Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, September 27, 2010

Displinkan diri anda

pagi-pagi dalam kereta menuju ke tempat kerja perkara utama yang menjadi satu kemestian aku adalah membuka radio. kalau aku tak layan radio memang boleh buat diri aku tension semacam dengan menempuh jalan yang sesak di federal highway tu.

ada satu topik di radio (aku tak pasti radio apa? boleh gitu? haha) mengutarakan tentang topik kesopanan dan kesusilaan perangai rakyat malaysia seperti berdisplinkah rakyat malaysia dalam mendisplinkan diri semasa membuang sampah? aku tak pasti tentang sikap rakyat malaysia. aku tak mahu komen lebih-lebih nanti ada pulak si anon-anon yang anggap diri aku macam bagus (tak bagus mana pun :D). so jalan selamat aku tak mahu komen di sini.

cuma aku tertarik dengan topik nie. dari mata aku kuyu mengantuk pagi tadi teruk terbuntang bijik mata aku apabila dengar topik ini sedang di bincangkan. sebab apa yang boleh buat aku tertarik? sebab aku adalah salah-seorang manusia yang agak berdisplin dalam membuang sampah (displinkah aku?). mungkin bagi diri aku dan orang sekeliling yang rapat dengan aku sedia maklum perangai aku.

aku paling pantang buang sampah merata-rata. w/pun ketika sedang drive aku bukan seorang yang sesuka hati buang cebisan tisu atau bungkusan makanan. entah. memang perangai aku dari dulu macam tu. aku akan jadi marah secara tiba-tiba. kecewa bila di depan mata aku sendiri ada orang lain sesuka hati mencampak sampah di tepi jalan.

perangai pelik aku ini pernah di tegur oleh saiful. sebab aku pernah mengutip sampah orang lain dan aku tolong buangkan di tempat yang sesuai. pelik bukan? kadang-kadang aku naik segan sebab takut orang salah tafsir. sebab itu sejak aku kahwin aku lebih berpada-pada takut orang salah tafsir. itupun sebab aku dah kena tegur dengan saiful.

jadi aku berharap kita dapat displinkan diri kita dalam menjaga bumi kita nie. besar harapan aku nie wei. eh tapi jangan bajet aku bagus pulak ye? aku cuma berharap kita boleh displinkan sedikit diri kita. ok mari siapkan kerja di hari isnin yang bosan ini.

24 comments:

  1. hana pon sama..cepat je naik bengang tgok org baling smpah selamaba je...langsung nmpak tak beradab..

    ReplyDelete
  2. hana : tu la nurul tulis ni tak niat apa2 cuma nak ada rasa displin sikit jer dlm diri

    ReplyDelete
  3. mmg pelik tu nurul.kutip sampah org lain hehehe

    .mmg menyampah tgk org buang sampah ..lg menyampah tgk org buang sampah kluar dr kete.

    ReplyDelete
  4. shi,a : tu lah perangai pelik ku shima. apakan daya. daku cuba control jugak perangai pelikku sejak berkahwin ni takut org slh anggap pulak

    ReplyDelete
  5. mmg selalu jumpa org yang buang sampah sesuka hati ni. kat malaysia ni mmg susah skit nak membudayakan orangnya dgn budaya sihat, tapi bila orang lain buat kajian dan kata orang malaysia yang ketiga biadap semuanya melenting termasuklah hamba2 Allah yang suka2 hati buang sampah ni..

    kalau semua orang mcm nurul, Jepun pun kalah dengan kebersihan malaysia. InsyaAllah suatu hari nnti..

    ReplyDelete
  6. pelik jugak perangai kamu nie nurul...

    ReplyDelete
  7. Baik! =)) xpenah lagi buang sampah merata2 sejak sek menengah smpi sek ;)

    ReplyDelete
  8. mawar : tu la klau la boleh rakyat malaysia displinkan diri kan? mudah2han satu hari nanti begitu

    mun : pelik kan mun? hehe


    asna : wahhh bagus2 tu :)

    ReplyDelete
  9. emm..kite pn kdg2 mcm nurul jugak. tp kdg2 jelah. ttg kutip sampah org lain tue. sbb rase cam semak & cacatkn pemandangan sungguh. tp klu sampah yg byk2 tu xdelah..hihi =p

    kite pn x suke buang sampah dr dlm kereta ke luar jalan. seboleh2 akn cari tong sampah klu nk buang sampah =)

    ReplyDelete
  10. sherena : tu la nurul dgn awak sama jugak perangainyer. hehe :)

    ReplyDelete
  11. hehehe

    selalunyer cik ween bungkus2 dlm plastik

    dh turun carik tong sampah

    riso gak kalau plastik or ape2 sampah kena keta org kan

    melekat kt cermin and seterusnya mengakibatkan accident tak ke haru huhuhu

    ReplyDelete
  12. nurul,sama la ngan kt. In my case,kt paling benci org buang smpah keluar kenderaan.

    ReplyDelete
  13. nurul,sama la ngan kt. In my case,kt paling benci org buang smpah keluar kenderaan.

    ReplyDelete
  14. sebab itu lah dalam kereta kami penuh sampah..

    bila dah sampai destinasi barulah buang dalam tong :)

    ReplyDelete
  15. cik gobu : hrp ada org lain mcm perangai ween kan? bagus sgt


    intan : eh samalah kita kan intan


    kid : wahhhh bagus2 tu. teruskan usaha itu ye kid

    ReplyDelete
  16. kalau saya, saya akan simpan sampah tu dalam kereta dulu, dah sampai mana2 br buang dalam tong sampah ;)

    ReplyDelete
  17. fareast : bagus tu bro. teruskan usaha itu ye bro :)

    ReplyDelete
  18. yup... nurul mmg dr sekolah lg mcm tuh... sgt tegas tntg isu membuang smpah...huhu.. tringat waktu kat pdg sekolah kot.. ktorg selitkn plastik bli kuih kat dlm celah2 rumput... nurul marah...huhu.. mmg sensitif..siap bg ceramah..

    ReplyDelete
  19. ojel : alahai ko ingat lagi kisah zaman sekolah ojel. hehe


    maria : mari mari :)

    ReplyDelete
  20. errr maknanya saya pun pelik ke. saya juga suka kutip dan rasa tak tenteram kalau nampak orang suka2 hati buang sampah merata2.
    kalau kenal boleh suruh kutip balik, kalau tak, saya yang kutip.

    hehe lain kali nak suruh orang tu kutippppppp

    ReplyDelete
  21. ederq : sama perangai awak dgn nurul :)

    ReplyDelete
  22. oh my.. nurul, kalau nak cakap pasal sampah and us malaysian, memang takkan habis.. dulu masa final year project, kena turun ke sungai2, sedih je tengok betapa kotor. tak sedar ke air kita minum tu dari sungai.

    orang lain mungkin kita tak boleh nak tolong ajar, but let's make sure anak-anak, sedara mara kita jadi orang yang pembersih and bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  23. ajjah : itu lah dpt displinkan sikit diri pun jadilah kan ajjah. nurul pun ada gak selalu tgk sungai yg dicemari. lalu tepi jalan pun dah nmpk sampah tu. hrp ada kesedaran utk rakyat m'sia.

    ReplyDelete