Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, August 23, 2010

Memaafkan itu lebih baik

Perkataan "MAAF" itu perlu ada dalam diri. macam mana marah sekalipun kita pada seseorang kita perlu juga memaafkan w/pun dalam hati ada sisa-sisa kemarahan, ada sisa-sisa kecik hati.

sampai bila kita mahu berdendam?
sampai bila kita mahu berkeras hati tidak mahu memaafkan?

jika tanya pada aku "nurul engkau seorang pemaaf atau bagaimana?"
jawapan aku : aku sukar memaafkan tetapi di akhir cerita aku pasti memaafkan. hati aku sebenarnya lembut. w/pun dari luar nampak aku seperti seorang yang agak tegas. yeah sampai bila kita mahu berdendam bukan? paling kuat pun aku cuba melupakan keadaan atau perkara yang buat aku kecik hati atau marah. mungkin aku cuba buat-buat lupa sebenarnya dan membiarkan ianya berlalu begitu saja.

mungkin kadang-kala kita akan terkenang juga bukan? contoh "eh dia pernah buat aku marah dulu. tak kan aku nak beriya-iya buat baik pada dia?" contohlah kan.

tak mengapa. biar kita buat baik pada orang. biar orang buat kita marah atau kecik hati. tapi jangan kita buat orang itu marah atau kecik hati. kita manusia. mungkin kita ada juga buat orang marah atau kecik hati tanpa kita sedar. tapi jangan kita buat dalam sedar dan buat dalam keadaan sengaja. itu tidak baik.

aku sudah beberapa kali kena macam tu. aku buat baik pada orang tapi orang selalunya tak hargai jasa aku. tak mengapa. biarkan. tapi bagaimana kalau orang tu buat kita seolah-olah macam sudah pijak kepala kita?

kalau akulah lama-kelamaan aku akan sound direct kot. apa yang aku pendam mungkin akan meletup macam gunung berapi meletup. mungkin. lepas aku dah keluarkan segala hujah-hujah aku baru aku rasa lega. dan terpulang kat orang tu nak terima atau tidak.

ok stop. di bulan ramadhan bulan yang baik nie aku rasa ada baiknya kita memaafkan bukan? memaafkan orang tidak rugi sebenarnya. yang penting hubungan baik sesama manusia.

21 comments:

  1. betul Nurul. sebenarnya maaf itu suatu yg mulia. tp sejauh mana kita mampu memaafkan, wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. macam kita, senang nak melenting, dan senang nak melupakan.
    lupa beerti maaf.

    :)

    ReplyDelete
  3. Memaafkan blh..melupa kan susah kan?
    its easy to forgive but not to forget.

    ReplyDelete
  4. raihan : kdg2 sukar memafkan tp kita cuba lupakan lama2 mungkin kita akan memafkan dgn hati yg ikhlas mungkin :)


    intan : itu jalan yg selamat. lupakan. yeah lupa bererti maafkan :)


    shima : ada org kadang2 mulut ckp maaf tp hati susah lupakan

    ReplyDelete
  5. maaf lebih baik..sy jarang simpan marah dkt org..:)

    ReplyDelete
  6. maria : bagusnya maria. baik sungguh hati maria. beruntung nurul dpt kwn mcm maria ye :)

    ReplyDelete
  7. yup...kite boleh memaafkan seseorang itu tapi untuk melupakan ape yang dia dah buat pada kita memang tak lah.....

    ReplyDelete
  8. mun : tu la ada org yg boleh maafkan tp susah nak lupakan. tp kalu nurul buat2 lupa la. cuma kdg2 tu mesti teringat balik

    ReplyDelete
  9. hana cepat gak nak marah, tp tak smpai berapa minit, terus terlupa..eh eh tadi i marah ye? ekekek..tp betol, bila kita maafkan org, hati lebih tenang..

    ReplyDelete
  10. hana : betul tu kalu maafkan org tu hati lbh tenang dan yg penting hubungan sesama manusia tu baik kan

    ReplyDelete
  11. lynda setuju! betul babe. tak salah kite redha and saling memaafkan. marah itu emsoi. emosi itu sekejap je, then hilang. tapi its easy to forgive but not to forget :D

    ReplyDelete
  12. memaafkan itu sukar tp bila dah maaf kn indahnyerr..

    ReplyDelete
  13. takde perasaan....marah giler2! tapi bila dah dia say sorry..terus lembut.. tapi tetap berkesan di hati..

    Kata org, jika memaafkan seseorg akan membuat kita lebih tenang..

    ReplyDelete
  14. Hidd percaya setiap yang baik akan di balas dengan baik. Musuh kita tak semestinya musuh selamanya. Kita semua semakin dewasa, takkan nak musuh sampai mati ye dak?

    Memaafkan tak merugikan apa-apa pun.
    :)

    ReplyDelete
  15. lynda : yeah setuju sgt la lynda marah itu emosi :)


    nemo : kata maaf dan memafkan akan menjadikan suatu keadaan lebih indah kan


    chempaka : betul tu. lg2 kalu ada org pujuk terus lembut kan hati kita


    hidd : betul tu hid. nurul pun percaya tu yg baik di balas baik yg jahat di balas jahat. mcm nurul ckp la hid yg penting hubungan sesama manusia tu kan.

    ReplyDelete
  16. kadang2 dah memaafkan tapi then bila terkenang semula perbuatan org tu terus jd marah semula...

    ReplyDelete
  17. bila dah jadi mama ni..
    hatinya mudah sensetif :P

    ReplyDelete
  18. lip : mmg kdg2 ingat blk rasa nak marah kan tp cuba kita buat2 lupa w/pun susah nak lupa. hehehe


    kid : nurul ni pun mmg hati mudah sensetif

    ReplyDelete
  19. its all about how you handle your ego..

    *sigh.

    kadang2 yonna harap sangat yonna boleh memaafkan semua org macam angin lalu.. aih..

    ReplyDelete
  20. hugs for mama raina. kisses for raina okeh (=

    ReplyDelete
  21. yonna : kdg2 kita sukar kan? tp apa kata kita buat2 lupa jer. hihihi


    lynda : hehehe thanks awak :)

    ReplyDelete