Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, July 8, 2010

Ego seorang lelaki

Lama aku tidak menulis kat sini. idea untuk menulis banyak berlegar-legar dalam otak aku nie. tapi cuma malas jer mahu menulis. tak kan mahu cerita tentang hal anak anak anak saja dan letak gambar anak saja bukan? orang mesti kata aku terlebih over publish cerita tentang anak.

kalau ada yang sms atau email aku cakap mahu tengok gambar raina yang terbaru aku akan cakap sila tengok di facebook (FB). itu pun tidaklah banyak mana gambar anak dara aku tu. terima kasih kepada silent readers aku yang rajin sms aku.

mari kita bercerita tentang ego seorang lelaki. aku akan pilih lelaki lebih egonya berbanding perempuan. itu ikut pendapat akulah. melalui pemerhatian aku. susah bukan mahu tengok lelaki menangis tanpa sebab? w/pun hati golongan ini sedih macam mana sekali pun mereka tetap ego mahu menangis lebih-lebih lagi di depan seorang jantina yang bernama perempuan!

tapi suami aku saiful itu pernah menangis di depan aku hanya sebab aku tidak mahu pakai sandal nike yang dia belikan untuk aku. itu cerita beberapa tahun yang lepas. zaman bertunang dahulu-kala. yup! aku mengaku aku jenis cerewet. engkau belikanlah barang apa pun w/pun harga barang tu mahal mana tapi kalau bukan citarasa aku memang aku susah mahu relakan hati untuk pakai. kasihan saiful. sandal nike tersebut aku cuma pakai beberapa kali saja di depan dia. itupun hanya untuk tidak mahu kecilkan hati dia.

sampai sekarang aku terfikir-fikir kenapa lelaki sangat ego bila berdepan dengan perempuan? ego meminta maaf contohnya. w/pun secara terang-terangan dia buat salah. susah sangat ke mahu minta maaf?

ataupun ego tidak mahu bertegur sapa w/pun hakikatnya dia cuba mahu menegur tetapi disebabkan sifat ego dia akan buat selamba jer w/pun berselisih bahu. kat office aku banyak golongan lelaki jenis ini. tapi aku jenis tak ambil port langsung.

tapi aku paling benci dengan orang lelaki jenis berlagak sombong yang anggap dirinya bagus sangat berbanding perempuan. sedangkan tahap kemampuannya tidaklah hebat mana. siap cakap besar pulak tu. tapi hasilnya habuk pun tak ada.

aku minta maaf kepada golongan lelaki sebab terpaksa menulis tentang kenyataan ini. aku menulis berdasarkan pemerhatian aku yang terjadi di sekeliling aku. maaf.

jadi silalah kurangkan sedikit sifat ego itu untuk kebaikan semua. tidak salah bukan? bukan tidak boleh ego langsung. aku pun mengaku yang aku ada sedikit sifat ego. cuma perlu berpada-pada mengikut tempat dan keadaan.

20 comments:

  1. hahahha

    sangat setuju

    dh namenyer lelaki kan

    ego tue wajib

    takot dikatakan sesuatu plak

    :D

    ReplyDelete
  2. ween : ego perlu bertempat tp lelaki ni ada yg ego nyer melebih2 pulak.

    ReplyDelete
  3. teringat pulak kes sorang kakak dekat opis nih yg dh x bertegur sapa dgn mamat ddk sebelah dia dh 7-8 bulan. lelaki tu ego sbb xnk mintak maaf pd kakak tue eventho terang2 dia yg salah. bergurau ade batasnya. if kite tahu org yg kite bergurau tu sbnrnya terasa dgn gurauan kite, ape salahnya mintak maaf kann? x luak pon. but sbb ego, lelaki nie buat dek jer smpi skrg. akak tu cuma nk dia mintak maaf jer, bkn mintak ganti rugi duit ke hape. nape susah sgt nk said sorry yerr? itulah lelaki & ego nya...

    ReplyDelete
  4. sharena : nape buruk sgt perangai lelaki tu? betul tu bukan luak mana pun dan bukan minta ganti duit ke apa? just say SORRY atau MAAF.

    ReplyDelete
  5. ye la..lelaki mmg ego tp mesti la kena dgn tmptnya..
    klu dh slh sendiri xkan nk ego juga kan..slh tetap slh, xkira lelaki atau perempuan, kena gak minta maaf kan..

    ReplyDelete
  6. bagus entry nie....
    mun setuju sangat biler nurul kata lelaki lebih ego dari perempuan....

    ReplyDelete
  7. dyla : tu la kalu bab minta maaf tak kira lelaki dan perempuan kan? kalu salah kena minta maaf


    mun : hehehe daku ada geng. terima kasih kerana bersetuju

    ReplyDelete
  8. nurul,
    nasib baik la kat opis na ni sorg2 je..
    hahah
    so xde nk serabut dgn peel org2 sekeliling..
    :p

    ReplyDelete
  9. tulis pasal raina hari2 pon takpe! fiza ON jekkkkk!!! ekekekeke....

    ReplyDelete
  10. setuju..
    ego tp tak mengaku ego..

    ReplyDelete
  11. hehehe.. hot topik ni nurul..

    tapi lelaki zaman sekarang rasanya ada improve lah sikit keegoan tu..banding ngan zaman mak ayah kita dulu..

    semua perkara betul kalau lelaki yang wat..pompuan ikutkan je..

    skrg masih ada tpi much more tolerate la..

    ReplyDelete
  12. nano : seronoknyer na sorang2 kat opis tp tak boring ke na? kalu nurul mesti rasa boring kot


    fiza : nurul takut la fiza kalu org ckp nurul terover publish hal anak. hati ni nak gak letak gmbr raina citer ttg raina

    maria : yeahhh ada geng setuju


    hana : tu la tak semua lelaki tp boleh di katakan hampir semua lelaki begitu cuma maybe skrg lelaki tak seperti zaman makn bapak kita. mungkin.

    ReplyDelete
  13. betul la apa yg nurul tulis ni...ni pun dr pengalaman jugak..

    ReplyDelete
  14. aziyana : kan? hehehe. setuju setuju setuju

    ReplyDelete
  15. salam singgah..boleh tak add your blog into my bloglist..thanks..:-)

    ReplyDelete
  16. mungkin disebabkan mereka dilahirkan sebagai pemimpin kut jadik dgn sikap ego tu mereka dapat melindungi diri dari dikotak katikkan..hihi..agaknye la..

    ReplyDelete
  17. hehhe pape pun pendapat dari perempuan tentang Lelaki Ego
    Nah....di sana yang bernama Perempuan chop tak termasuk pondan dorang mesti setuju cakap apa yang akk cerita kan ni:)
    kan?
    Dewi pun setuju:)
    Tapi takpelah kak Nurul kita kena pegang pada takdir atas sebba yang Lelaki tu sudah dicipta begitu
    Kalau tak banyak skit mesti ada ego.
    Neway saya mempunya bakal suami yanglevel egonya tahap 7 haha amacam
    alah bergado je
    but bila dlm keadaan gitu we make try to smooth it
    dewi yang mengalah.sennag.takyah nak leret..pun tak elok kan?
    Pape pun kan Kak Nurul Keegoaan ni mmg buat hati sakitttt
    lalalla
    Bagus Entri ni
    sentiasa tggu cerita cerita dari org yang berpengalam :P
    *hug

    ReplyDelete
  18. ariba : thanks ariba ye :)


    lip : yeah dilahirkan sebagai pemimpin tp jgn egonya melaupai batas kan


    dewi : salah sorang kena mengalah kan dewi baru perhubungan tu ok dan bahagia

    ReplyDelete
  19. ego itu penting pada lelaki tapi kalau terlalu ego huduh plak jadinya kan? ;)

    ReplyDelete