Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 22, 2010

Duit : bayar hutang atau saving?

Jangan terkejut kalau ada di antara kamu semua terfikir dalam hati (eh kenapa nurul sekarang rajin update blog? selalunya payah nak tengok dia update blog dia kan? dalam seminggu tu adalah sekali itupun kadang-kadang)

yeahhh

sekarang aku cuba untuk merajinkan diri aku menulis di laman blog aku nie. wish me luck. eh eh kalau mood rajin aku datang laju jer kan aku taip kat sini. cuba kang mood malas datang. hah time tu berhabuk-habuklah blog aku nie. haha.

ok stop. mari cerita secara serius. tapi jangan serius sangat. sila baca sambil tersenyum. eh apa jadah engkau nurul melalut. ok ok aku nak kongsi sikit tentang apa yang aku baca semalam dari majalah PA&MA. sumber penulisan aku nie semua aku dapat dari majalah PA&MA ye (al-maklumlah dah jadi mak budak majalah PA&MA nie dah jadi satu kemestian aku membelinya setiap bulan. haha.)

kadang-kadang kita selalu mendengar keluhan kawan-kawan yang tak cukup duit nak bayar itu ini kan? dan kadang-kadang kita selalu juga dengar keluhan mereka yang teringin nak itu ini tapi tak cukup duit. kadang-kadang tu duit memang ada tapi terfikir nak beli atau tidak? adakah kehendak yang kita inginkan itu membazir atau sebaliknya? betul tak apa yang aku tulis nie?

aku pun kadang-kadang tergolong dalam golongan tersebut. sebagai contoh aku baru dapat bonus yang amountnya buat aku teruja dan jakun sekejap. tapi bila aku teringin nak beli itu ini aku kadang-kadang terfikir "eh tak membazir ke beli nie?" dan jawapannya kadang-kadang tu kita terkeluar dari landasan fikiran yang stabil so kita TERbeli jugak. dan kadang-kadang tu kita sedar diri terus tak mahu beli dan fikir dalam hati adalah elok kita simpan duit tu.

Alhamdulilah duit bonus aku dapat sebelum raya tu masih selamat lagi dalam saving aku w/pun amount dia terluak sikit. aku jenis orang tak suka heboh kat family ke baik suami aku sekalipun berapa aku saving dalam account rahsia aku (cewahhh ada akaun rahsia ke? macam hebat jer engkau nurul. haha). gurau saja.

iye tapi sebenarnya itulah perangai aku. sebab itu ibu aku selalu cakap kat aku "engkau nie along ibu tak percaya engkau tak ada duit sebab engkau beli itu ini ada pulak engkau duitnya. membazirlah" yeah itu adalah statement ibu aku baru-baru ini. aku senyum kambing :D. tapi aku suka cara ibu aku urus duit dia. caiyoklah ibu :).

tapi aku rasa aku masih naif dalam menguruskan kewangan aku. serius aku cakap nie. sebab kadang-kadang aku ada jugak terkeluar dari landasan kewarasan dalam menguruskan kewangan aku. contohnya aku pantang nampak benda cantik aku nak beli. kang kalu tak beli sampai termimpi-mimpi. contohlah. dan semalam apabila aku layan baca majalah PA&MA sambil di kacau oleh anak dara aku si raina tu buat aku tersedar seketika. mari aku manfaatkan apa yang aku baca tu.

Langkah-langlah yang perlu kita ambil untuk keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang adalah dengan cara begini :

1) wujudkan dana kecemasan : MESTI saving sebanyak 3-6 bulan daripada perbelanjaan bulanan sebagai dana kecemasan

2)
Langsaikan hutang anda : wang yang digunakan untuk dana kecemasan digunakan untuk membayar hutang

3)
utama dan bayar dahulu hutang yang mempunyai faedah yang tinggi. contoh hutang kad kreadit. kemudian barulah langsaikan hutang-hutang yang baik. contoh hutang perumahan dan pendidikan

4)
fokus untuk masa depan. saving untuk diri-sendiri setiap bulan dan buat pelaburan.

PALING PENTING DI SINI : cuba minimumkan kehendak atau keinginan diri yang boleh mendatangkan pembaziran. ini pendapat aku. mari kita set di minda minimumkan semua kehendak dan keinginan yang melampau apabila keluar bershopping :).

18 comments:

  1. maria menabung..sy selalu fikir sblm beli..keperluan ke kehendak..tp kdg2 terjugak ikut nafsu membeli tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. itulah kan.asal ada duit lebih sket,mesti ingat nak shopping aje.
    tp..alhamdulillah...so far tak pernah putus duit di waktu2 kecemasan.

    ReplyDelete
  3. maria : mmg elok menabung maria. montly kena saving sikit atau byk tak kisah janji saving


    zuris : tahu tak pe kan? lg2 kita golongan perempuan ada jer yg nak beli. mmg kena control apa yg kita nak beli

    ReplyDelete
  4. kitorang baru start buat takaful untuk khalish. harap2 kekal sampai dia cukup umur nanti.
    :)

    ReplyDelete
  5. nurul thanks share info. i tak ada baby lagi..tak beli PA&MA. hehe. thanks! memang kena menabung..sebab tak selalunya kita senang. hehe.

    p/s: esok gaji! start menabung balik!!! hoooreyyy!

    ReplyDelete
  6. intan : takaful ok ke? nape intan tak buat PRU child? tapi mana2 pun ok saja kan asalkan elok utk masa depan :)

    ReplyDelete
  7. shinnaz : sama2 :) memang kena saving utk masa hadapan awak :)

    ReplyDelete
  8. ainul penah dgr financal management kt tv.dia ckp dpt je gaji 10% dr gaji mesti simpan.90% tu baru bayar hutang & belanja sume.mcm ainul , ainul tolak siap2 gaji msk asb, tbg haji,insurans.yg lebih tu br bayar kete, bil2 sume & sopping.lebihan duit takde la byk tp pandai2 la berbelanja..

    ReplyDelete
  9. along, kite pun jenis boros.. kene masuk AKPK kot.. barulah jaminan kestabilan pengurusan kewangan tu ada..

    ReplyDelete
  10. ainul : betul2 nurul setuju tu ainul. byr dan settle apa yg penting dahulu kan dan yg penting saving tu

    ReplyDelete
  11. atiqah : AKPK tu along baru tahu dr dhila ari tu

    ReplyDelete
  12. posting ni kena pada masanya :)

    bebybeb

    ReplyDelete
  13. http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html

    ReplyDelete
  14. kehendak & keinginan tu yg plg payah nak control. saya pon masih belajar cara nak saving dgn bijak.

    ReplyDelete
  15. nurul...bes nya dpt bonus sblm raya..huhu..beng kan? hehehe

    ReplyDelete
  16. anon@bebybeb : ye ke? nurul pun mmg tergerak nak buat entri ni bila baca mjlh dr pa&ma


    mizzsue : thankas jengok blog saya


    fathi : nurul pun masih peringkat belajar lg :)


    shima : Alhamdulilah shima rezeki raina n kami sekeluarga

    ReplyDelete
  17. masalahnya kehendak dan keinginan tu semuanya untuk si haqq..

    huhuhuhuhu.. :P

    ReplyDelete
  18. kid : utk anak tak salah kan beli tp kena sederhana jugak utk berjimat . cewahhh :)

    ReplyDelete