Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, August 6, 2010

Tentang seorang mama

di ikano bersama auntie ina

Assalamualaikum

Sekali lagi blog aku bersawang. Aku rasa sejak kebelakangan nie seperti tiada nafsu langsung untuk menjenguk blog aku nie. Sedangkan dulu setiap hari aku pasti menjenguk blog aku nie w/pun sekejap. Idea menulis tu masih ada cuma agak malas menaip. Tapi percayalah jika mempunyai kelapangan aku masih melawat blog kawan-kawan yang lain.

Jadual aku makin padat sejak mempunyai anak. Jadual seharian aku tak seperti dulu. Jika dulu balik kerja boleh bersenang-lenang duduk depan tv sambil membelek magazine kegemaran. Sekarang tidak lagi. Balik kerja hal utama yang perlu di uruskan adalah raina. Perlu meluangkan masa bermain-main dan mengajar raina, beri makan, layan dia berborak, beri susu dan seterusnya tidurkan dia. Sejak raina makin lasak nie jadual tidur dia agak lewat. Jika dulu raina tidur area 8.30 malam tapi sekarang nie pukul 9 malam pun belum tentu dia mahu tidur. Tapi aku cuba jugak displinkan dia untuk tidur awal takut dia terbiasa hingga besar.

Bila ada anak automatik pemikiran pun tentang anak. Tengah drive pun fikir anak, tengah kerja pun fikir anak. senang kata semuanya tentang anak. Begitulah hidup aku apabila memegang status mama nie. Pernah sekali tu aku dan saiful keluar tanpa membawa raina hanya kerana mahu tengok wayang. Tak kan nak bawak raina bukan? Tapi apa jadi? Otak ingat anak je. Dan rasa bersalah sangat tak bawak raina. Teringin jugak nak bawak sama tapi disebabkan dah tahu perangai raina yang jenis cepat jemu dengan satu-satu keadaan terus kami tinggalkan raina di rumah babysitter. Masa tu terasa bersalah sangat .

mothercare : misi mencari botol susu

Aku mempunyai perangai yang pelik sikit. Aku akan bawak apa-apa barang yang mempunyai kaitan dengan raina ke tempat kerja. Contohnya aku akan bawak soothers raina ke, toys raina ke dan simpan dalam beg. jika rasa rindu datang secara tiba-tiba time kerja mulalah aku dok membelek barang raina tu. Normally aku bawak soothers raina. Kebetulan aku memang tak ajar raina hisap soothers pada sebelah siang untuk hari isnin hingga jumaat. So soothers tu lah yang aku bawak hari-hari ke tempat kerja. Bunyinya macam kelakar kan? Hakikatnya itulah aku. Haha.

Sejak ada anak juga aku rasa sikap aku yang suka bershopping nie makin menjadi-jadi. Yang pastinya shopping barang-barang raina. Aku jarang beli barang untuk diri-sendiri sekarang. Pernah satu bulan aku beli baju raina hampir 15 pasang. Tak ke macam membazir bunyinya tu? Tapi serius aku pantang nampak barang baby mesti nak singgah dan beli. Contohnya aku punya perangai aku akan bantai beli baju tu jika nampak cantik, jenis kain berkualiti dan design tak berserabut. Tak kisahlah baju tu murah ke mahal ke. Semuanya aku tibai beli.

bersama kawan baik mama dan ummie ngah : cik kendut

Jadi sila jangan buat statement yang aku hanya beli baju raina yang branded saja. branded ke tak branded ke semua aku bantai beli. Cuma mungkin baju raina untuk outting ke mana-mana tu memang tak dinafikan aku akan beli yang mahal sikit berbanding baju basahan untuk di rumah. Aku pun tak tahu macam mana nak sekat nafsu bershopping barang anak tanpa had nie. Dah cuba untuk kawal diri tapi tak boleh. Aku risau jugak sebenarnya sebab banyak sangat baju raina yang aku beli masih belum berpakai. Bukan setakat baju tapi apa-apa baranglah yang berkaitan dengan raina. Jika ada tips sila berkongsi dengan aku ye.

call me Raina :)

Sekarang nie kalau nak pergi mana-mana dan berhasrat nak bawak raina sama mesti aku akan fikirkan dulu adakah tempat tu sesuai atau tak untuk raina. Sebab raina nie jenis cepat jemu dengan satu-satu keadaan tu dan dia macam jenis cepat rimas dengan orang ramai. So aku memang cuba elakkan bawak raina ke tempat yang ramai orang. Mungkin perangai raina nie macam aku yang tak berapa suka dan tidak selesa dengan keadaan yang ramai orang. Aku jenis cepat rimas. Perangai sama kan?

Itulah hakikatnya apabila kita sudah memegang status seorang mama. Tidak kiralah mama,ibu,mak,mummy,bonda kerana semua gelaran tu tetap mempunyai satu makna yang sama. Ia juga sama jika memegang satus sebagai papa,ayah,abah,babah. Sebab aku juga banyak melihat perubahan jadual harian saiful. Semoga aku dan saiful dapat mendidik anak-anak kami dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.

20 comments:

  1. nurul..hmm betul tu kan..skrg smua anak..anak anak je..kadang dlm blog tu pun nk citer pasal anak je.tp takut org boring baca.aku simpan dlm draft je jhehehehe...nnt bila anak dh besar lagi mcm mcm peel dia nurul..penat melayan..
    peragai raina sama mcm anak ku tu.cpt jemu.akmal kalau dh dpt brg dia..ajak balik..padahal mama dia nk tgk brg lain lagi..dia ckp dia penat..hehe

    ReplyDelete
  2. serius nurul 15 psg sebln bli bj raina?????kalau ayah zarif, dah kena bebel dah tuh....

    ReplyDelete
  3. ibu/mama/mak/mummy/amma..siapa pn mereka..mereka adlh supermom di hati anak2..tidakkkkkkkk..sy rindu mak dgn mak mertua sy..nak blkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  4. nurul,nanti dah dapat tips sila share ye. ingatkan kita sorang je yang beli baju anak sampai berhelai-helai sebulan..ada geng rupanya :)

    rambut raina dah panjang
    sukanya tgk..
    nanti nurul join gath ye
    boleh gomol raina

    ReplyDelete
  5. sronoknye raina,
    sakan mama sopim baju utk anknye yer..
    =)
    xpe nurul, na fhm prasaan nurul,
    sedangkan na ni time nak sopim baju ank na pun mata ni asik la duk tgk baju gegurl je..
    rase nk rembat je..
    tp apekan daya..huhu
    baju boy xbyk choice, xmenarikmcm baju gegurl..
    jeles2 :p

    ReplyDelete
  6. untungnye raina ade mama yg macam nurul ni..bile la giliran roy untuk rasai semua yang nurul lalui ni erk..hehehheh

    ReplyDelete
  7. dear,geram tgk raina membesar dengan jayanya...

    ReplyDelete
  8. nurul, tiada tips coz jue sama jer cam nurul...pantang nampak baju2 yg cantik & comel, mesti nak beli...nie la kalo ada anak perempuan kan??? :D

    ReplyDelete
  9. shima : tu la raina cpt jemu dgn sesuatu keadaan dan sesuatu benda tu


    nina : aah hmpir 15 pasang sebulan. papa raina dah faham sgt perangai mama raina dia nie. hihihi


    maria : betul tu maria. nurul setuju


    dayu : jadi ye gathering tu? insyaAllah kalu free leh lah nurul join bwk raina nanti :)

    ReplyDelete
  10. nano : iye ke na tgk bj girl. aah geram kalu tgk brg2 baby girl ni byk pilihan


    roy : insyaAllah akan tiba giliran roy merasa semua nie ye


    nads : alhamdulilah nads raina membesar dgn sihat


    julia : tu la geram kan tgk brg2 baby girl. hihihi

    ReplyDelete
  11. bestnye dgr citer kak long.. bile agaknya kita nak jadi ibu.. :D

    ReplyDelete
  12. xsabar nak rase mcm mne jadi seorang ibu..mest time tu dh sibuk jge anak kan...skr ni balik kje blh lagi relax2 tgk tv..nnti dh ade bb nak kne hntar anak sbelum g kje..t'kejar2 nak ambk die time balik kje...

    tp, pengalaman tu mesti menarik kan...:)

    ReplyDelete
  13. biasa la nurul my's pun sejak jadi ummi nie rasa cam tak cukup masa je semua perhatian pergi ke anak je bab shoooooooping lagi la sampe poket kering pun still nak shopping hehhe giler kan asal nampak kedai bby mesti singah & borong bahaya tul nie heheh seakan membazir pun yer .. seronok tgk raina membesar tak sabar menanti si hayfa plak ehehhe

    ReplyDelete
  14. samer la kite..ank xlahir lg pun nk beli mcm2 dh..aish bertuah anak sulung ni..jgn la adik2 die nnt jeles plk..kekeke..

    ReplyDelete
  15. raina lepas rambut lg comel,kak :D hehehe. takpe kak.being a mom lg best dr being a blogger ni rasanya hahhaa. mood blogging bukan selalu ada :D

    ReplyDelete
  16. atiqah : kawin cpt2 qah nanti jgn lupa invite along


    ain : get ready ain dr segi mental dan fizika. tp percayalah pengalaman tu sgt menyeronokkan :)


    mys : tu la bunyinya mcm membazir tp rasanya tak salah kalu utk anak kita kan


    aziyana : masa nurul mengandung dulu sikap bershopping brg anak kurang tp dah ada anak depan mata ni yg makin menjadi bershopping. hihihi


    yonna : tu la kdg2 akak suka gak tgk rambut raina free mcm tu tp kdg2 rimas sbb rambut raina pjg smpi nak masuk mata. tu la betul gak kan mood berblogging kdg2 ada kdg2 tak ada kan? tgk mood jugak kan

    ReplyDelete
  17. bunyinyer mmg m/bazir tapi tuk anak redah je hahhaha ... same la kita nurul hhhe

    ReplyDelete
  18. MYS : BETUL TU SANGGUP WAT APA2 PUN DEMI ANAK KAN

    ReplyDelete
  19. ehem seperti biasa mmg tiada peruntukan untuk mak abah..
    tetapi peruntukan untuk anak memang besar..!!!

    kid dah lama tak shopping sejak berpindah kerja berdekatan rumah..
    maklumlah duduk di pekan kecil je.. :P

    ReplyDelete
  20. kid : normal la kan kid sopin utk brg anak. hihi. kid pun sama kan. hihi

    ReplyDelete