Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, August 19, 2010

9 bulan anak dara Raina Evaqairina

gambar terbaru anak dara yang dibuli ummie ngah dan pak usu :)

Hari ini genap umur anak dara aku 9 bulan. anak dara nie dilahirkan 9 bulan lalu pada 19/11/2009 pada pukul 9.59 malam. wahhh banyak nombor 9 kan? kejap jer anak dara aku tu dah besar kan? 9 bulan lalu aku dok bawak perut ke hulur ke hilir dan raina dilahirkan awal beberapa minggu dari tarikh due yang doktor berikan. tup-tup hari nie anak aku tu dah 9 bulan umurnya. cepat sungguh masa berlalu.

sejak raina dah besar nie aku rasa senang nak jaga dia nak tidurkan dia berbanding masa dia umur sebulan dua dulu. cuma raina nie agak lasak sikit. hobi dia sekarang mengemas rumah, bertatih berdiri dan memanjat. tapi biasalah budak-budak kan? memang itulah hobi dia.

perkembangan terbaru raina :

1) gigi ke 5 dia sudah keluar pada gusi bahagian atas. totally ada 5 batang gigi dia sekarang. dan aku perasan macam ada lagi sebatang nak tumbuh tapi putih-putih gigi tu baru nampak samar-samar.

2) sudah mula berdiri sendiri melepaskan kedua-dua belah tangan dia. aksi nie memang favourite dia sekarang nie. kalau tiba-tiba jatuh kadang-kadang dia boleh bantai sengih.

3) perkataan baru yang raina belajar adalah "air". kalau raina sebut "air" maknanya dia nak susu. perkataan inilah yang dia dok selalu sebut masa dia demam hari tu.

4) keadaan raina sekarang sudah sedikit kurus sejak dia demam hari tu. sekarang nie aku akan bagi dia dua jenis vitamin tiap-tiap hari. harap badan raina kembali seperti dulu.

5) raina sudah pandai sebut "papa". dulu bila dia sebut "papa" akan jadi "baba" kan? sekarang nie dia dah pandai sebut perkataan "papa" tu. so aku dan saiful dah boleh senang hati sebab raina dah pandai sebut "papa" dan "mama". hepi tau bila anak panggil kita dengan panggilan tu. rasa sungguh teruja.

tak banyak perkembangan raina buat masa nie. sebab raina pun baru sembuh dari demam kan? tapi Alhamdulilah raina dah mula aktif seperti selalu :)

30 comments:

  1. ello raina cute!
    dah 9 bulan ek?memang capat masa berlalu.nanti dah setahun...mama buat birthday party jgn lupa jemput auntie dan adik kysha ek ;)

    ReplyDelete
  2. Raina dah beser..be a good gurl okeh!! Nurul--tak sabar nak dgr Aisyah panggil kita mama plak..

    ReplyDelete
  3. zuris : tu la kejap je kan? eh nanti nurul invite ke party besday raina zuris dan kysha dtg la ye.



    chempaka : tu la teruja bila anak panggil papa dan mama

    ReplyDelete
  4. cutenya raina ni..bila dpt jumpa ntah..huhu..aqil br ada sebatang gigi..haha

    ReplyDelete
  5. besar dah raina...perasan tak nurul, adakalanya rindu sgt masa diaorg masih baby kan??? :)

    ReplyDelete
  6. maria : tu la nak sgt jumpa maria dan aqil tau. kalu turun KL jgn lupa kol2 leh jumpa ye



    julia : aah rindu sgt masa baby. bia tgk budak kecik baby2 tu terus jd rindu anak kita masa baby dulu.

    ReplyDelete
  7. Hello sayang.

    Dah baik demam yer. Gud girl. Happy 9mth Birthday. Moga sihat selalu ya Cik Raina.

    hmmp. Kejap je masa berlalu kan. tau2 sok dah 1 yr old. pastu musti pening mama + papa nk pilih theme utk birthday bash pulak. hihi.

    ReplyDelete
  8. happy 9 months old Raina comelss!!

    ReplyDelete
  9. raihan : skrg nie ada gak nurul dok berangan2 nak buat besday raina tp lum decide tema apa. hihihi



    koklie : thanks auntie koklie :)

    ReplyDelete
  10. raina makin cute lah
    same mcm mama dia

    ReplyDelete
  11. nurul! Affan pun lahir 19hb gak! hari ni dia genap 1tahun 8 bulan.. :D

    ReplyDelete
  12. waa..lg 3 bln je lg nak setahun dah Raina. seronoknya Nurul...=D palig suke bile dia dh start berjalan sndiri nnti. tak terkejar kite dibuatnye. tp bdk2 jln & lari mmg sgt comelllllllll =)

    ReplyDelete
  13. hahahhah..kiut miut gile gmbar yg pertama tu..bikin roy gelak je t.hari buta ni..hilang rase lapar jap..

    Alhamdulillah raina da sembuh..take care:)

    ReplyDelete
  14. Oooohh dah ada 5 batang gigi, dah boleh berdiri & dah boleh say Mama & Papa!

    BESTNYA!!

    Myiesh! Cepat 9 bulan! Haha.

    ReplyDelete
  15. siannya raina kene buli yeeee...hehehe..papepown raina tetap comel

    ReplyDelete
  16. waaa da pndai sebut papa mama! bestnye!!

    ReplyDelete
  17. comel sangat gambar Raina tu.

    comel!

    comel!

    comel!

    geraaaammmmmm!

    ReplyDelete
  18. wahhhh..mesti hati berbunga2 kn bila dgr anak panggil 'mama'
    issskk..1st time mesti seronok maksima
    lg 3 bulan boleh celeb bday dah
    nanti aunty dtg ye kalau mama jemput

    ReplyDelete
  19. tu la nurul, kejap je raina dah 9 bln ye...dah nak berjln dah pun hehe. cepat betul.

    ReplyDelete
  20. hello raina! dah baik demam ye. alhamdulillah, pasni mama takde la risau sgt.

    nnt bday raina jemput mya okay!

    hehehe

    ReplyDelete
  21. hahha mmg nk gelak ar tgk pic ni...
    erm dh makin besar dh anak dara ni..sat lg dh setahun..cepat sungguh masa berlalu..tup2 tiba raina nk dpt adik..hehehe

    ReplyDelete
  22. cik gebo : mcm mama dia ke awak? hehehe.


    raina : wahhh anak awak dh besar ye


    sherena : tu lakejap je kan? nurul tak sabar nak tgk raina pandai jalan :)


    roy : hahaha mmg kelakar gmbr tu. hihihi. alhamdulilah raina dah sembuh dan aktif semula


    hannah : nanti myiesha pun akan membesar dan hannah tentu hepi bila myiesha dah pandai buat mcm2 aksi tau


    mun : tu la raina di buli tp bila tgk gmbr tu kelakar sgt


    reen : seronok tau reen. tggu fahrin pandai sebut mama n papa pulak ye


    shima : tu kopiah atok dia shima


    aishah : thanks aishah ye :)


    dayu : hehehe nanti nurul jemput dayu dan eisya ye besday raina


    hanie : tu laa nurul pun rasa kejap sgt raina dh besar. tak sabar gak nie nak tgk dia berjalan


    azie : mesti punya jemput azie dan mya besday raina nanti


    aziyana : tu la kejap je kan? aziyana tggu raina dh besar lah sikit baru fikir pasal adik. nak besarkan raina dulu.

    ReplyDelete
  23. hahahaha 1st pic tu klakar! mmg kene buli abis! :D

    happy 9 months raina! raina demam nak pandai kan? :D

    ReplyDelete
  24. happy 9 bulnan raina!! =)) Muahh! muaahh! kt pipi tembam dia tuh! ;D

    ReplyDelete
  25. amboi. dah pandai demand susu ye, raina? hihi. dia makin comel. rambut tu sexy! :)

    ReplyDelete
  26. fiza : hehehe raina demam panas ari tu rupanya nak demam campak lepas tu fiza. skrg ni dia kemaruk lepaskan kedu2 tgn dia nak berlajar berdiri sendiri


    asna : hehehe pipi raina tak tembam sgt skrg asna sejak dia baik demam ari tu


    putri : tu la dia nak susu tp ckp air. hihihi. rambut dia tu nak kena potong tu putri sbb dah panjang sampai paras mata dia dah

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah raina dh sihat.. comelnyer anak dara nurul nih :)

    ReplyDelete
  28. comelnyerr!!!! bila nk tmbh lg? =P

    ReplyDelete
  29. hana : alhamdulilah hana. thanks hana :)


    nemo : tunggu raina besar sikit la awak baru fikir menambah. nak besarkan raina dulu

    ReplyDelete