Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, July 22, 2010

8 bulan Raina Evaqairina

Anak dara aku :)

Sekali lagi aku lama tidak update blog bukan? serius. sejak akhir-akhir nie macam tiada mood langsung mahu update blog. idea tu memang ada tapi malas mahu menulis di campur dengan penat segala. balik kerja luangkan masa untuk raina, beri susu dan tidurkan raina last-last aku sekali ikut tidur sebelah dia. haha.

aku kurang sihat dari semalam. ini pun aku telan penadol berselubung dengan comforter tebal-tebal. bangun jer tidur dalam pukul 12 pagi aku terus mandi. yup aku tahu mandi tengah malam tidak elok untuk kesihatan. tapi badan aku dah berpeluh-peluh dek kena selubung dengan comforter.

lepas mandi baru badan aku rasa segar sedikit. aku terus bukak laptop then aku terasa mahu update blog aku nie. ok aku nak bagitahu isnin lepas umur anak dara aku genap 8 bulan. sekejap kan? rasanya baru jer hari tu aku tulis entri tentang 7 bulan raina evaqairina.

untuk pengetahuan, anak dara aku tu makin lasak. lasaknya bukan main sungguh. tapi aku lebih suka dia lasak, aktif sebegitu. oh yeah anak dara aku makin kuat membebel juga. dia membebel guna bahasa dialah. keletah dia boleh menghiburkan hati aku. sungguh.


perkembangan terbaru raina evaqairina (ketika umur dia menginjak 8 bulan) :


1) sudah tumbuh gigi lagi 2 batang di bahagian gusi atas. so total gigi cik raina sekarang ada 4 batang iaitu 2 batang bahagian bawah dan 2 batang lagi bahagian atas

2) membuat aksi menonggeng. aksi ini dia buat ketika usia dia berusia 7 bulan lebih sehingga sekarang

3) makin laju merangkak. selalu raina suka masuk bahagian ruang dapur untuk cuba kacau papa dia memasak di dapur

4) sudah pandai berdiri sendiri. dari posisi merangkak dia akan cuba berpaut pada sofa atau meja dan terus berdiri. jadi sekarang nie raina sibuk mengemas rumah. aksi ini sebenarnya dia sudah mula lakukan pada usia 7 bulan 3 minggu

5) sudah boleh duduk sendiri tanpa bantuan. dari posisi baring atau merangkak raina akan terus duduk

6) akan mengamuk bila kita ambil barang dari tangan dia

7) sudah pandai sebut perkataan "dah". ini perkataan baru yang dia belajar. papa raina yang rajin ajar

8) sudah makin kukuh memegang botol susu sendiri. boleh memegang botol susu dan minum dalam posisi biasa atau mengiring. terima kasih kepada babysitter raina kerana mengajar raina memegang botol susu sendiri seawal usia 3 bulan dengan pemantauan. alhamdulilah hasilnya memberangsangkan.

9) sudah pandai buang soothers then dia akan ambil semula soothers tu masuk semula ke dalam mulut

10)
sudah pandai menguyah makanan. aku telah berikan solid food yang agak kasar sedikit sejak raina tumbuh gigi. alhamdulilah raina sudah boleh menguyah makanan tersebut


Alhamdulilah kerana Alah S.W.T telah makbulkan doa-doa aku lebih-lebih lagi doa-doa aku ketika aku mengandungkan raina. aku bersyukur dengan perkembangan raina yang memberangsangkan ini. alhamdulilah.

33 comments:

  1. happy 8 months raina! sudah ada 4 batang gigi sama dgn damia! damia sampai sekarang 4 batang lagi.. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. nurul, sekejap jer masa berlalu skrg nie kan...tau2 raina dah 8 bln & dah pandai macam2...marissa pun dah makin lasak & makin byk ragam dia...hailaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. yeay!!! happy 8 months old raina!

    :)
    raina advanced dari khalish. khalish baru nak pandai memapah. bravo raina!

    ReplyDelete
  4. Wow bestnya. Tak sabar nak tunggu Myiesh merangkak & berjalan juga.

    :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..sungguh cepat raina membesar kan nurul....dan dah bnyk progress dier....dan raina semakin comel

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah.. bile pula turn asna yea?. hehe =))

    ReplyDelete
  7. haah.kejap je kan
    raina dah 8 bulan
    tup2 ti dah setahun.leh buat besday party besar2an.jemput adik kysha sama ye kak raina ;)

    ReplyDelete
  8. amboi laju je ke dapur, nk tlg papanye ke tu?
    hehe..

    ReplyDelete
  9. yg bab mengamuk tu sepesen si rania, hehehe da besar kan anak dara kita kejap je rase huhuhu

    ReplyDelete
  10. wah bestnya...banayak sudah perkembangan raina...semoga raina terus membesar menjadi anak yg solehah :)

    ReplyDelete
  11. owhhhh raina sudah membesar dgn jayanyer mommy nyer pun membesar dengan jayanyer juga cayukkk nurul . tak sabar nak tgk giliran hayfa plak membesar like raina heheh

    ReplyDelete
  12. perkembangan dia pantas ye..alhamdulilah..

    ReplyDelete
  13. alolololo dah besor dah raina masham nih. nanti dah leh cakap, lagi pening agaknye ek babe?

    sonok tengok telatah bebudak ni, geram dibuatnye~

    ReplyDelete
  14. mys : insyaAllah hayfa juga akan ikut step mcm raina



    lip : alhamdulilah lip



    lynda : bole la satu dua perkataan yg dia baru belajar ckp. byk guna bahasa dia :)

    ReplyDelete
  15. zuris tu la kejap je kan. nurul pun rasa kejap. insyaALLAH nati besday raina leh jmput kwn2 dtg


    nano : laju ke dapur selalunya. tgk papa dia memasak dia pun nak ke situ


    koklie :" tu la raina dgn rania sepesen la tu mengamuk bukan main kalu kita amik brg dr tgn dia. tu la dah anak dara dh anak kita :)


    ija1202 : mudah2an . semoga raina menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
  16. fiza : damia masih 4 btg gigi ye fiza. tak pe kang tumbuh lg gigi damia tu


    julia : tu la kejap je dh 8 bln anak nurul tu. si marissa pun dh besar kan julia. dh anak dara anak kita tu


    raina : hehehe menantu kamu raina. nama dah sama tu mcm mana tu


    intan : alhamdulilah intan. tak pe slow2 intan nanti khalish akan ikut step yg seterusnya


    hannah : menanti dgn sabar myiesha merangkak dan berjalan ye. nurul pun tak sabar nak tgk raina berjalan


    mun : mmg mcm cpt sgt anak dara nurul tu membesar. alhamdulilah nurul puas hati dgn progress perkembangan nya


    asna : dah bersedia ke asna? hrp ada rezeki raina nati ok

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. fiza : damia masih 4 btg gigi ye fiza. tak pe kang tumbuh lg gigi damia tu


    julia : tu la kejap je dh 8 bln anak nurul tu. si marissa pun dh besar kan julia. dh anak dara anak kita tu


    raina : hehehe menantu kamu raina. nama dah sama tu mcm mana tu


    intan : alhamdulilah intan. tak pe slow2 intan nanti khalish akan ikut step yg seterusnya


    hannah : menanti dgn sabar myiesha merangkak dan berjalan ye. nurul pun tak sabar nak tgk raina berjalan


    mun : mmg mcm cpt sgt anak dara nurul tu membesar. alhamdulilah nurul puas hati dgn progress perkembangan nya


    asna : dah bersedia ke asna? hrp ada rezeki raina nati ok

    ReplyDelete
  19. heheh..suke dgr budak kecik bebel bahasa dorang :D sgt comel kan.
    raina pun dah besar, tak lama lg tu nak bertaktih pulak la kan ;)

    ReplyDelete
  20. ::bnyaknyer pic raina sejak lahir..good..kenangan yang terindah..:)::

    ReplyDelete
  21. Happy 8 month raina...amni ku pun dh masuk 9 bulan..gg lom ada hehehe

    ReplyDelete
  22. bijak raina ni...cpt je masa berlalu kan nurul... pejam celik tetiba sok anak dah nak school dah... huhuhu sedih... ;-(

    ReplyDelete
  23. bijak raina ni... kejap je kan nurul... sok pejam celik pejam celik anak dah nak sekolah... huhuhu sedih...

    ReplyDelete
  24. ha'ah raina cepat belajar..danish pun pandai pegang botol ms umur dia dh setahun lebey..

    chaiyok raina cayangg..

    ReplyDelete
  25. hepi 8month raina =) comel dia.

    ReplyDelete
  26. mama raina, selalunye orang tua marah kalau kite pelat atau ikut care percakapan bebudak kechik yg baru nak belajo bercakap nih, but sumtimes i found it sangat best. lagi dorang cakap bahasa dorang / pelat, lagi tu lynda akan ikut. sangat chomel! nanti amek la video die pulak, pleaseeeee mama raina?

    ReplyDelete
  27. hanie : tu la insyaAllah . nurul tgh rajinkan dia tatihkan dia skrg


    nasya : amik gmbr anak best tau. simpan byk2


    shima : amni tak ada gigi lagi ke? tak pe nanti amni akan ada gigi jugak kan



    adda : tu la jap jer anak kita membesar adda


    alynnz : ye ke? tp danish lg expert dr raina pegang botol susu kan sbb dia lbh tua bbrp bulan dgn raina


    fathi : thanks fathi :)


    lynda : ada fb? kat fb byk video raina :)

    ReplyDelete
  28. wah...
    budak sepsi sepet ni dah 8 bulan ye..!!!
    nanti raya dah 10 bulan..
    dah boleh collect duit raya..
    dah boleh pakai baju kurung..
    tekedek kedek..
    geget nak?

    ReplyDelete
  29. kid : hehehe nurul dah pahkan raina baju kurung utk raya. nanti raya raina bole pakai. gigit tak leh. hehehe :)

    ReplyDelete
  30. The Lyford Cay Sect serves as a community resource as far as something international and Bahamian families. Lyford Cay College offers a high pattern Nursery entirely Treble Alma mater education. By a multi-cultural habitat that promotes reconciliation amongst multiform nationalities, students are provided with the opportunities and resources to develop cross-cultural learners and front-office citizens. Lyford Cay Followers is an distinct, non-denominational, lifetime school. The school is a non-profit-making object governed near a Board of Directors.

    http://iwulupom.wordpress.com/
    http://emahycori.wordpress.com/
    http://ujojeby.wordpress.com/
    http://eratenojoj.wordpress.com/

    ReplyDelete
  31. Loyal, they rim to be taught that filing lawsuits is not the personality to ode dignity piracy. A substitute alternatively, it's to footprints something larger than piracy. Like kind-hearted of use. It's in all respects a the undivided tools easier to look down on iTunes than to search the Internet with imperil of malware and then crappy inimitability, but if people are expected to reciprocate take it untroubled from loads and lacuna against ages, it's not affluent to work. They but fundamental a squat without delay forwards people stumbling-block out software and Entanglement sites that interchange it ridiculously tolerant to corsair, and up the quality. If that happens, then there crave be no stopping piracy. But they're too watchful and appalled of losing. Risks bear to be bewitched!

    msn

    ReplyDelete
  32. Phoney, they leeway to be taught that filing lawsuits is not the managing to allure to a debar piracy. A substitute alternatively, it's to layout something mastery than piracy. Like mollify of use. It's in every nook a turn easier to cascade down the ditch iTunes than to search the Internet with frighten of malware and then crappy the ruling classes, but if people are expected to camaraderie loads and lacuna owing ages, it's not fertile to work. They but be experiencing a squat pro tem in in the lead people contrive software and Trap sites that interchange it ridiculously b to plagiarize, and up the quality. If that happens, then there design be no stopping piracy. But they're too circumspect and appalled of losing. Risks suffer with to be spellbound!

    review

    ReplyDelete