.. :)

    ReplyDelete
  2. kid : dia kwn nurul dari sekolah rendah lagi :)

    ReplyDelete
  3. Best ar ade kawan yang memahami, my Rania pun amek PRU takaful link tu heheh sgt bagus

    ReplyDelete
  4. koklie : kwn2 ckp insurans tu bagus. tak tahu lah koklie nurul baru je nak amik

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
    bestnya sekolah rendah ek..
    kawan kid yang macam salwa tu kid kenal dari sek men..
    tapi nurul dari sek rendah...!!!!
    lamanya.. :)))

    semoga ia berkekalan hingga ke syurga :))))))

    ReplyDelete
  6. KID : AAH DR SEKOLAH RENDAH. PASTU BILA MASING2 DAH SEKOLAH MENENGAH KAMI TERPISAH LOST CONTACT SEKEJAP. THEN TERJUMPA KAT FRIENDSTER TERUS SAMPAI SEKARANG. HRP KAMI LEPAS NI TAK LOST CONTACT LAGI. WAWA SANGAT SELAMBER ORGNYA. NURUL SUKA KWN MCM TU :)

    ReplyDelete
  7. bestnye ade kawan macam wawa..
    seyes!! baby wawa sangat comel dan putih.. dah besar boleh 'ehem..ehem' dengan raina~ kan..? hee~

    ReplyDelete
  8. aitqah : aah aisy ni putih dia lain mcm qah. kalu tgk the real mcm anak mat salleh rupanya. dr dia lahir mmg mcm tu. eh dia sebaya dgn raina

    ReplyDelete
  9. best punya BFF kan wak..sy tak dak..:(

    ReplyDelete
  10. maria : tak pe maria. nurul kan kwn maria jugak? :)

    ReplyDelete
  11. okeh, sila kongsi tips bagaimana mahu bersalin secara mudah itu... muahahahaha!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. fiza : hehehe ada sikit tips :)


    yaya : aah comel anak dia mcm auf gak. auf pun comel :)

    ReplyDelete
  13. wah...bagus kawan mu itu...neway, dia keje sime darby mane?

    ReplyDelete
  14. nads : sime darby area selangor sini nads

    ReplyDelete
  15. lamanye nurul dah berkawan ngan puan salwa nih..mesti byk simpan kenangan manis bersama zaman kekanak kan

    ReplyDelete
  16. lip : aah nurul kenal dia dr sekolah rendah. dah lama kan nurul kenal dia :)

    hana : thanks kamu :)

    ReplyDelete
  17. hye nurul... kte ni br je kwn ngan pn.wawa ni...mmg btul awk ckp dia ni spt ade magic... best kwn ngan dia kn....

    ReplyDelete
  18. nurul,
    kat mana tempat cantik2 ambik gambar ni? :B

    ReplyDelete
  19. anon : aah dia mmg ada magic idea yg best. eh siapa kamu ye?

    afid : kat the curve kat garden

    ReplyDelete
  20. nurul.. xpe le xyah tau sy sape tp yg pasti sy dh jd p'baca blog awk hehhehehhe.........

    ReplyDelete
  21. anon : ohh ye ke? thanks :)

    ReplyDelete
  22. mmg sesuatu yg indah biler kita ada bestfriend kan..? segala nyer bley dikongsikan kan..?

    tomei nyer anak kwn nurul tuu btul cam mat salehh..

    ReplyDelete
  23. alnnz : tu lah indah dan ada org leh kongsi pendapat dan lain2. aah anak dia mcm mat salleh kan?

    ReplyDelete