Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 18, 2010

Apabila kita tersedar

Jika kamu perasan putaran masa itu cepat sungguh berlalu. aku dapat rasakan ini. pernah satu malam aku tak boleh nak lelapkan mata. entah macam mana aku terpandang satu kotak. kotak tu kepunyaan saiful sebenarnya. tergerak hati aku nak bukak kotak tu. aku memang sedia maklum akan isi kandungan kotak tu. cuma sebelum nie aku macam tak hiraukan langsung kehadiran kotak tu.

tapi malam tu aku punya beriya-iya nak selongkar habis kotak tersebut. bila selongkar punya selongkar terjumpalah segala surat-surat dan gambar-gambar kami masa dok bercintan-cintun dulu. dan paling kelakar aku terjumpa beberapa cebisan kertas hasil tulisan tangan saiful yang meluahkan isi hati dia. memang kelakar bila seorang lelaki yang meminati kumpulan wings dan seacrh cuba mengarang ayat dalam bentuk bermadah sebenarnya. lintang-pukang ayat dia bila kita dok belek baca satu-persatu.

masa nie aku mulalah ingat balik peristiwa-peristiwa dari aku kenal saiful tahun 2002 sampai sekarang. yeah aku mengaku ianya indah bila di ingat semula. automatik perasaan marah atau perasaan merajuk kita akan hilang bila kita ingat semua memori yang pernah terjadi. jadi aku percaya kita tak boleh buat keputusan dalam keadaan marah. kita kena cool dan relaks then baru kita boleh buat keputusan dalam keadaan yang tenang bukan?

kalaulah boleh diputarkan semula aku ingin sekali memutarkan peristiwa aku berkenalan dengan saiful 8 tahun lalu di putrajaya dulu. aku rasa peristiwa itu sampai bila-bila akan terpahat dalam hati aku. dan aku rasa tak ada seorang lelaki yang boleh bertahan dan bersabar dengan perangai kedegilan dan hati batu aku ini kecuali lelaki yang bernama saiful bahtiar salleh itu saja yang memang sudah faham akan perangai buruk aku itu. terima kasih saiful.

P/s : peristiwa aku menyelongkar kotak di tengah malam betul-betul buat aku tersedar akan kesabaran seorang lelaki. terima kasih.

17 comments:

  1. sweet kan?
    na pun still simpan sms2 yg na tulis smula dlm 1 buku ms zman2 brcinta dlu..hihi
    sesekali bace..alahai malunye :p

    p/s: nurul..
    lain sgt muke nurul dlu n skrg kan?

    ReplyDelete
  2. na : dulu nurul pun ada tulis dalam buku tp buku tu tah mana hilang dah kot

    ReplyDelete
  3. mengimbas kenangan lame menjadikan kita lebih bersyukur dgn apa yg kita ada skrg =)

    nurul, nape jarang giler update blog? sgt bizikah??

    ReplyDelete
  4. sherena : betul2 kita kena beryukur dgn apa yg ada kan. aah la ramai yg tegur nurul dh jrg update blog. iks iks iks

    ReplyDelete
  5. zaman bercinta mmg zaman palinggggggggg syok sekali! =)

    ReplyDelete
  6. asna : kan? seronok, indah sekali

    ReplyDelete
  7. kalau diimbas kembali pada zawan dahulu kala..zaman bercinta..memang indah dan mun terasa mahu kembali ke zaman itu....
    entry nurul ini membuatkan mun mengelamun sekejap...

    ReplyDelete
  8. mun : tu la mun nurul boleh lak tiba2 teringat kisah2 lama

    ReplyDelete
  9. nurul, percayalah...suami adalah lelaki terbaik dlm hidup kita...terimalah pasangan seadanya..kelemahan & kekuatan pasti ada...jadi, itulah fungsi 'KITA' utk saling melengkapi :)

    ReplyDelete
  10. julia : setuju sgt dgn apa yg jue tulis nie

    ReplyDelete
  11. mmg best giler mengimbau zaman itu seronok kan .. sweet moment ..

    ReplyDelete
  12. aaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
    sweetnya....!!!!!!!!!

    kid suka nak share sesuatu dengan nurul..
    taktau la kalau nurul dah baca..

    http://keretamayat.blogspot.com/2010/07/suami-pendiam.html

    selamat membaca :)

    ReplyDelete
  13. aaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
    sweetnya....!!!!!!!!!

    kid suka nak share sesuatu dengan nurul..
    taktau la kalau nurul dah baca..

    http://keretamayat.blogspot.com/2010/07/suami-pendiam.html

    selamat membaca :)

    ReplyDelete
  14. nurul, sweetnye...lagi2 bile hubby kt hargai ape yg kt lakukan..hubby i jugak simpan surat2 cintan ktorg..hopefully kt dilimpahi kurnia n bahagia selalu smpi akhir hayat..Amin..:)

    ReplyDelete
  15. mys : sesekali mengimbau kenangan lama mys :)


    kid : thanks kid. nurul baru baca sikit mlm td


    farhana : mudah-mudahan farhana :)

    ReplyDelete
  16. maria : aah la maria kenangan terindah :)

    ReplyDelete